Sunday, September 16, 2012

Berangan Candy Buffet






assalamualaikum...

hi awak awak dan awak. eh awak juga, hi you.. you and you and you and you. eh, hi semua lah.... haha! *syok sendiri -___________-"

hari ini ahad, ahad ini cuti, cuti jeh orang mesti tanya "tak keluar jalan jalan ke?" or "hari ni buat apa? tak keluar ke?" or "keluar tak hari ni?" or or or or lah..... so, ni jawapan untuk korang yang sudi bertanya, ambil berat, "saya mungkin akan keluar hari ini dengan kawan baik saya, tirah. keluar selepas solat zohor jam berapa tidak kepastian lagi. pergi mana jua pun tidak di plan kan lagi. sekian berita terkini." haha! nieh ayat perli beb! muahahaha... ok ok, aku memang nak keluar hari nieh jumpa tirah. nak mengadu sket kat dia pasal keje, life, and so on lah...

sebelum keluar hari nieh saja nak share dengan korang, lately nieh aku kuat berangan ok. berangan nak kawin. eh? haha! berangan jeh ok. i olls kan kuat berangan, kuat makan, kuat tidur. *eh, kuat tidur tu bukan i olls, tu orang lain.. haha!

alia nieh kan suka benda benda yang shomelll.. kitew sukew ngat tau awak! contohnya, alia suka benda benda art design, benda benda creative, buat card ke, decorate something comel comel ke. so bila suka, mula la berangan masa tunang nak buat itu nak buat ini walaupon entah bila pn tak tahu la kan. jadi lately nieh rajin la cari pictures benda benda comel kat internet. ingat nak buat candy buffet, ha macam nieh......















































 haaaaaaaa kauuuuu juling mata tengok kan....

berangan macam nieh la..... angan angan mat jenin.... T____________T"



Saturday, September 15, 2012

Pagi!

assalamualaikum...

pagi kawan kawan!

bagun pagi buka laptop, itu standard rutin harian weekend aku. mak ajak pergi pasar pon malas, tak mandi tak gosok gigi, baju serabai terus ajak pergi pasar, pastu bila kite lambat dia pin pin pin pin pin, haduiiiii bingit telinga bunyi hon tu. dah tu darah muda darah panas kan, "mak pergi la, orang tak larat" haha! kan dah merajuk???  alia alia....

entah la nak taip apa weh. rasa macam tak ada benda best jeh nak share. nak upload gambar pon semua gambar gambar dah basi kan. sebenarnya, sejak akhir akhir nieh emosi tak berapa nak stabil. kejap kejap STRESS GILA kejap kejap gelak gelak kejap kejap nangis nangis kejap kejap rindu rindu. eh? haha! see dah macam orang gila dah weh, kesian la member korang nieh! tolong la tolong! tolong la kesian.... haha! :p

ok bye.



tu je? -_________________________________-"


Wednesday, September 12, 2012

Sedih

assalamualaikum...

sedih la tengok blog sendiri tak update update. sedih la bila tak de aktiviti nak cerita share dengan korang. sedih la sedihhhh.... eh? emo lak. :p

nak cerita pergi member kawin, member tunang, haishhh tacing jeh i olls ohkay.. bila turn i olls pon tak tahu....so cerita dah pun basi, korang pon dah tengok gambar gambar dalam facebook aku kan, so malas dah nak sembang kencang dah. eh? emo lagi... :p

the good news.... sekarang bff aku dari sekolah rendah dah tinggal sekali, lagi kencang la bergosip ohkay! haha! tapi time sekolah rendah kteorang tak rapat, dia sombong. haha! *si tuan badan jangan marah ok? :p actually masa sekolah rendah kteorang tak bertegur sape, memasing memalu kan, lagipun aku sekolah lain, kenal pun sebab arwah bapak aku mengajar kat sekolah dia. hehe.. so bila sekolah menengah kebetulan satu class, so rapat la lepas tu, gaduh gaduh bagai tapi masih rapat. haha!

sekarang nieh dia kerja area area tempat aku kerja juga and position pon sama, so senang la nak mengadu pape kan. thehehe...

ok, malas nak taip, esok pulak. promise! eh? *tak tunaikan berdosa tau alia! ok ok tak promise. kerja penat la, balik kerja jeh tergolek depan laptop sambil mata duk terkebil kebil tengok facebook. oh!!! what a life!!!

sekian terima kasih daun keladi, lain kali baca lagi. eh? haha! -_________-"


Thursday, August 30, 2012

Hari Raya Emulsion

assalamualaikum...

