Sunday, October 9, 2011

Dress belang belang ^_^

salam...

ahh, hari nieh boring lagi duk rumah so keluar la jalan jalan dengan dania *pehh, dia semakin femes da sekarang sejak aku upload gambar gambar cun dia kat fesbuk aku. siap kawan kawan aku add dia.. untung la....

so, pergi la buang masa dekat Equine Park. so survey la lagi baju konvo kan. kali nieh berpuas hati sikit sebab ada la yang aku berkenan and harga pon murah :) so, dapat la sepasang baju tu tapiiiii malangnya baju tu kecikkkk. haha! budget kau kurus r alia! ceit! kan da menyusahkan diri sendiri nak kene pergi tukar lak esok.hadooo la weyyy.. konvo punya pasal!


ok, malas la nak cite kisah sadis nieh. so, tadi lepas shoping shoping, kteorang g karaoke. lama gila tak pergi karaoke weh. so nyanyi la lagu lagu feveret kan. dania lak semua pilih lagu english, haish budak budak sekarang mana layan lagu lagu melayu klasik nieh.




ha...tajuk entry pasal dress tapi cerita bukan bukan kenapa? haiyaaa alia.. ok, dress belang belang nieh baru beli. muahahaha..actually dah lama sangat da nak beli dress belang belang tapi seriusly tak brani pakai sebab takut nampak gemok kan. so, tadi dari mana la datangnya keyakinan diri pon tak tahu, so pakai jela dres belang belang. bila amik gambar macam kiut jugak ek.kehkehkeh...




and yeup, i love dress, i love skirt! <3

Lelaki suka ke sikap perempuan macam nie?

salam...

tadi ada baca majalah mingguan wanita then terbaca la "8 sikap isteri buat suami makin mencintai" . WOW..yes, wowww... aha, aku memang la tak ada suami lagi but apa salahnya prepare awal awal kan.. cecece..berangan...so, aku tak nak share dengan korang apa yang aku dah baca *kang majalah mingguan wanita tak laku lak kan, so korang pergi beli and baca sendiri la. so, aku just nak beri pendapat sendiri la about this matter. cewah~~

so, macam mana sikap korang dengan pasangan masing masing? aku? haha! tak payah cakap la, aku tak ada bf.. err~~ bukan tak ada, err in process and progress ^^ aku tak berapa nak pasti sangat la setiap lelaki nieh macam mana gadis idaman diorang kan tapi maybe aku boleh kot nak kongsi sikit sikit dengan korang apa lelaki suka dengan kita orang perempuan nieh.

ok, first, masa kita mula mula kenal tu, just be cool, jangan tunjuk sangat gedik kita. layankan aje apa dia nak cerita then kalau dia buat lawak tapi tak lawak sangat, korang bantai jeh gelak, time gelak tu tak payah la sopan sangat, just be your self. and most lelaki suka perempuan yang fun. fun means kita pandai bergurau, ambil hati and paling penting puji! yes, sape la yang tak suka di puji. but sometimes lelaki nieh ego, dia suka tapi dia akan cakap "i tak hensem pon, tak payah la perli perli sangat" and girls, jangan putus asa, puji jeh dia melambung lambung and anda sudah tawan hati dia. omg!


ok, pastu bila korang dah tahu dia suka korang and time tu korang jual la mahal sikit. tak payah sikit sikit nak i love you sangat, i miss you sangat. tak payah setiap minit nak message and setiap jam nak call. rileks rileks jeh. go with the flow, kalau dia jual mahal, korang pon boleh, kalau dia kaki message, layankan aje but make sure bukan korang yang selalu anta message dulu.

ok then, bila dah declare, hah! masa nieh boleh la nak gedik gedik. ok gedik means bukan yang buat orang menyampah! gedik means korang boleh bersikap keanak anakan, manja manja gitew.. but korang kena beware, most lelaki sangat suka perempuan yang matang so nak manja manja biar la bertempat. masa diorang ada masa layan korang, masa mood dia ok, masa dia pon nak manja manja dengan korang, hah, time tu la. jangan la nak mengada ngada time dia tengah busy, time dia dengan kawan kawan and bla bla bla.


