Saturday, May 21, 2011

Bakal-bakal Engineer

slm....


yeah2...yesterday aku layan filem Nur Kasih dengan rakan-rakan terbaikku..sebelum nak bebel panjang, meh nak ulas sikit cite Nur Kasih..cite Nur Kasih memang best tahap maximum..ni la cite melayu yang paling best yang aku penah tengok..syabas pada pengarah filem Kabir Bhatia, kru-kru, dan pelakon-pelakon yang terlibat..cite nie memang bagi impak yang besar kepada setiap penonton...






ok, sebelum kteorang g tgk wayang, kteorg g layan coconut shake, pergghhh memang fresh gila wa ckp sama lu...musim-musim panas nie best layan ais, rasa nak minum coconut shake tu setiap hari je..



then, dah selesai layan coconut shake, layan nur kasih, kteorg g pahlawan walk, saja jalan-jalan cuci mata sambil tunggu bakal-bakal engineer yang lain sampai..haaa.......meh nak cite pasal bakal-bakal engineer nie..actually, kteorg semua dah habis belajar cuma fakulti aku je kene tambah semester khas atas kehendak Engineering Accreditation Council Malaysia (EAC) atas sebab-sebab tertentu..aku pon not sure sebab ape, kang aku gtau korang, salah pulak kan..so, korang just perlu tahu fakulti aku ada tambah sem khas je sampai bulan ogos nanti.. member-member aku dari fakulti lain semua dah sibuk-sibuk cari kerja.ok, meh nak cite sket tentang member aku yang bakal-bakal engineer nie..aku kenal diorang time aku praktikal kat Sony EMCS Bangi dulu.dari situ la kteorang rapat and enjoy kawan dengan diorang..selain enjoy, diorang nie sangatlah baik,sporting, cool, bla bla bla...diorang nie suka jugak bagi advise pada adik-adik macam aku nieh (budget aku muda la antara diorang..hahahaha)..meh nak kenalkan kwn-kwn aku yang cool nie..(nie separuh daripada geng-geng sony, yang lain tu tak dapat join atas sebab-sebab tertentu, patutnya ramai lagi): 

nie Murniyati tapi kteorang panggil cik moon...die dari fakulti elektrik..she's the coolest person yang penah aku jmp, semua tak kisah, sangat baik, sangat independent, sangat ayu, trm ksh kerana jadi kawan yg baik and setia cik moon, aku bangga jd kwn ko.

ok, nie jejaka-jekaja tampan utem..haha..aku tak thu nama penuh diorang sebenarnya, haha, kwn dah lame tapi tak thu nama penuh,juz aku tahu nama penuh dodoe je, mohammad firdaus ahmad sebab dia letak name penuh dia dlm fesbuk.haha..nama dodoe and bear, fiza yang bagi.aku ikot je, (act, fiza yang kenal diorang dulu sebab diorang 1 department time kat sony, aku menumpang je sebab aku department lain). diorang dari fakulti pembuatan...peda dari terengganu, dodoe and bear dari kedah. diorang semua nie kelakar nak mampos, nak2 bear, tak habis-habis nak mengusik orang, maybe sebab tue dia ramai scandal kot..(ops! terlepas ckp lak, maap ea bear)..hehe..aku gurau je, diorang nie baik-baik, tak main scandal-scandal nie..yang banyak bagi nasihat, tu, yang kat tengah tu, yup dodoe, dia nie relevant sket la, tak huha sgt tapi sporting and cool habis..peda lak jenis slamber takde hati, dlm bhs kasar die la yang plg tak malu sekali antara diorang, hehe peda jgn mrh ea, aku gurau-guaru je dgn mu...but, they all mempunyai hati yg ikhlas..ikhlas berkawan..trm ksh korang...

ok, lagi dua orang tu, tak payah aku cite lebey-lebey la kan..dari post-post aku yang lepas-lepas pon korang dah tahu, diorang nie best fren ever and ever aku..fiza and maria..kteorang sama-sama praktikal kat sony dulu..and sorang lagi tu halim..Mr. Right Maria tapi halim pon member kteorang sejak diploma lagi, so kenal rapat.. =)

nie Nur Kasih eh silap Nur Hafizah Hassan...panggil fiz...masih single..(sesiapa yang agak-agak berpotensi menawan si gadis nie, bolehlah usaha berkawan dengan dia but i'm warning u olls, kalau sekadar nak main-main baik tak payah, tak payah nak melukakan hati seorang insan yang berhati mulia nie... ;)  )

Raja Mariatul Qibtiah and her Mr. Right Abd Halim...mari doakan mereka bahagia bersama dunia akhirat..amin....


ok, ape aktiviti yang kteorag buat bersama-sama semalam adalah............................kteorang g karoke..and makan-makan...hehe..aku and kawan-kawan memang jarang g karoke di atas kesempitan masa dan kesempitan kewangan..hihi...lagi pon semua sibuk nak study la, buat final year projek la, so tak ada kesempatan nak "panggil hujan"....act, tujuan malam tadi jumpa kiranya mcm ada farewell dinner la sebab semua dah habis, semua dah nak kembali ke tanah tempat tumpah darah masing-masing, jadinya, malam tadi jela malam yang sesuai untuk bergembira-gembiraan dalam bersedih-sedihan..bukan tak nak jumpa dah tapi tak tahu berapa tahun yang akan datang baru dapat jumpa balik..bila semua ada kat utem pon susah nak jumpa, inikan pulak bila semua dah balik ke negeri masing-masing and dah bekerja..hurmmm...(temenung jap)...yang pastinya, aku akan RINDU korang semua..korang tetap ada di dalam hatiku..huk huk sedihh...... :'( semoga kita bertemu kembali.............. 








TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN EX-TRAINEE SONY EMCS BANGI











No comments:

Post a Comment