Wednesday, July 13, 2011

Window Shopping je?

salam...


wehooo...ahad lepas pergi window shopping dengan maria! saja usha-usha dress maria nak pergi dinner nanti. nama pon window shopping kan, so tengok-tengok jela mampu. ok, korang shopping macam mana ea?
em aku, kalau aku berkenan, aku akan try dalam fitting room dulu buat macam dalam poket ada rm1k walaupon dalam poket ada rm1 je, then bila dah habis posing-posing dalam fitting room tu *agak-agak dalam sejam lebih la kan, aku letak balik then try baju lain lak, then dengan slambe jeh la tak beli. ok, kalau balik masih teringat-ingat baju tu, esoknya baru pegi beli. em, macam tu la biasanye. hehe.. ^_^


ok, boring-boring lepak buat la video nieh. kalau korang perasan, maria ada sebut badan ketar-ketar. so ada pembetulan, buat video maria lak ^_^ *aku dah rotate dah video nieh tapi nk upload, pergh!!! lama gila wa cakap sama lu, seharian aku tunggu, bengang punya pasal, upload jela senget2 pon. sorry. baru lagi dalam bab-bab video nieh, nanti aku belajo lagi ea =)


fast food jela yang mampu~~

raja mariatul qibtiah *hamboi, panjang nou namanya..aaa semmputt den. panggil mar sudeh ;p

with mar bergaya seluar unik dalam fitting room.haha!

ok, ni pakaian original.

and gelang! yes! we bought gelang for rm5.50 each *_^



pembetulannye. "tangan ketar-ketar, bukan badan ketar-ketar. badan ketar tu lemak ;p".
nie video maria, di sebabkan maria 1st time buat video *kire aku senoir la dlm bab-bab video nieh (padahal 2nd time je pon aku buat video. kahkah*ok, tak kelakar.) dia malu-malu tucing lak then tersebut perkataan 'gampang'. maksudnye....em aku tak tahu *ceh budget, tapi we olls selalu guna la.haha @.@

Wordless Wednesday:: 1 Malaysia

salam...

tarikh kejadian: 13 july 2011
tempat kejadian: Bilik kuliah 11 class control system
masa kejadian: 04:56:23pm
actor: Alia Hassan, Sures Taran and Tee Kok Liang




last-last:: battery handphone habis. and yes! my baby face without makeup! okbai

Tuesday, July 12, 2011

Playgirl will Playhard with a Playboy? okbai

salam...


"In any moment of decision, the best thing you can do is the right thing, the next best thing is the wrong thing, and the worst thing you can do is nothing"



Saturday, July 9, 2011

Martial arts:: nak join ke tak Karate nieh? interesting betul!

salam...

haaa......aku nak join karate! percaya tak? ok, tak payah pecaya. aku berangan. apesal tiba-tiba cerita pasal karate nieh? ha ha ha ha~~ *trade mark. ok, hari nieh duk rumah je, so aku ngadap la fesbuk 24jam, tiba-tiba ternampak seorang member aku nieh upload gambar, album name "The Shotokan Family", dalam album tu ada omputih, so aku pon curious la siapa the shotokan family nie. so, dengan kekuatan hati dan semangat yang datang aku pon hantar la chat kat member aku nieh. *em, aku kenal dia tahun lepas sebab nak tanya pasal final year projek. tak pernah jumpa, just ym and fesbuk jeh.

nie adalah Kancho Hirokazu Kanazawa. menurut member aku, dia satu-satunya orang yang sampai tahap paling tinggi dalam karate iaitu tali pinggang hitam 10th Dan.  satu-satunya okey! hebat giler!

ok, sambung cerita. sebab tak pernah jumpa, aku segannnnn sangat nak tegur dia. sebab apa? haaa....*ehem, dia sekarang ambil PhD! PhD weh PhD! aku nieh degree pon tak habis lagi. umur kitaorang sama hokeyy, 24! 24 dah ambil PhD, huh sebut lagi. so impressed kan kan? so, dengan rasa rendah diri dan keterpaksaan *cewah, budget~~ aku start dengan "salam" and terus direct tanya siapa the shotokan family tu. takut nak buat ayat mukadimah lebih-lebih sebab takut di cop nak meqenyeh.haha! yela, orang bijak nieh aku fikir baca buku je kerjanya, tak main layan-layan chat nieh. padahal dia spoting nak mampus,otak weng weng gak macam aku, aku je fikir lain. sorry u...hehe
nie Daizo Kanazawa. anak Kancho Hirokazu Kanazawa. pergh! hensome gile! berdarah hidung tengok *ehem, pinjam ayat member jap. dia pernah datang Malaysia. 

so, chat punya chat rupanya the shotokan family nieh adalah ahli karate dari australia. owh! aku impressed lagi! so, aku tanya la dia, dia ada karate ke. dah tu mesti la ada, nama pon family karate, lagi mau tanya ke alia? bengap betul alia nie, ok, bukan bengap, gelabah dowh cakap dengan cendiakawan nieh. booo poyo! so, bila aku tengok kesengalan bro nieh meng-explain  pasal karate, aku berani la tanya lebih-lebih.macam-macam la aku tanya, so dia pon explain penuh ketekunan dan kewibawaan. korang boleh refer sini kalau nak tahu lebih lanjut pasal karate. http://seikenkarate.wordpress.com/ and blog kawan aku nie http://hazardoxology.wordpress.com/2010/12/15/first-contac/#respond.

