Friday, May 20, 2011

Al-Fatihah...Beliau pergi buat selamanya...

assalamualaikum...

17 Mei 2006, tarikh nie adalah tarikh peninggalan allahyarham en hassan bin don, iaitu ayah aku...yup, dah 5tahun dah...tapi aku masih teringat lagi saat-saat akhir pemergiannya...ok, bukan nak sedey2 or nk simpati ke hape, juz nak share...

masa allahyarham sakit, aku baru je hbs final...then, aku pon bergegas la nk balik kampung tapi mak aku call ckp diorang ada kat rumah abg aku kat kl. so, aku pon balik kl la.time tu aku tak tahu pon allahyarham ada sakit kanser pankreas, yang aku tahu, allahyarham ada sakit jantung je..tapi seriusly, adik-beradik and mak aku macam runsing gile la. seminggu jugak duk kl and seminggu tu jugak allahyarham kne tahan kat IJN.time tu ayah mawi pon dlm icu IJN...seriusly, aku penah jmp mawi in person masa aku tunggu pembedahan allahyarham then mawi lalu depan aku, siap senyum lagi.tapi time tu tengah takut, sorang2 tunggu (kawasan pembedahan tu kne ada pass so sorang patient satu pass je and time allahyarham kene bedah turn aku kene jaga) jadinya, jmp mawi pon mcm biasa jela, die pon nmpak sad, senyum kelat je.masa tu juz ada mak guard, aku and mawi je kat kawasan tu.ok ok, ape kes cite sal mawi lak nieh!

adik-beradik aku yang lain kerja, habis kerja baru turn dorang jaga..mak aku penat, kesian dia dah jaga allahyarham lame dah, so bila siang je turn aku la walaupon aku masih mentah lagi time tu tapi aku kuatkan semangat...sebenarnya, yang allahyarham lakukan pembedahan tu adalah pembedahan kecil sebab doktor pakar kanser pankreas ckp jantung allahyarham tak kuat untuk buat pembedahan kanser tu, so pergi IJN, doktor IJN lak ckp tak boleh buat jantung dulu, kene bedah kanser tu dulu..sudah....kteorg yang dengar nie memang hangin la..so bincang punya bincang, buat la pembedahan kecil dulu..

dah settle pembedahan kecil tu, kteorg bw allahyarham ke hospital seberang perai sebab atas permintaan allahyarham, dekat katanye dgn tempat kelahiran..masa kat hospital tu, doktor ckp memang dah tak boleh buat apa2, dah kritikal..jadinya, semua redha...

masa allahyarham pergi, aku, mak aku, paksu n maksu ada di sisi.seriusly, itu first time aku betul2 mengadap orang yang sedang di tarik nyawanya...masa tu TAKUT SANGAT-SANGAT and apa yang aku buat, aku baca apa sahaja surah yang aku tahu..(yela, time tu budak-budak lagi,tak matang lagi) and aku nampak mak, paksu and maksu pon terkumat-kamit baca surah sambil mak aku bisikkan ke telinga allahyarham mengucap 2kalimah syahadah..(sebelum keadaan tu, kteorg memang dah baca yassin)...

akhirnya, dalam pukul 8.00pm, allahyarham pergi buat selama-lamanya..oh, aku lupa nak cerita pada siang harinya..siang tu, kanser allahyarham pecah, so darah semua keluar dari semua lubang. doktor masukkan tiub dalam hidung allahyarham and tiub tu sambung kat botol kosong.(botol tu besar botol air mineral besar tu la lebey kurang) and sebanyak 2botol penuh tu darah yang keluar..memang SEDIH bila tengok, seksa..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..masa tu semua dah baca yassin and bersedia apa2 berlaku..

masa aku jaga allahyarham selama seminggu di hospital seberang perai tu, time turn aku and mak aku jaga, mak penah cakap, tanda2 orang nak meninggal, badan dia bengkak, hidung jatuh, najis hitam and tanda2 tu memang ada pada allahyarham seminggu sebelum pemergiannya..haaa...baru aku teringat, seminggu sebelum allahyarham pergi, time tu aku sorang je yang jaga allahyarham, hari rabu, tepat jam 12tengah hari allahyarham tanya "pukul berapa skg" then aku fkr soalan biasa je tapi apa yang aku nak share dengan korang nie mesti korang tak percaya, lepas pukul 12 tghari tu, tepat kul1pm, allahyarham tanya lagi "pukul berapa skg", tepat pukul 2pm, tanya lagi soalan yang sama and tepat jam2 seterusnya sampai la tukar turn jaga pukul6pm kakak aku jaga, allahyarham dah tak tanya..benda nie aku share dengan mak aku jeh.tapi hari ni aku share dengan korang..betul la apa org cakap, orang yang nak meniggal, dia tahu dia akan pergi..sumpah, demi Allah aku tak tipu..ini pengalaman aku sendiri..

so, korang tolonglah hargai parents korang...kalau nak ikutkan hati aku, memang banyak lagi nak share tapi setakat nie je la..nanti-nanti sambung lagi...


.....al-fatihah....




.................rindu yang teramat sangat............

1 comment:

  1. assalamualaikum, time kasih sbb sudi share pngalaman saudari. semoga allahyarham bapa saudari ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman. Aminn..

    ReplyDelete