Tuesday, June 21, 2011

Beijing China "Forbidden City"

slm...

yeahh, dah masuk third day aku kat china nieh. *cerita hari ke tiga di china ;).. ok, hari ketiga pergi ke forbidden city palace iaitu istana maharaja dahulu kala time musim winter. keluar awal pagi and hari ketiga ni aku and my sister sarapan dekat hotel. at first tengok makanan dia macam best jeh kan, skali makan, tawar juga, haish frust-frust! yang best pon pau inti jagung, sedap sebab manis =) but, sebenarnya, kupon kita orang ada problem, tarikhnya semua sama, so terpaksa la kakak aku explain yang kita orang pon tak tahu, tour guide china yang bagi, dah pulak amoi tu tak faham english, sudahhh..then kakak aku pergi kaunter terang and orang kat kaunter pon tak reti english, lagi la sudahhh, so apa kakak aku bikin, dia lukis-lukis supaya amoi tu faham.haha! best-best and lucu..ok, pukul 8am bergerak dari hotel langsung ke forbidden city.






forbidden city nie sangat lah luas, kita orang jalan hampir 7km++ tau! tapi tak terasa sangat keletihan dan kelenguhan kaki sebab ramai sangat orang and berjalan 1km je duduk, but still kesian kat makcik-makcik tu, rasa nak dukung jeh tapi apa kan daya :'( act, ada jeh wheelchair tapi bayar mahal la beb, 300++yuen, so membazir je kan.



ok, meh nk story sket pasal forbidden city nieh. aku cerita roughly je lah ea. menurut tour guide, dalam forbidden city ada 9999 1/2 bilik. act ada 10ribu bilik tapi menurut kepercayaan orang dahulu, 10ribu bilik tu adalah istana yang di atas kayangan, so yang dekat bumi nie tak boleh lebih biliknya. wow! banyaknya kan kan! ok, actually, bilik-bilik nie adalah untuk gundik-gundik maharaja. zaman dahulu maharajanya ada 3ribu gundik and hanya seorang jeh maharani.nak buat istana nieh mengambil masa 14tahun and forbidden city adalah istana yang terbesar skali di dunia.menurut kata johan,(tour guide) tu lagi, jika maharaja mangkat, semua gundik-gundik pon kene mati bersama.










ahah, masa di dalam bas, johan ada pesan, hati-hati dengan duit palsu sebab kat china banyak duit palsu. yes, china kan terkenal dengan copycat so duit dia pon byk gak yang dah copycatnya, haish! so johan ajar la kita orang macam mana nak bezakan. dia cakap kalau Mau Zhe Tong (presiden China) tu muka senyum, tu yang asli, kalau masam tu yang palsu.ahaha, ada pulak macam tu. actually, duit palsu kertas dia tebal sikit and warna duit tak banyak color kalau kita tengok dari pelbagai sudut. duit yang asli, nipis sikit and color dia berubah-rubah kalau tengok dari pelbagai sudut. selain tu, ada bayang-bayang nilai duit tu, kalau tak de thats mean palsu.

then, dah lepas penat giler berjalan, johan belanja kitaorang makan aiskrim. aiskrim tu aiskrim budaya china la macam tu. rasa macam laici tapi tak manis sangat and, ya ampun keras macam batu marmar tapi sebab panas kan, layan kan aje. then, kat forbidden city tu, ahli rombongan bergambar ramai-ramai =) sweet-sweet..




ok, aku nak share dengan korang macam mana suasana bandar di china, serius maju giler, bila aku compare dengan kuala lumpur, aku rasa kita nieh mundur jeh.haha! ok ok, yela yela, kl jela maju kan..ok, back to beijing, kawasan bandar dia memang besar giler! and bangunan-bangunan dia sangat la gah-gah. aku nak tunjuk bangunan dia tu but sayang seribu kali sayang, gambar-gambar tu semua dalam memory card yang corrupt. actually, ada certain-certain tempat ada jeh bangunan yang traditional, so nampak macam ala-ala kekampungan di china tapi mostly adalah bangunan-bangunan yang besar and cantik. and ada satu kawasan yang luas tu, kakak aku cakap macam di uk, yela, orang duk uk lama, tau la kan nak compare-compare bagai nieh.aku lak nganga, jakun ;p