Dulu masa aku sekolah rendah, aku teringin sangat nak join aktiviti martial arts nie tapi malangnya, mak aku tak bagi. pernah jeh aku daftar masuk taekwondo tapi time nak pergi trainning jeh mak aku tak bagi pergi, aku menangis guling-guling kot. tapi mak tetap suruh duk rumah ulang kaji.what?? ulang kaji?? boring~~~
so, bila dah besar nieh, rasa teringin sangat nak join. member aku nieh ajak join tapi macam aku cakap tadi la, aku segannnn! plus, aku nieh dah tua, otot-otot dah tak kuat, tulang rapuh *tak banyak minum susu, and bla bla bla lah..alasan~~ booo lagi...hehe..


apa-apa pon, thankz pada Faiz Hazardox Asraf sebab melayan member dia yang sengal plus manja kiut-kiut gitu..euw lempang kang! haha! so, korang rasa aku boleh tak ea nak join karate? dah berangan dah nieh ^_^

see, faiz ngah gaduh *eh, silap, ngah belatih dengan rakan karate australia =) 

wah..nie semua ahli Seiken Karatenomichi Academy.. nama martial arts nye. Kanazawa-ryu Shotokan Karate.. bestnya! i wish if i could join them! how loveliness. saya suka aktiviti lasak! tolong la boleh nak join tolong la :')


mekaseh faiz sudi share gambo. hehe..nk ikot p australia nanti boleyyy?? haha! *tetbe jeh ;p



Friday, July 8, 2011

Monte Carlo plus Roti ke Topi ^_^

salam...

tadi baru habis berperang. berperang? saja buat gempak, baru habis test. ok, test kali nieh berlainan. aku sorang jeh yang ambil and jawab depan lecturer! what! depan-depan ohkey! berpeluh kot, dah la study cincai jeh. ok, study macam orang confident jeh boleh jawab, usha-usha note sikit-sikit then tidur. pemalas! yes, malas. pastu jawab exam buat muka belagak macam dah khatam semua nota, buku rujukan, tutorial and bla bla bla. dah habis jawab pon keluar dengan muka belagak, confident jawab semua, kertas memang full lah, tak ada 1 pon tertinggal....~~~ bila dapat result......................................C+ okbai. takat hidung je beb! fuh fuh, nasib baik ada tanda +, sedap sikit mata memandang kan.*ok, tak kelakar. wa bukan macam lu beb, wa tak suka ini bidang, wa cincai-cincai lorh jawab. tapi aku serius bangga dengan sahabat aku nieh, dia pon tak minat bidang nieh, bila exam je mula la gelabah "weh, tak tahu nieh nak jawab ape" and bla bla bla la dia membebel, aku? rilek je, buat muka tenang.  bila keluar result, almost every sem dia dean's list. DEAN's LIST oohkey.. ingat senang nak dapat dean's list almost every sem? siapa dia? ok, yang paling rapat dengan aku sekarang, korang fikir sendiri la ea ^_^

nie gambar semalam pergi teman fiza and tanem deal dengan hotel.

ok, semalam lepas pergi deal tu, aku and fiza decide tengok wayang tapi tak plan pun wayang apa. sebelum tengok wayang tu, pergi makan dulu kat A&W, dah lama tak makan situ. *lama keh alia? wateva! 

tak senonoh betul la buat gaya macam nieh. alia alia. kesian~~

ok, lepas pergi makan terus ke panggung wayang, masa tu pukul 515pm, decide punya decide, tengok cerita monte carlo pukul 520pm. layankan aje, sebab tiket murah price student~~ tapi layan punya layan, best dowh cerita nieh. cerita tentang romance. meh aku buat konklusi ceritanya sikit. ada 3orang sahabat nieh, grace, meg and emma, baru lepas grad pergi bercuti ke paris. masa kat paris tu diorang terlepas bas pelancongan then diorang pergi hotel mewah nak tumpang toilet. ada pulak perempuan kaya, anak sapa tah sama muka sebijik macam grace. then wartawan pun ingat grace tu anak orang kaya tu. so, sejak tu la grace and kawan-kawan dia menyammar jadi anak orang kaya. anak orang kaya tu mana tah pergi, aku pon tak tahu.dalam cerita nie ada la cintan cintun semua, memang suweeet betul la. and cerita-cerita macam nieh memang best layan bersama besties =) *nak tahu lebih lanjut, google key rakan-rakan ;p

 
lagi yang bestnya cerita nieh sebab buat kat paris. OMG! aku dengan fiza memang wish sangat-sangat dapat pergi sana suatu hari nanti. amin...bestnya!hah! nak share sikit, masa dalam panggung tu, ada la scene yang kelakar tau, dalam lift, aku and the rest ketawa la tapi aku tak sedar lak, bila semua orang dah behenti ketawa, aku sorang je yang tak berhenti lagi, so memang dengar 1 panggung. dah la duduk paling depan sekali.  malu weh malu! sorok muka dalam beg. 


then malam tu aku pergi lepak mamak dengan maria. mamak jela yang yang mampu beb! ada benda nak bincang pasal rumah, so aku rasa lebih baik bincang santai-santai, minum-minum supaya tak ada sapa yang akan keluar api or asap dari telinga bila aku cerita what is the problem. cara nieh lebih berkesan untuk kawal keadaan and lebih mengeratkan persahabatan. amin... yang bestnya, roti tisu kat mamak nieh unik! tinggi beb! macam topi dah aku tengok. tapi menyelerakan. yum yum ...


ok, sebut pasal mamak, aku teringat sorang brader nie makan kat sebelah meja aku. then bila dia dah habis makan, dia panggil la macha tu kira, sebelum dia suruh macha tu kira, dia complaint macam-macam beb, aku tak dengar la dia cakap apa tapi aku dengar nada dia marah-marah sambil tunjuk-tunjuk pinggan yang dia makan. dalam hati aku kata "eleh, nak murah la teww". masalahnya beb, pakaian, gadget, gaya semua macam orang kaya dah bro tapi sengket rupanya. kesian~~ kalau ko tak puas hati makan kat kedai mamak, ko kaya sangat p la makan kat hotel 10bintang, tak payah complaint-complaint dah. hish! hangin lak aku! kalau betul la ada lipas ke, tikus ke dalam makanan dia, logik la jugak nak complaint, nie, licin! licin wa cakap sama lu! lagi mau bising ka ane?

Friends Forever

salam...

sebelum jawab test esok, nak dedicate lyric lagu nieh untuk sahabat-sahabat aku. fiza, maria and tirah: tolong hayati...

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone
And we would get so excitedand we'd get so scared
Laughing at ourselves thinking life's not fair
And this is how it feels

As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
From whatever
We will still be
Friends Forever

So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can MM find a job that won't interfere with her tan?
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels

We will still be friends forever

Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly




Tuesday, July 5, 2011

The best things in life come in threes, like friends, dreams, and memories.

salam...

see! tajuk sekarang nak berfalsafah je kan? korang tertipu! aku copy paste google jeh.bukan fikir sendiri *patut otak karat, malas fikir sendiri..siapa suruh segala maklumat di hujung jari sekarang ye dak? so, search internet jeh ;p tapi kalau korang rajin cari, best quotes kat dr.google nieh, semua motivated, tak payah susah-susah cari buku motivasi lagi =)

ok ok, habis dah cerita falsafah bagai nieh.masa dalam kelas tadi tersempat lak teringat kat member aku dua orang nieh. tah angin apa tah teringat kat diorang. *sekarang nieh asyik rindu kawan-kawan lama jeh, al-maklum la orang tak ada bf *haish~~ tersebut lagi!~~ nak rindu siapa lagi kalau bukan kawan-kawan sejati kan.

ok, aku tak tahu la korang tahu ke tak or ingat ke tak, dulu aku pernah praktikal dekat sony bangi. time praktikal tu serius rasa semacam je, rasa macam homesick tapi tak tahu la apa yang homesicknye. setiap pagi bangun mesti terkeluar perkataan wajib "urghhh!! malasnyaaaa!" then rasa nak nangis jeh. mandi je temenung, temenung je mandi..ok, kerja kat sony bukan tak best or lebih sedap di dengar, environment dia seperti kilang-kilang lain cuma pressure kerja yang di beri. see! praktikal pon dah pressure, inikan pulak kerja betul-betul kan. nervous gila nak kerja nanti! kuatkan la diriku ini ya Allah...


masa praktikal, aku kene sambung 1 projek buat system kat production line. system beb system! aku tak pernah buat kerja-kerja gila nieh.haha! maksud aku, aku tak pernah pon buat system bagai nieh. aku belajar pasal bab-bab IT nieh masa diploma sem 1 jeh. mana la ceq ingat weh, lama dah kot. tapi sebelum dapat praktikal tu, boss department aku call then ada la sesi interview sikit. dia tanya la aku buat coding guna software apa semua. then dia tanya, tahu tak guna php, mySql and apache? sudaaaa aku tak tahu la masa tu aku pekak ke or nervous sangat ke, aku cakap aku tak pernah dengar tapi aku boleh belajar. cecece, time tu budget hebat la nak belajar bagai kan. so, dia pon cakap ok, anda di terima. memang time tu happy gila la, rasa nak loncat-loncat jeh tapi dalam kereta lak time tuh, so angkat-angkat bontot je la tanda gumbira! yehoooo dapat praktikal sony, sony beb! yang hepi sangat tu sebab praktikal sony ada elaun rm500, rm500 je kottt! hello rm500 tu kira banyak plus hebat la bagi seorang student! muahaha! poyo sekejap.

ok, masa first masuk sony, aku kenal la dengan budak praktikal yang sedang buat projek tu. nama dia fendi, budak IT ukm. sepatutnya dia dah habis dah tapi boss mintak dia extend 2minggu sebab kene ajar aku segala-gala pasal system, haha, padan muka ;p see again! 2minggu jeh aku belajar, 2minggu weh!! orang yang ambil IT pon belajar 2tahun setengah, haku nieh 2minggu?? what???! then, dengan ketekunan, aku belajar la segala php, mySql, and apache tu. bila fendi blah, aku glabah. glabah beb nk maintain system tu plus nak kene tambah macam-macam function lagi. so, apa lagi, kawan-kawan IT sangat la di perlukan! ada jugak aku mintak tolong fendi tapi dia pon busy dengan final projek dia, so aku malas kacau dia lebih-lebih.

hm...member-member aku yang sangat bertuah yang aku mintak tolong tu memang pakar la dalam bab-bab php + mySql nieh. even sekarang pon diorang jadi programmer and buat system-system nieh semua. seorang duk kat shah alam and seorang lagi duk kat bangi.fuhh!!! nasib baik dekat weh, nanti 1 hal pulak nak kene travel jauh-jauh sebab nak mintak tolong ajar buat system. so, most every weekend la aku pergi jumpa diorang bawa laptop and lepak burger king ke, mamak ke, berjam-jam. pernah jugak kitaorang lepak kat melaka, buat kat mamak sebab kebetulan masing-masing ada kat melaka. so, macam-macam la yang aku belajar pasal system nieh, kalau minat memang la senang tapi kalau dah tak minat tu, bancuh-bancuh coding-coding tu semua then makan pon tetap gak tak boleh buat! ke aku yang lembab? haish alia alia!

