Sunday, July 3, 2011

Blessing Old Friends:: True happiness consists not in the multitude of friends, but in their worth and choice

salam...

ok, masa mandi tadi tiba-tiba teringat kawan-kawan lama.entah la hormon apa yang melanda tapi memang rindu pada mereka nieh.

1. masa tadika aku kenal dia nie tapi tak sama tadika pon. nak kata jiran, rumah tak sebelah menyebelah. rumah aku dan dia seberang menyeberang, seberang padang permainan. macam mana kenal, satu tempat mengaji al-quran. malam-malam pergi mengaji sama-sama, sebelum mengaji or selepas mengaji main sorok-sorok dengan kawan-kawan yang lain. bila cuti, malas nak pergi rumah dia, just laung dari rumah aku *yeup, laung ohkey sebab taman perumahan kita orang bawah bukit, so bergema.masa birthday aku 5 tahun, dia datang majlis bawa hadiah kotak tisu ^_^ sweet. *what do you expect budak lima tahun bagi hadiah apa? syukur la tu dapat kotak tisu ohkey ;p setiap petang mesti main sama-sama dekat padang.dia best friend aku lah masa tu, tak dapat dipisahkan tapi masa sekolah rendah aku pindah dan dia pon pindah. lama tak dengar berita lepas tu. tahun lepas or dua tahun lepas *tak ingat, aku cari dia kat fesbuk, aku ingat nama penuh dia and guess what, aku jumpa! time tu sambil hantar message fesbuk, sambil mata berair-air sebab terharu plus rindu plus tak sangka. lepas jumpa di fesbuk, aku dapat jumpa dia sekali jeh, time raya tahun lepas sebab sekarang dia belajar di egypt. ambil kos perubatan. yes! berjaya dari aku. sungguh bangga. and insyaAllah tahun depan dia grad, aku nak pergi sana, save budget jalan-jalan egypt ada tempat penginapan.muahaha ;p

2. mamat nie aku kenal time sekolah rendah. satu sekolah. mak bapak dia pon cikgu jugak and kita orang penah cinta monyet giteww. satu hari masa habis waktu sekolah, dia gaduh dengan kawan baik aku gak *perempuan then dia tolak member aku nie sampai kain terkoyak. bapak dia datang nak ambil balik sekolah then boleh pulak aku mengadu kat bapak dia yang dia tolak member aku nie sampai kain terkoyak. akibatnya, dia kene penampar 3 kali dengan bapak dia dan balik jalan kaki. nie kes betul! dia balik jalan kaki, rumah dia agak jauh la. keesokannya pergi sekolah, aku dengan rasa yang amat bersalah mintak maaf berulang kali. sekarang kita orang masih berkawan dan berhubung. dia dah kerja under pertronas kalau tak silap aku and punyai gf yang kiut sangat =)

3. minah nie aku kenal time sekolah rendah lagi tapi masa sekolah rendah dia belagak gila dengan aku. aku senyum, dia boleh buat dun noo je kan kat aku. ok fine, masa tu fikir, hengat aku nak sangat kawan dengan hang? naik je form 1, dia 1 kelas dengan aku.sudaaa....ok, tak apalah, aku beralah pergi tegur dia. kawan punya kawan, ngam pulak. selalu bersaing dalam pelajaran. masa form 1 dia dapat tempat ketiga dalam tingkatan and aku dapat tempat kelima. masa form 2, aku dapat tempat ke 7 dalam tingkatan, dia dapat tempat kesembilan. hehe. bezanya, dia rajin, aku malas, dia cun, aku tak berapa nak cun.haha! ex-bf aku pernah suka pada dia tapi dia dah ada bf. and dia masih dengan bf dia sekarang, dah 8tahun mereka couple! nak petua, p tanya sendiri. dia masih belajar and yes! kita orang kawan baik sampai sekarang.

4. mamat nieh aku kenal time kita orang praktikal time diploma. masa first kenal dia nie memang sangat nerdy. nerdy ohkey! apa orang suruh buat dia ikut jeh. masa nie aku banyak la buli dia. hehe.. dia bawa kereta 40km/jam! yup, lembab weh, rasa nak trun then jalan kaki je dari naik kereta.sebab sangat nerdy, sakit perut pon dia jujur je, nk singgah petronas nak p berak.see, jujur! tapi sekarang, bila jumpa, sangat la dah pandai bahan-bahan orang. dulu dia pakai kancil tapi sekarang dah tukar pakai kereta mahal ;p kalau dia naik kereta aku, radio automatic rosak, nampak sangat kereta aku tak suka dia.haha! sekarang dah jadi programmer dekat syarikat apa tah dekat damansara. anak professor doktor Z. bapak dia dekan fakulti pertanian or timbalan dekan *?? tak ingat* dekat upm. serius, yang nie, setelah bertahun kenal baru aku tau dia anak professor. patut nerd ;p kita orang still connected sampai sekarang.

5. and lastly.seorang mamat yang aku rindu sangat sejak aku kenal dia. first kenal aku dah suka dia sampai sekarang. mula-mula berkawan elok je tapi di sebabkan satu peristiwa yang tak boleh di lupakan, hubungan kawan semakin renggang. aku tak ada cerita best pasal mamat nieh. just ada satu malam tu kita orang chat di fesbuk, dia pretend as kawan dia (kre kawan hack la nie), and aku pon pretend percaya la tapi tak kan la nak menipu aku yag sedia bijak nieh, masa chat tu, dia cakap la dia suka aku and bla bla bla tapi aku cakap aku just suka owner fesbuk tu je (maksudnya aku tak suka la kawan dia nie yg konon-konon hack fesbuk mamat nie)*tak paham? tak payah paham la! tapi  like seriously, aku memang suka gila kat mamat nieh. masa tu hati aku dah berbunga-bunga dah sebenarnya tapi selang 3,4 hari macam tu, ada peristiwa yang hancurkan hubungan kita orang. aku tak tahu apa yang dia kecik hati sangat dengan aku. aku dah say sorry banyak kali dah tapi still macam tak memberi apa-apa makna pon maaf aku tu. akibatnya, aku jeh tanggung rindu sorang-sorang, tak berani kacau dia lebih sebab lagi aku kacau, lagi dia mengelak dari aku. so sad kan. aku bukan jenis cepat jatuh hati! kalau cepat suka, maybe tapi kalau jatuh hati, sepuluh tahun sekali kot! omg! seksanya! bak kata kawan baik aku *love is profound*.   yes! aku tak paksa dia suka aku pon, just berharap layan aku seperti kawan-kawan yang lain and sila jangan risau kalau aku menaruh harapan ke apa ke, insyaAllah aku faham dia tak suka aku or pura-pura tak suka aku or perasaan aku je yang dia suka aku or wateva la, aku just nak berkawan jeh walaupon jauh di sudut hati aku memang mengharapkan dia! haha! jiwang.eeeeuuwwww

okbai! ;p

No comments:

Post a Comment