Monday, January 30, 2012

oh! THANKS silent reader!

assalamualaikum dan selamat sejahtera...

yeay! mood ke-poyo-an sudah kembali. title entry pon dah ke-poyo-an. jadi orangnya lagi sangat ke-poyo-an.errr.....mungkin la "poyo"...akan tetapi sebenarnya pemalu........... pemalu?????????????? see poyo! 

err....semalam kan...kite kan...dapat message dari peminat....hahaha! ok, bukan peminat la sebenarnya..my old friend... dia tanya khabar then dia cakap dia baca blog i ohkay! oh myyy terharunya...sebenarnya dah lama aku tak publish this blog dalam facebook. terasa malu lak orang membaca tapi nak taip jugak yea? blog nieh hantu, kalau dah taip, rasa nak taip lagi. so nasib la siapa yang terbaca entry yang tah hapa hapa. hehe.. before this pon ada yang private message di facebook, hantar emel, ym/skype pon ada, cakap diorang baca blog aku. ehem! blog nieh memang aku taip untuk di baca pon tapi sesiapa yang suka baca jela, yang tak suka tu nasib baik diorang senyap jeh, tak banyak bising, kalau banyak bising pon diorang yang dapat dosa yedak?  

diri aku sendiri pon aku malas nak baca orang merepek tah hapa hapa tapi kalau kawan yang aku kenal, aku memang akan baca sampai orang komen komen pon aku baca. dasar busy body kan. rupa rupanya kawan kawan aku pon dasar busy body jugak. kahkahkah.. ok ok, diorang bukan busy body lah, diorang sangat caring ohkay. serius caring sangat dengan diri aku nieh. sebenarnya selalu jugak kawan kawan message tanya khabar and buat pengakuan membaca blog aku! wahh terharu ohkay! THANKS my beloved friends!

and baru baru nieh isu MALAYSIAN BOY?! ada yang cakap congrat, ada cakap tak payah nak sorok sorok lagi, ada yang tanya bila lagi......?! bila lagi?!???!  humakaaiiiiiihhhhh.....dik non oi, malaysian boy tu kawan aku jeh. tak lebih lebih pon! aaaa perlu ke buat pengakuan i'm still single? muahaha! gila takut saham jatuh yedak? no no no, gue tak main saham beb. tapi nak meng-explain pada kawan kawan yang mungkin confuse or curious or sengaja pancing padahal nak masuk line ke kan, hahahahhaha yang aku tak de apa apa dengan malaysian boy. just a friend.... ada jodoh ada la yedak? :p

and korang perasan tak, awal entry aku bagi assalamualaikum dan selamat sejahtera? sebab.... baru aku realized ada jugak antara kawan kawan aku yang baca blog nieh non muslim. hehe... best berkawan dengan non muslim nieh sebab pemikiran diorang lain sikit dari masyarakat orang melayu kita. ehem! ok, nanak komen lelebey. lu pikir la sendiri. muahaha!



Sunday, January 29, 2012

Anak Murid & Cikgu

assalamualaikum...

oh may....semalam pergi kenduri sepupu mak aku then tetbe buleh pulak terjumpa dengan cikgu sekolah rendah dulu!!! serius terkejut berok ohkay sebab aku "anak kesayangan" cikgu tu. nama beliau cikgu Jayaraman.

time tu dah nak balik. menonong jela nak pergi kat kereta sebab perut dah bulat kenyang kan, sakali mak panggil dengan high frequency, tetbe langkah pon terhenti. eceh, cam pantun lak... then aku pon pusing la belakang, di kejauhan mak jerit, "alia! meet your teacher!" hulamak!! berdebar seyyy nak jumpa cikgu aku tu...

then aku pon nak kata berat langkah ke berat badan ke or berat bontot pon tak tahu la kan, so aku gagahkan jugak la pergi jumpa... and bila sampai kat cikgu tu rasa excited sangat. lama gila kot tak jumpa cikgu tu and first soalan aku tanya "oh cikgu?! long time no see, cikgu sihat?"... pastu aku pon fokus la pada anak anak cikgu tu... CANTIK CANTIK ohkay anak cikgu, persis pelakon Bollywood, rasa nak kidnap jeh. then aku pon buat la suara comel "alololololoh... how beautiful and sweet your daughters cikgu...geramnya...." sambil aku cubit cubit pipi budak budak tu....

ok, meh nak cite sikit about cikgu jayaraman nieh. beliau mengajar matematik since aku standard 2. cikgu nieh memang garang! and even beliau garang, aku selaaaaluuuu melawan cakap dia and untuk hukumannya, aku selaaaaluuu kene rotan kat tangan, tak pon kene berdiri atas meja.. muahahahaha! nakal kan kan... sebab tu la aku macam fobia sikit dengan cikgu nieh. tapi cikgu nieh sayang aku, apa apa soalan mesti aku yang asyik kene jawab! @@ then masa aku standard 4 cikgu jayaraman mengajar science, penah sekali tu aku argue ngan cikgu pasal markah aku then cikgu menang kan, pastu aku buat muka serta merta cikgu jayaraman cakap macam nieh "alia, if u don't like me, please get out from my class!"..daaaaaannnnggg kene kat muka sekali ayat yang aku ingat sampai sekarang!

Oh May God! aku derhaka ohkay kat cikgu science aku! and akibatnya, science aku TAK PERNAH nak dapat A. hahaha! upsr ke, pmr ke, spm ke, science B jeh memanjang walaupon dah berusaha keras ohkay. hambik kau alia...oleh sebab itu, aku dah mohon maaf dan keampunan sudah dari cikgu ku itu.. thehehe...

ok, bila situasi terjumpa cikgu berlaku aku teringat kejadian di mana Allahyarham bapak aku terjumpa dengan anak murid beliau di salah sebuah shopping mall dekat ipoh dulu. masa tu musim raya puasa. then anak murid beliau sungguh excited bila jumpa bapak aku. then anak murid dia bagi rm50 duit raya kat aku. rm50 satu amount yang sangat banyak ohkay time tu. then bapak aku pon cakap la...."eh, banyak sangat ni..."...pastu anak murid bapak aku tu keluarkan lagi rm100 ohkay and hulur kat aku. and aku rasa nak pengsan jeh sebab dapat duit raya sebanyak tu. yela, time tu kecik jeh lagi kan, so teruja teruja!

masa jumpa cikgu aku tu sebenarnya aku serba salah sebab tak hulur apa apa pada anak beliau kan. haish! malunya.... nak buat macam mana, diri sendiri pon tak brape nak stabil lagi, acane nak bagi kat orang yedak? meuhuhuhu

cikgu....... actually i miss you...hope kita dapat jumpa lagi ^^




Friday, January 27, 2012

oh! rindu blog ^^

assalamualaikum....

diam sebab tak ada benda nak share pon. sibuk mencari rezekhi dan sengaja menyepikan diri. eh? buleh eh macam tu? thehehehe...

ok, nak share sikit jeh. rumah dekat ipoh tu dua tingkat, aku tido dalam bilik kat atas, pastu lately nieh time subuh jeh, turun bawah ada bau sangat wangi dan sejukkkk jeh. sangat nyaman.... bau tu tak tahu datang dari mana sebab rumah aku memang tak pakai pewangi apa apa and aku tak pakai perfume apa apa pon. pelik tapi benar!

ok, itu jeh nak share :)


Sunday, January 15, 2012

Hang satu kelas dengan dia?! omgeeeee

assalamualaikum...


tadaaaaa..... ini kawan baik saya. kawan baik saya nama Mahirah. kami kawan sejak sekolah rendah lagi. saya sayang kawan baik saya. eh kenapa saya taip macam budak tadika. oh, saya mintak di lempang sekali baru ok kot. oh saya menyampah sudah cakap macam nieh!