ni la dia member aku yang sengal: ahmad fariz, bawa kereta 40km/jam. haha ;p

ni member aku kurang sket kesengalan die: faizal, jalan tunduk je, fikir punya fikir nak buat coding sampai terhantuk pintu ;p

ok, kepada member aku:: fariz and pejal, terima kasih banyak-banyak yeh tolong member korang nieh! nanti kita hang out sesama ea. and semoga korang bertambah berjaya dalam kerjaya korang. pesanan: tak payah kerut dahi sangat buat coding tu, nanti jumpa dah botak kepala korang. ;p rindu korang! =)

*ehem, yup, aku agak ramai juga ea kawan lelaki. em, sebabnya berkawan dengan perempuan nieh leceh beb. nak nak yang ada bf, lagi-lagi la leceh. ops! aku tak cakap sesiapa, aku pon macam tu gak dulu masa ada bf.haha! lelaki nieh simple, tak perlu jaga hati sangat, cool, plus diaorang lebih mementingkan kawan dari kekasih hati. yeke? em, salah, diorang mementingkan kekasih diaorang tapi kawan juga penting. and for gurls, kekasih diorang la segala-galanya and terkadang melupakan kawan perempuan...ok ok, cakap kat diri sendiri nieh. ;p tacing juga terkadang! ops, cakap kat diri sendiri lagi =)

okbai!

nak jugak muka aku.haha! masa nieh beraya kat rumah fariz 2010. pesanan: fariz, sediakan makanan berat ea utk tahun nieh. tahun nie aku beraya rumah ko pakai baju kurung.haha! ;p

Sunday, July 3, 2011

Blessing Old Friends:: True happiness consists not in the multitude of friends, but in their worth and choice

salam...

ok, masa mandi tadi tiba-tiba teringat kawan-kawan lama.entah la hormon apa yang melanda tapi memang rindu pada mereka nieh.

1. masa tadika aku kenal dia nie tapi tak sama tadika pon. nak kata jiran, rumah tak sebelah menyebelah. rumah aku dan dia seberang menyeberang, seberang padang permainan. macam mana kenal, satu tempat mengaji al-quran. malam-malam pergi mengaji sama-sama, sebelum mengaji or selepas mengaji main sorok-sorok dengan kawan-kawan yang lain. bila cuti, malas nak pergi rumah dia, just laung dari rumah aku *yeup, laung ohkey sebab taman perumahan kita orang bawah bukit, so bergema.masa birthday aku 5 tahun, dia datang majlis bawa hadiah kotak tisu ^_^ sweet. *what do you expect budak lima tahun bagi hadiah apa? syukur la tu dapat kotak tisu ohkey ;p setiap petang mesti main sama-sama dekat padang.dia best friend aku lah masa tu, tak dapat dipisahkan tapi masa sekolah rendah aku pindah dan dia pon pindah. lama tak dengar berita lepas tu. tahun lepas or dua tahun lepas *tak ingat, aku cari dia kat fesbuk, aku ingat nama penuh dia and guess what, aku jumpa! time tu sambil hantar message fesbuk, sambil mata berair-air sebab terharu plus rindu plus tak sangka. lepas jumpa di fesbuk, aku dapat jumpa dia sekali jeh, time raya tahun lepas sebab sekarang dia belajar di egypt. ambil kos perubatan. yes! berjaya dari aku. sungguh bangga. and insyaAllah tahun depan dia grad, aku nak pergi sana, save budget jalan-jalan egypt ada tempat penginapan.muahaha ;p

2. mamat nie aku kenal time sekolah rendah. satu sekolah. mak bapak dia pon cikgu jugak and kita orang penah cinta monyet giteww. satu hari masa habis waktu sekolah, dia gaduh dengan kawan baik aku gak *perempuan then dia tolak member aku nie sampai kain terkoyak. bapak dia datang nak ambil balik sekolah then boleh pulak aku mengadu kat bapak dia yang dia tolak member aku nie sampai kain terkoyak. akibatnya, dia kene penampar 3 kali dengan bapak dia dan balik jalan kaki. nie kes betul! dia balik jalan kaki, rumah dia agak jauh la. keesokannya pergi sekolah, aku dengan rasa yang amat bersalah mintak maaf berulang kali. sekarang kita orang masih berkawan dan berhubung. dia dah kerja under pertronas kalau tak silap aku and punyai gf yang kiut sangat =)

3. minah nie aku kenal time sekolah rendah lagi tapi masa sekolah rendah dia belagak gila dengan aku. aku senyum, dia boleh buat dun noo je kan kat aku. ok fine, masa tu fikir, hengat aku nak sangat kawan dengan hang? naik je form 1, dia 1 kelas dengan aku.sudaaa....ok, tak apalah, aku beralah pergi tegur dia. kawan punya kawan, ngam pulak. selalu bersaing dalam pelajaran. masa form 1 dia dapat tempat ketiga dalam tingkatan and aku dapat tempat kelima. masa form 2, aku dapat tempat ke 7 dalam tingkatan, dia dapat tempat kesembilan. hehe. bezanya, dia rajin, aku malas, dia cun, aku tak berapa nak cun.haha! ex-bf aku pernah suka pada dia tapi dia dah ada bf. and dia masih dengan bf dia sekarang, dah 8tahun mereka couple! nak petua, p tanya sendiri. dia masih belajar and yes! kita orang kawan baik sampai sekarang.

