Monday, October 15, 2012

Kehidupan ini di teruskan

assalamualaikum...

hehe...post sebelum sebelum nieh kemain islamic ye alia? hehe... Perubahan itu harus memiliki hati yang kental. ok, malas nak hurai panjang panjang. tapi macam macam fikir. nak share dengan korang apa yang aku dah pelajari dalam kehidupan ni, apa yang di lalui, tapi hati masih tak kuat. masih rasa ragu ragu. kenapa ragu ragu? kerana hati tak kuat. eh? tadi kan dan cakap? haha! banyak faktor. kawan kawan terutama. tak bersedia nak dapat kritikan mungkin. mungkin! tapi tak baik berprasangka buruk yedak? tapi in sha Allah, perubahan itu tetap ada dalam mencari ketenangan dan keredhaan dari Allah. cuba untuk berubah, dan akan berubah!

ok, dah cukup mukadimahnya. yang aku nak share nieh last week punya cerita la.. hehe.. tetiba cerita pasal nak berubah la bagai, apa kes? hehe, saja peringatan untuk diri sendiri. manusia nieh mudah alpa.

last week teman kakak aku menghadiri majlis convocation unikl. oh, kakak aku mengajar kat sana. so, aku and mak aku saja menyibuk. hehe. saja la nak join aktivity aktivity formal macam tu. boleh jumpa sultan. kekeke.. boleh tanam rasa suatu hari nanti, aku akan duduk sebaris dengan canselor atas pentas ke.. *eh, kenapa tak cakap "suatu hari nanti aku ke jadi canselor?"...oh alia, berangan tak hengat kau! haha! ok, sila abaikan.

i loveee this dress. sangat selesa dan sopan!!! 



Prof. Madya Datuk Dr. Siti Aminah. eceh! haha!!!! 

hari jumaat malam sabtu tu kteorang pergi makan dekat Tasik Idaman. oh, seafood, ikan besar besar. makan sampai kenyang gila. alhamdullah...rezekhi  Allah... :)




Then hari sabtu malam ahad pergi "bercuti" di Hotel Equatorial Bangi. bercuti lah sangat kan! haha! saje jeh kakak aku nak bawa mak merasa rilex rilex kan, kteorang tumpang jeh. hehe!

makanan kat hotel nieh pehhh terbaik! *orang kampung jakun sekejap. haha! tapi memang best la, sedap, menarik tertarik lah! :)




nie jeh yang sempat snap. yang len tak ambil gambar, dah licin. haha! ni pun ambil gambar sebab deserts dia menarik sangat. *jakun! haha!

Pukul 12pm macam tu, tamat lah "percutian" di hotel nieh. on the way balik ke rumah abang aku kat cyberjaya, kteorang singgah kat Symphony Hills tengok rumah. showhouse. mak aihhhh rumah RM1.4juta ok? kau mampu? ok, kau mampu, aku tak mampu. boleh tengok meleleh air liur telan balik. euw! haha! tapi memang cantik gila la rumah. cuma..... aku rasa kalau RM1.4juta tu kalau bina rumah kat kampung aku, 3kali ganda besar kot dari rumah kat cyberjaya tu.

Symphony Hills :)



1 comment:

  1. assalam alia..
    nk jd fashionista xsemestinya kne bju fit je..
    kita niat balik nk berubah kerana Allah,insyaAllah Dia bg kekuatan utk alia sedekah baju tu kat org saiz s,hehe..
    you look really nice in that dress.. :)

    ReplyDelete