hey guys, hey ladies! tadi kan kteorang lepak lepak dekat Marina Island! best wa cakap sama lu..... aku baru first time, itu pon Mahirah yang tanya "eh, hang nak buat apa p lumut?", aku pon jawab, "saja nak jalan jalan." pastu Mahirah tanya lagi, "awat hang tak pi Marina Island ja?"...and aku "MARINA ISLAND?!" sambil buat muka BLUR gila! hoi mai aihh, nampak bebenor la aku dah lama tak pergi area manjung nieh. dah dua tahun kot Marina Island nieh di rasmikan tapi aku TAK TAHU! noobbbbbbbbbb.... pffftt

Marina Island : only 5minutes to Pangkor Island! wow! owh, marina island nieh just jeti jeh untuk ke pangkor... pulau buatan...

nah! nieh view Marina Island, dekat dekat ngan teluk batik jeh

 see....cantik kan?! sesuwai sangat lah nak berdetin....


on the way ke marina island nieh kan, kteorang gosip la pung pang pung pang, tengah duk pung pang pung pang nieh tetbe mahirah sound dengan nada yang agak high frekuensi "Eh JAP!" pehh tersentak kejap aku, nape la pulak minah nieh, aku ada salah cakap ke hape? neves gak la. then dia sambung......

"aku perasan gambar hang dengan budak nieh, masa hang pegi ********* ari tu, dia belajaq mana?"

aku pon balas.....

"owh, U**, kenapa?" siap buat muka blur gila time nieh and neves kot kot dia dapat bau aktiviti aku kan. aktiviti??? hoiii maiii kau, fikir negatif je kan. aktiviti yang sihat ohkay, contohnya calling calling ke, messaging messaging ke, tapi pelik gak kenapa lak tetbe tanya pasal budak nieh, padahal mahirah bukan tak tahu aku memang kemain aktif berkawan dengan orang ramai nieh kan. kekeke....

then mahirah pon jawab la.....

"hmmmm sah! dia budak class aku dulu!"

aku lak.....

"WHATTTTTTTTTT???!!!!" kahkahkahkahakah! hambik kau, gelak besau aku ohkay! nasib baik aku buleh control macho depan mahirah nieh, kalau tak kantoi beb kantoi! kantoi apa? ehem! err yang pasti kantoi la....tapi aku tak puas hati lagi time tu, aku tanya lagi........

"ok, dulu hang class apa masa dekat U**?" saja aku nak uji kot kot mahirah nieh memain ke kan...

then mahirah jawab...

"Electrical Telecommunication Engineering"

aku pon, ok sah la tu orang yang sama....

 then mahirah pon tanya la aku macam mana aku buleh kenal budak nieh...aku pon cakap, aku kenal dari member aku jugak sebab nak tanya pasal final year projek aku dulu...

then aku pon saja jeh la nak korek rahsia budak ni lagi kan, ehem, backup besar dah satu class yedak, tanya jeh la apa apa pon tapi malangnya mahirah sempat satu sem jeh dengan dia sebab mahirah dapat better offer sambung medic pulak.... and mahirah nieh seorang yang pemalu, jadi tak sempat bual bual pon dengan bebudak lelaki class dia cuma dia teringat la muka budak nieh 1 class dengan dia dulu...

see... kemain excited kan aku cerita kat korang sebab serius aku percaya benda yang macam "eh, KEBETULANNYA!" or ini adalah "TAKDIR"... hahaha! ceh, poyo gila kan.... biasa la pengaruh drama korea, kalau terjumpa banyak kali secara kebetulan, or orang nieh kebetulan ada sangkut paut kawan kepada kawan or sedara mara, mula la nak fikir "ini adalah takdir!".. kekeke... kolot kan. ah... lantak la orang nak cakap apa, ada aku kisah? err kekadang kisah jugak la. muahaha! 

persoalan.........siapa budak tu?!

