Wednesday, February 20, 2013

#Mode 3 : #Candy Buffet & Props

hey hey hey aku percaya cinta~~~

eh? haha! assalamualaikum...


takde motip ok letak gambar bertiga nieh. nieh sehari sebelum aku bertunang. ronggeng ronggeng dengan mak mak orang. eh? hahah! gambar di curi dari facebook maria. *mampu curi gambar instagram orang jeh weh, handphone aku kan stok baling ayam, ayam tu boleh pengsan seminggu, handphone rilex je elok ken... so, jangan tanya aku ada instagram ke tak! *sentap*

sebelum tu, nak ucap TAHNIAH untuk kawan kawan yang kahwin tarikh saing saing aku bertunang haritu. Tahniah Noneey&Pasangan, Tahniah Salliza&Pasangan, Tahniah Wiyah&Pasangan... to Salliza and Wiyah so sorry tak dapat hadirkan diri... :(

hehe. sebenarnya nak promote business tapi macam segan pulak. *rasa menyampah kan nak segan segan bagai. tampar muka sendiri laju laju! ok, actually takde lah nak bergiat active dalam business candy buffet ni ke hape just saja nak buat side income kan. lagipun rasa seronok buat buat benda cenggini... jadi, rakan bloggers or readers or kawan kawan, saya mintak jasa baik awak semua support business i olls nieh. *malu* hahah! boleh like sini Sweet 4 Sweety and boleh start tempah ye. hahah! harga boleh di runding mengikut jenis candy :)






ok, sila jamu mata anda dengan gambar gambar candy buffet nieh. meh nak tayang props i olls buat sendiri dengan incik tunang pula :)


hasil usaha bersama. eceh :) props nieh DIY sendiri jeh wehh. jimat! <3

oh oh, tadi i olls ada baca komen sorang reader nieh. jap eh nak upload komen die.

seee... mampuuuu??? hahahah!





nah sekeping




Monday, February 18, 2013

#MODE 2 : #Bertunang

hi all. assalamualaikum...

weh... malas boleh tak. malas nak taip panjang panjang. rasa nak upload gambar jeh tapi dah upload kat facebook yedak. *malas malas pon kang berjela jugak karang yedak. ehehe...

10February2013 berlangsunglah majlis gilang gemilang terbilang cemerlang bagai kat rumah aku. gilang lah sangat. bhahaha. preparation ea? em, aku rasa mana mana majlis pon sungguh kelam kabut, banyak benda tak settle and bla bla bla lah kan. sehari sebelum majlis tu, sibuk yang amat ok, tapi sesibuk mana pon i olls sempat g kenduri kawan kawan oke. hahah!

night before majlis tu, memang dah macam sardin. exhausted!!! dengan hantaran tak siap. out of control dah ok sebab banyak hantaran nak kene hias hias bagai. kalau ada 9hantaran tu, boleh la nak bagi perhatian sikit kan. nasib baik ada adik beradik, kakak kakak, kawan kawan, mak mak sedara yang membantu.. fuhhh... terima kasih yang tak terhingga untuk mereka semua. oh, tak lupeh juga pada sesiapa yang sponser hantaran. ehehe... end of night kul12am baru semua orang tidur tapi aku kul2am pon masih terkebil kebil mata. text mr.fiance, rupa rupanya die pon tak tidur lagi. nervous gamaknye. ahaha!

pada hari majlisnye pulak. ehem, kul430am dah terjaga ok. menggelupur atas tilam tak boleh tidur dah weh.. terlalu penat or what pon tak tahu lah. kul530am tetbe dengar orang buka lampu dapur. dah tak boleh tidur kan, so aku join la ke dapur. oh, mak aku rupanya. "awat bangun awai nieh?", "tak boleh tdoq la mak", "pasai pa, p la tdoq dulu, awai lagi nieh"..."-________-" jadinya pagi tu menemani mak chitchat bla bla bla. mak pesan macam macam ok, dah start kene makan jamu lah, makan ulam ulam lah, kene pandai masak lah, kemas rumah lah, macam macam ok, macam hari tu jugak kahwin nye ken....

