Tuesday, June 21, 2011

Beijing China "Forbidden City"

slm...

yeahh, dah masuk third day aku kat china nieh. *cerita hari ke tiga di china ;).. ok, hari ketiga pergi ke forbidden city palace iaitu istana maharaja dahulu kala time musim winter. keluar awal pagi and hari ketiga ni aku and my sister sarapan dekat hotel. at first tengok makanan dia macam best jeh kan, skali makan, tawar juga, haish frust-frust! yang best pon pau inti jagung, sedap sebab manis =) but, sebenarnya, kupon kita orang ada problem, tarikhnya semua sama, so terpaksa la kakak aku explain yang kita orang pon tak tahu, tour guide china yang bagi, dah pulak amoi tu tak faham english, sudahhh..then kakak aku pergi kaunter terang and orang kat kaunter pon tak reti english, lagi la sudahhh, so apa kakak aku bikin, dia lukis-lukis supaya amoi tu faham.haha! best-best and lucu..ok, pukul 8am bergerak dari hotel langsung ke forbidden city.






forbidden city nie sangat lah luas, kita orang jalan hampir 7km++ tau! tapi tak terasa sangat keletihan dan kelenguhan kaki sebab ramai sangat orang and berjalan 1km je duduk, but still kesian kat makcik-makcik tu, rasa nak dukung jeh tapi apa kan daya :'( act, ada jeh wheelchair tapi bayar mahal la beb, 300++yuen, so membazir je kan.



ok, meh nk story sket pasal forbidden city nieh. aku cerita roughly je lah ea. menurut tour guide, dalam forbidden city ada 9999 1/2 bilik. act ada 10ribu bilik tapi menurut kepercayaan orang dahulu, 10ribu bilik tu adalah istana yang di atas kayangan, so yang dekat bumi nie tak boleh lebih biliknya. wow! banyaknya kan kan! ok, actually, bilik-bilik nie adalah untuk gundik-gundik maharaja. zaman dahulu maharajanya ada 3ribu gundik and hanya seorang jeh maharani.nak buat istana nieh mengambil masa 14tahun and forbidden city adalah istana yang terbesar skali di dunia.menurut kata johan,(tour guide) tu lagi, jika maharaja mangkat, semua gundik-gundik pon kene mati bersama.










ahah, masa di dalam bas, johan ada pesan, hati-hati dengan duit palsu sebab kat china banyak duit palsu. yes, china kan terkenal dengan copycat so duit dia pon byk gak yang dah copycatnya, haish! so johan ajar la kita orang macam mana nak bezakan. dia cakap kalau Mau Zhe Tong (presiden China) tu muka senyum, tu yang asli, kalau masam tu yang palsu.ahaha, ada pulak macam tu. actually, duit palsu kertas dia tebal sikit and warna duit tak banyak color kalau kita tengok dari pelbagai sudut. duit yang asli, nipis sikit and color dia berubah-rubah kalau tengok dari pelbagai sudut. selain tu, ada bayang-bayang nilai duit tu, kalau tak de thats mean palsu.

then, dah lepas penat giler berjalan, johan belanja kitaorang makan aiskrim. aiskrim tu aiskrim budaya china la macam tu. rasa macam laici tapi tak manis sangat and, ya ampun keras macam batu marmar tapi sebab panas kan, layan kan aje. then, kat forbidden city tu, ahli rombongan bergambar ramai-ramai =) sweet-sweet..




ok, aku nak share dengan korang macam mana suasana bandar di china, serius maju giler, bila aku compare dengan kuala lumpur, aku rasa kita nieh mundur jeh.haha! ok ok, yela yela, kl jela maju kan..ok, back to beijing, kawasan bandar dia memang besar giler! and bangunan-bangunan dia sangat la gah-gah. aku nak tunjuk bangunan dia tu but sayang seribu kali sayang, gambar-gambar tu semua dalam memory card yang corrupt. actually, ada certain-certain tempat ada jeh bangunan yang traditional, so nampak macam ala-ala kekampungan di china tapi mostly adalah bangunan-bangunan yang besar and cantik. and ada satu kawasan yang luas tu, kakak aku cakap macam di uk, yela, orang duk uk lama, tau la kan nak compare-compare bagai nieh.aku lak nganga, jakun ;p

ok, masa lunch, makcik bedah ajak makan satu meja and korang tahu beliau panggil aku apa? "BABY" hahaha, "meh baby makan skali kat sini, alololo comelnya macam baby" ahaha! kembang weh, kembang.ahaha! memang berkenan betul la mama bedah kat aku kan.ok, berkenalan punya berkenalan rupa-rupanya, makcik bedah nieh ada anak sama baya dengan aku, baru habis belajar kat usm and dah kerja jadi engineer kat kilang ape tah namanya, tak ingat. so makcik bedah nie explain lah, dia nak cari orang ipoh jugak *haish! kebetulan! peluang keemasan terbuka seluas luasnya! haha. makcik bedah tu memang interview aku habis la, single ke tak, buat apa sekarang, mak ayah kerja apa, *macam konpem-konpem jeh kan aku nak jadi menantu dia but bila tengok gambar anak dia *makcik bedah tunjuk, ok! konpem! haha! anak dia not bad, hensome! haha and makcik bedah cakap anaknya pon masih single tapi dalam hati aku cakap, tak kan la single lagi kan dah ada rupa macam tu but its ok, peluang tetap ada since makcik bedah dah sayang aku. cewah! haha..so, makcik bedah pon mintak la number phone, alamat, email, fesbuk segala and aku pon tersipu-sipu lah menulis dengan tanpa kemaluan eh! tanpa malu-malu. haha!