ok, masa lunch, makcik bedah ajak makan satu meja and korang tahu beliau panggil aku apa? "BABY" hahaha, "meh baby makan skali kat sini, alololo comelnya macam baby" ahaha! kembang weh, kembang.ahaha! memang berkenan betul la mama bedah kat aku kan.ok, berkenalan punya berkenalan rupa-rupanya, makcik bedah nieh ada anak sama baya dengan aku, baru habis belajar kat usm and dah kerja jadi engineer kat kilang ape tah namanya, tak ingat. so makcik bedah nie explain lah, dia nak cari orang ipoh jugak *haish! kebetulan! peluang keemasan terbuka seluas luasnya! haha. makcik bedah tu memang interview aku habis la, single ke tak, buat apa sekarang, mak ayah kerja apa, *macam konpem-konpem jeh kan aku nak jadi menantu dia but bila tengok gambar anak dia *makcik bedah tunjuk, ok! konpem! haha! anak dia not bad, hensome! haha and makcik bedah cakap anaknya pon masih single tapi dalam hati aku cakap, tak kan la single lagi kan dah ada rupa macam tu but its ok, peluang tetap ada since makcik bedah dah sayang aku. cewah! haha..so, makcik bedah pon mintak la number phone, alamat, email, fesbuk segala and aku pon tersipu-sipu lah menulis dengan tanpa kemaluan eh! tanpa malu-malu. haha!

mama bedah ---> yg pegang beg tu



ok, meh nak story sikit hal makcik-makcik nieh. actually makcik-makcik nieh bukan la datin-datin ke, tun-tun ke but mereka nieh kaya, banyak duit beb. asyik cerita every year pergi melancong luar negara bagai. and yes, aku kagum sebenarnya dengan makcik-makcik nieh sebab mereka nieh independent. walaupon cara percakapan seperti semua nak A++ jeh tapi aku respect sangat sebab banyak pengetahuan yang aku belajar dari mereka. contohnya, mereka compare life style orang beijing dengan orang vietnam la, dengan autralia la, bangkok la, korea la. see, secara tak langsung, aku pon dapat menambah ilmu pengutahuan. best kan. rindu sangat nak jumpa makcik-makcik tu lagi. =(

then, next pick stop at sutera center. staff yang bertanggungjawab melayan kita orang adalah sarah. and sarah nie pergghhhh cun giler wa cakap sama lu! so, dia terang la dari mana sutera tu, sutera yang elok, cara penjagaan sutera and bla bla bla. aku memang rasa nak pengsan dah nak beli blanket sutera tu sebab memang best giler kain dia, kalau dapat mesti tidur lena tanpa memirkirkan cinta yang tak kesampaian nieh! haha! tapi, yeah, saya student and saya pokai, u know pokai? pokai means tak ada duit. so menganga lagi lah u alls. mahal kot sutera tu, blanket yang pendek, bukan single bed size, harga 680yuen=rm340, pergh, mahal-mahal, tak mampu den.



sarah


ok, lepas dah puas menjamu mata yang boleh membuatkan mata anda lebam sebab tak dapat apa yang di inginkan, masa untuk memanjakan diri. yea! kita orang pergi urut kaki. ha, nie part yang best jugak nieh. ok, first kita orang rendam kaki dalam herba ape tah untuk hilangkan daki then pas 30minit macam tu, baru tukang urut sampai.masa 30minit tu ada la tabib china yang pandai berbahasa indonesia yang terangkan penyakit itu ini and apa ubat yang sesuai. then bila daki semua dah keluar, tukang urut pon sampai, semua lelaki and semua muda-muda, baya-baya aku jeh. aku tak layak di urut sebab dia orang cakap aku muda kot, haha tapi kakak aku di urut oleh seorang mamat china yang hensome! haha! hensome lagi! gatal betol la! then mamat nieh suka sangat tengok aku. ok ok, aku bukan perasan tapi sebenarnya, orang china nieh suka tengok mata aku yang fake nieh, aku pakai lens besar warna hitam, since mata diorang kan sepet-sepet so diorang kagum kot tengok mata aku.haha! aku sempat la berkenalan dengan mamat nieh, nama Zhou Chai Lee umur 25 tak de fesbuk, tak de email.ok, act, tukang-tukang urut nieh dari golongan yang miskin, so tak tahu lah teknologi what eva nieh. diorang kalau mundur, mundur sangat, maju maju sangat. and Zhou Chai Lee nieh kelakar and peramah, ada ke patut dia nak kawin and suruh aku tinggal kat beijing, gila-gila! ;p



kwn baru =)


wah, banyak rupanya cerita tuk hari nie kan. ok, pas urut kaki, kita orang pergi minum teh cina. ada 4 teh cina yang femes iaitu
i. wild puer tea-good for blood presure, lower colestrol, slimming.
ii. oolong tea-blood circulation and for skin.
ii. jasmine tea-relieve headache.
iv. litchi tea-digestion.
yes, semua ada khasiat tersendiri. and minum teh cina jangan letak gula. itu rule =)





on the way balik, lalu depan hotel 7bintang and menurut kata johan, hotel 7bintang 1malam dalam 3000yuen++.haish! bila la nak merasa nieh alia???


dinner time!

2 comments: