Thursday, August 30, 2012

Hari Raya Emulsion

assalamualaikum...

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kawan-kawan. lama tak update, rasa tak tahu nak taip apa dulu. nak share cerita apa dulu.

Macam mana hari raya korang? meriah? share lah gambar raya kat facebook korang, nanti aku stalk. aku kan takde kerja asyik stalk fb orang jeh. haha! well, raya aku seperti biasa. nothing special pon. tapi paling tak best bila time raya takde camera! ada camera takde battery and tak bawa balik charger, yang lagi satu tertinggal kat cyber -______-" jadi, berbekalkan handphone aku yang hidup tak mahu mati segan nieh, amik la sekeping dua gambar family...



habis cerita raya.... kita cerita pasal lain pulak la ok? boring la nak cerita raya. 

hmm... untuk entry kali nieh jugak aku nak sampaikan salam takziah untuk favourite blogger aku, Kak Filla dia atas pemergian adik beliau ke rahmatullah ahad lepas. seriously terkejut! rasanya semua orang terkejut. aku pelik jugak kenapa kak filla lama sangat tak update blog, pastu malam ahad tu tirah hantar message tanya aku tahu tak lagi adik kak filla meninggal? serious terkejut gila bila tirah bagitahu, cepat cepat aku buka blog kawan kawan kak filla. sambil baca sambil meleleh air mata. tadi baru baca kak filla update tentang adik beliau, menangis lagi. sedih. sangat sedih. walaupun tak pernah jumpa, tak pernah kenal tapi bila baca blog kak filla, kita terasa sangat dekat dengan dia. Baru jeh naik cameron hari tu sembang sembang dengan tirah pasal kak filla. sembang pasal kawan kepada kak filla, anne, husband dia adik beradik dengan kawan kepada kawan tirah, macam tu la, aku pon confius jugak masa tirah terang tu.hehe.. tup tup malam tu dapat tahu adik kak filla meninggal.. al-fatihah...

yes, hari ahad hari tu aku dengan tirah naik cameron highland. kebetulan maria dengan family dia pun nak naik cameron, so kteorang jumpa kat cameron. ohoii banyak juga shopping. yang paling kelakar kteorang boleh pulak termakan dengan peniaga tu beli bunga yag konon kononnya dah letak ubat boleh tahan sampai 2 tahun.. piraahhhh, 2hari dah layu ohkay bunga aku tu. nasib baik la murah. kalau kat sini sekuntum rm6 tapi kat cameron rm1. ok la tu kan.. hehe..



hehe.. gambar sama dalam fb jeh pun.. nieh jeh ada weh...

oh oh... nak update sekali pasal BFF aku bertunang. yes! BFF aku lagi 2 orang dah selamat melansungkan majlis pertunangan diorang. THNIAH sahabat! and tak tahu kenapa malas nak taip panjang panjang. layan ganbar jeh ok. gambar seperti dalam fb lagi -____-"


Tahniah Tirah!



Tahniah Mahirah!


I LOVE BOTH OF YOU LIKE CRAZY!




  

Thursday, August 16, 2012

Iftar lagi!!!

assalamualaikum...

ala ala ala... puasa dah nak habis!!! gila tak sempat update blog tetiap hari. so hari nieh aku update laju laju and layan gambar jela ok. penat gila weh 2, 3 hari nieh ke hulu ke hilir. dengan hati tah hape hape rasa nye, penat fikir, penat berjalan. haish! layan gambar jela, sejukkkk mata memandang awek yang shomel nieh kan? ehhhh????! haha!



@ Papa John's



@ Kenny Rogers 




@ Nando's !!!!





Tuesday, July 31, 2012

Iftar Ramadhan :)

assalamualaikum...

hey hey... selamat berpuasa!! haha! sorry la, tak sempat update. balik kerja je penat bumm tidur. weekend je ke hulu ke hilir teman mak shopping raya. mana sempat nak update blog. rindu kitew tak? eh? boooo.. haha!

ok, i olls tak de apa pun yang best nak share. oh, setakat nieh korang dah berbuka kat mana? aku ada la 3 kali bebuka kat luar, selebihnya beli kat bazar jeh, tak pun mak masak. hehe...

last Wednesday keluar makan dengan tirah kat ayam penyet. alahaiiiii ayam penyet dia tak berapa umpphhh la.. best lagi ayam penyet kat melaka. I MISS MELAKA SO MUCH!!!!!! like seriously, berpuasa di melaka lagi syiokkk tau. bazar ramadhan dia pehhh terbaik, macam macam ada!!!

pas makan makan kat ayam penyet nieh, we olls lepak chatime!!! 


and last weekend, abang i olls sponsor berbuka kat Flemington Hotel. kat taiping...nieh memang tempat wajib kteorang satu family berbuka tetiap tahun, bebuka kat taiping tapi hotel tukar tukar la, berbuka kat Sri Malaysia Hotel ke, kuehtiaw Doli Restoren ke, tengok orang yang sponsor la nak bawa pergi mana. kekeke... pastu mak pesan, "tahun depan turn hang pulak belanja makan"... T________T sempat lagi pesan. haha! In sha Allah, memang niat nak bawa 1 family berbuka tapi err next year lah, bila dapat kerja yang gaji gempak, nak bawa ke hotel 5star pon wa talak kisah wooo... :)

view cafe flemington hotel:)


pehhh kemain tamak weh aku main amik jeh apa yang ada, tak miss satu pon. haha!

hambik kau! penuh pinggan weyy.. nafsu nafsu tapi licin kotttt. tak membazir.. ^____^






Wednesday, July 18, 2012

Randomnesslicious

pehh, title nak gempak, nak nampak catchy la, hape la, tak boleh blah lah blah. ait?  haha! ok tak kelakar.

assalamualaikum kaum hawa dan adam...

sihat? lama ea tunggu entry asamgaramhalia? rindu ea? rindu ea? haha! sorry dong, gue hari minggu kebusy-an, hari bekerja kecapetan, asal nak taip jeh malassss jeh rasa... and and and bill internet setelah di kumpulkan menjadi rm600.. haha! tu yang liat jeh nak bayar, pastu internet kene sekat, padan muka. haha! kesian abang sahab dah tak de benda nak bahan aku ea? asyik bahan yang sama jeh kan? boring~~~ haha! nanti dia baca entry nieh, kecoh la,  nama dia naik, peduli hape haku? eh? haha! maap yeh, terkasar bahasa dengan orang tua. hish, alia alia... :p


hm.. last two weeks, aku teman tirah pergi ambil baju tunang dia di KL. then macam biasa, kalau ikut makcik nieh stamina anda kena kuat ohkay, kalau tak, pengsan! pengsan beb! tirah style, pusing satu shopping complex sampai dia jumpa apa yang dia berkenan, then only she will buy, kalau tak jumpa, layan jela shopping 4tingkat dari utara ke selatan, dari timur ke barat then pusing balik arah yang sama. haha! but its not a big deal, aku mampu jeh ikut langkah tirah walaupun tak seligat dia. haha! 


ok, ikut tirah shopping, sila isi poket sekurang kurangnya rm200. pehh dia nieh type yang t-shirt pon rm150++ ohkay. and aku punya t-shirt rm9.90 jeh. haha! so, tak kisah la, layan jela.. layan punya layan, terbeli jugak lace semeter rm140 T__________T but we all share, so sorang rm70 la. nak buat baju raya la konon konon, nak meletups la konon. haha! then beli la kain ela 4meter rm100. melayang duit rm170 T_______T sekian terima kasih. baju siap nanti aku tayang tayang kat korang eh? muahahaha! oh, terbeli jugak shoes nose same pattern with tirah cuma color jeh lain lain. see, tirah yang nak bershopping, tempias ke haku. alia alia ce kawal sket nafsu shopping!!! but i olls kan perempuan, perempuan dengan shopping ibarat laut dan pantai, time hado duet habiskan, time tak hado duet paw bf. harharhar.... tapi aku tak paw bf ohkay, aku tak hado duet makan meggi sampai botak. opps terlepas beri tahu pulak aku botak. haha!

ok, last week pulak aku balik kampung penang, kakak aku buat kenduri arwah for my late father. not much story la nak share pasal nieh just masa perjalanan tu mak asyik usulkan pasal  "perkahwinan" jeh... aiyooooo @_______@ nieh aku no komen, mampu senyum senyum jela...

hm... ok tadi kan lepas balik kerja jeh, aku pergi lepak jusco dengan azra, layan laksa jusco, pehh kecor air liur wehh... pastu azra sembang sembang la pasal bf dia. dia nak dating la malam nieh, then dia cakap nak paw bf dia beli itu, beli ini. pehhhhh gua jeles beb! jeles kot! T_______T