chop, jom layan gambar dulu boleh? kang membebel korang bukan baca pon malah mungkin akan rasa menyesal baca entry aku kan? hahah sape suruh.. wekkk.

hantaran dari pihak lelaki. sape berminat nak hantaran cantik cenggini masa majlis u olls, boleh contact facebook u-c ea... *aish, kasi la nama uc bridal house ke, wedding celebratory ke ken... baru meletop kau mak... *mampus aku kene marah cmnieh men lepas jeh cakap ken... hahaha! sorry gurau gurau je yedak? ehehe

nieh antara hantaran dari pihak perempuan ke lelaki. konsep merah carca merba. hahah! blasah jela labu....

ok ok sambung cerita. masa rombongan lelaki sampai aku dah siap dah. siap pakej dengan KB - ketiak basah lagi ok. hahah! sebab lama dah siap, semangat oke. em, aku tak amik orang makeup pon. just calit calit eyeliner sikit and lipstick yang omg merah gilak. ok, masa rombongan sampai aku and my best friend sebenarnya mengendap ikut tingkap bilik mak iolls ok. sibuk weh nak tengok, excited. hahah

ehehe.. kitew buat kelainan sikit ok, biasanya perempuan yang duk pelamin, nieh lelaki pulak. 

rasa macam nak menaip lagi tapi mesti bosan kan baca panjang panjang. aku pon bosan weh nak menaip.




*anyway, credit to uc for the hantaran, kakak IpohHomemade for the macaroons,fondant cupcakes and jars cake, kakak Bella  for cookies, kakak kinacupcakes for cheese tart and  Areen for butter cupcakes and apam polcadot :D semua sedap and harga affordable :) 


Sunday, February 17, 2013

#MODE 1 : #Merisik

assalamualaikum...

cecece... tajuk entry dah macam iphone kennn #tag #tag bagai. bhahaha! dreams jeh ok, dreams!!! unless kalau orang nak bagi sebijik, gua terima seikhlas hati... yedak mr.fiance? haha! *tetbe

well well well. dah kenal tunang aku? eceh, tunang sekarang, tak main la bf bf lagi. *blagak gilak. haha! ok ok, gurau. hm... pada sesiapa yang tak kenal, meh nak intro sket. eceh. actually aku pernah bersama dengan mr.fiance nieh since 2010. then ada problems, we all decided break off jeh ken... then from that day, aku tak pernah pon contact dia, siap kutuk lagi ohkay! tup tup pejam celik pejam celik dah nak jadi laki sendiri, acane tuh? haha! *so sorry mr.fiance...hehe

jodoh kan. sebelum decided nak bersama dengan dia balik nieh, i olls set mind ok, lantak lah orang nak fikir apa pun, bukan diorang yang tentukan hidup aku, Allah yang tentukan. for what nak rasa malu if betul lah dia jodoh aku. me and him just berusaha, tawakal...

see, nak cerita pasal merisik, dah ke laut.... before si dia hantar rombongan merisik, actually i told him to meet my mum first, cakap baik baik yang awak nak hantar merisik. kan proper. so, last year, end of november if not mistaken la, si dia dengan gentlenya datang rumah bawa buah apple jumpa mak face to face. ambil masa juga ye nak buka topic serious. blushing ok muka dia time tu. if i could snap pic dia lah time tu, haish! tp hanphone i olls kan very the canggih ken... hehe..

then decide punya decide, mak cakap hantar lah rombongan bulan rabiulawal, bulan baik kan :) so 19January2013 bermulalah kisah antara dua keluarga untuk di satukan. eceh ayat drama jeh kan. hahah!