4. mamat nieh aku kenal time kita orang praktikal time diploma. masa first kenal dia nie memang sangat nerdy. nerdy ohkey! apa orang suruh buat dia ikut jeh. masa nie aku banyak la buli dia. hehe.. dia bawa kereta 40km/jam! yup, lembab weh, rasa nak trun then jalan kaki je dari naik kereta.sebab sangat nerdy, sakit perut pon dia jujur je, nk singgah petronas nak p berak.see, jujur! tapi sekarang, bila jumpa, sangat la dah pandai bahan-bahan orang. dulu dia pakai kancil tapi sekarang dah tukar pakai kereta mahal ;p kalau dia naik kereta aku, radio automatic rosak, nampak sangat kereta aku tak suka dia.haha! sekarang dah jadi programmer dekat syarikat apa tah dekat damansara. anak professor doktor Z. bapak dia dekan fakulti pertanian or timbalan dekan *?? tak ingat* dekat upm. serius, yang nie, setelah bertahun kenal baru aku tau dia anak professor. patut nerd ;p kita orang still connected sampai sekarang.

5. and lastly.seorang mamat yang aku rindu sangat sejak aku kenal dia. first kenal aku dah suka dia sampai sekarang. mula-mula berkawan elok je tapi di sebabkan satu peristiwa yang tak boleh di lupakan, hubungan kawan semakin renggang. aku tak ada cerita best pasal mamat nieh. just ada satu malam tu kita orang chat di fesbuk, dia pretend as kawan dia (kre kawan hack la nie), and aku pon pretend percaya la tapi tak kan la nak menipu aku yag sedia bijak nieh, masa chat tu, dia cakap la dia suka aku and bla bla bla tapi aku cakap aku just suka owner fesbuk tu je (maksudnya aku tak suka la kawan dia nie yg konon-konon hack fesbuk mamat nie)*tak paham? tak payah paham la! tapi  like seriously, aku memang suka gila kat mamat nieh. masa tu hati aku dah berbunga-bunga dah sebenarnya tapi selang 3,4 hari macam tu, ada peristiwa yang hancurkan hubungan kita orang. aku tak tahu apa yang dia kecik hati sangat dengan aku. aku dah say sorry banyak kali dah tapi still macam tak memberi apa-apa makna pon maaf aku tu. akibatnya, aku jeh tanggung rindu sorang-sorang, tak berani kacau dia lebih sebab lagi aku kacau, lagi dia mengelak dari aku. so sad kan. aku bukan jenis cepat jatuh hati! kalau cepat suka, maybe tapi kalau jatuh hati, sepuluh tahun sekali kot! omg! seksanya! bak kata kawan baik aku *love is profound*.   yes! aku tak paksa dia suka aku pon, just berharap layan aku seperti kawan-kawan yang lain and sila jangan risau kalau aku menaruh harapan ke apa ke, insyaAllah aku faham dia tak suka aku or pura-pura tak suka aku or perasaan aku je yang dia suka aku or wateva la, aku just nak berkawan jeh walaupon jauh di sudut hati aku memang mengharapkan dia! haha! jiwang.eeeeuuwwww

okbai! ;p

Saturday, July 2, 2011

Dinner ke Aktiviti di PD??? dilema dilema!!

salam...

boring kan baca blog aku, tak habis-habis nak cerita aktiviti aku, nak menunjuk la tuh! haha! terkutuk diri sendiri lak.bukan menunjuk key, nie blog personal kot, so aku cerita pasal aku jela, kalau korang suka baca perkara-perkara yang best, blog lain banyak =) klik je, macam-macam info korang dapat, serius tambah pengetahuan.

fizz

tanem

ok, lets go baca apa lak entry hari nie. hm..hari khamis lepas, aku teman fiza and tanem pergi survey hotel untuk buat dinner kelas dia orang. serius, aku lak yang teruja nak dinner sebab tak pernah kot join dinner yang formal macam nie, kesian~~ so, aku lak over excited.actually, dinner nieh untuk budak-budak electronic industri jeh, aku dak electronic computer, so tak dapat la join but aku harap sangat ketua program nieh setuju boleh bawa pasangan, so boleh la aku jadi pasangan fiza malam tu *ehem, serius teringin gila nak join dinner korang wehhh! haha! mintak simpati nieh! masa pergi survey and masa fiza and tanem berbincang, terkebil-kebil aku tengok, nak join bincang lebih-lebih segan, kang lebih kuah dari nasi lak kang.hehe.so, bagi idea sikit-sikit jela.


MASALAHnya sekarang, budak-budak kelas aku pon nak buat aktiviti kelas kat PD pada tarikh yang sama.sudaaaaaa.....budak-budak kelas aku tak nak buat dinner, nak buat aktiviti yang lebih enjoy. aku lak pening nak join yang mana satu pon tak tahu. nak sangat join dinner sebab tak pernah pergi formal dinner tapi nak jugak join aktiviti budak-budak kelas sebab lepas nieh memang payah dah la nak jumpa. *dah nak grad la katakan*ehem! :) best juga aktiviti budak-budak kelas nieh, naik banana boat la, bbq la, bestnya bestnya! macam mana nieh korang??? tak tidur malam fikir pasal nieh.haish!

alia alia, kalau bab nak enjoy kau laju je kan, bab nak study, kau bermalas-malasan sangat! apa la nak jadi!
haiiii dasar anak bongsu betul la!*tetiba~~ manja sangat! pang kang!