Monday, June 25, 2012

Hot Springs. Spa

assalamualaikum...

ok, tu cerita sampingan jeh. yang nak cerita kali nieh, malam semalam kan, oleh kerana terasa diri ini seperti belon. eh? mengaku?! haha! so, contact jela sesiapa yang free nak teman aku pergi berendam air panas.. heee syokkknya.... dulu kat melaka memang rajin jugak pergi air panas gadik. memang best! balik tu memang tidur lena beb. sedap gila tidur and then angin dalam badan semua keluar melalui lubang lubang yang di sediakan. euw! haha!

so semalam pergi hot springs tambun dengan azra. tiket rm15. T_______T layan jela kan. erm...ok la, not bad. ada jacuzzi lagi tau u olls... best best! heehee.. layan gambar jom.


me and azra. we all bff tapi kan, azra muda 3tahun dari aku. see, aku nampak and berjiwa muda giteww.. even though beza 3tahun tapi kteorang ber-aku-kau jeh, tak payah la gedik gedik panggil aku kakak hoi! tapi kalau adik ipar tuuu... ehem.. xpe xpe, you can call me kak alia comel. eh?! haha


model lost world of tambun yang dikutip di tepi jalan. eh?! haha! jangan marah azra :p



Monday, June 18, 2012

My soul family...

asslamualaikum...

ohoiii cerita dah nak basi wey... yela, asal aku nak taip jeh takde mood. asal mood takde jeh taip sikit sikit pastu malas, masuk draft pastu delete =______="

ok, last week, pada suatu malam, aku dan keluarga kesayanganku pergilah makan bersama sama.(gila SPM karangan A+ kan?? haha!) actually aku dah pasang niat ohkay, first kerja kena belanja keluarga makan makan. and for me, bab makan makan memang aku tak kisah lah beb. sebut jeh nak makan apa, janji makan sampai kenyang and tak membazir.

owh, siang tu jalan jalan pusing pusing alamanda =______=" boring~~~ then singgah la elianto nak beli perfume. (terpaksa jimat sekarang nak kumpul duit kawin, pakai jela perfume murah pon T______T) and then tiba tiba time nak bayar dari harga rm71 tinggal rm49++. amboi ada sale la pulak, untung untung kan. macam tau tau jeh aku nak simpan duit. haha! then cashier tu pon pelik apsal aku dapat diskaun nieh kan? rupa rupanya birthday aku! haha! aku ada kad elianto, so seminggu awal and lepas birthday dapat 30%.kekeke. rezekhi rezekhi. then pusing pusing lagi masuk lak padini, peh seluar murah kot, 2helai rm149. material kain pehh terbaik wokkk... nak beli warna kelabu tapi malangnya saiz dah habis, nampak sangat aku kurus kan sampai saiz yang aku pakai dah habis. so beli la warna brown gold and navy blue. warna navy blue nieh style kot kalau pakai dengan baju yang striking such as yellow ke, orange ke. moh ler kite bershopping lagi yea?? hehe



pastu, malam tu pergi la makan makan. semua takde arah tujuan nak makan kat mana. semua ikutkan aje.. sehinggalah taiko tetiba jeh muncul. taiko tu abang sulung aku la. muahaha! beliau kan pergi kursus kat JB tetiba jeh muncul lak elok elok kteorang naik kereta nak gerak ke destinasi. semua terkejut. then beliau cakap, "tadi kat highway pecut kot"... ok, saya sangat terharu abang.... terima kasih abang. alia sayang abang. (ecececeh, depan depan malu nak mengaku sayang abang sendiri kan, kat blog jela muka tembok sikit.) kekeke...






pas pergi diner tu, we all pergi karaoke!! yeah, aku, abang sulung and anak sedara sulung aku loveeee karaoke ohkay! sejam tu kteorang jeh yang conquer. kakak kakak ipar aku semua malu malu tucing gitew. mak and abang aku yang lagi sorang tu tunggu kat luar sebab tak berminat. muahaha!





