Sunday, June 19, 2011

Beijing China "Summer Palace"

slm....

ok, apa-apa hal pon nak mengadu kat korang, minggu nieh aku ada 4test (@_@') fuh fuh! cabaran cabaran! mood bercuti pon tak habis lagi nieh. baju-baju, barang-barang pon tak kemas lagi, haiyaaaa.....apasal la balik malaysia nieh rasa malasssss sangat-sangat. ada ubat tak nak bagi hilang malas nieh?

ok, second day kat beijing kteorang pergi Summer Palace. bertolak dari hotel pukul1130am, yelah penat kot sampai hotel pukul 5am then mesti nak rehat puas-puas kan sebab next day nye nak berjalan jauh lagi. so, keluar pukul1130am terus pergi lunch. serius aku kagum giler tengok restoren yang kteorang pergi tu sebab kat malaysia pon aku jarang lah nak pergi restoren macam tu, mewah beb! tapi memang pon, sepanjang tinggal kat sana, pelancong di layan seperti vvip, cewah! dah puas makan mewah-mewah nieh, kteorang pergi masjid. masjid kat china nie unik-unik tapi tempat solat agak sempit sebab orang islam minority kat sana.

nie la restoren mewah tu..haha! 

masjid yang unik!

ok, nak cerita pasal makanan kat beijing nieh. macam aku cerita kat korang entry before this, kat beijing, makanan wajib dia adalah sup telur. sup telur tu memang tak sedap langsung! tawar jeh then tak banyak bahan yang dia letak. selain sup telur, banyak makanan dari sayur-sayuran, salah satu makanan wajib selain sup telur adalah bawang besar goreng+ayam/daging masak sambal tapi sambalnye sikit je, tak rasa sangat pedasnya tapi masakan nie paling aku suka sebab berasa la sikit dari masakan-masakan yang lain.

tak tahu nama makanan nie.

tu, dalam mangkuk besar tu sup telur!


ok, dah selesai solat semua, kteorang bertolak la pergi ke summer palace. on the way nak pergi summer palace tu, johan (tour guide) cakap ada cerita lucu dia nak kongsi dengan kteorang, so dia pon cerita la masa mula-mula bawa pelancong dari malaysia, *kejadian tu dalam bas* ada la seorang mamat nieh jumpa dia sambil cakap "johan, saya mau tandas". so johan nie cakap "ya, ya"..sebenarnya johan nie tak tahu pon "tandas" tu apa tapi dia buat-buat tahu jeh sebab belagak punya pasal. oh, johan nie pandai berbahasa indonesia jeh, bahasa malaysia, dia kurang sikit. dia rakyat china tapi belajar ambil bahasa indonesia selama 8bulan. ok ok sambung cerita. then 10minit kemudian mamat nieh pergi lagi kat johan sambil kepit-kepit kaki dia "johan! johan! saya mau tandas!" hahaha time johan cerita tu kteorang ketawa sampai berair mata tau sebab dia cerita lucu sangat, dengan gayanya. *sambung cerita. then johan pon cakap "waduh waduh, mau nyanyi ea? mana bisa tandas di sini"..haaaaa...."nyanyi" tu dalam bahasa malaysia buang air. johan cerita la, masa tu dekat highway, mana la nak ada tandas. so aku tak tahu apa terjadi pas tu, buang air tepi jalan je kot.hehe.

ini la johan..love u johan! tahu dek bini dia, mampuih aku.haha! but isteri dia cantik wehh!

entrance summer palace


ok, sampai jeh kat summer palace semua ahli rombongan aku excited giler la. summer palace? apa tu? ok, summer palace nie adalah istana maharaja pada zaman dahulu kala. tapi musim panas jeh maharaja tinggal di sini. kalau musim sejuk, maharaja tinggal di forbidden city palace. kalau nak ke istana maharaja nieh kene naik boat berbentuk naga. kteorang tak naik pon sebab ramaiiiii sangat manusia kat situ, jadinya bergambar dekat kawasan summer palace tu jela. serius, cantik giler pemandangan di sana. indahnya ciptaan Tuhan. dekat kawasan summer palace tu ada jambatan besar and panjang. unik sangat bentuk jambatannya. then ada tasik yang besar, kat tasik nie la ada boat-boat naga untuk ke istana maharaja. selain tu ada orang-orang china menari tarian naga. best sangat experiences nieh weh!! rasa nak pergi lagi!