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kawan-kawan. lama tak update, rasa tak tahu nak taip apa dulu. nak share cerita apa dulu.

Macam mana hari raya korang? meriah? share lah gambar raya kat facebook korang, nanti aku stalk. aku kan takde kerja asyik stalk fb orang jeh. haha! well, raya aku seperti biasa. nothing special pon. tapi paling tak best bila time raya takde camera! ada camera takde battery and tak bawa balik charger, yang lagi satu tertinggal kat cyber -______-" jadi, berbekalkan handphone aku yang hidup tak mahu mati segan nieh, amik la sekeping dua gambar family...



habis cerita raya.... kita cerita pasal lain pulak la ok? boring la nak cerita raya. 

hmm... untuk entry kali nieh jugak aku nak sampaikan salam takziah untuk favourite blogger aku, Kak Filla dia atas pemergian adik beliau ke rahmatullah ahad lepas. seriously terkejut! rasanya semua orang terkejut. aku pelik jugak kenapa kak filla lama sangat tak update blog, pastu malam ahad tu tirah hantar message tanya aku tahu tak lagi adik kak filla meninggal? serious terkejut gila bila tirah bagitahu, cepat cepat aku buka blog kawan kawan kak filla. sambil baca sambil meleleh air mata. tadi baru baca kak filla update tentang adik beliau, menangis lagi. sedih. sangat sedih. walaupun tak pernah jumpa, tak pernah kenal tapi bila baca blog kak filla, kita terasa sangat dekat dengan dia. Baru jeh naik cameron hari tu sembang sembang dengan tirah pasal kak filla. sembang pasal kawan kepada kak filla, anne, husband dia adik beradik dengan kawan kepada kawan tirah, macam tu la, aku pon confius jugak masa tirah terang tu.hehe.. tup tup malam tu dapat tahu adik kak filla meninggal.. al-fatihah...

yes, hari ahad hari tu aku dengan tirah naik cameron highland. kebetulan maria dengan family dia pun nak naik cameron, so kteorang jumpa kat cameron. ohoii banyak juga shopping. yang paling kelakar kteorang boleh pulak termakan dengan peniaga tu beli bunga yag konon kononnya dah letak ubat boleh tahan sampai 2 tahun.. piraahhhh, 2hari dah layu ohkay bunga aku tu. nasib baik la murah. kalau kat sini sekuntum rm6 tapi kat cameron rm1. ok la tu kan.. hehe..



hehe.. gambar sama dalam fb jeh pun.. nieh jeh ada weh...

oh oh... nak update sekali pasal BFF aku bertunang. yes! BFF aku lagi 2 orang dah selamat melansungkan majlis pertunangan diorang. THNIAH sahabat! and tak tahu kenapa malas nak taip panjang panjang. layan ganbar jeh ok. gambar seperti dalam fb lagi -____-"


Tahniah Tirah!



Tahniah Mahirah!


I LOVE BOTH OF YOU LIKE CRAZY!




  

Thursday, August 16, 2012

Iftar lagi!!!

assalamualaikum...

ala ala ala... puasa dah nak habis!!! gila tak sempat update blog tetiap hari. so hari nieh aku update laju laju and layan gambar jela ok. penat gila weh 2, 3 hari nieh ke hulu ke hilir. dengan hati tah hape hape rasa nye, penat fikir, penat berjalan. haish! layan gambar jela, sejukkkk mata memandang awek yang shomel nieh kan? ehhhh????! haha!



@ Papa John's



@ Kenny Rogers 




@ Nando's !!!!





Tuesday, July 31, 2012

Iftar Ramadhan :)

assalamualaikum...

hey hey... selamat berpuasa!! haha! sorry la, tak sempat update. balik kerja je penat bumm tidur. weekend je ke hulu ke hilir teman mak shopping raya. mana sempat nak update blog. rindu kitew tak? eh? boooo.. haha!

ok, i olls tak de apa pun yang best nak share. oh, setakat nieh korang dah berbuka kat mana? aku ada la 3 kali bebuka kat luar, selebihnya beli kat bazar jeh, tak pun mak masak. hehe...

last Wednesday keluar makan dengan tirah kat ayam penyet. alahaiiiii ayam penyet dia tak berapa umpphhh la.. best lagi ayam penyet kat melaka. I MISS MELAKA SO MUCH!!!!!! like seriously, berpuasa di melaka lagi syiokkk tau. bazar ramadhan dia pehhh terbaik, macam macam ada!!!