haaaa.........dia adalah.......my Malaysian Boy!!!!!!!   adakah ini takdir?! takdir yang sepatutnya kita berjumpa 4tahun lepas tapi tidak kesampaian? oh tidak dapat ku bayangkan lagi!! oh my Malaysian Boy! kahkahkah ayat dah macam drama korea dah weyyy..... hehe... saja jeh buat drama... actually aku dengan Malaysian Boy nieh kawan jeh, nothing much pon and don't think too much alia.... eh? perlu ke explain? haha!

ok, sambung cerita mahirah lak.......pas kteorang g marina island tu, kteorang pergi perkena satay!!!! yepppyyyy!!! ada satay ayam, daging, kambing, rusa, arnab and perut. 


tadaaa.... nampak macam sikit, bila makan... mak aiiii, kenyang gila kot, sorang 8cucuk sepatutnya tapi mahirah can't go, jadi aku la algogonya, hentam 9 cucuk ohkay! and and satay dia sangat lazat but mahal ! ayam 70sen, daging 80sen, kambing 1.50, rusa 1.80 and arnab rm2.00 secucuk! and and lagi, mahirah yang belanja! hiphip horrayyy! hehe, orang dah kerja kan, apa salahnya belanja kawan dia yag kiut miut nieh yedak.. mekaseh mahirah.... sayang hang erat erat.. muah muah pipi.... *agak agak kalau aku cakap cenggini kat malaysian boy, mau mau stamp  GEDIK tertampal di dahi. sekian. ke korang pon nak tampal stamp gedik kat aku gak? ah, peduhi hape haku?! haha!


nah! aku bagi hang femes sket kat blog aku. kekeke.. kiut kan sahabat aku nieh. tapi dia punya malu tahap maximum sampai nak amik picture pon tak duk diam tau, macam baby dah ha aku kene suruh duk diam diam..  nieh paling comel yang dapat aku snap... hehe, comel jeh tau.... opp... mahirah nieh dah berpunya ohkay! dah 9tahun dia couple! nak mintak nasihat ke, petua macam mana nak kekal ke, buleh la tanya dia. hehe...

pastu kteorang pergi pasar malam dekat giant. gila kau besar kot pasar malam tu, ketiak basah jugak la jalan jalan kat pasar malam tu. then baru teringat mak penah cakap teringin nak makan satay! pehh masa melahap satay tadi dah tak teringat mak dah, nasib baik la teingat masa kat pasar malam nieh, pastu beli la jugak satay untuk mak. hehe... baik anak mak ni yea... hehe...

dalam pukul 8pm lebih jugak la aku sampai rumah. on the way balik tu mahirah tanya "mak hang tak call lak?" time tu dalam pukul 7lebih dah.. aku pon pelik kenapa mak aku tak call suruh balik. biasanya kalau aku keluar, pukul 7 mesti beliau dah call ohkay! time tu aku dah fikir dah, sampai hati mak dah tak sayang aku lagi!!!!!! kahkahkah! alia alia, kau nieh penuh dengan drama jeh kan...hehe... tapi serius pelik kenapa mak tak call and marah marah aku?! kebiasaanya bila aku keluar, lambat balik, mak call then marah marah. hehe, sayang kan mak kat aku. dalam pukul8 tu mak call, lagi beberapa inci jeh nak sampai rumah mak call, then aku jawab penuh gembira ohkay sebab mak adalah mak! tak penah berubah! walaupon kene marah tapi hati aku sejuk bila mak call tanya khabar. eh? haha! 

sampai jeh rumah, buka jeh pintu...................alaaaaaa nieh yang aku tak suka nieh! tengok muka mak persis singa lapar nampak kuda belang ohkay! belum sempat pon mak nak buka mulut, baik aku yang start bicara.... "mak, orang ada beli satay dengan bihun sup kat mak"..........haaaaaaaaaaaa serta merta wajah mak aku bertukar persis kucing minta dimanjakan.