urusetia yang berkarisma =)

Thursday, June 30, 2011

Transformer Free, Makan pon Free \(^_^)/

salam...

yesterday aku ada buat status macam nie kat fesbuk  "xde sape keh yg sudi nk belanja tgk cite transformer? nk g tgk sendiri mcm dah xmampu jeh nieh. dlm purse juz ada slip segala bank yg tertulis "Harap maaf, urusniaga tidak dapat dijalankan"~~ kesian~~ :(" then, biasala orang budget comel, so budget mesti la ada orang yang sudi nak belanja kan kan.ahaha! ok, actually, aku saja jeh buat status tu, bukan sebab nak mintak simpati ke, nk mengorat sesiapa ke, serius tak, saja bosan, tak tahu nak buat status apa untuk komen-komen bila bosan kan. jadi, komen punya komen dengan kawan, ada la junior aku nieh offer nak belanja! yehooo! serius, meloncat beb dengar dia nak belanja. *sebenar-benarnya, aku memang dah kering-kontang dah nie, duit nak makan pon tengah catu-catu je nie, sikit hari lagi memang makan kayu la, pasir tak sedap ;p

me, ain and suha

suha and kawan-kawan sekolah dia

ok, junior junior....aku senior yang baik tau, cool plus comel.haha! puji puji diri sendiri, sayangilah diri anda *tetiba! sebab ke'cool'an aku nie la, ada gak junior yang ajak tengok cerita transformer.ok, meh nak cerita junior aku yang sangat la kiut miut and cool macam senior dia nieh! dulu, masa aku tahun dua, dia tahun satu. aku duk 1 bilik dengan dia. nama ain atiqa,yes, manis namanya, semanisnya kurma ini aaaaaaa seemmmppuuutttt...dua sem duk 1 bilik and memang banyak la benda yang di sharing is caring kan. dari hal keluarga, pelajaran, kawan, boyfren, scandal *ops, and bla bla bla la..petang-petang je kita orang mesti duk kat tingkap sambil tengok pemandangan kat luar yang tak berapa nak cantik, yang boleh menyebabkan kornea mata anda kejulingan sekejapan sambil cerita kisah-kisah yang menyeronokkan, menyedihkan, gosip-gosip panas,ngumpat orang yang lalu-lalang,ni perkara wajib! muahaha...bukan megumpat sebarangan tau! then sambil-sambil cuci mata tengok abang-abang super senior main bola *ops, pecah rahsia!
nie la ain atiqa, junior yang sweet jee

aku and ain dah lama tak hang out sama-sama sebab naik jeh tahun tiga, aku duk rumah sewa, sampai la sekarang. nak spent masa sama-sama memang jarang la.so, semalam ain ajak aku pergi tengok transformer dengan kawan dia. yang bestnya, dia cakap nak belanja! yeepeee!! thankz ain, serius sayang kat ain! budak-budak yang nak ngorat orang pon tak penah offer tau nak belanja tengok wayang, tak gentle langsung kan, nampak nau kedekutnya, tapi nak ngorat, tak malu tol.haha! see, kita nie cool jeh, ain lagi-lagi la cool! kalau hati ikhlas, kita pun ikhlas jeh nak kawan..anyway terima kasih banyak-banyak sebab lanje orang semalam =) happy sangat.

ok, lepas tengok transformer tu *aku malas nak ulas cerita transforrmer panjang-panjang, korang pergi tengok sendiri la key :) tapi cerita dia ada sedikit kepeningan or aku yang lampi eh? entah, korang tengok sendira la! ok, lepas tengok transformer tu *berapa kali nk ulang ayat nieh? , ok, lepas tengok transformer tu kita orang nak pergi la makan, kat tempat biasa, kedai merah. masa on the way tu, ada pulak road block! ok fine, aku tak ada buat salah apa-apa pon, so cool jela kan. sampai je kat tempat pemeriksaan tu, abang polis nak tengok lesen, ok, dengan bangganya aku bagi la, then dia suruh aku berhenti tepi, sudaaaaa apa la yang abang polis nieh nak lagi, neves neves tapi tetap cool. dia suruh aku turun kereta and dia amik la segala information pasal lesen and kereta aku, *owh, tak ada apa-apa pon sebenarnya, dia jeh nak buat report untuk boss dia jeh nanti. so, aku pon sempat la sembang-sembang dengan abang polis nieh. *nasib baik muda beb, boleh la nak kenyit-kenyit mata kalau kene saman kan, KALAU ohkey, bukan kene saman pon, so tak payah kenyit mata ;p



nak tahu apa aku bualkan?

abang polis: dari mana nak ke mana nieh (dengan muka serius tak boleh blahnye. masa tu pukul 1230am)

aku : owh, dari tgk cite transformer nak p makan kat kedai depan tu ha (sambil tunjuk kedai merah yang tak jauh dari situ). apesal saya yang kene tahan eh, kete orang lain lepas jeh..?ehem, dah tengok ke cerita transformer? best!

abang polis: mm..(tak ada jawapan untuk soalan "apesal saya yang kene tahan eh, kete orang lain lepas jeh?") kerja ke belajar? belum lagi. sedap ke makan kat kedai tu? eh,dia orang cakap cerita penunggu istana tu betul ea?

aku : (*dalam hati, ada chance nieh nak pancing! haha!) belajar.pununggu istana? owh, tak tengok pon cerita tu. sedap jugak makan kat situ. kat sini selalu eh buat road block?

