Saturday, April 21, 2012

Alia Bertunang!

assalamualaikum...

haha! agak-agak kawan kawan semua pengsan kot kalau baca title entry nieh! actually, kawan aku nieh pon nama Alia jugak. so tolong jangan salah faham.. hehehe... kemalasan nak menaip. edit edit picture then upload, itu kerajinan sikit ^_______^




turn aku??? entah la.. speechless @@



=_______________="








WeekEnd...tolonglah jangan tinggal daku!

assalamualaikum...

eh, baru seminggu tak buat entry, layout nak setting blog dah berubah la... jakunnye haku.. *kesian* oh, tajuk entry sangat kesedihan. minggu minggu weekend menjelma rasa nak stop jeh jam.. tapi jam aku jela stop, jam orang lain jalan je kan... seriously cuti 2hari sangat tak cukup!!! 

nak kemas rumah, cuci itu, cuci ini, masak, hang out dengan kawan lagi!! tiba-tiba rasa seperti masa banyak habiskan dekat tempat kerja jeh, how waste my time! eh? kang tak kerja duit nak cekau mana? nak makan apa, nak pakai apa? tapi ish tak ada life betul! *monolog dalaman*  siapa suka kerja? siapa tak suka duk rumah jeh mengadap blog jeh kan? eh?

actually, sejak kerja, macam macam plan aktiviti, nak g tampi remis la, nak g water rafting la, nak g cameron highland la, nak bla bla la... haish... tapi satu pon tak kesampaian lagi...

nak buat entry panjang panjang pon rasa tak cukup masa jeh.. *padahal malas! haha!

ok, serious dah malas taip.. okbai ^^

Monday, April 16, 2012

Nostalgia DEN : Azni & Izwan

assalamualaikum...

sebenarnya mood malasssssss sangat nak update blog... tapi paksakan diri jeh... sebelum bed time story, i nak share la 1 situasi di tempat kerja tadi... ada la sorang brother nieh kan, dia selalu la datang lab tempat aku selalu lepak. *lepak*??! really?! keje melepak jeh kat tempak keje? really? really? really? haha! ok, sambung. so, masa brother tu tengah tenung microscope tu tetbe jeh hari nieh dia tegur aku..

"eh, siapa nama?"

"alia"

"ooo...dulu kerja mana?"

"baru grad jeh"

"oooo, umur berapa?"

"24 ++"

"berapa orang anak dah?"

=_____________="

seriously, aku speechless sebab masa dia tanya muka dia serious and bukan dalam nada yang bergurau. then aku cakap la belum kahwin then tahu dia cakap apa? "oh, dah lewat pon tak kahwin lagi?" WHATTTTTTT really??? LEWAT???! apa nieh? apa yg sedang berlaku? lewat ke umur24-25 tak kahwin lagi? speechless lagi. kalau aku cakap aku takde boyfiend, agaknya dia pengsan terkejut kot. entah la~~

ok, saje jeh teringat peristiwa "melucukan" tadi.. balik keje tadi hujan lebat gila kot, aku berlari 100meter pecut dalam kehujanan, time lari dah tak fikir cover cute ke, hape ke, lantak la janji aku nak balik!! 

ok.. last sunday, aku, fiza and maria gigih ohkay pergi kenduri kawan kteorang time diploma dulu.. azni and izwan satu kelas kteorang time diploma... jodoh kan... ada lagi dua pasangan yang satu kelas, insyaAllah akan di ijab kabulkan tak lama lagi, so kita tunggu jela siapakah gerangannya kan ^__^

azni suatu ketika dulu pernah jadi sahabat baik kteorang. dan di sebabkan aku kelas lain masa degree, jadi dah tak rapat tapi still kawan sampai bila-bila... *eh, macam budak sekolah ayat, comel jeh kan? eh?! haha!

erm.. nak upload pics tapi macam dah upload kat facebook. takpe la yedak upload gambar yang sama. ceria sikit blog dengan gambar :)






*err jangan tanya soalan sensitip padaku.. "alia bila lagi?"... merajuk laju-laju lah cenggitu!


Saturday, April 14, 2012

Hello Saturday!!!

assalamualaikum....

pengumuman pengumuman... rumah dah pasang internet! wehoooo.. jakun jap. muahaha! ni la saat yang di tunggu-tunggu weyy. best jeh nak update blog pon. laju jeh nak layan cite korea pon. alahai alia.....

dua tiga hari lepas aku g jejalan dengan azra, yes azra my new friend tapi dah close macam adik beradik. i kan baik! ehem angkat bakul sendiri! azra kawan tempat kerja and she's young 3years than me. tapi kteorang blasah "aku-kau" jeh. well, i kan MUDA! 

iklan darlie ke azra oi...

hah, sebut pasal muda. masa aku first masuk kerja, semua orang tanya umur ohkay! yela, muka baby face tapi dah kerja pangkat besar. eh? haha! kuli jeh weh sebenarnya... ok, then aku pon suruh la mereka dan mereka dan mereka teka kan. and mostly teka umur aku 20-21. seeeeeeeeeee MUDA gile kot!! haha! kembang weh kembang!

and ada satu situasi tu, masa aku nak beli burger tepi jalan, brother tu siap tanya lagi, "student poli ke dik?" then aku pon sipu-sipu tak tahu malu sangat, aku pon cakap la, "eh, tak lah, saya dah keje bang!" .. masalahnya, brother tu abang ke? tah tah muda dr aku. muahaha! 

aiseh, senget lak shawl nieh! nie ais jagung yang ummpphhh!


terima kasih Allah pinjamkan saya "kecomelan" ini. ehem!! semuanya milik Allah...


update laju laju sebab nak pergi jemput BFF datang ipoh jap lagi!!!!!!!!! yehooooooooooooo! 


Wednesday, April 11, 2012

Kehidupan Dunia

"ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu" (al-hadid:2o)





*assalamualaikum...peringatan untuk diri sendiri juga ^^


Wednesday, April 4, 2012

Lama

assalamualaikum...

lama tak berblogging

lama tak blogwalking

lama tak jenguk blog sendiri

lama tak contact kawan-kawan

lama lama lama.... heyyy lama..

*ini pantun 4kerat tak jadi. sekian :)