mama bedah ---> yg pegang beg tu



ok, meh nak story sikit hal makcik-makcik nieh. actually makcik-makcik nieh bukan la datin-datin ke, tun-tun ke but mereka nieh kaya, banyak duit beb. asyik cerita every year pergi melancong luar negara bagai. and yes, aku kagum sebenarnya dengan makcik-makcik nieh sebab mereka nieh independent. walaupon cara percakapan seperti semua nak A++ jeh tapi aku respect sangat sebab banyak pengetahuan yang aku belajar dari mereka. contohnya, mereka compare life style orang beijing dengan orang vietnam la, dengan autralia la, bangkok la, korea la. see, secara tak langsung, aku pon dapat menambah ilmu pengutahuan. best kan. rindu sangat nak jumpa makcik-makcik tu lagi. =(

then, next pick stop at sutera center. staff yang bertanggungjawab melayan kita orang adalah sarah. and sarah nie pergghhhh cun giler wa cakap sama lu! so, dia terang la dari mana sutera tu, sutera yang elok, cara penjagaan sutera and bla bla bla. aku memang rasa nak pengsan dah nak beli blanket sutera tu sebab memang best giler kain dia, kalau dapat mesti tidur lena tanpa memirkirkan cinta yang tak kesampaian nieh! haha! tapi, yeah, saya student and saya pokai, u know pokai? pokai means tak ada duit. so menganga lagi lah u alls. mahal kot sutera tu, blanket yang pendek, bukan single bed size, harga 680yuen=rm340, pergh, mahal-mahal, tak mampu den.



sarah


ok, lepas dah puas menjamu mata yang boleh membuatkan mata anda lebam sebab tak dapat apa yang di inginkan, masa untuk memanjakan diri. yea! kita orang pergi urut kaki. ha, nie part yang best jugak nieh. ok, first kita orang rendam kaki dalam herba ape tah untuk hilangkan daki then pas 30minit macam tu, baru tukang urut sampai.masa 30minit tu ada la tabib china yang pandai berbahasa indonesia yang terangkan penyakit itu ini and apa ubat yang sesuai. then bila daki semua dah keluar, tukang urut pon sampai, semua lelaki and semua muda-muda, baya-baya aku jeh. aku tak layak di urut sebab dia orang cakap aku muda kot, haha tapi kakak aku di urut oleh seorang mamat china yang hensome! haha! hensome lagi! gatal betol la! then mamat nieh suka sangat tengok aku. ok ok, aku bukan perasan tapi sebenarnya, orang china nieh suka tengok mata aku yang fake nieh, aku pakai lens besar warna hitam, since mata diorang kan sepet-sepet so diorang kagum kot tengok mata aku.haha! aku sempat la berkenalan dengan mamat nieh, nama Zhou Chai Lee umur 25 tak de fesbuk, tak de email.ok, act, tukang-tukang urut nieh dari golongan yang miskin, so tak tahu lah teknologi what eva nieh. diorang kalau mundur, mundur sangat, maju maju sangat. and Zhou Chai Lee nieh kelakar and peramah, ada ke patut dia nak kawin and suruh aku tinggal kat beijing, gila-gila! ;p



kwn baru =)


wah, banyak rupanya cerita tuk hari nie kan. ok, pas urut kaki, kita orang pergi minum teh cina. ada 4 teh cina yang femes iaitu
i. wild puer tea-good for blood presure, lower colestrol, slimming.
ii. oolong tea-blood circulation and for skin.
ii. jasmine tea-relieve headache.
iv. litchi tea-digestion.
yes, semua ada khasiat tersendiri. and minum teh cina jangan letak gula. itu rule =)





on the way balik, lalu depan hotel 7bintang and menurut kata johan, hotel 7bintang 1malam dalam 3000yuen++.haish! bila la nak merasa nieh alia???


dinner time!

Sunday, June 19, 2011

Beijing China "Summer Palace"

slm....

ok, apa-apa hal pon nak mengadu kat korang, minggu nieh aku ada 4test (@_@') fuh fuh! cabaran cabaran! mood bercuti pon tak habis lagi nieh. baju-baju, barang-barang pon tak kemas lagi, haiyaaaa.....apasal la balik malaysia nieh rasa malasssss sangat-sangat. ada ubat tak nak bagi hilang malas nieh?

ok, second day kat beijing kteorang pergi Summer Palace. bertolak dari hotel pukul1130am, yelah penat kot sampai hotel pukul 5am then mesti nak rehat puas-puas kan sebab next day nye nak berjalan jauh lagi. so, keluar pukul1130am terus pergi lunch. serius aku kagum giler tengok restoren yang kteorang pergi tu sebab kat malaysia pon aku jarang lah nak pergi restoren macam tu, mewah beb! tapi memang pon, sepanjang tinggal kat sana, pelancong di layan seperti vvip, cewah! dah puas makan mewah-mewah nieh, kteorang pergi masjid. masjid kat china nie unik-unik tapi tempat solat agak sempit sebab orang islam minority kat sana.

nie la restoren mewah tu..haha! 

masjid yang unik!

ok, nak cerita pasal makanan kat beijing nieh. macam aku cerita kat korang entry before this, kat beijing, makanan wajib dia adalah sup telur. sup telur tu memang tak sedap langsung! tawar jeh then tak banyak bahan yang dia letak. selain sup telur, banyak makanan dari sayur-sayuran, salah satu makanan wajib selain sup telur adalah bawang besar goreng+ayam/daging masak sambal tapi sambalnye sikit je, tak rasa sangat pedasnya tapi masakan nie paling aku suka sebab berasa la sikit dari masakan-masakan yang lain.

tak tahu nama makanan nie.

tu, dalam mangkuk besar tu sup telur!


ok, dah selesai solat semua, kteorang bertolak la pergi ke summer palace. on the way nak pergi summer palace tu, johan (tour guide) cakap ada cerita lucu dia nak kongsi dengan kteorang, so dia pon cerita la masa mula-mula bawa pelancong dari malaysia, *kejadian tu dalam bas* ada la seorang mamat nieh jumpa dia sambil cakap "johan, saya mau tandas". so johan nie cakap "ya, ya"..sebenarnya johan nie tak tahu pon "tandas" tu apa tapi dia buat-buat tahu jeh sebab belagak punya pasal. oh, johan nie pandai berbahasa indonesia jeh, bahasa malaysia, dia kurang sikit. dia rakyat china tapi belajar ambil bahasa indonesia selama 8bulan. ok ok sambung cerita. then 10minit kemudian mamat nieh pergi lagi kat johan sambil kepit-kepit kaki dia "johan! johan! saya mau tandas!" hahaha time johan cerita tu kteorang ketawa sampai berair mata tau sebab dia cerita lucu sangat, dengan gayanya. *sambung cerita. then johan pon cakap "waduh waduh, mau nyanyi ea? mana bisa tandas di sini"..haaaaa...."nyanyi" tu dalam bahasa malaysia buang air. johan cerita la, masa tu dekat highway, mana la nak ada tandas. so aku tak tahu apa terjadi pas tu, buang air tepi jalan je kot.hehe.

ini la johan..love u johan! tahu dek bini dia, mampuih aku.haha! but isteri dia cantik wehh!

entrance summer palace


ok, sampai jeh kat summer palace semua ahli rombongan aku excited giler la. summer palace? apa tu? ok, summer palace nie adalah istana maharaja pada zaman dahulu kala. tapi musim panas jeh maharaja tinggal di sini. kalau musim sejuk, maharaja tinggal di forbidden city palace. kalau nak ke istana maharaja nieh kene naik boat berbentuk naga. kteorang tak naik pon sebab ramaiiiii sangat manusia kat situ, jadinya bergambar dekat kawasan summer palace tu jela. serius, cantik giler pemandangan di sana. indahnya ciptaan Tuhan. dekat kawasan summer palace tu ada jambatan besar and panjang. unik sangat bentuk jambatannya. then ada tasik yang besar, kat tasik nie la ada boat-boat naga untuk ke istana maharaja. selain tu ada orang-orang china menari tarian naga. best sangat experiences nieh weh!! rasa nak pergi lagi!

istana maharaja

boat naga

jambatan ke seberang

masa jalan-jalan kat summer palace tu tiba-tiba jeh hujan. serius, johan cakap, sepatutnya tak hujan sebab kalau musim panas dekat beijing nieh susah sangat nak hujan. so, bila dah hujan tu, kteorang bertempiaran la lari cari bas sebab kat summer palace kawasan lapang, tak de tempat berteduh, ada tapi kecil gile, tak muat nak tampung segerombolan manusia yang begitu ramai. so, round-round summer palace tu dalam 10minit jeh macam tu.see! tak puas kan! what to do~~~

oh oh, masa dalam summer palace tu, ada la makcik *ahli rombongan aku gak, nak bergambar dengan ak *giler perasan femes. ok, nak bergambar tu tak kesah la tapi makcik tu cakap macam nieh "meh sini meh sini ambil gambar sekali, olololo comelnya dia, dah lama berkenan anak perempuan. makcik ada anak lelaki jeh." then aku pon sengih-sengih la kan.haha..ambil gambar pelok-pelok u....auww...terasa di sayangi...dah selesai ambil gambar peluk-peluk, then makcik tu cakap "ok, dah lepas dah kempunan nak peluk anak perempuan"..dalam hati aku, "haiii makcik....anak mu umur berapa, sila la kenalkan dekat saya, saya nieh single, boleh la makcik peluk saya puas-puas nanti" hahaha..like seriously memang niat macam tu ada! haha!

tarian naga ;p

mak mentua ;)

then selepas hati tekilan sedikit sebab tak dapat jalan lama-lama dalam summer palace tu akibat hujan yang melampau, kteorang pergi la ke Fresh Water Pearl Center. dekat situ ada la staff yang terangkan tentang mutiara yang elok, mutiara yang tak berapa elok, mutiara yang mahal, mutiara yang murah. ok, bab nie aku dah lupeh la, haha! ok, ok aku share sikit la. yang aku ingat, dia cakap mutiara nieh kalau lagi lama dalam conch tu lagi mahal harganya and lagi bersinar mutiaranya lagi mahal. dia ada buat demo lagi, buka conch depan-depan kteorang and ada kuiz, sesiapa yang jawab betul ada berapa biji mutiara dalam tu akan dapat hadiah. ok, aku blasah je tapi salah. ada makcik tu teka 20 biji, dalam conch tu ada 21 biji so hampir-hampir la kan, so makcik tu dapat hadiah cincin mutiara hitam! jeles giler weh!! haha. oh, conch yang dia buat demo tu,  conch yang masih muda, umur em... 16thun ke 6 bulan eh?? haha! tak ingat la..sorry-sorry...korang search internet la kalau nak tahu conch paling muda yang menghasilkan mutiara dalam 21biji berapa umurnya ea.haha!

ape tah nama amoi nieh




lepas demo tu selesai, staff tu bawa pergi try krim muka yang di perbuat dari mutiara. memang best tau pakai krim tu sebab rasa best lah. hehe! krim tu untuk mencantikkan kulit, putih, licin, gebu, macam-macam lagi la tapi tapi tapi harganya beribu yuen ohkey! kalau duit malaysia pon mahal!! so, boleh merasa yang trial punya jela~~ and makcik-makcik yang kaya-kaya nieh memang teruja habis. diorang ada la beli cincin mutiara la, rantai la. macam-macam lagi la. aku and kakak aku, duduk menunggu jeh.haha! kakak aku tak minat aksesori wanita nieh.



ok, selesai sudah di kedai mutiara tu, kteorang pergi menyaksikan Persembahan Acrobatic yang penuh dengan aksi suspen dan mendebarkan. wah!! first aku masuk dewan tu memang ternganga lah sebab first time tengok dewan yang besar and cantik.haha! *jakun-jakun. so, macam-macam la perembahan yang di pertontonkan. antaranya baling-baling topi, lentik-lentik badan *badan diorang tak de tulang kot, and paling best skali, persembahan lima buah motor masuk dalam 1 sangkar and buat macam lampu disko tu, serius kagum giler.ternganga aku tengok. banyak lagi la sebenarnya, lebih dari 10 persembahan yang unik.haa...lupeh lak nak cerita, budak-budak yang buat persembahan tu adalah dari golongan yang miskin. menurut kata johan, senior-senior diorang akan pukul and tak bagi makan kalau tak dapat buat apa yang di suruh oleh ketua diorang. kesiankan..and gaji pon rendah sangat, dalam 400 yuen jeh, bersamaan rm200. sangat lah kesian. tapi kata johan lagi diorang nieh sangat rajin and bersungguh-sungguh bekerja. johan ada sebut suku kaum ape tapi aku yang hilang ingatan sebab first day aku kurang mengambil note sangat. hehe...tak pe tak pe, sekarang kan maklumat di hujung jari, sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut, sila search internet.haha!










dah selesai semua persembahan, hari pon dah petang, sebelum balik hotel, pergi makan. seperti biasa, menu lebih kurang jeh. first day makan memang excited, tunggu cerita aku next-next day makan macam mana ea...haha! oh, kat china, makan malam dia sebelum kul7 biasanya. and petang dia windy, sejuk beb..best sangat kalau riadah petang-petang.ok, habis semua, dalam pukul 7 lebih balik hotel.

Saturday, June 18, 2011

The Best Birthday Present Ever

slm....

wahh..lamanya tak update blog kan, rasa macam malas lagi nak update tapi ada request dari kawan yang setia follow blog aku nieh sampai sehari buka 3 kali nak tengok ada entry baru ke tak de kan, so aku kuatkan la semangat update blog.. *hehe, padahal boring tak tahu nak buat apa duk rumah sorang-sorang.

ok, seminggu yang lepas actually aku pergi bercuti ke Beijing China. and yes, tak ramai pon yang tahu aku pergi sana just kawan-kawan terdekat je. mesti ada sebab kan kenapa aku tak bagi tahu sesiapa, jadi tolonggggg la jangan kecik hati ea. hm, yes, aku memang tak de duit nak pergi melancong, aku pergi melancong nie pon kakak aku yang sponser 101%.hehe..best kan ada kakak yang sanggup berhabis duit kat adik kesayangan dia nieh.ok, meh nak story sket. every year, *silap, most every year kakak aku memang akan bagi hadiah masa birthday aku, bagi jam tangan la, baju la, kain buat baju kurung la and macam-macam lagi la tapi kali nie kakak aku bawa pergi melancong! memang aku teruja giler weh! teruja sangat-sangat! and kakak aku? dia cool jeh sebab dia biasa sangat pergi travel merata-rata and paling best skali, dia belajar kat Liverpool John Moores University .yes! dia belajar kat liverpool! betapa jelesnya aku! and kakak aku sangat la low profile, kalau aku cerita pasal dia belajar kat mana mesti dia marah.. :( aku bangga sebenarnya dengan kejayaan dia and aku nak jadikan dia sebagai idola aku tapi tu lah, dia salah faham lak. haish! ok ok, tutup cerita sedih nieh.

yeah, this is my sister. muka kteorang sangatlah sama sampai orang fikir kteorang kembar! hehe tapi aku lagi kiut kot.haha!


sebenarnya ada lagi cerita sedih nak share dengan korang. since aku bawa camera yang tak berapa cukup memory so aku pon menggunakan la camera handphone aku. first day aku memang guna camera handphone aku je, gambar-gambar di klia, atas kapal terbang, makanan atas kapal terbang, pemandangan di hong kong, pemandangan di beijing, gambar masa aku berfesbuk kat airport hong kong semua lesap macam tu jeh. memory card handphone aku tak boleh baca, corrupt.memang sedih giler tau! nangis guling-guling.but its ok lah, ini di namakan balasan pada pesalah.haha! aku ada buat salah ea? ada-ada..hehe..tak pe lah, terima dengan hati yang redha, hidup lebih bahagia, setiap yang berlaku ada hikmahnya, positive-positive :')

nie je satu-satunye gambar aku masa first day.yang lain semua dalam memory card yang corrupt tu, sedih-sedih :'( haish! cakap lagi kan. sedih tahap maximum tau!

ok, nak start cerita nieh! tarik nafas dulu sebab entry memang panjang gile *entry nie just first day je tau, next day entry lain lak.aku bertolak dari Malaysia 10june. flight kul 1.30pm tapi kul10am aku dah terpacak kat klia sebab aku pergi melancong nieh ikut pakej, so kiranya rombongan geng bas sekolah la nieh. kene berkumpul kat counter check in and ambil boarding pass kul11am, so aku pon sampai awal, excited gile la katakan.maria and halim yang hantar aku, kakak aku naik flight dari penang, dia sampai around kul1030am macam tu la.

dari klia ke hong kong ambil masa dalam 4jam, so gerak kul1.30pm sampai HK kul5.30pm. yes, rombongan cik kiah nie ambil transit kl-hk-beijing.so dapat la merasai airport HK yang memang gah gile. serius aku teruja tengok airport dia, memang berteknologi tinggi, besar, cantik, luas, selesa, bersih, selamat, macam-macam lagi la.and of course setiap toilet kat china nieh tak ada air yea kawan-kawan, just kat sink dia je ada air, so benda wajib yang akan di bawa masuk ke toilet adalah botol kosong. tapi kadang-kadang aku malas, ikut jeh budaya diorang, lap menggunakan tisu! hahaha, pecah rahsia *but make sure la dah jamak solat semuakan, baru la buat keje tak berapa senonoh nieh.

economy class je yang mampu ;p


oh yeah, masa kat airport HK, aku sempat berfesbuk tau, canggih kan.haha, *jakun-jakun. then solat jamak kat surau. surau dia campur lelaki+perempuan, yelah kat china orang islam kan minority so surau dia tak de lah besar sangat tapi tetap cantik and bersih. sebenarnya, kalau orang yang biasa travel merata-rata, kalau tak de surau, sembahyang je kat kawasan public, aku first dengar pon tercengang jugak la tapi makcik-makcik, kakak-kakak, bro-bro, adik-adik yang biasa travel tu slambe jeh dengar penjelasan dari tour leader tu. hah! tour leader! nak cerita sket pasal dia. first impression aku pada dia "boleh harap ke bro nieh?" haha..tapi, tenyata, dia memang banyak pengalaman and cool. u know what, umur dia sama kot dengan aku, mati-mati aku ingat dia umur 28-29, mature betol mukanya and dah kawin...phieuww nasib baik tak terjatuh hati, haha saaadap la alia! ;p

ok, flight dari HK ke beijing kul7.30pm tapi ada delay, ingatkan delay sekejap je. dalam kul8pm mcm tu kitorang baru naik kapal terbang, bila semua dah ready rupa-rupanya ada delay lagi, fuh fuh sabar jela..delay sampai 4jam, bayangkan la duk dalam kapal terbang yang tak bergerak selama 4jam! serius lemas weh. masa termenung dalam kapal tu, kakak aku sempat la berkenalan dengan 1family nieh, 3orang adik-beradik perempuan and parents diorang. yang kelakarnye tu diorang teka umur aku 18tahun.haha! see aku nmpak muda beb and kakak aku pon diorang teka 28 padahal.......... haish! malas la nk pecah rahsia, kang jatuh saham kakak aku yang kiut miut tu. ok, meh nak gtau masa delay tu apa sudah terjadi dalam kapal terbang. ada yang baca yassin, ada yang membebel tak henti-henti, then ada pulak yang bagi pecah cawan semua, yela dah penat tunggu kan, macam-macam berlaku. yang bestnya, dapat makan 3kali! makan kacang+fresh jus, makan aiskrim+biskut butter,makan nasi dengan lauk-pauk yang tawar tapi dah lapar, blasah jela labu...

@airport beijing


ok, delay sebab keadaan cuaca tak berapa baik, so terpaksa la delay. dalam kul1130pm, baru gerak.sampai sana ada tour guide tunggu. nama tour guide tu johan and pandai berbahasa indonesia. memang ramah orangnya. then dia bawa kitorang terus ke hotel. tinggal di ming du hotel 4bintang, hotel nieh macam hotel seri malaysia la lebih kurang. masa sampai di beijing kul 530am and hari dah cerah. dekat china, masa dia sama dengan malaysia cuma siang dia lebih panjang dari malam, solat subuh pukul230 pagi. biasanya aku bangun 3am then tidur balik.tapi masa bekerja sama macam di malaysia, masuk kerja kul9am balik kerja kul6pm. and rakyat dia punyalah ramaiiiiiiiiiii! macam semut dah aku tengok. tapi, for your information, pasangan suami isteri hanya boleh ada anak seorang jeh, kalau lebih, kene bayar denda 100ribu yuen=50ribu ringgit malaysia bagi seorang anak! crazy kan?? and pada para suami yang kawin lebih dari seorang kene penjara 2tahun. yang suami kene penjara 2tahun sebab kawin lebih dari seorang tu best la, tapi yang kene denda 100ribu yuen untuk seorang anak, rasa nak rendam kepala dalam kolam air panas meggelegak je!

baru sampai ming du hotel. penat + ngantok!!

ok, sebut pasal rakyat, aku nak share sket pengetahuan aku, rakyat china yang mana kaya tu, memang kaya betul, siap ada 4buah kereta sebab setiap kali berubah musim, kereta pon ubah pakai kerata lain lak. tapi yang miskin pon tak kurang ramainya. budaya china, banyak naik basikal, siap ada traffic light untuk basikal lagi. rakyat-rakyat dia semua sihat-sihat sebab diorang jaga pemakanan diorang.ok, sebut pasal makanan nieh, makanan paling femes kat sana adalah sup telor! itu makanan wajib ohkey.and sepeti yang aku canang-canangkan, masakan dia semua tawar. sebab tu rakyat dia sihat, memang susah giler la nak nampak orang obesiti di china, tak percaya korang pergi la melancong sendiri kt sana.

ahli rombongan yang ngah kecapetan, tak sabar nak check in sudaa

fuh fuh....masih banyak lagi nak share ngan korang pasal china nieh..serius banyak giler tapi baca entry panjang-panjang memang bosan sebab aku melaluinya.so, aku buat entry nie sampai sini je key. next entry coming soon =) thanks sebab baca entry yang panjang berjela nieh.

Friday, June 17, 2011

Happy Mode

slm...

yeah, memang tak sabar nak share dengan korang nieh tapi terpaksa gak sabar sebab ada lagi gambar belum transfer, reader card tak dapat lagi, *panjang ceritanya, nanti aku include sekali pasal memory card nie dalam next entry key. apa nieh gambar-gambar bagai? haa...haha...ok, aku pergi vacation. *eleh, tu pon nak gtau ke? yup, memang nak bagi tahu sebab first time kot pergi oversea, jakun dowh...yes, aku tak mampu nak pergi oversea, kali nie pon aku pergi kakak kesayangan yang sponser 100%. thanks kakak ku sayang..

kakak aku relex je sebab dia dah biasa sangat pergi oversea, lagipon dia dah biasa hidup kat perantauan masa ambil degree dulu, so aku sorang jela yang jakun giler! haha! serius best giler pergi berjalan-jalan negara orang, macam-macam kita belajar, budaya, teknologi, bla bla bla.banyak la, nanti aku buat setiap hari aku kat sana 1 entry and korang boleh la tambah pengetahuan gak kan.

yes, nie first time aku pergi negara 4 musim and musim yang aku pergi nie time musim panas. tapi still ada bezanya dari malaysia. entry tu nanti aku buat lain.haha! saving-saving..siapa yang dah tahu aku pergi mana tu, buat-buat tak tahu jela eh. (^_^)

Sunday, June 5, 2011

My Gorgeous Mum: On My Birthday

slm.....

ok, semalam mak aku turun melaka dengan family abang aku.abang aku ada tournament bowling kat sini, so dah alang-alang turun mesti la nak jumpa anak kesayangan beliau nie kan.di sebabkan abang aku rushing dengan tournament dia tu, terpaksa la aku drive pergi kat diorang kat mahkota parade.aku memang malasssssssssss gile nak drive ke mp tu sebab jemmmmm..huh demmmmm! terpaksa la jugak drive sendiri.apa la nasib malang hari tu kereta lak air-con rosak, ya Allah....panas yang amat, aku dalam kereta tu da macam sauna dah.menitik-nitik peluh, kalau buka baju perah-perah mesti penuh satu besen.then cari parking satu hal lagi! susahnyeeeee parking, aku parking kat hatten square tu pon tingkat 6, bila balik sesat cari kereta tak jumpa then gelabah, hehe padahal lupa tingkat berapa, parking tingkat 6, g tengok kat tingkat 5.haish! alia alia!

then dah habis semua kerja abang aku, g jalan-jalan jap then diorang balik ke Homestay.yes, family abang aku tidur sini sebab nak bawa anak-anak dia jalan-jalan g wonderland la, zoo la, tah mana-mana lagi la. so, mak aku tak nak ikot abang aku and aku pon malas nak join sebab penat la, sejak akhir-akhir nie aku tak lena tidur. so, mak aku tidur la rumah aku.first time dowh mak datang rumah bujang anak dia nie, aku malu jugak, rumah pangsapuri kot-kot mak aku tak selesa ke kan.em, aku layan 1st class la, buat macam hotel 5bintang, sediakan tempat tidur cantik-cantik, towel wangi-wangi.cewah,anak mithali betul kan kan..

nie fresh gambar nie, aku amik pagi tadi masa hantar mak aku ke stesen bas.


tahu tak mak aku bagi apa for my birthday?? ce teka ce teka..heehe..mak aku bagi madu lebah..oh oh, how sweet..pandai mak aku pilih hadiah, aku memang suka madu lebah. dulu memang aku amalkan tapi sekarang dah malas la tapi bila dah dapat free tu, boleh la amalkan balik, tak gitu? thank you mummy... i love you so much and thanks spent time for my birthday.jauh kot mak aku turun, dari perak.saya sayang sangat-sangat pada mak..arini mak aku dah balik perak dah.sedih weh, tak boleh makan mewah-mewah dah...so alia, kembali pada rutin asal, biskut, roti meggi, biskut, roti, meggi..syukur...ada jugak benda nak makan kan. ;p

alolololo...mak yang kiut miut nie, geram geram, cubit pipi tu kang ;p

Saturday, June 4, 2011

Birthday surprise :: SPEECHLESS!

slm..."if u want peoples comfortable with u, just be your self"

urgh!! nk start cerita dari mana ea? banyak sangat nak cerita! excited! ok, start dari pagi semalam la.yes! semalam lupa nak update blog la guys sebab excited duk depan laptop bersedia nak reply "thankz" kat kawan-kawan yang wish, (budget hot..boooo), *ayat poyo! yes im poyo ;p dah2 tak best cerita nie.

next cerita, *ehem2.. as u know, semalam berfday aku *haish mention lagi, tak payah skema boleh tak alia?...ok, straight to the point.semalam aku fikir this year pada hari lahirku ini akan jadi hari paling yang membosankan, akan TETAPI berfday aku tahun nie adalah berfday yang paling akan aku KENANG sampai mati *nerhhh,tak best ayat sampai mati, akan aku KENANG sampai ke akhir hayat! *yeah, thats better.. actually aku memang tak sangka ada orang buat surprise and orang-orang yang buat surprise tu adalah member yang baru aku kenal tahun nie.see, mana la aku tak terharu, kawan tak sampai setahun tapi hati baik sangat..serius, kalau korang di tempat aku, korang akan terasa terharu sangat-sangat and rasa nak pelokkk je kawan-kawan korang tu sepertimana aku nk pelokkk je member-member aku tapi apakan daya jodoh tiada..(cewah nyanyi lak)..diorang lelaki la, haram-haram pelokkk-pelokk nieh..haha! 

SPECIAL THANKS to ManTopHadri and Shawal...and tak lupa juga pada kesayangan aku Fiza for brighten up my big day! 

ok, seriously aku tak boleh tidur semalam sebab teringat peristiwa yang manissssss pada hari jadi aku nie..

1st: aku terharu sangat-sangat bila rakan-rakan dari KL, man,top,hadri and shawal turun melaka semata-mata nak celebrate birthday aku...see, SEMATA-MATA ohkey! *ya Allah, memang terharu sangat-sangat apa yang korang buat nie, i dah tak tahu nak describe macam mana lagi speechless!!! even ex2 bf aku TAK PERNAH buat kot pengorbanan macam nie, sebab tu la aku sangat-sangat appreciated it.besar kot pengorbanan nie since kawan-kawan aku still belajar kat uniten then sanggup habiskan duit, luangkan masa, hulurkan tenaga SEMATA-MATA datang melaka nak sambut birthday aku..*jap, aku tak tahu la pulak kot2 diorang datang melaka memang sebab nak jalan-jalan or memang betul nak sambut birthday aku tapi aku yakin sangat sebab SEMATA-MATA nk sambut birthday aku sebab all the times diorang dengan aku sepanjang di melaka nieh...*ehe, kang ckp i perasantan lak kan tapi memang betul kan korang datang coz nak sambut birthday i ;p * :'(  terharu la u olls*ckp lagi!... 

my current love friends:: hadri, man, shawal and top...

birthday girl with her current love friends ;)

2nd: (checkidout diorang nie memang SEMATA-MATA turun melaka sebab aku, tak percaya? jom baca sampai habis) diorang nie sampai melaka dah petang, kul6pm macam tu.aku pon tak tahu nak bawa diorang goye ke mana *goye? whats that?haha..ask my current love friends la, diorang lagi arif ;p...so aku bawa jela diorang jalan-jalan bandar hilir,nak bawa diorang ke dataran 1 malaysia tapi dah petang sangat, lagipon situ takde tempat minum-minum..hehe..so, sampai bandar hilir, nak lepak cendol tapi cendol dah tutup.so, decide pny decide, lepak Quayside Cafe.ok, part nie paling BEST! dekat Quayside Cafe nie ada open karaoke and guess what, SHAWAL and HADRI karaoke kot kat sini and the whole melaka (area bandar hilir je padahal ;p) boleh dengar suara diorang...nie part yang PALING aku TERHARU gile!!! before menyanyi, shawal siap dedicate lagi "this song for birthday girl, ALIA"..OH MAY GOD, rasa nak pengsan!!! *shawal2, nasib baik la ko ni "in a relationship", kalau tak, haish! haha! kiding! for gf shawal, saya minta maaf, gurau je ea...ok, back to the story, shawal and hadri duet lagu camelia and cinta kristal..as u olls know, suara diorang memang letops! sedap weh, sebab tu berani naik ke pentas and nyanyi..*pentas beb! korang brani ke naik pentas nyanyi depan orang ramai??....yes, for me itu 1 perkara yang boleh dianggap hebat and cool tapi tak tahu la kot diorang dah biasa and aku je jakun tengok kawan-kawan dengan gamblenye nyanyi atas pentas depan orang ramai and dedicate tuk aku pulak tu, haish, pengsan lagi!!..sayang la korang nie. rasa tak nak bg balik je semalam.haish!! haish!!

Quayside Cafe

oh my HEROS shawal+hadri....haha ;p

3rd: (checkidout diorang nie memang SEMATA-MATA turun melaka sebab aku, tak percaya? jom baca lagi sampai habis) pas aku macam terhisteria sikit kat quayside tu *jerit bg sokongan, haha malu gak sebenarnya.hehe..kteorang decide nak p karaoke, yes member-member aku ni KAKI karaoke, masa shawal and hadri nyanyi tu, top and man panassss je kan sebab tak dapat join nyanyi, *gian-gian, KAKI karaoke memang la pantang dengar orang nyanyi kan...so, nak g la karaoke tapi memandangkan cik fiza kita pon dah siap, so kteorang g makan je dulu kat umbai.yes umbai!tempat biasa Nahkoda Seafood! tak mau cite panjang-panjang la, penat taip and korang pon mesti penat baca kan.so, kat umbai makan segala seafood yang ada, tapi banyak amik ikan. masa tunggu lauk-pauk sampai, tetiba je man nak g cari boss restoren tu, aku sedikit gelabah la sebab muka man macam nak cari gaduh je kan, mana la tau kot2 die jeles ke ngan boss restoren tu bebab boss restoren tu kawan aku.haha *gile perasan aku nieh! rupa-rupanya, ada surprise!!! since tak sempat beli kek *ehem so, si man nie pergi mintak lilin rupanya and tahu diorang letak lilin kat mana? kat sotong goreng tepung! how SWEETTTT, seriusly aku rasa nak nangis gulin2 kat situ jugak sebab TERHARU!.. so, ada la sesi tiup-meniup lilin..fuh.....romantik-romantik, tak sangka dengan muka-muka brutal kawan-kawan aku tapi hati diorang pink wink-wink sebenarnya..i like and i love them...and for fiza, thankz juge sebab di tengah-tengah kesibukan beliau, sempat meluangkan masa dengan sahabat die nie. thankz fiza and sorry for makes u rushing semalam..aku memang sayang ko sangat-sangat, rasa nak peluk ko je semalam tapi quite weird lak kan kalau peluk depan diorang.hehe..

hehe, buruk gile pp bambam tembam.abaikan pp, ce tengok lilin tu.sweet kan kan kan!!

alolololo tomey tomey ;p erk!

best fren ever and ever. love u so much dear!

ok, dah habis cerita.tapi nak buat konklusi lagi..hehe..see! aku dah kata diorang turun melaka SEMATA-MATA nk celebrate birthday aku..THANK GOD sebab kurniakan aku member-member baik ni..aku seriusly tak sangka birthday aku tahun nie semeriah ni.and aku teramat lah HAPPY semalam. and teramat lah BANGGA ada kawan-kawan seperti diorang.

for fiza, trm ksh sebab meluangkan masa walaupon ko penat sangat dengan perpindahan rumah.

for man, trm ksh sebab plan semua nie.

for hadri, trm ksh sebab cool dengan i untuk sehari ;p *u memang cool hadri..em

for top, trm ksh sebab menyokong idea man ;)

and for my 1st meeting fren tapi rs mcm dah lame gle kenal, shawal, trm ksh sebab be sporting and nice to know u.

i seriously sayang korang..and yes, korang lah member terbaik yang penah i jumpa,kenal,berkawan and sayang...and i hope hubungan persahabatan nie kekal sehingga akhir hayat..amin....

ya Allah, kekalkanlah hubungan persahabatan ini.amin...


Wednesday, June 1, 2011

Yeah 1june!

salam...

omg omg omg!! budget masuk bulan june nie nak buat entry setiap hari tapi tak sedar 1 june dah nak habis masa...nak kene taip laju-laju nieh..fesbukku sanggupku abaikan...

tapi...(sambil garu kepala) nak cerita pasal apa?? ok ok, nak cerita pasal anak-anak buah aku la boleh?

em, aku ada tujuh orang anak buah, lima anak abang sulung and dua anak abang yang ketiga...apa ea aku nak cerita pasal diorang?ok, anak buah yang paling besar muda 10 tahun dari aku, cantik orangnya.second akan menduduki upsr thun nie.third kembar! kembar lelaki perempuan.and last, baru berusia 5tahun, nie semua anak abg aku yang sulung..

ini nur dania batrisyia and nur dini batrisyia

kembar: nur dina batrisyia & muhammad danish haziq, and little bro: muhammad danny haziq



ok...anak abang aku yang ketiga ada dua orang, yang 1st umur 5tahun..and 2nd baru setahun =)

yeah, ini dia..yang besar muhammad daniel arfan and yang kecik tet nama muhammad darwis afiq =)

alolololo...comelnye.....

yeah, di sebabkan aku tak de adik, aku memang sukaaaaaaaaaaa kanak-kanak....terutama baby umur 3-1thun....and yeah, aku memang sayang gila anak-anak buah aku...macam anak sendiri pulak kan..hehe..tapi aku layan macam adik aku sendiri and aku bangga gila kalau bawa diorang keluar jalan-jalan sebab bila orang lain tengok, mesti diorang fikir, "penyayangnye kakak diorang nie"..hahaha..macam nie rupanya perasaan jadi kakak ea ;p jom layan gambar masa budak-budak nie kecik-kecik..

dania, dini, kembar


danny a.k.a adik

daniel

thank you ALLAH sebab kurniakan anak-anak sedara yang comel-comel...(budak-budak semuanye come-comel) ape la aku nie kan...ok, pape pon, saja je share ngan korang... ;)