abang polis: belajar kat mana? saya baru je kerja hari ni kat sini, ganti orang lain. awak nieh banyak tanya la, saya ngah buat kerja nieh!

aku : (dah tuuuuu, yang ko pergi tahan aku yang banyak mulut nie apa kes, hengat aku takut la ea?banyak lagi kot kete yang orang macam perompak je, haku yang comel gak yang ko tahan, so layan jela kerenah aku, tau pon kerja kan, so buat la kerja betul-betul) ooo...ala, baru je nak roger-roger awak kalau ada road block kat mana-mana. (sambil blink-blink mata buat muka paling comel). belajar kat utem.

abang polis: haaa....boleh-boleh, nanti contact la saya...kereta siapa nieh? awak punya?

aku : macam mana nak contact?? (buat-buat tak paham). ha ah, kereta saya.

abang polis: bagi la number phone. ayah awak ke yang bagi kereta nieh?

aku :  yea, ayah bagi. (buat-buat tak dengar) dah siap ke salin? nak cepat nieh, esok member kerja, dia practical.

abang polis: dah. nah (bagi lesen). tak ada ke number phone ke, nanti boleh bagi tahu tempat-tempat road block.

aku : owh, tak pa lah, tak jadi la. fesbuk jela k. ok bai!

abang polis: fesbuk nama apa?

aku : (bagi senyuman yang paling manisnya kurma ini aaaaaa semmmmppppuuutttt dan berlalu pergi).......


haiiiiii laaaa abang polis abang polis... baru test sikit je.....muahahaha....haaa...lupa nak mention, makan malam tadi, kawan suha yang belanja. ya Allah, murahnya rezekhi aku malam tadi, terima kasih ya Allah... pada kawan suha, Along (aku tak tahu nama sebenar, baru kenal malam tadi), terima kasih ea belanja orang makan. *dah la dia orang nieh lagi muda dari aku, sogan den sogan!. nanti bila-bila kita hang out sama-sama lagi ea. korang memang best =)

suha and along =) tq along....

Tuesday, June 28, 2011

Hujung Minggu yang Enjoy! :)

salam...

ok, minggu nieh kelas asyik batal je, yang tak bestnya, dah sampai fakulti then baru tahu batal.haish! pada lecturers, tolong la jangan buat macam nieh lagi, we all student kot, duet minyak tu boleh save untuk makan 2-3 hari kot.haish! haish! terasa kerugian di situ, rasa rugi duit, tenaga, masa tidur*ehem and bla bla bla la...

ok, malas nak complain panjang-panjang, nanti kene bar lagi payah hidup aku.meh nak share ngan korang cuti hari tu aku buat apa.ok, since roomate aku balik kampung, so aku pon balik la rumah abang aku kat putrajaya,*putrajaya je pon. aku suka balik rumah abang aku sebab hapenning dengan telatah anak-anak sedara aku. memang riuh betol la rumah tu. so, tak ada la rasa sunyi jeh hidup nieh. bila single nieh*ehem, terasa keluarga yang paling penting.ooo sebelum nieh tak rasa keluarga paling penting la alia?? haha, eh eh, bukan macam tu, sebelum nieh rapat dengan kekasih hati, keluarga penting tapi banyak problem biasanya share dengan kekasih hati kan kan, tapi dah tak ada kekasih hati, dengan keluarga la nak berhabis-habisan duit-duitan =)


habis duit pergi rumah abang? ok, kalau duk rumah jeh memang la tak keluarkan 1sen pon, bangun je breakfast dah ready, lunch je dah ready, dinner jeh dah ready, memang goyang kaki lah duk rumah abang aku. kakak ipar aku suri rumah, so bila aku nak tolong dia masak jeh, dia cakap "tak apa semua dah siap"..haish! ko lambat offer nak tolong la alia, memang la dah siap, ce pergi dapur awal sikit, ni bangun pukul10, then tengok tv, then kul12 baru la ringan-ringan nak pergi tolong, last-last semua dah siap, tunggu hidang je.malu-malu! malu aku kat kakak ipar aku!hehe...*cover-cover.

ok, aku pergi rumah abang aku hari tu sebab nak pulangkan camera yang aku pinjam *see!camera pon aku tak mampu pakai, pinjam jela yang mampu. so, dah alang-alang pergi putrajaya, aku pon roger-roger la kawan-kawan. kebetulan ada lak maharaja lawak final kat shah alam then member aku cakap boleh dapat tiket free. so, apa lagi aku pon gedik-gedik la nak ikut kan. hari jumaat tu pergi la stadium melawati, sampai jeh sana, tanya pak guard kat mana nak ambil tiket, skali pak guard cakap kene bawa bil astro warna.sudaaaaa...memang menganga la kita orang nieh.tak puas hati punya pasal, pergi gak tengok kaunter tiket, tanya orang yang lalu lalang, then orang tu cakap akan dapt invitation sms, menganga lagi! so, tak nak putus asa, seorang kawan aku nieh call la abang dia tanya ada tak dapat sms, hmmm hampa! ok, balik!


ok, tak balik terus, pergi jusco balakong then karaoke 3jam! haha, dia orang memang la biasa, haku nieh yang tak biasa! dengan hati yang berbekaskan kekecewaan sebab tak dapat masuk ML final dan rasa kemaluan, eh rasa malu, aku pon layan kan jela nyanyi 3,4 lagu walaupon suara macam katak di bawah gelas kaca yang transparent. tapi memang enjoy! langsung tak hengat kekecewaan tu dah. best la best la. tempat karaoke tu memang best! *jakun..terima kasih kawan-kawan kerana membawa saya ke sana *skema @_@.