then, lelaki nieh sangat suka perempuan yang boleh menyesuaikan diri dengan orang orang di sekeliling. dia akan lebih menghargai kita bila kita pandai menyesuaikan diri dengan kawan kawan and family dia. so, pandai pandai la korang amik hati kawan kawan and family dia. but jangan la sampai keterlaluan, tiap tiap hari kau pergi hantar wall post kat kawan kawan or family dia, itu desperate namanya.

oh yeah, bab nieh patutnya aku taip awal awal tadi. semua orang suka tengok orang cantik cantik kan. so, don't worry, kita nieh di lahirkan semua cantik cantik belaka cuma pandai and tak pandai menghargai jeh kecantikkan yang di miliki. so, most of lelaki memang suka cakap suka tengok natural beauty la, tak make up la, tapi kalau dah muka kau pucat, bibir kering kontang, siapa yang tak rimas kan. so, girls, buat tak tahu jeh apa lelaki tu nak cakap dia suka natural beauty ke, korang must makeup! pakai compact powder and lip ice pon jadi la. biar muka tu nampak berseri sikit. and yeah, most lelaki suka girl yang bergaya. aku tak lah cakap aku bergaya sangat but we should try berubah kan.


so, pokok pangkalnya hati....hati mesti baik...actually banyak lagi kan yang lelaki suka about perempuan but ini jela yang aku mampu taip setakat nieh.

Saturday, October 8, 2011

Ini semua gara gara KONVO!!!

salam....

ok. konvo? urghhh...hehe..patotnya gumbira tapi kenapa berduka? cecece ayat tak boleh blah..ok, hari nieh keluar pusing pusing area bangi and alamanda. balik balik alamanda balik balik alamanda! hehe, dah tu salah sendiri..nak jalan jalan kl memang konpem sesat la, ada gps pon tak berapa boleh pakai plus condition kereta bukan elok sangat pon, so alamanda jela yang mampu. *merepek apa ni alia. ok, back to the story history nieh, hari nieh konon kononnya nak cari baju nak pakai konvo nanti dengan kasut but unfortunately satu pon tak jumpa yang berkenan.


ok, bukan tak jumpa yang berkenan cuma harga.....RM200++ - RM300++..perghhh wa cakap sama lu. gua tak mampu beb. mak huluq sikit ja masa nak mai putrajaya. ehem! penganggur, biasa la, kena la mintak belas kasihan ehsan orang lain, nak harap duet sendiri entah la  bila...ha, ada la sepasang baju kebaya tu, baju dia dah cantik dah, harga pon affordable tapi bila tengok kain, alahai~~ terbelah la pulakkkkk! haish! baru nak berangan pakai baju slim slim nieh. so, tak beli lah, bukan apa, nanti tak selesa lak nak jalan atas pentas orang tengok kain terbelah bagai.haiyaaa...





so...balik tangan kosong jela..eh, jap jap, bukan tangan kosong sangat la, ada la beli baju selai dua..oppp. hehe. terbekenan la baju tu and tertry la and terbeli pulak.haish! ok, masa pusing pusing alamanda dengan budak sekolah tingkatan dua ada pakwe nama dot dot yang ada member hensem dia duk depan rumah abang aku nieh *ok, abaikan segala yang aku mengarut tu. kteorang memang suka buat muka tak malu amik gambar SS depan cermin tak kira orang annoy ke tak ke kan. haha! so itu memang perkara wajib and balik balik edit edit then upload fesbuk. gila macam budak budak aku nieh! layan jela kan. hehee..




so, lunch dekat noodle station. not bad la makanan dia. aahhh bebel panjang panjang pon korang malas baca, aku lagi la malas taip! pang sedas bole, gila ayat mengada. okbai layan gambar jommmmmm





Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday: N D B




First Experience First Interview

salam...

hello there...hehe...today aku pergi interview beb. *jap nak gelak dulu sebab rasa kelakar...hahahaha... ok ok. nie first time aku pergi interview formal. serius memang cuak habis weh, seminggu sebelum aku di interview aku dah glabah dah. duk rumah ulang-alik ulang alik. memang tak senang duduk tau. kenapa la aku glabah nak mampus nieh kan. ok, first aku memang tak bersedia langsung! ingatkan bole duk bersenang lenang kat rumah lagi bina lemak lemak yang tak putus putus and tak pernah berputus asa tumbuh kat badan aku nieh. tapi untung and bertuahnya aku di panggil interview.*baru interview, GELABAH lah kau alia!
skema tak pakai camni? hehe