Thursday, June 7, 2012

Bersantai...

assalamualaikum...

siapa tahu alia kaki berjalan? kaki melepak? kaki bangku? eh?! hehe...

isnin lepas walaupun penat tahap maximum tapi kawan punya pasal, gagahkan jugak hang out together gether la kan.... we all lepak lepak kat old town, oh tempat favourite ku dan rakan rakan.bukan sebab makanan dia terlalu sedap tapi view dia sedap mata memandang... heeee... =]

me & thirah

me & anne

sebelum makan amik amik gambar. aku kan gila camera. kekeke

pehhh licin ohkay! dasyat dasyat! kuat makan betol...

balik tu kan... kitew dapat hadiah dari bff tau... hadiah dari thirah & maria... thanks korang... sayangggggg sangat dengan korang!!!! nanti kita pillow talk ea.. rindu la..... :(




sekian repoter bersiaran dari nepal. eh? haha! :p





Friday, June 1, 2012

Entah

assalamualaikum..

STORY 1

hari ni..

pergi mydin..

beli barang..

bila time bayar..

duit tak cukup..

mampus!

buat muka tak malu..

"kak boleh reduce barang tak? duit tak cukup"

"boleh dik"

pehh nasib baik......................! 

tapi MEMALUKAN!



STORY 2

jam pukul 930pm dah mengantuk..

kemas kemas barang, pukul10pm dah tidur..

pukul1130 tok tek tok tek crek crek...

bunyi orang bukak pintu bilik tidur..

dalam hati "sudahhhh sapa pulak pecah masuk rumah aku nieh"

bangun mengejut nak capai apa apa, sekali buka pintu, kakak ipar =.="

masing masing terkejut beruk..

yang kakak ipar ingat takde sape kat rumah, yang aku ingat perompak mana lak pulak tengah tengah malam..

bagus.....




Thursday, May 31, 2012

Dorayaki

assalamualaikum...

berita gembira, boss dari jepun dah masuk kerja hari ni =.=" jadi lepas nieh tak boleh balik sharp pukul5pm T_______T  lalalalala. aku memang "suka" sangat duk kat tempat kerja. aku kan "rajinnnnn" sangat. T_________T

aha, tadi lepas balik kerja buat "patrol audit" dekat jusco pulak. yehooo lompat katak dapat window shopping lagi...nak tahu tak aku jumpa apa? jumpa handbag pehhhh cantik menarik tertarik kau memang de bommm betul la handbag handbag sekarang! masa aku nak beli dulu, masa aku ke hulu ke hilir hangkut duit banyak banyak dalam poket, satu handbag pon aku tak berkenan! bila poket tinggal habuk jeh, belambak lambak pulak! geram tahap maximum! saboo jela, pandang pandang jeling jeling sambil telan air liur jela weyyy....

sekarang nieh ada baju lambak lambak sales kat jusco, 3kali masuk fitting room tau tadi, baju 15hinggit jeh kan, ligat la pilih. *kemain cakap window shopping tapi try jugak baju kan... dasar perempuan betul la kau alia.... muahahaha! try punya try semua tak kene kat hati. pastu jalan jalan la lagi.

then dah puas window shopping, konon kononnya window shopping la kan, terus pergi beli dorayaki!!! yummy!!! my favourite!! perisa coklat, strawberry & red bean :) kemain sampai tiga, makan dua pastu kenyang tapi tak nak membazir, sumbat jugak tiga tiga ketul, mana tak belon? eh?! haha!

dorayaki yummy!!!


oh! oh! tadi kan..... senior i olls tegur i tau... dia cakap "ninja ninja" then kali nieh aku pickup la sikit, dia baca post aku yang latest tu.. cecece rajin ea follow blog alia sekarang? kalau macam nieh kene puji lambung lambung r senior senior kat tempat kerja dalam blog nieh, senang sikit nak kautim apa apa nanti kat tempat kerja yedak???? muahahaha! anyway, thanks to senior senior yang membaca ea.. nak sebut nama kang senior senior tu malu malu tucing lak kang.. blog i olls ramai silent readers.. eceh, budget hot dowh! hahaha!

ok, thats all for today! sayonara....





Tuesday, May 29, 2012

Terapi minda...

tahu tak yang cik alia suka perkara perkara yang melibatkan kerehatan minda. *eh, betul ke bahasa malaysia aku nieh? abaikan...

oh!

assalamualaikum semua.... ehehe...

terapi minda di sini bermaksud, merehatkan minda dari perkara perkara yang serabut or dari perkara perkara yang kita tak nak fikir tapi terpaksa juga fikir.. faham? tak faham? lemmmm betul la kau nieh! ahaha!

ok... actually, tadi lepas kerja saja nak buat window shopping, cuci cuci mata tengok baju, tengok tudung... i loveeeee window shopping!!! sebenarnya, window shopping adalah terapi paling baik untuk orang stress.. opss aku tak stress pon just dah biasa dulu masa belajar, habis kelas jeh jalan jalan kat shopping mall usha usha baju, tengok kerenah orang ramai. best!

so, tadi jalan jalan kat Greentown mall... aku hangkut azra sekali, paksa dia follow aku. eh eh, tadi kan terbeli ohkay tudung 2helai rm13.. murah kotttttttt, so terbeli... lagi sekali aku ulang, terbeli.. bukan sengaja beli.

ok, nieh gaya terbaru cik alia... style gak kan pakai macam nieh. ahaha! aku tak penah beli warna merah tau, nieh 1st time nak try.. daring la kununnnn... 

and.......

makan cucuk seafood!!! yeay!!!


masa nieh memang dah kecorrr air liur weyyy, dah pegang plate dah nak ambil semua sekali..............

baru tersedar............ aku allergy seafood!!!! :'( 

yeah! dua minggu sudah allergy seafood, 2kali sudah pergi klinik.. selama 25tahun nieh, ini first time allergy seafood... bukan setakat seafood, ayam and daging pon tak boleh makan. makan jeh naik merah merah... sedih sangat... tak tahu sampai bila kene pantang, sampai bila nak makan ikannnn and telurrr jeh.. haish...

tapii tadi, aku tibai jeh makan. muahahaha! budak degil... tapi aku amik ikan dengan telur puyuh dengan sayur jeh...

nyummy!!



and azra makan laksa tak sedap katanya. tapi aku punya yong tau fuu sedappp woooo... bhahaha!


aha! mak aku kan, ada bekalkan ini....

makan! kene paksa makan! pahit gila weyyy tapi kene paksa! yang nieh aku tak degil sebabnya melibatkan kesihatan kan.. so pejam mata, telan jela walaupon pahit gila! lagipun mak cakap elok untuk orang yang nak kahwin nieh! ehem! ahaha! pandai mak pancing aku suruh makan kan.. tapi bagus makan herba nieh..

sedikit info: khasiat raja herba:

1. Memberi tenaga luaran dan dalaman.
2. Melancarkan perjalanan darah.
3. Membuang toksik/ racun melalui perkhumuhan.
4. Seimbangkan gula dan garam dalam darah.


beli kat mana? tu kene tanya mak aku. rasanya dia beli kat sepupu dia kot...
ok nieh jeh untuk hari ni..

sekian... <3 






Sunday, May 27, 2012

aloha! There goes my weekend!!!

assalamualaikum...

Sunday evening already meh???!!!  mannnnn....... my weekend went  fast! feeling like...err semalam baru tengok jam kat dinding surau kat tempat kerja tunggu pukul5pm sebab nak blah awal that friday! muahaha! so,  i went home to Pantai Remis this weekend. got schoolmate's wedding, jadinya i olls pon tidak melepaskan peluang menyibukkan dan menghadirkan diri serta memeriahkan majlis rakan rakan dan taulan...

here are the pictures.. Congratulation to Suraya anak Nizam :)


tahniah u olls...

they're my schoolmates. amalina, noraini, suraya, me and riduan :)

ok.. ini celita hali saturday punya lorrr....jumpa kawan kawan lama, sembang sembang pasal kerja semua... 



esok kerja! sekian...



oh oh oh!!!

satu lagi!!!



tadi masa first2 aku buka blog, aku baca ruang chat, hampir pengsan ohkay baca abang sahab komen kat blog aku! rasanya aku tak friend dengan dia nieh kat fb, macam mana dia tau blog aku nieh? owh, abang sahab nieh senior kat tempat kerja aku which is selaluuuuu kenakan aku! but yet, aku tak kisah pon.... aku tau dia sengaja mengusik.... gua bukan hati sensitip beb.. cuma memang time meeting gua blurr sebab gua tak minat beb... haha! :p

ni komen dia "salam, ko skrg blh senyum2 kan. xpe.....tunggu Genji sampai k"

Genji yang di maksudkan boss dari Jepun nak datang june nieh... ada gua kisah? dia marah marah gua, gua blah rrrrr.. haha!!! :p