then malam tu keluar lagi, lepak kedai mamak tengok ML final, tak dapat tengok kat stadium, kedai mamak pon jadi la kan. so, malam tu aku bawa anak sedara aku, dania pergi lepak kat kedai mamak bangi. *hehe, auntie yang mengajar anak saudara tentang lepak-melepak memang cool.haha..tak apa, anak sedara aku nieh lagi advance, umur 14 lepak midvalley la, mines la, shah alam la, see! so aku pon ajak la dia join, at least balik lewat malam aku ada teman  kan kan =) *penakut rupanya alia nieh..hehe..bukan takut hape, keselamatan diri harus di utamakan...heeee..

nie bukan dania, nie adik bongsu dania, danny =)

so, esoknya, aku duduk rumah je...layan tv, layan anak sedara, layan game, layan tidur.rasa macam anak raja lak, muahahaha..padahal sehari jeh rasa macam heaven sebab semua dah tersedia depan mata, nak makan apa pon, ada jeh terhidang or di dalam peti ais. actually aku nak keluar berronggeng-ronggeng akan tetapi abang aku lak duk rumah jeh kan, so aku pon segan la nak keluar.

pada keesokkan harinya, sudah tidak menahan duduk kat rumah jeh so aku pon decide nak keluar jalan-jalan.kebetulan, abang aku keluar g main golf and kakak ipar aku pon keluar nk pergi beli barang-barang and aku, apa lagi, tidak melepaskan peluang keluar bergoye =) so, aku bawa la dania pergi jalan-jalan.pergi mana ea? *ehem, jalan-jalan area kl then pergi jusco balakong lagi tapi bukan nak karok tapi teman kawan aku shoping.shoping mengalahkan pompuan beb.panas jeh aku tengok kan kan, nak shoping gak tapi tengah kering*aisyehman! pecah rahsia..kekeke..ok, kembali pada cerita habis duit pergi rumah abang? macam nie, aku kan ajak dania, so segala perbelanjaan mestilah di tanggung oleh acu lia dia yang comel nieh.aku pon bawa la makan kat old town, *nak tanggung diri sendiri memang la mampu dik non, nie tanggung untuk 2 orang kot, dah la dania oder air rm9.50! aku pon oder air rm4.50 jeh tau.nak suruh oder yang murah macam kesian lak kan, so dengan muka kelatnya and terkesima sekejapan, aku pon layankan jela.huwaaa....nampak je duet tu melayang-layang depan mata..hamik kau nak goye sangat! *pesanan, dania, nanti oder murah-murah sikit ea, acu lia tak kerja lagi :'( nanti acu lia kerja, kita makan tempat mahal-mahal, time tu mintak la apa dania nak ea..sorry tau. see! aku tak kisah pon nak habiskan duit tuk keluarga aku, yang penting dia orang haapy (^_^) owh, sebelum g makan tu, kita orang ada pergi beli sushi and aku tak boleh blah langsung dengan sushi but my niece suka, so beli la jugak untuk dia, kesian lak kang dia tengok je member aku makan kan. meleleh-leleh lak air liur dia.

nampak menarik tapi bila makan....urgh!! rasa nak pengsan tak sedap!

keesokannya, aku kene bertolak awal dari putrajaya sebab ada kelas pukul9am. so, pukul3am aku dah terjaga then tak boleh tidur, golek punya golek tak boleh tidur gak. then aku dengar anak sedara aku dah bangun nak siap-siap pergi sekolah.guess what, masa tu baru pukul530am kot.awalllllllllnyaaaaaa bangun! dalam hati aku, sekolah korang masuk sebelum 730 kot, apesal la bangun awal! since aku pon tak boleh tidur, so aku pon bangun tengok la gelagat dia orang, dia orang bersiap. patut la bangun awal, mandi jeh dah setengah jam seorang, aku tak tahu la buat apa lama-lama dalam toilet tu, lepas tu, nak pakai baju, seluar, underwear punya la ambil masa.owh, baru aku teringat, masa aku umur baya-baya anak sedara aku yang kembar tu, 8 tahun, semua mak aku yang buatkan, mandikan, pakaikan baju, suapkan nasi, check jadual.see! manjanyaaa aku DULU...dulu ohkey! sekarang dah tak manja lagi =) berdikari beb! tapi anak sedara aku semua buat sendiri, berdikarinya dia orang!




nie costume nak main "pukul berapa datuk harimau~~" haha

ok, sebut pasal berdikari nieh, actually, aku bangga sangat dengan anak-anak sedara aku *paling kecil 5tahun, sebab dia orang nie tinggi daya imaginasi dan sangat berdikari. aku rasa terhibur sangat bila tengok kerenah dia orang. contohnya, masa aku rehat-rehat dalam bilik, dia orang main "lawatan ke zoo". haa, dia orang nieh sangat la banyak teddys, macam-macam binatang ada. banyak lagi la tapi ini je yang aku teringat. lagi kalau kakak or abang aku suruh beli apa-apa kat kedai, dia orang sensorang jeh pergi, baru umur 8 tahun kot, dah pandai pergi kedai beli apa yang di suruh seorang diri! aku memang impressed. kadang-kadang abang aku suruh dia orang pergi beli rokok kot.haha! kedai tu agak jauh, jalan kaki dalam 5-10 minit macam tu la.hmm..tahniah abang and kakak sebab bijak didik anak berdikari =)


nie baru sebakul, ada berbakul-bakul lagi kat bilik sebelah.haish!