hehe. mana tak gelabahnya kawan, aku dulu belajar main main kot, serius memang kalau tanya aku pasal pelajaran nieh memang aku akan jawab "alamak! lupa la...." dah tu mau tak gelabah nak pergi interview.. *tula adik adik sekalian, kalau dah tak minat bidang tu, haish...susaa la nak cakap, paksa jela diri untuk suka kan.. ok position yang aku apply nieh maintenance electrical engineer. OMG! engineer beb engineer! haha, tak pernah bayang pon nak jadi engineer, duk bayang duk rumah masak, kemas rumah, basuh baju jeh nieh, skali habis blajar betul betul lak jadi engineer *dah tuuuuuu kau nak mintak keje apa selain engineer dah ko blajar bidang tu. haish lagi skali~~ aku tak minat :(

ok ok sambung cerita....what ELECTRICAL? homaigodddd aku mana la belajar electrical bagai, memang gelabah nak mampus. ok, camni, masa aku apply tu aku just state je as an engineer, sekali dia offer electrical engineer, so tak kan la nak tolak kan, layan kan jela.fuh fuh memang berpeluh la weyy..so aku pon mintak bantuan abang aku bantu, so dia memang sangat banyak membantu aku. Thank God aku di kurniakan abang seperti abang aku. terima kasih abang doih..hehe..

so, sehari before aku pergi interview tu, aku ada la buat research tentang apa maintenance engineer buat, so aku tahu la scope scope kerja aku nanti. hm..boleh la tahan, insyaAllah aku boleh kot buat kerja kerja macam tu sebab nak maintain jeh, bukan perlu perah otak create new design ke, new product ke, hah, kalau yang tu aku memang fail! *baru pergi interview, dah glabah macam dah dapat kan. hehe..somehow pon korang tolong la sama sama doakan aku dapat pekerjaan ni.

ok, pagi tadi aku bangun awal, dalam pukul 5 pagi la macam tu, bukan tak boleh tido tapi aku bangun nak study tak habis lagi. study beb study. abang aku ada la test aku dengan soalan soalan killer, memang aku tak dapat jawab weh! abang aku siap geleng geleng kepala lagi, so dia bagi la buku tebal giler suh aku study @_@ then aku pon study la sikit sikit..hehe, sikit jela..hehe...pastu lepas pukul 7 pagi aku dah pasrah dah, tak kisah la dapat ke tak ke, aku tawakal jela. kalau tak dapat, aku masih ada backup plan. yes, backup plan..itu yang penting.so backup plan tu aku cerita lain la ea.

nie la bukunya :)

aku punya interview start pukul10 pagi. abang aku datang amik and bawa ke tempat tu, dekat giler dengan rumah abang aku, jalan kaki pon sampai beb, tapi berpeluh la sikit ketiak tu sebab kene naik bukit. so, aku pon follow jela bontot abang aku kan. tapi alhamdullillah hari ni, hari interview nieh aku kurang sikit debarannya, sebelum nieh jeh rasa nak pecah jantung nieh. so, ingat pesan pesan mak, kluar rumah kaki kanan, baca ayat ayat quran, ayat kursi, macam macam lagi la kan. then farah and fiza jugak banyak membantu. and kawan kawan yang tahu pon banyak bagi support.

ok ok, back to the story interview..ok, interview tu sekejap je dalam 20-25minit jeh. soalan biasa yang di tanya, nasib baik aku dah prepare and ada la soalan pasal electrical. hehe, aku sebenarnya tak tahu pon jawapannya so aku main taram jela apa pon, apa yang aku study tula kan. then agaknya dia nak sedapkan hati aku, dia cakap la "dah betul dah tapi kurang tepat" so, aku gelak jela, buat muka sehabis comel. nasib baik lelaki and muda pulak tu..pewwwiittt..haha! then aku rasa diorang jeh yang banyak terang kat aku pasal position yang aku mintak nieh. *sape yang interview sape pon aku pon da konfius.haha! tapi memang best la, tengok interviewer tu pon macam baik je kan, oh ada 2orang interviewer lelaki. seorang muka serius habis and seorang mains je, sempat la aku jeling jeling bagi dia malu and die memang malu.kahkah.. takdela, aku pandang as majikan je tp dia lak malu.memang pemalu kot orangnya.