pas makan makan kat ayam penyet nieh, we olls lepak chatime!!! 


and last weekend, abang i olls sponsor berbuka kat Flemington Hotel. kat taiping...nieh memang tempat wajib kteorang satu family berbuka tetiap tahun, bebuka kat taiping tapi hotel tukar tukar la, berbuka kat Sri Malaysia Hotel ke, kuehtiaw Doli Restoren ke, tengok orang yang sponsor la nak bawa pergi mana. kekeke... pastu mak pesan, "tahun depan turn hang pulak belanja makan"... T________T sempat lagi pesan. haha! In sha Allah, memang niat nak bawa 1 family berbuka tapi err next year lah, bila dapat kerja yang gaji gempak, nak bawa ke hotel 5star pon wa talak kisah wooo... :)

view cafe flemington hotel:)


pehhh kemain tamak weh aku main amik jeh apa yang ada, tak miss satu pon. haha!

hambik kau! penuh pinggan weyy.. nafsu nafsu tapi licin kotttt. tak membazir.. ^____^






Wednesday, July 18, 2012

Randomnesslicious

pehh, title nak gempak, nak nampak catchy la, hape la, tak boleh blah lah blah. ait?  haha! ok tak kelakar.

assalamualaikum kaum hawa dan adam...

sihat? lama ea tunggu entry asamgaramhalia? rindu ea? rindu ea? haha! sorry dong, gue hari minggu kebusy-an, hari bekerja kecapetan, asal nak taip jeh malassss jeh rasa... and and and bill internet setelah di kumpulkan menjadi rm600.. haha! tu yang liat jeh nak bayar, pastu internet kene sekat, padan muka. haha! kesian abang sahab dah tak de benda nak bahan aku ea? asyik bahan yang sama jeh kan? boring~~~ haha! nanti dia baca entry nieh, kecoh la,  nama dia naik, peduli hape haku? eh? haha! maap yeh, terkasar bahasa dengan orang tua. hish, alia alia... :p


hm.. last two weeks, aku teman tirah pergi ambil baju tunang dia di KL. then macam biasa, kalau ikut makcik nieh stamina anda kena kuat ohkay, kalau tak, pengsan! pengsan beb! tirah style, pusing satu shopping complex sampai dia jumpa apa yang dia berkenan, then only she will buy, kalau tak jumpa, layan jela shopping 4tingkat dari utara ke selatan, dari timur ke barat then pusing balik arah yang sama. haha! but its not a big deal, aku mampu jeh ikut langkah tirah walaupun tak seligat dia. haha! 


ok, ikut tirah shopping, sila isi poket sekurang kurangnya rm200. pehh dia nieh type yang t-shirt pon rm150++ ohkay. and aku punya t-shirt rm9.90 jeh. haha! so, tak kisah la, layan jela.. layan punya layan, terbeli jugak lace semeter rm140 T__________T but we all share, so sorang rm70 la. nak buat baju raya la konon konon, nak meletups la konon. haha! then beli la kain ela 4meter rm100. melayang duit rm170 T_______T sekian terima kasih. baju siap nanti aku tayang tayang kat korang eh? muahahaha! oh, terbeli jugak shoes nose same pattern with tirah cuma color jeh lain lain. see, tirah yang nak bershopping, tempias ke haku. alia alia ce kawal sket nafsu shopping!!! but i olls kan perempuan, perempuan dengan shopping ibarat laut dan pantai, time hado duet habiskan, time tak hado duet paw bf. harharhar.... tapi aku tak paw bf ohkay, aku tak hado duet makan meggi sampai botak. opps terlepas beri tahu pulak aku botak. haha!

ok, last week pulak aku balik kampung penang, kakak aku buat kenduri arwah for my late father. not much story la nak share pasal nieh just masa perjalanan tu mak asyik usulkan pasal  "perkahwinan" jeh... aiyooooo @_______@ nieh aku no komen, mampu senyum senyum jela...

hm... ok tadi kan lepas balik kerja jeh, aku pergi lepak jusco dengan azra, layan laksa jusco, pehh kecor air liur wehh... pastu azra sembang sembang la pasal bf dia. dia nak dating la malam nieh, then dia cakap nak paw bf dia beli itu, beli ini. pehhhhh gua jeles beb! jeles kot! T_______T