Saturday, November 29, 2014

Diari Mengandung : 3rd Chapter :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... :)


Baby and Mommy Preparation...

hehe! excited kan... sape sape bakal jadi mak pon excited cuma tunjuk ngan tak tunjuk je. motif tunjuk tu just sharing kegembiraan, bukan untuk di kritik or di dengki ye kawan kawan. mihmihmih...

me dah 7bulan++ nak masuk 8bulan sudah... excited berganda hokay! erm, masalah masalah ibu mengandung pun berganda juga tapi let's not complain, nanti baby merajuk. just layankan aje and enjoy... :)

setakat nieh dah 80% buat preparation. baju baju baby untuk new born dah habis shopping. barang barang baby seperti bedding set, botol susu, pampers, bla bla bla etc semuanya dah complete. tinggal nak membazir dengan tak je lagi nak beli macam macam lagi tu. semua basic items dah complete inshaAllah. kalau tetiba nak pakai tapi takde, nampak gayanya, husbeng kena la pergi shopping sorang sorang masa aku dalam pantang nanti. hewhew.... tapi takpe, aku dah ajak beliau 1001x jalan jalan dah kat kedai baby, and dah tunjuk and kasi tips dah apa yang perlu dibeli nanti kalau tak cukup. hewhew lagi...

tick adalah antara barang barang yang telah dibeli. yang lain masih dalam pengiraan nak beli ke tak. kalau ikut hati semua nak beli tapi husbeng cakap, "xpela, kita pakai cara lama, jimat......"............contohnya bottle sterilizer boleh stim macam buat stim ikan siakap masak halia stim... haha! ok tak kelakar. so then, si wifeng pon was like....... T_______T "ok, baiklah sayang"

ini barut baby. tugas barut untuk mengelakkan perut baby kembong. eh betul ke. yela kot, haha! noob giler. nieh mak mertua aku yang buatkan, lebih 20 jugak mak mertua aku buat. rajinkan... orang nak kasi, amik jela. hewhew! love you MIL... muahmuah ceked... 

ini pulak, herm.... tak tahu nama specific tapi tugas benda alah nieh, bila pakaikan pampers pastu balut pulak dengan kain nieh, macam lampin la jugak. dulu dulu kan orang tak pakai pampers, pakai napkin je and lepas pakai napkin tu balut la dengan kain ni untuk mengelakkan kebocoran... owh, MIL jugak yang buatkan.... well, bukan mak baby je excited, opah baby pon excited. cucu sulung. ehem! *senyum lebar..........





ni lah antara baju baju baby, jumpsuit, rompers, booties, mittens, socks, etc.... aku beli murah murah jeh. rompers ada yang rm3, rm5, rm7 je. jumpsuit pon tak sampai rm10 sehelai. hehe. baby kan cepat besar, kang pakai sekali dah tak muat. nak tunggu bagi kat adiknye lambat lagi. eh?! *yang nieh pon tak keluar lagi dah fikir pasal no.2.... jauh pemikiran tu ye... hihi *senyum simpul...


owh.... masa baby 28weeks hari tu keluarga mertua ada buat kenduri doa selamt sikit... kalau citer pasal kenduri sebelah keluarga mertua nieh, it's all about kampung style. dulu masa arwah tok and tokwan aku masih ada, rajin la diorang buat kenduri kampung style, lama dah tak rasa suasana tu. tapi aku duk saja je, tak buat kerja pun, tak larat. so jutaan terima kasih pada keluarga mertua, mak, ayah, adik adik, opah, mak mak sedara, pak pak sedara, causins, jiran jiran, orang orang kampung and special thanks to hunsbeng and my mommy. hehe






sekitar majlis kenduri doa selamat... :)



till then.......


oh oh yes, alhamdulillah and inshaAllah baby boy! hehe <3







2 comments:

  1. Assalam Alia,

    nak tanya. kat mana awak beli jumpsuit, rompers murah-murah tu ye?
    by the way i'm also nak masuk 8mth of pregnancy.edd kita nanti lebih kurang sama la.. :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete