Wednesday, December 14, 2011

Singapore Trip - Bahagian 1

assalamualaikum...


haloha Malaysia ! cecece feeling macam dekat howerseas lagih nieh... (jap jap, segan sebenarnya nak buat entry Singapore tulis "part1" "part2" or "part3" sebab hari tu kene bahan dengan members dah. tu yang taip "bahagian 1" hahaha, buleh macam tu?)....peduli hape haku :p.... yeah, ingatkan macam sikit jeh kan nak share cerita tapi bila kumpul kumpul gambar macam wahh banyaknya cerita nak share nieh. so, terpaksa la jugak bahagi by part kan... hehe gelak tak berapa nak sopan.

actually plan nak pergi singapore dah lama dah, lepas habis buat project final year dah rancang tapi tak jadi-jadi, then lately nieh kan macam macam problem, so fiza ajak la pergi vacation. at first nak pergi uss but bincang punya bincang, uss pergi next time and this time cuma jalan jalan pusing pusing singapore jeh. :)


barang barang keperluan semasa di negara orang :)

well, aku punya trip nieh start pada hari jumaat lepas... aku dari ipoh then ke melaka then ke johor then baru la ke singapore. see jauh perjalanan kan. mak kite cakap kan, jauh perjalanan luas pandangan dan pengetahuan. betul la tu. banyak kot dapat ilmu, general knowledge and paling best, dapat snap pictures banyak banyak. LOL !

hari jumaat tu lepas jeh solat subuh terus siap siap nak ke melaka. oh, aku g melaka naik bus. jimat weh. ce kira, kalau naik kereta, minyak, tol, service, and bla bla bla dah berapa so, aku decide naik bus jelah walaupun dah lama gila tak naik bus, dalam hati nieh kecut jugak sebenarnya. haha! boooo manja, mengada kau kan alia. serius dah lama tak naik bus, last naik dari ipoh ke melaka masa diploma tahun 1 kat utem. itupon mak and arwah ayah aku yang hantarkan kat stesen bus sambil aku nangis nangis keluar air mata syahdu bagai. ok tipu, tak nangis pon. so, kali nieh memang dora the explore habis la. dari rumah aku naik taxi ke stesen bus. what? taxi? yes, taxi ! sebab takde sape nak tolong hantarkan. nak naik bus loncat takut lambat kan so terpaksa la naik taxi.

pukul 845am aku dah keluar rumah. tiket bus pukul 1030am. awalkan aku keluar? apa buleh buat, nak tunggu taxi punya pasal. di sebabkan first time take a cab alone so masih noob nak call taxi macam mana. lagipun time tu battery handphone aku low, charger tertinggal kat kampung. pheeuuww... so, terpaksa keluar awal and tunggu taxi tepi jalan and i'm lucky, keluar jeh rumah taxi lalu. phueeww....

aku pun tahan la taxi tu, seorang uncle cina yang agak veteran sudaa... sambil lambai lambai tangan suruh uncle tu berhenti then dia pun berhenti la (apsal macam ayat budak darjah satu nieh? owh, mayb betul la apa orang cakap karangan aku macam budak darjah satu. LOL).. ok, sambung. then aku tanya uncle tu...

"uncle, boleh pergi stesen bus medan gopeng tak?"

"mesti la boleh pergi, kenapa pulak tak boleh?" see, soalan noob! malu malu!

"hehe..." ok, aku pon naik... then kau tau dia tanya aku apa?

"adik, ada luet ka?"

what????! muka aku macam budak sekolah lari rumah baju compang camping ke hape?

"hehe uncle, berapa ea kene bayar?" buat buat noob. padahal mak aku dah cakap, dari rumah aku ke stesen bus rm12.

"8 linggit sudaa laa..." 

nieh mesti kes uncle nieh ingat aku takde duet nieh. cis ! tapi bagus jugak la kan, dapat murah. wehooo.... !

pukul 9am macam tu dah sampai stesen bus. weeeeyyyy bus aku pukul 1030am! bayangkan la nak tunggu tu! so, aku pon beli la air kotak nescafe and roti jagung. makan punya makan, tengok jam baru pukul 920am. then macam mana tah tergerak hati nak tengok tiket bus, before tu tak tengok langsung ohkay! then tengok punya tengok, tiket bus tu pukul 645pm. DAMN betul! akak kaunter tiket tu sah salah bagi waktu nieh. (cecece, sendiri yang salah sebab tak cek masa beli pastu nak salahkan orang lain. haha) ok, aku beli tiket tu sehari sebelum tu, time beli tu fikiran tah kemana tah so, tak cek la tapi aku memang cakap dekat kakak tu nak pagi and masa tu kakak tu memang bengis nak mampos, buat muka tahhik and lempar lempar jeh tiket haku kan..... ok, sambung, bila dapat tahu waktu salah, aku panic panic panic. so aku pergi kat kaunter tu balik. aku just tanya akak tu, "kak, apa plat num bus nieh" sambil tunjuk tiket. then dia tengok, dia pulak panic. "dik, nieh bus puku 645pm nieh dik, ala akak salah bagi kat adik semalam, sory sory." SORRY?? WTH kau sorry time macam nieh. ok, aku senyum lagi. "habis kak macam mana nieh? saya kene gak pergi melaka pagi nieh!". so, akak tu pun gelabah call sini call sana tanya kot kot ada seat lebih sebab bus yang sepatutnya aku naik dah overload.

memang gelabah la takde bus, then akak tu pun mintak dari company bus lain, bus tu pukul 930am, itu pun kalau ada seat kosong, kira aku menumpang la kan. and THANK GOD ada satu seat lebih. pheuww, nasib baik ! yeah, sesuatu yang berlaku tu ada hikmahnya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. (TETIBA) haha. ok, at least aku takde lah tunggu lama sampai kul1030 kan kan. see, hikmah hikmah! 

ok, sampai jeh melaka around pukul2pm macam tu, so aku message la fiza. sambil tunggu fiza tu, aku selesaikan segala urusan aku dulu, pergi toilet, solat, ambil duet, lunch and bla bla bla la. and time tu lunch kat mcd.. mcd jeh yang berselera time tu, apakan daya, layan jela... masa order mcd tu fiza pun sampai and acara bergossipan bermula. lalalalala....


dah habis makan, dah habis gossip, baru la terkial-kial pergi beli tiket ke johor pulak. ok, yang nieh fiza yang plan, nak pergi mana dulu, tidur rumah siapa and bla bla bla. bus kteorang ke johor pukul5pm. yeah, direct ke johor. so, dekat johor tidur rumah pak long fiza. 

esoknya baru la gerak ke singapore..

ok, jom aku kenalkan ahli rombongan. eceh !

hehe. kenalkan, faiz... tour guide we all.

and him,  acik :)

heuheu sape lagi kalau bukan fiza ! <3

and budak budget cute, me !

taraaaaa......

see, our bodyguard !

taraaaa again..... faiz, ur smile fake giler.... 



ok, sila tunggu next entry pasal SINGAPORE. tak perlu budget banyak pun nak pergi sana. aku and fiza just guna around 30dolar jeh. SERIUS. nak tahu macam mana, ok, tunggu next post okay... tunggu tau.. baca tau... haha paksa orang lak.... who cares? :P





oh girls !!! members i yang dua orang tu, faiz and acik masih single ohkay. faiz sedang further study in PhD and acik dah bekerja, plus dia buat part time further master ohkay, so boleh la nak add diorang kat facebook sekarang. haha! promote member lak. (well, yeah, i'm proud ada member berjaya macam nieh, diorang sebaya aku jeh tapi see.....PhD and master kot and aku???! omg, malu nak cakap #okbai) ............ even-though bijak tahap gaban tapi kesian wey tengok diorang lonely jeh. haha ! poyo poyo, sendiri pon single kan, nak kenen kenen orang lak. oh, fiza pon single, and guys, please la tunjuk effort sket, awek cun kot. lalalala ... nieh kelab single keh hape nieh?! @@

tengok pic entrance jela dulu ea. next post pictures di Singapore ! wehooooo ! #sayagilakameraokbai






*to mak fiza, family fiza, auntie2 fiza, kak muna, paklong maklong fiza, terima kasih banyak banyak. to my best friend, fiza thanks babe, tak tahu nak say thanks macam mana lagi, teharu. and to faiz and acik thanks to both of u too. panjang lagi nak cerita nieh... haha! 








No comments:

Post a Comment