Monday, November 28, 2011

My weekend supposed to be !

Salam…



Hey fellow… yeah ! akhirnya ada juga aktiviti weekend nieh. Ini baru di katakan kehidupan yang berkualiti, penuh dengan aktiviti berfaedah. Cecece faedah la sangat kan? yeah, ini la weekend yang aku mahukan, spent masa dengan kawan kawan. Dulu masa di Melaka, every week perkara wajib adalah menonton wayang. Hobi saya menonton wayang. Sekian terima kasih.


Sabtu ritu ikut mak pergi makan kenduri. Em, kenduri sedara sekampung merangkap anak murid mak merangkap kawan aku juga tapi aku tak rapat sangat la. Then lepas jeh makan kenduri terus shoot balik ipoh. Yeah ipoh!!!!! Terasa diri ini baru keluar dari tempurung. Wah, luasnya dunia. Baru Nampak cahaya cahaya kegembiraan. Ini la hidup. Sampai ipoh dalam kul5 ptg, pastu dapat message dari Tirah, another my best friend, tiket wayang pukul 810pm. Wehooo! Ada pon tiket, selalu sold out jeh. Pheeuww nasib baik kali nieh bernasib baik. Thanks to tirah kerana bersusah payah membeli tiket online.


That night we all layan movie Twilight Breaking dawn. Sangat terharu, sangat kagum, sangat teruja, sangat tersentuh dengan percintaan mereka. Masih ada kah cinta sejati seperti ini di dunia? Manusia susah untuk menghargai cinta? Yeah, mereka tu bukan manusia, puntianak dan serigala cuma bella swan jeh manusia. So, mungkin masih ada lagi cinta sejati sebegitu. Kalau diberi pilihan, aku juga menginginkan suami seperti Edward or Jacob. *berangan jela kau alia!

Lepas tonton movie yang banyak memberi impak pada diri ini, kteorang pon lepak restoren. Aku makan bihun goreng and air teh o ais limau. So, bual bual masalah negara sikit then around pukul11pm tu dah balik sebab dah janji dengan mak nak balik pukul11. Hehe..oh ye. Antara salah satu topic panas, we all bual pasal kawin. Omg! Hm… actually our best friend nak bertunang so masing masing macam “wah bestnya dia dah nak bertunang, bila turn aku”… pehh terasa gila kot bila best friend nak bertunang dan tak lama lagi nak kawin. Before this kawan kawan yang tak berapa rapat kawin,  biasa jeh tapi bila best friend nak kawin, feel dia lainnn sangat. Bukan terasa kecik hati ke hape tapi perasaan macam gelabah *alia.......orang lain glabah xde keje, ko glabah sebab xde bf?? kesiannya~~ haha! ....... hah! Tirah siap peril aku lagi, “ko alia, orang lain dah nak kawin, ko nieh macam macam masalah.”… aku mampu ketawa jela..memang itu realitinya pun. This is friend for, menyedarkan kita….

err... tadi mak tegur "amboi, nak p buat persembahan opera kat mana nieh?" hehehehe mampu gelak jela.... dah lama kot tak makeup, nieh lepas geram namanya. neway, thanks mak sebab menjadi pengkritik yang setia dan sangat jujur sepanjang perjalanan hidup saya. nanti orang makeup light light jeh ea. ni trial jeh nak buat smokey eyes tp tak jadi lak. hehe


Then ahad pula, paginya menghabiskan masa melayari internet jeh..petang baru keluar dengan tirah again. Memandangkan kteorang susah sangat nak jumpa sejak aku habis belajar nieh, so bila ada kesempatan macam nieh kteorang guna la sebaik mungkin. Tak buat apa apa aktiviti pun just jumpa, gossip gossip, makan makan then balik la. Tadi aku cerita la sikit about problem aku baru baru nieh. Then sekali lagi tirah perli “hot sangat ke si “I” tu korang duk rebut rebut.”  Kahkahkah serius nieh aku pon tergelak besar. So, dah puas gelak membahan bagai, so aku bagi reason yang kukuh “dia tu baik”. Ok, itu jeh jawapan yang aku rasa dapat memuaskan hati aku and tirah J yeah, aku suka sangat tirah sebab dia cakap kadang kadang takde selindung. Cakap main lepas jeh but aku boleh terima, kawan macam nieh yang aku suka and sayang… sebab they all jujur, tak main tikam belakang.



Well…hidup nieh bukan hanya mengejar keseronokan sahaja. Yea aku sedar tu. Hidup kena struggle. Ada masa aku happy, ada masa aku sedih, ada masa aku stress. Banyak dugaan hidup ini. Bukan setakat dugaan bercinta tetapi dugaan belajar, dugaan kerja, dugaan kawan kawan, dugaan keluarga, dugaan wang ringgit, macam macam tapi tak kan kita nak buka pekung kita sendiri. Pijak di bumi yang nyata. Manusia rambut sama hitam hati lain lain. Manusia selalu fikir hidup orang lain lebih baik dari hidupnya tapi cuba fikir balik, ada orang yang lebih susah dari kita, lebih merana, jadi tolong bersyukur dengan apa yang ada dalam kehidupan kita ni. Jangan ada sifat dengki pon. Aku tahu ada orang kadang kadang tak senang tengok aku update pergi sini pergi sana, buat ini buat itu tapi this is my life. Aku bersyukur dan aku happy. Sesiapa yang nak happy seperti aku, buang sifat buruk dan tanamkan sifat baik, insyaAllah, happiness tu milik korang.




Balik tadi beli burger untuk mak J kesian mak duk rumah sorang sorang. I ajak jeh beliau ikut I jumpa kawan tapi mak I segan, so tak kan nak paksa ye dak? So, beli jela burger kat mak…



4 comments:

  1. seronok ler.

    dah tgk twilight..... gua pun nk tgk jugaa. Eheh! hahah

    ReplyDelete
  2. oh.. hey kura..... ^^ tengok2, best cite tu. sgt menyentuh perasaan :)

    ReplyDelete
  3. haha... aku ckp x tapis yer al??
    nk wat mcm mne.. sifat semula jadi... haha

    ReplyDelete
  4. cantik!sabarla awak, nanti Badrol Bakhtiar datang meminang awak ok.hehehe

    ReplyDelete