so, dah habis sesi interview tu, aku rasa lega giler beb. rasa nak berdansa jeh kat situ, nasib baik boleh control lagi tau.so, dapat tak dapat, itu lain kira lah, janji aku dah ada experience temuduga, so lepas nieh tahu la macam mana kan, xdelah glabah macam first first nieh.alhamdullillah.....amin..habis cerita

Monday, October 3, 2011

The Sunday. lalalalala

salam...

hey girls and guys.macam mana last weekend korang? best tak ? pergi mana? *gila sibuk hal orang kan...hehe.. hm... semalam before jalan jalan aku ada la tolong kakak ipar aku buat apam. nak buat polcadot apam tapi tah apa apa la jadi corak apam tu. yang bestnya kteorang buat sama sama dengan anak anak sedara aku, serius fun betol bila bekerjasama macam tu, boleh gurau gurau. tengok sapa punya corak lagi cantik and bla bla bla.


yes, ini yang aku buat! haha! disaster kan kan. haha! blasah jela labu

antara penolong penolongnya... sexy gila yang sorang tu, aaww, siap tak mandi lagi. opp

yang lelaki pon sibok jugak nak buat..alahai~~

ok, yang dah masak tak sempat snap pic sebab dah licin dah...


then lepas tu aku keluar la jalan jalan dengan my eldest niece. best keluar degan dia, boleh la nak buat kawan, dia dah besar and matang, i'm proud of her :) tak banyak pon shoping because, ehem! paham paham jela penganggur nieh, duet poket kena catu catu.hehe.. so kteorang jalan jalan and snap pictures. yes! perkara wajib yang akan kteorang buat, kteorang akan bergambar because both of us love camera. hehe.




peace!






Wednesday, September 28, 2011

Err~~ @_@

salam....


alahaiiiiiiiii~~ *opp 'ter' mengeluh lak..hehe *gelak sopan.. sejak sekian lama terlupa aku seorang blogger. *blogger la sangat kan. ok, memang blogger tapi seorang blogger yang tak best. sejak duk rumah ni, otak jadi beku beb, tiba-tiba jeh tak ada idea nak buat entry apa. taip taip taip macam tak best pulak entry nieh, then delete, buat yang lain, taip taip taip tak best jugak so, tak payah la taip.haha...owh, kali nieh taip pon main taip jela, and sedaya upaya tak nak delete dah.penat kot taip taip then delete, serius tak ada kerja kan kan.


actually, aku rasa happy sangat dengar ramai member yang dah dapat kerja. *gila la semua dah jadi engineers kan kan, jeles beb jeles! and aku?? haha! setakat nieh duk rumah, insyaAllah ada la rezekhi nanti kan. insyaAllah...amin... susah susah sambung jeh belajar. hah! macam nieh, sambung jeh belajar sampai dah tahap tak boleh sambung then duk rumah jeh kawin jaga anak. style tak? kekeke.. mampuih la mak kejar dengan pistol weh duk rumah jeh. hehe





Friday, September 16, 2011

My Current Life

Salam…

Kesian betul bulan September nieh tak banyak entry kan. Aku tengok blog aku nieh pon cam sedih je..so, xpelah, aku kuatkan diri untuk update apa-apa yang patot. Lepas jeh aku merdeka 19August hari tu, aku terus je balik perak. So dekat perak memang susah sangat nak online sebab rumah aku tak  ada internet.bukan ada siapa pon nak pakai internet kan, mak aku dengan kerja-kerja rumah dia la, tak hendaknya dia nak main-main internet nieh. So, kalau dekat perak aku kene pergi cc. ingat duk cc tu ada mood ke nak update? Memang tak la kan.
Seminggu lepas raya aku buat la alasan kat mak aku nak pergi ambil barang-barang kat Melaka plus nak cari kerja la konon-kononnya padahal aku nak meluaskan pengetahuan *cewah, ayat nak sedap je kan. Padahal nak pergi jumpa kawan-kawan sebab dah bosan gila duduk rumah tanpa buat apa-apa. Internet pon susah, tv pon boring so buat la apa-apa alasan untuk keluar tengok dunia luar kan.

Ok, aku balik la Melaka, duk Melaka dalam 3hari macam tu, memeng best la kan, hari-hari keluar window shoping, jumpa best friends,jalan-jalan,makan-makan, memang best betul.sekarang nieh pon aku masih rindukan diorang L




Then lepas balik Melaka tu aku stay rumah abang aku.hah! actually, abang aku yang dekat dengkil tu kene denggi, so aku dengan ahli keluarga yang lain la bergilir-gilir jaga abang aku nieh.mak aku pon ada jugak. Alhamdullilah abang aku dah beransur sembur, dah keluar hospital dah pun.oh oh, before pergi Melaka tu ada la aku buat muka tak malu follow kawan-kawan aku  pergi rumah open house kawan diorang.hehe..selamber jeh la, bole tambah kawan ye dak? *berkawan biar seribu beb~~ thankz to member diorang tu ea J


And hari nieh, aku pergi open house kawan abang aku dekat bangi. Memang best gila open house tu.beraneka juadah di sediakan. Serius banyak gila aku makan. Antara juadah yang aku jamah, nasi beriani,mee kari,ketupat,lemang,satay,dging kambing bbq, aiskrim,tapai,kueh-kueh,buah-buahan. Ni yang aku makan la, sikit je tu.selain tu ada bihun sup,laksa, roti jala and apa tah lagi, time tu memang dah full habis dah, kalau tak, memang aku sumbat semuanya *tamak-tamak.hehe



Balik jeh open house tu abang aku singgah alamanda.then aku and anak sedara aku yang sulung memang amik peluang habis la untuk window shopping.and kteorang ada beli cincin owl.hehe..see, umur tak menghalang aku untuk bersifat remaja lagi…nombor semakin bertambah tapi muka and jiwa semakin muda…^_^ 




Tuesday, September 13, 2011

Birthday Nur Hafizah Hassan

salam....

yuep.......seriously lama gila tak update blog...ok, so nak update laju-laju. *tu pon kalau laju la.. hari nie birthday fiza, yes fiza! so, aku merangkap kawan yang close dengan beliau haruslah hang out together-gether kebetulan aku kat melaka nieh. so, kteorang spend time sama-sama sepanjang aku kat melaka, dari hari ahad sampai la hari nieh. yang lain ada class, tinggal aku dengan fiza jela yang free...

tak ada apa yang menarik pon just tadi kteorang pergi makan-makan shoping-shoping *duit pinjam dah masuk weh...somehow pon duet pinjam~~ haish~~

layan pic jom... *padahal jap g nak masukkan dalam album fb, sibok jeh nak letak kt blog jugak kan...biar la, ada aku n korang kesah? tak kan? okbai


BirthDay Girl <3


nanti we olls akan bawa haluan masing-masing sudah..sedih sebenarnya nak berjauhan dengan kawan yang kita sayang. but its ok, selagi cukup kudrat nieh, tak ada halangan apa-apa, boleh jeh nak selalu jumpa. utara-selatan kat malaysia nieh takde lah jauh mana pon ye tak?, insyaAllah i will~~ to Nur Hafizah Hassan: HAPPY BIRTHDAY TO YOU DEAR. I LOVE YOU SO MUCH. Hope ko happy hari nieh. i will miss u a lot... <3

Wednesday, August 31, 2011

Raya Merdeka!!

salam...

sudah lama tidak mengupdate blog kan. raya-raya macam nieh pon nak update. orang pergi beraya, aku duk rumah mengadap laptop. haish~~ terasa kemalasan melanda diri untuk bersiap-siap pergi ke rumah teman-teman. so duk rumah jela. lagi pon angin sepoi-sepoi kat kampung nieh buat mata nieh nak pejam jeh kan..

raya first (semalam) ada la aku pergi beraya rumah saudara-mara. bestnya jumpa saudara. lama sudah tidak ketemu. then hari nieh duk rumah layan tetamu yang datang jeh. tapi tak ramai pun yang datang, tu yang bole berfesbuking and beblogging.haha!

ok, nk letak gambar sket.


Sunday, August 21, 2011

Update Laju-laju.

salam..

ok, aku sibuk sedikit minggu nieh sebab minggu exam and ianya sudah pun berakhir...yeup, saya sudah tamat ijazah sarjana muda kejuruteraan elektronik computer. syabas alia! hehe.. nak beli hadiah kat diri sendiri la nanti tanda penghargaan pada diri sendiri. *poyo~~ lalala.. ok, aku macam tak sempat nak jumpa semua kawan2 utem, kwn2 class so kat sini jela aku nak buat ucapan sket. "kwn2 utem saya minta maaf kalau saya ada buat salah, minta maaf terkasar bahasa, minta maaf segala kekurangan and minta maaf kalau ada terlepas pandang apa2 yg buat korang kecil hati. and terima kasih 4 every things! i ♥ u olls~~" *haha, copy paste.ucapan yg dekat fesbuk jeh. mls la nak taip lagi. but, ucapan nie sincere dari aku.




ok frens... jumpa lagi ea~~ sayang korang~~







Wednesday, August 10, 2011

Berbuka puasa bersama abang2 dan kakak2 ipar dan emak tersayang :)

salam...

Last week alhamdllah dapat juga balik perak. berkat niat yang suci lagi murni nak sambut ramadhan bersama emak tercinta di makbulkan. alhamdulillah... 3hari berbuka dengan mak, memang terpancar kegembiraan dia bila anak dia sama2 sambut ramadhan. alhamdulillah. then masa aku nak balik melaka mak nak join pergi rumah abang, so aku pon bawa lah. sampai rumah abang kteorang berbuka bersama. abang aku yang kat dengkil pon join skali.memang sangat meriah. so, kakak ipar aku masak sangat special, nasi ayam goreng bersama bijan. :) then abang aku beli juara murtabak. haha! memang best. *macam karangan budak darjah 6 dah. hehe. jom lyn gambo jela.

haaaa.....ni kuah durian yang aku mengidam la sangat2. sampai je umah, salam2 cium2 mak semua terus ckp"mak org teringin sgt nak makan durian" then esok pagi aku bagun, mak dah beli sebiji durian yang berharga rm11.50. sebijik je ohkey rm11.50. mahal gile! terima kasih mak. terima kasih Allah kurniakan mak yang paling best in the world pada hambamu ini. sayang mak sangat2.

ni la ayam goreng berbijan..mmmm dap nyeee

antara buah buahan yang ada pada malam itu :)

semua bersabar menanti kedengaran waktu azan :)

ok, ready tuk baca doa.. ke dah baca eh time nieh?? heehe

i love my family so much ^_^


Wordless Wednesday: COOL!

See U

salam...

owh, See U tu nama restoren steamboat. yeah, tadi aku pergi berbuka kat sana. ini first time berbuka kat luar untuk ramadhan tahun nie. sebelum nieh pergi bazar jeh, jimat~~

See U nieh aku tak pernah try, biasa pergi johnny or seoul garden jeh. so hari nieh nak try makan dekat See U lak.so far, aku tak berapa nak suka makan kat sini sebab tak berapa nak sedap but harga affordable la. so kalau korang nak try, boleh aje. :)


nie menu yang aku makan tadi :) hape tah name die tapi yang pasti ada dumpling :)

sipot ku kepitan

ok, nieh di seoul garden. masa nieh aku makan murah je guna student card dapat rm19.90 if not mistaken. tapi member aku cakap masa die pergi time bulan puasa sorang kene rm40++. okbai. 

ok, nieh masa makan di johnny. so korang boleh la fikir2 nak choose steamboat mane yang best but i prefer either johnny or seoul garden la, puas hati. See U...mmm sekadar boleh mencuba jela~~

tempat2 steamboat nieh jeh yang aku tau kat melaka nieh, yang lain aku tak tahu. kalau korang tahu, sila la share dengan aku ea, nak try :) 


Sunday, August 7, 2011

Pungguk Alin? apa tu??


salam... ok, video nieh baru jeh amik tadi. actually tadi kteorg g tgk cite captain america mid nite. so pas tgk cite tu, alang-alang terus g sahur. time tu around kul3 mcm tu. cite pny cite, ada la scene yg menarik, so aku pon rakam. kes: pungguk alin or pungkoq alim? konpius sudaa.. ok, member kteorg aka bf maria nieh nama halim. so, paham2 jela dah bunyi dekat2 mcm tuh kan, so mmg kne bahan hbs la. mcm mane bley terkeluar isu nieh bila bual2 pasal lohgat negeri masing2. well, aku and maria org perak, fiza, cik moon n halim org johor, so nak test la skill bhs negeri masing2. mula2 bhs jawa then melalut la sampai pungguk alin nieh. aku pon xthu ape tu pungguk alin *bahasa perak. korang juz dgr video nieh sampai hbs jela ek. selamat mendengar :)




aku mls gle nak update blog sejak 2menjak nieh, so ayt pon gna ayt sms jela ea.