aku pon tak dengar apa diorang bualkan. aku duk kat dapur jeh oke tolong basuh pinggan bagai. then bila dah end conversation tu tetbe belah pihak lelaki nak tengoklah empunya badan kan. like seriously aku tak expect pon mak si dia nak sarungkan cincin. dah lah berpeluh peluh tengah basuh pinggan, pastu tetbe nak tengok lak.. alahai nasib baik i olls siap comel comel sikit. hehe.. comel ke tak ye, jom tengok gambar :)



see canggih yedak sekarang? merisik pon bawa hantaran.. aku pon confuse. haha! 

ok la kot kan pakai simple cmnieh jeh.... :D oh, aku takdelah balas hantaran cantik cantik cenggini tapi mak ada kasi laksa, kuih muih and buah jambu loceng fresh from pokok lagi ok untuk pihak lelaki. cool kan??? :D



*cantik kan hantaran tu. so if interested, u guys boleh pm kawan mr.fiance nieh.. FACEBOOK U-C. i olls panggil dia u-c jeh, amik tempahan for hantaran, wedding plan and jahit beads :) oh and dia ada jual kain ela... :D



tunggu #MODE 2 : #Bertunang




Saturday, February 2, 2013

Rasa nak update ni

assalamualaikum...

tetibe... tetibe jeeee nak update benda merepek nieh!

mak and adik beradik aku panggil aku -> alia

mak long panggil -> teh

causin panggil -> kak N

close frens panggil -> al

frens panggil -> alia

tunang panggil -> sayang

ehhhhhhhhhhh motipppp???????? kahkahkahkah

G E L A B A H OHKAY!


Sunday, January 13, 2013

Terasa poyo lak...

hi girls n boys. ehem assalamualaikum...

serius terasa poyo kot bila ada orang add aku then simply jeh aku reply kat dia "em, sorry dear, i x approve stranger :) " siap kasi smile ohkay! takut dia terasa, jaga hati babe! ahaha!

anyway, bukan sombong. bukan tak nak kawan tapi........... sampai suatu masa tu rasa eh semak/serabut pulak ramai ramai friends kat facebook, dah la tak kenal.

tahu tak betapa gigihnya aku remove friends dari ribu ribu jadi ratus ratus je? tahu tak betapa pening nya kepala aku tengok friends update pasal benda benda tak best? tahu tak betapa julingnya mata aku scroll cursor cari friend yang tak kenal then click delete friend? tahu takkkkkkk???? eh? haha!

gila la sombong betul wey bila aku fikir aku buat macam nieh tapi biarlah orang nak fikir apa pun. senang nak update pasal close friends kalau tak ramai kawan kat facebook nieh. untuk apa nak amik tahu hal orang tak kenal yedak? biarlah orang nak cakap apa. biarlahhhhhhhhhh!!!!

emo sekejap. ehehe...

anyway, i appreciate sangat those people yang nak berkawan tu. bukan budget selebriti ke hape tapi ada sebab lah kan kenapa kita buat macam tu. jadi rasanya tak perlu kot nak marah marah or tarik muka or cakap belakang belakang kalau orang tak nak approve yedak? ehehe

chill yooo! :D


Sunday, January 6, 2013

Indahnya pemandangan sawah padi

assalamualaikum...

eh hello! sejak akhir akhir nieh malas betul nak taip panjang panjang. nak gurau gurau dalam blog pon eee malasss malasss malassssssssssss! ha kau hambik!

ok lah, share sikit. haritu kan, tak payah la cerita specific hari yedak? ehehe. hari tu kan iols pergi jalan jalan kampung kawan iols tau. hehe. best gilak ohkay. kampung dia ada sawah padi. iols kan orang kampung macam nak moden tak moden sangat lah kan. kampung iols pon ada kelapa sawit jeh, rumah jauh jauh. so kampung kawan iols tu memanglah sangat suasana kampung. best best best!

petang tu, ikut parents dia jalan jalan kat bendang and then ayah dia memang banyakkkkk sangat knowledge pasal sawah padi. expert ohkay. ayah dia pendiam tau, tapi masa sampai bendang, habis beliau terang semua kat aku. aku kan blur blur sikit. tak faham faham asyik tanya 2,3kli jeh process menuai la, process bla bla bla la. hish lemhbabs betuls haku. haha!

ok, antara yang aku ingat la, sawah padi nieh process 2kali setahun, kalau ikutkan hari 95hari lah sekali ambil or tuai. semua process sekarang dah pakai mesin, tuai, letak baja, sistem air, bla bla bla, semua dah moden dah, pakai mesin jeh...setakat yang ayah dia terang, ada 2penyakit padi nieh, tangkai reput and ulat batang. tangkai reput nieh kalau dah serang pokok padi tu, dia punya isi memang dah tak boleh pakai dah. tapi kalau ulat batang, still ada isi lagi...

ehehe. tu je kot yang aku ingat. bhahaha. yang lain macam tanah rezab, tanaman lain seperti jagung, pisang, ada jugak la mak ayah dia explain. banyak sangat inputnya sampai aku tak boleh recall balik sekarang. *padahal malas nak fikir. haha! ok, jom layan gambar.....








dulu yang aku tahu, kat sawah padi ada orang-orang sebab nak halau burung dari makan padi tapi sekarang dah takde, yang baju biru tu orang betul ye. sila besarkan bijik mata anda! hahah




manusia excited jalan jalan kat bendang sawah. -jakun- ahahaha!



Friday, January 4, 2013

Tak Boleh Tidur -____-

assalamualaikum...

haish! badan rasa lembik tapi tak boleh tidooooooo la.... maybe excited ada orang nak ajak makan kot malam nieh! haha! gila makan tengah tengah malam. gemok kot! *eh bukan dah gemok ke? haha!! teruja ohkay! lama sudah tidak ketemu. jumpa kejap makan makan pon jadi la... so sementara menunggu nieh, gila tak tahu nak buat apa. so marilah meng-update kan blog sendiri walaupon tah apa apa entry nya.

lately nieh busy okay, buat buat busy. hahah! jerawat pon boleh tahan naik. gatai nak kahwin kot. oppsss. haha! aku busy apa ea? ok tunggu bulan february nanti aku update pasal busy nieh. hahah!

oh ye, feb nieh pun me n my bff's dah planning nak buat mini bachelor party, al maklum lah semua dah nak jadi isteri orang dah, so bila lagi nak huhahuha. kang dah ada suami, gedik sana sini, laki marah lak. so sebelum kahwin, meh la kita merasa kali terakhir menggedik. eh? hahah!








*ohoiii mana dia nieh, lapooo dah hoiiiiii!

Tuesday, January 1, 2013

Hello 2013

assalamualaikum...

hello 2013. just nak says tu jeh. anyway! CONGRATULATION to my sahabat dunia akhirat Nur Hafizah Hassan atas majlis pertunangan beliau 30 December 2012. so sorry dear tak dapat hadirkan diri. :'( aku pun sedih gila kot tak dapat pergi. sorry thousands time!

Nur Hafizah Hassan, semoga hubungan ko dengan Azmil kekal sehingga akhir hayat. semoga ko bahagia bahagia bahagia!!!!! :D  i love you so much <3

2 orang sahabat dunia akhirat <3 



Monday, December 31, 2012

Aktivity last 31st December 2012

assalamualaikum.


taip laju laju takut kang tajuk entry tak sama dengan isi. muahahaha....

weh, tadi aku pergi maydin, rahmai gilak orang ohkay! parking penuh wa cakap sama lu. dah beribu kali aku pergi mydin ipoh, nieh first time parking penuh tau. amazing!

then jalan jalan la, nak kata mydin buat sale takde la mega sale sangat. kedai emas yang buat promotion pun takde la hebat sangat. jalan jalan beli bunga bunga sikit. *bunga?? oh my, minah bunga ohkay! haha! then masa balik tu aku perasan la ada stage area food court. saja boring boring jalan pergi kat stage tu.... pastu........ perhhh M DAUD KILAU ohkay buat persembahan. ahahaha! kelakar! adoi kemain orang tengok, aku pun join la kejap. haha! 

ok, bukan nak cerita pasal nieh. last week, kakak aku balik kampung, tempat kerja dia ada buat family day. and biasa lah, aku and mak kan penyibuk tegar, so, follow la family day dia tu. aktiviti takde lah best sangat pon, just kakak bawa mak dinner sedangkan aku hirup tomyam dalam bilik resort jeh. kasihan sungguh! 

next day nye, just jalan jalan tepi pantai and melawat tempat penetasan penyu. oh my!!! comel gila penyu penyu tu. geram, rasa nak culik seekor bela kat rumah. heeee..... jom tengok gambar jelah. lately nieh malas menaip weh, mood tak sabar nak tunggu 2013 je sebab........... 2013 something great will be happen in my life!!! Thank You ALLAH :) nak tahu apa..... nantikan berita seterusnya. eh?! haha

oh, nieh pic time jalan jalan takde kerja dengan diorang nieh! 

auwww

gaya tak berapa nak bebas :D



ok ok, jom layan gambar dekat pusat penetasan penyuuuuuuu 

korang kalau nak g, please makesure buka kul bape dulu eh... nah aku bagi guide. haha

pintu masuk :)

selamatkan penyu kita!!


penyu nieh tidooo je keje dia, ce active sket, kang gemok kang dah malas nak g jogging bagai! eh?

nieh bukan penyu yeh adik adik, nieh tuntung masak pon sodap! eh? haha


mak cakap pic nieh macam lukisan, cantik...


hey, dah hujung entry! yeay! di kesempatan ini saya dengan ini maka ini saya mengistiharkan..... eh...... saya mengucapkan, SELAMAT TAHUN BARU 2013!

2013 yeay kawin!!! eh? haha! ok, tipu :p



Wednesday, December 26, 2012

December : Bulan makan nasi minyak

assalamualaikum...

hallo hallo. lama dah tak menaip laju-laju kat blog ea? busy lah *cewah busy! ahaha! ok diam!

so so so, last two weeks and last week gigih ohkay pergi makan kenduri kawan kawan. *ceh, macam ramai jeh kawan kan? hehe. 15Dec kenduri kak madihah, 16Dec kenduri farah and 22Dec kenduri farah lagi. kenduri farah buat 2 kali. suppose nya dah pergi sekali udah ler kan tapi di sebabkan aku kan kepociiii, dua dua kenduri aku nak attend. haha! siap paksa hantar kad lagi.

so, mari lah mari, mari mencuci, cuci lah mata, mata lah cuci dengan gambar gambar kenduri + crazy friends :D
me and farah. oh, baju aku nieh baju emergency. aku dah iron dah baju kurung, warna pon sweet sweet jeh, skali span dia takde pulak. haish! terpaksa tukar baju :( dah tak cun dah. eh?! haha


nieh masa 16Dec. buat kat Dewan Changkat, Batu Gajah :) *sila abaikan pipi ku seperti pau kacang ^___^

Farah + Suami :) Congratulation

next wedding, dua pengapit sejoli nieh!!! sepadan sepadan :)
nieh buat dekat Dewan Bankuet, SUK. exclusive wedding, raja pun datang :) *aku jakun sket. haha!

the girls! :D

the boys! :D segak bersampin ok. gadis lain tengok boleh pengsan. :p

we are..........superstar! eh? haha!

oi mak, cantik betul pelamin nieh!! adore ^_____^







last
inilah gaya seorang lecturer bila di kelilingi gadis gadis. ayu gitew.... hahah!



*to fellow friends, you are the bestest friends that i have! thanks a lot makes me laugh and smile! till we meet again!  i love you