Tuesday, June 28, 2011

Hujung Minggu yang Enjoy! :)

salam...

ok, minggu nieh kelas asyik batal je, yang tak bestnya, dah sampai fakulti then baru tahu batal.haish! pada lecturers, tolong la jangan buat macam nieh lagi, we all student kot, duet minyak tu boleh save untuk makan 2-3 hari kot.haish! haish! terasa kerugian di situ, rasa rugi duit, tenaga, masa tidur*ehem and bla bla bla la...

ok, malas nak complain panjang-panjang, nanti kene bar lagi payah hidup aku.meh nak share ngan korang cuti hari tu aku buat apa.ok, since roomate aku balik kampung, so aku pon balik la rumah abang aku kat putrajaya,*putrajaya je pon. aku suka balik rumah abang aku sebab hapenning dengan telatah anak-anak sedara aku. memang riuh betol la rumah tu. so, tak ada la rasa sunyi jeh hidup nieh. bila single nieh*ehem, terasa keluarga yang paling penting.ooo sebelum nieh tak rasa keluarga paling penting la alia?? haha, eh eh, bukan macam tu, sebelum nieh rapat dengan kekasih hati, keluarga penting tapi banyak problem biasanya share dengan kekasih hati kan kan, tapi dah tak ada kekasih hati, dengan keluarga la nak berhabis-habisan duit-duitan =)


habis duit pergi rumah abang? ok, kalau duk rumah jeh memang la tak keluarkan 1sen pon, bangun je breakfast dah ready, lunch je dah ready, dinner jeh dah ready, memang goyang kaki lah duk rumah abang aku. kakak ipar aku suri rumah, so bila aku nak tolong dia masak jeh, dia cakap "tak apa semua dah siap"..haish! ko lambat offer nak tolong la alia, memang la dah siap, ce pergi dapur awal sikit, ni bangun pukul10, then tengok tv, then kul12 baru la ringan-ringan nak pergi tolong, last-last semua dah siap, tunggu hidang je.malu-malu! malu aku kat kakak ipar aku!hehe...*cover-cover.

ok, aku pergi rumah abang aku hari tu sebab nak pulangkan camera yang aku pinjam *see!camera pon aku tak mampu pakai, pinjam jela yang mampu. so, dah alang-alang pergi putrajaya, aku pon roger-roger la kawan-kawan. kebetulan ada lak maharaja lawak final kat shah alam then member aku cakap boleh dapat tiket free. so, apa lagi aku pon gedik-gedik la nak ikut kan. hari jumaat tu pergi la stadium melawati, sampai jeh sana, tanya pak guard kat mana nak ambil tiket, skali pak guard cakap kene bawa bil astro warna.sudaaaaa...memang menganga la kita orang nieh.tak puas hati punya pasal, pergi gak tengok kaunter tiket, tanya orang yang lalu lalang, then orang tu cakap akan dapt invitation sms, menganga lagi! so, tak nak putus asa, seorang kawan aku nieh call la abang dia tanya ada tak dapat sms, hmmm hampa! ok, balik!


ok, tak balik terus, pergi jusco balakong then karaoke 3jam! haha, dia orang memang la biasa, haku nieh yang tak biasa! dengan hati yang berbekaskan kekecewaan sebab tak dapat masuk ML final dan rasa kemaluan, eh rasa malu, aku pon layan kan jela nyanyi 3,4 lagu walaupon suara macam katak di bawah gelas kaca yang transparent. tapi memang enjoy! langsung tak hengat kekecewaan tu dah. best la best la. tempat karaoke tu memang best! *jakun..terima kasih kawan-kawan kerana membawa saya ke sana *skema @_@.

then malam tu keluar lagi, lepak kedai mamak tengok ML final, tak dapat tengok kat stadium, kedai mamak pon jadi la kan. so, malam tu aku bawa anak sedara aku, dania pergi lepak kat kedai mamak bangi. *hehe, auntie yang mengajar anak saudara tentang lepak-melepak memang cool.haha..tak apa, anak sedara aku nieh lagi advance, umur 14 lepak midvalley la, mines la, shah alam la, see! so aku pon ajak la dia join, at least balik lewat malam aku ada teman  kan kan =) *penakut rupanya alia nieh..hehe..bukan takut hape, keselamatan diri harus di utamakan...heeee..

nie bukan dania, nie adik bongsu dania, danny =)

so, esoknya, aku duduk rumah je...layan tv, layan anak sedara, layan game, layan tidur.rasa macam anak raja lak, muahahaha..padahal sehari jeh rasa macam heaven sebab semua dah tersedia depan mata, nak makan apa pon, ada jeh terhidang or di dalam peti ais. actually aku nak keluar berronggeng-ronggeng akan tetapi abang aku lak duk rumah jeh kan, so aku pon segan la nak keluar.

pada keesokkan harinya, sudah tidak menahan duduk kat rumah jeh so aku pon decide nak keluar jalan-jalan.kebetulan, abang aku keluar g main golf and kakak ipar aku pon keluar nk pergi beli barang-barang and aku, apa lagi, tidak melepaskan peluang keluar bergoye =) so, aku bawa la dania pergi jalan-jalan.pergi mana ea? *ehem, jalan-jalan area kl then pergi jusco balakong lagi tapi bukan nak karok tapi teman kawan aku shoping.shoping mengalahkan pompuan beb.panas jeh aku tengok kan kan, nak shoping gak tapi tengah kering*aisyehman! pecah rahsia..kekeke..ok, kembali pada cerita habis duit pergi rumah abang? macam nie, aku kan ajak dania, so segala perbelanjaan mestilah di tanggung oleh acu lia dia yang comel nieh.aku pon bawa la makan kat old town, *nak tanggung diri sendiri memang la mampu dik non, nie tanggung untuk 2 orang kot, dah la dania oder air rm9.50! aku pon oder air rm4.50 jeh tau.nak suruh oder yang murah macam kesian lak kan, so dengan muka kelatnya and terkesima sekejapan, aku pon layankan jela.huwaaa....nampak je duet tu melayang-layang depan mata..hamik kau nak goye sangat! *pesanan, dania, nanti oder murah-murah sikit ea, acu lia tak kerja lagi :'( nanti acu lia kerja, kita makan tempat mahal-mahal, time tu mintak la apa dania nak ea..sorry tau. see! aku tak kisah pon nak habiskan duit tuk keluarga aku, yang penting dia orang haapy (^_^) owh, sebelum g makan tu, kita orang ada pergi beli sushi and aku tak boleh blah langsung dengan sushi but my niece suka, so beli la jugak untuk dia, kesian lak kang dia tengok je member aku makan kan. meleleh-leleh lak air liur dia.

nampak menarik tapi bila makan....urgh!! rasa nak pengsan tak sedap!

keesokannya, aku kene bertolak awal dari putrajaya sebab ada kelas pukul9am. so, pukul3am aku dah terjaga then tak boleh tidur, golek punya golek tak boleh tidur gak. then aku dengar anak sedara aku dah bangun nak siap-siap pergi sekolah.guess what, masa tu baru pukul530am kot.awalllllllllnyaaaaaa bangun! dalam hati aku, sekolah korang masuk sebelum 730 kot, apesal la bangun awal! since aku pon tak boleh tidur, so aku pon bangun tengok la gelagat dia orang, dia orang bersiap. patut la bangun awal, mandi jeh dah setengah jam seorang, aku tak tahu la buat apa lama-lama dalam toilet tu, lepas tu, nak pakai baju, seluar, underwear punya la ambil masa.owh, baru aku teringat, masa aku umur baya-baya anak sedara aku yang kembar tu, 8 tahun, semua mak aku yang buatkan, mandikan, pakaikan baju, suapkan nasi, check jadual.see! manjanyaaa aku DULU...dulu ohkey! sekarang dah tak manja lagi =) berdikari beb! tapi anak sedara aku semua buat sendiri, berdikarinya dia orang!




nie costume nak main "pukul berapa datuk harimau~~" haha

ok, sebut pasal berdikari nieh, actually, aku bangga sangat dengan anak-anak sedara aku *paling kecil 5tahun, sebab dia orang nie tinggi daya imaginasi dan sangat berdikari. aku rasa terhibur sangat bila tengok kerenah dia orang. contohnya, masa aku rehat-rehat dalam bilik, dia orang main "lawatan ke zoo". haa, dia orang nieh sangat la banyak teddys, macam-macam binatang ada. banyak lagi la tapi ini je yang aku teringat. lagi kalau kakak or abang aku suruh beli apa-apa kat kedai, dia orang sensorang jeh pergi, baru umur 8 tahun kot, dah pandai pergi kedai beli apa yang di suruh seorang diri! aku memang impressed. kadang-kadang abang aku suruh dia orang pergi beli rokok kot.haha! kedai tu agak jauh, jalan kaki dalam 5-10 minit macam tu la.hmm..tahniah abang and kakak sebab bijak didik anak berdikari =)


nie baru sebakul, ada berbakul-bakul lagi kat bilik sebelah.haish!



No comments:

Post a Comment