istana maharaja

boat naga

jambatan ke seberang

masa jalan-jalan kat summer palace tu tiba-tiba jeh hujan. serius, johan cakap, sepatutnya tak hujan sebab kalau musim panas dekat beijing nieh susah sangat nak hujan. so, bila dah hujan tu, kteorang bertempiaran la lari cari bas sebab kat summer palace kawasan lapang, tak de tempat berteduh, ada tapi kecil gile, tak muat nak tampung segerombolan manusia yang begitu ramai. so, round-round summer palace tu dalam 10minit jeh macam tu.see! tak puas kan! what to do~~~

oh oh, masa dalam summer palace tu, ada la makcik *ahli rombongan aku gak, nak bergambar dengan ak *giler perasan femes. ok, nak bergambar tu tak kesah la tapi makcik tu cakap macam nieh "meh sini meh sini ambil gambar sekali, olololo comelnya dia, dah lama berkenan anak perempuan. makcik ada anak lelaki jeh." then aku pon sengih-sengih la kan.haha..ambil gambar pelok-pelok u....auww...terasa di sayangi...dah selesai ambil gambar peluk-peluk, then makcik tu cakap "ok, dah lepas dah kempunan nak peluk anak perempuan"..dalam hati aku, "haiii makcik....anak mu umur berapa, sila la kenalkan dekat saya, saya nieh single, boleh la makcik peluk saya puas-puas nanti" hahaha..like seriously memang niat macam tu ada! haha!

tarian naga ;p

mak mentua ;)

then selepas hati tekilan sedikit sebab tak dapat jalan lama-lama dalam summer palace tu akibat hujan yang melampau, kteorang pergi la ke Fresh Water Pearl Center. dekat situ ada la staff yang terangkan tentang mutiara yang elok, mutiara yang tak berapa elok, mutiara yang mahal, mutiara yang murah. ok, bab nie aku dah lupeh la, haha! ok, ok aku share sikit la. yang aku ingat, dia cakap mutiara nieh kalau lagi lama dalam conch tu lagi mahal harganya and lagi bersinar mutiaranya lagi mahal. dia ada buat demo lagi, buka conch depan-depan kteorang and ada kuiz, sesiapa yang jawab betul ada berapa biji mutiara dalam tu akan dapat hadiah. ok, aku blasah je tapi salah. ada makcik tu teka 20 biji, dalam conch tu ada 21 biji so hampir-hampir la kan, so makcik tu dapat hadiah cincin mutiara hitam! jeles giler weh!! haha. oh, conch yang dia buat demo tu,  conch yang masih muda, umur em... 16thun ke 6 bulan eh?? haha! tak ingat la..sorry-sorry...korang search internet la kalau nak tahu conch paling muda yang menghasilkan mutiara dalam 21biji berapa umurnya ea.haha!

ape tah nama amoi nieh




lepas demo tu selesai, staff tu bawa pergi try krim muka yang di perbuat dari mutiara. memang best tau pakai krim tu sebab rasa best lah. hehe! krim tu untuk mencantikkan kulit, putih, licin, gebu, macam-macam lagi la tapi tapi tapi harganya beribu yuen ohkey! kalau duit malaysia pon mahal!! so, boleh merasa yang trial punya jela~~ and makcik-makcik yang kaya-kaya nieh memang teruja habis. diorang ada la beli cincin mutiara la, rantai la. macam-macam lagi la. aku and kakak aku, duduk menunggu jeh.haha! kakak aku tak minat aksesori wanita nieh.



ok, selesai sudah di kedai mutiara tu, kteorang pergi menyaksikan Persembahan Acrobatic yang penuh dengan aksi suspen dan mendebarkan. wah!! first aku masuk dewan tu memang ternganga lah sebab first time tengok dewan yang besar and cantik.haha! *jakun-jakun. so, macam-macam la perembahan yang di pertontonkan. antaranya baling-baling topi, lentik-lentik badan *badan diorang tak de tulang kot, and paling best skali, persembahan lima buah motor masuk dalam 1 sangkar and buat macam lampu disko tu, serius kagum giler.ternganga aku tengok. banyak lagi la sebenarnya, lebih dari 10 persembahan yang unik.haa...lupeh lak nak cerita, budak-budak yang buat persembahan tu adalah dari golongan yang miskin. menurut kata johan, senior-senior diorang akan pukul and tak bagi makan kalau tak dapat buat apa yang di suruh oleh ketua diorang. kesiankan..and gaji pon rendah sangat, dalam 400 yuen jeh, bersamaan rm200. sangat lah kesian. tapi kata johan lagi diorang nieh sangat rajin and bersungguh-sungguh bekerja. johan ada sebut suku kaum ape tapi aku yang hilang ingatan sebab first day aku kurang mengambil note sangat. hehe...tak pe tak pe, sekarang kan maklumat di hujung jari, sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut, sila search internet.haha!










dah selesai semua persembahan, hari pon dah petang, sebelum balik hotel, pergi makan. seperti biasa, menu lebih kurang jeh. first day makan memang excited, tunggu cerita aku next-next day makan macam mana ea...haha! oh, kat china, makan malam dia sebelum kul7 biasanya. and petang dia windy, sejuk beb..best sangat kalau riadah petang-petang.ok, habis semua, dalam pukul 7 lebih balik hotel.

1 comment: