salam...
tadi ada baca majalah mingguan wanita then terbaca la "8 sikap isteri buat suami makin mencintai" . WOW..yes, wowww... aha, aku memang la tak ada suami lagi but apa salahnya prepare awal awal kan.. cecece..berangan...so, aku tak nak share dengan korang apa yang aku dah baca *kang majalah mingguan wanita tak laku lak kan, so korang pergi beli and baca sendiri la. so, aku just nak beri pendapat sendiri la about this matter. cewah~~
so, macam mana sikap korang dengan pasangan masing masing? aku? haha! tak payah cakap la, aku tak ada bf.. err~~ bukan tak ada, err in process and progress ^^ aku tak berapa nak pasti sangat la setiap lelaki nieh macam mana gadis idaman diorang kan tapi maybe aku boleh kot nak kongsi sikit sikit dengan korang apa lelaki suka dengan kita orang perempuan nieh.
ok, first, masa kita mula mula kenal tu, just be cool, jangan tunjuk sangat gedik kita. layankan aje apa dia nak cerita then kalau dia buat lawak tapi tak lawak sangat, korang bantai jeh gelak, time gelak tu tak payah la sopan sangat, just be your self. and most lelaki suka perempuan yang fun. fun means kita pandai bergurau, ambil hati and paling penting puji! yes, sape la yang tak suka di puji. but sometimes lelaki nieh ego, dia suka tapi dia akan cakap "i tak hensem pon, tak payah la perli perli sangat" and girls, jangan putus asa, puji jeh dia melambung lambung and anda sudah tawan hati dia. omg!
ok, pastu bila korang dah tahu dia suka korang and time tu korang jual la mahal sikit. tak payah sikit sikit nak i love you sangat, i miss you sangat. tak payah setiap minit nak message and setiap jam nak call. rileks rileks jeh. go with the flow, kalau dia jual mahal, korang pon boleh, kalau dia kaki message, layankan aje but make sure bukan korang yang selalu anta message dulu.
ok then, bila dah declare, hah! masa nieh boleh la nak gedik gedik. ok gedik means bukan yang buat orang menyampah! gedik means korang boleh bersikap keanak anakan, manja manja gitew.. but korang kena beware, most lelaki sangat suka perempuan yang matang so nak manja manja biar la bertempat. masa diorang ada masa layan korang, masa mood dia ok, masa dia pon nak manja manja dengan korang, hah, time tu la. jangan la nak mengada ngada time dia tengah busy, time dia dengan kawan kawan and bla bla bla.
then, lelaki nieh sangat suka perempuan yang boleh menyesuaikan diri dengan orang orang di sekeliling. dia akan lebih menghargai kita bila kita pandai menyesuaikan diri dengan kawan kawan and family dia. so, pandai pandai la korang amik hati kawan kawan and family dia. but jangan la sampai keterlaluan, tiap tiap hari kau pergi hantar wall post kat kawan kawan or family dia, itu desperate namanya.
oh yeah, bab nieh patutnya aku taip awal awal tadi. semua orang suka tengok orang cantik cantik kan. so, don't worry, kita nieh di lahirkan semua cantik cantik belaka cuma pandai and tak pandai menghargai jeh kecantikkan yang di miliki. so, most of lelaki memang suka cakap suka tengok natural beauty la, tak make up la, tapi kalau dah muka kau pucat, bibir kering kontang, siapa yang tak rimas kan. so, girls, buat tak tahu jeh apa lelaki tu nak cakap dia suka natural beauty ke, korang must makeup! pakai compact powder and lip ice pon jadi la. biar muka tu nampak berseri sikit. and yeah, most lelaki suka girl yang bergaya. aku tak lah cakap aku bergaya sangat but we should try berubah kan.
so, pokok pangkalnya hati....hati mesti baik...actually banyak lagi kan yang lelaki suka about perempuan but ini jela yang aku mampu taip setakat nieh.
dah jd Dr. Love skrang ek...=)
ReplyDeletehaha! kan.. kan... ;p
ReplyDelete