see....kuruskan aku? sape cakap aku gemok? meh nak lempang laju laju! sape cakap? alia cakap? eh, alia aku la kan? jap, lempang pipi skali. ha, balik tadi mak cakap, "mak baru lepas makan nasi nieh, jom la makan sekali".... aku dengan berat hati tanpa rela terpaksa jugak la makan satay yang aku belikan untuk mak tadi. aku beli 20cucuk untuk mak. sepuluh cucuk jugak la aku bedal! hehe. diet kan... makan sepuluh cucuk jela, kalau tak diet, 20cucuk tu pon habis ohkay! then... mak cakap "tu ada durian mak dah buka tu, makan la, esok dah tak fresh."....whatttttttt again?? makkkkk perut anak mak nieh ciputet jeh ruangannya tau, tapi jaga hati punya pasal...........bedaaaalllllllllll jugak la 10ulas durian! muahahahaha!



Wednesday, January 11, 2012

Hambik Kau!

assalamualaikum....

hari nieh nak cerita pasal blog kena malware. korang search la sendiri apa malware tu ok.

cop! aku pon tak tau kenapa nak letak muka aku nieh banyak banyak kat entry nieh. menggedik la kot. haha!


sebelum tu nak sembang, tadi ada la kenalan aku call.

abang kacak: hey alia kat mana?
alia hassan: kat perak la. kenapa? (tetbe call pastu tanya kat mana, kemain excited nampak)
abang kacak: assalamualaikum...hehehe
alia hassan: waalaikumsalam...

ok, nak gtau jeh dia punya excited, aku angkat call terus tanya kat mana dengan confident tanpa mukadimah "hello" or "assalamualaikum" jeh. tu jeh? kau nak sepak ke sepak alia?? *ok, ejaan sepak sama tapi pronounce lain ohkay, sepak satu guna tangan sepak dua guna kaki. paham?

ok,ok kteorang pon sambung la bual-bual. then dia tanya

abang kacak: kenapa abah call tak angkat?
alia hassan: hah? bila abah call? alia angkat jeh sesape call tapi abah tak call pon...(buat muka konpius walaupon abang kacak tak nampak)
abang kacak: eh, yeke, abah cakap dia call alia tapi alia tak angkat.

abah abang kacak nieh cuba menghubungi aku tapi tak dapat...err maaf ye pakcik, maybe pakcik call number lama kot....last last abang kacak tu cakap....

"orang kahwin tahun nie tau"

mak aihhhhh, hancur luluh hatikuuuuu! hahaha! ok,ok sebelum nieh aku dah tau dah tapi bukan dari mulut dia sendiri kan, so relax relax lagi. bila dapat tahu dari mulut dia sendiri, ok, duk dalam bilik diam diam sambil fikir "nak bawa sape nieh nak pergi kenduri dia nanti?" aku dah dapat agak dah soalan soalan maut dari family dia nanti. mampuih nak jawab!!! 

actually lately nieh termimpi abang kacak and tak sangka pulak dia nak call malam nieh! ahh lupakan jela abang kacak ke tak kacak ke, meh nak cerita pasal malware nieh....

ok, pagi tadi agak agak dalam kul11 macam tu, as usually bangun pagi terus usha laptop. connect internet, first buka facebook (haha!), pastu buka blog then buka email. masa buka blog tu tetbe muncul ni...........


agak agak apa perasaan korang time nieh? korang memang la relax jeh kan layan pesbuk, yang aku nieh???  yeah, GELABAH! gelabah dan gelabah lagi!!! aku da fikir bukan bukan dah, mesti orang yang tak puas hati hantar virus nieh sebab entry aku before this macam mengguris hati sesape ke? eh?! nasib la nak terasa yedak. sape suruh baca kan? tak suruh and tiada keterpaksaan ohkay.

pastu aku punya gelabah siap print skrin upload kat facebook kot. gelabah kan? kot kot la member member ada solution yang lebih best ke kan, so buleh la mintak tolong sikit sikit. 

jadinya, apa aku buat, aku remove di mana yang di katakan malware tu berada then aku buat baru. tau malware tu kena kat mana? nun kat shout box aku!! tensi wey tensi. habis link link serta ayat ayat pakwe pakwe hensome yang flirt flirt aku dulu kan. haish! so, terpaksa buat chat box yang baru, lebih canggih ohkay! korang buleh cuba letak link kat situ then ada image "forever alone" lagi ohkay! macam perli perli aku jeh! choyyyyyyyyyyyy

tula, susah kawan dengan bebudak engineering nieh, terlebih pandai. sikit sikit nak hack orang, tak puas hati sikit nak hantar virus! cis! bedebah betol la! relax alia relax, jangan cari musuh...eh?! aku ke cari? ke korang yang cari baca blog aku?! agagaga..... lu pikir la sendiri! 

ok, sebenarnya takde sape pon letak link tu kot. kot la, nieh nak fikir positif nieh. maybe virus tu di hantar secara rambang oleh hacker hacker dasyat from luar negara ke, who knows kan... hope pas nieh tak berlaku lagi.. please please please, jangan buat jantungku belobang lagi wahai system perisian yang begitu canggih yang di panggil embedded system. eh?! yeke system embedded? tah?! teringat doktor Lim! omg! scary!!! 

hah! doktor Lim. nanti kita gosip pasal dia. dia nieh kelakar pon ada tapi SCARY ohkay! tunggu.......


dan ini lagi gedik gila. ah peduli hape aku?!


Wordless Wednesday: Being Happy ^^






Tuesday, January 10, 2012

Kahkahkah Lawak Lawak


hahahahahahaha. kelakar gila aku baca quote nieh lalu kat facebook home aku semalam....

op op jap jap, gelak sampai tak ingat bagi salam, hamboi kemain kau alia.....boooo ramai ramai jom.....

ehem! assalamualaikum awak, dan awak dan awak....... awak nampak hensome lah hari nieh! and si gadis..., tak comel pon, wekkkk *ayat dengki. muahahaha! jap, korang pernah tak hadapi situasi di mana kawan kawan perempuan puji, "comel la alia nieh", "comel la kakak nieh", then korang pon reply, "hehe, mekaseh dik, adik pon comel jugak!".... adoi, like seriously, aku tak tahu nak respon macam mana. cecece alia, nak cakap kau comel lerrteewww, padahal makeup 10 inci! eh?! 2inci setengah jeh dik! haha! merapu dah.

ok, dah baca ayat quote tu???! pernah tak terkena kat batang hidung sendiri? jangan tanya batang hidong orang lain la beb, hidong sendiri pon terkena gak! haha lagi! *lately nieh buat entry nak "hahaha" jeh kan. annoying sangat la kau alia. ahh lantak la. haha jugak lagi dan lagi dan lagi!!!!! eh?! emosi lak! haha lagi! ok, cukup! 

suatu ketika dulu...... zaman di mana di katakan jahil sedikit.... zaman di mana tak mempunyai banyak pengalaman.... zaman di mana pemikiran pra matang, aku buat jeh kerja kerja tak berapa senonoh nieh.! stalk stalk stalk! sebelum break off lagi dah stalk habis dah. siap mintak password! gila queen control kau alia! oh, dulu facebook tak femes lagi, dulu friendster, so aku stalk friendster dia jelah kan... ok, jangan tanya jumpa apa. ofkos HEART BROKEN time tu! muahaha!

dah break off pon still stalk lagi then heart broken lagi dan lagi dan lagi. lepas tu malas dah nak stalk. haha! macam tu la kisah aku. tapi aku nak cerita satu kisah nieh. bukan terjadi kat aku tapi err kisah tauladan la kan...

err nak panggil apa eh, em perempuan macam jaki sangat kan, em ok, aku panggil "kakak emo" lah buleh? haha! meh nak baca balik quote tu " YOU ARE CHOOSING TO VIEW YOUR EX'S PROFILE. WARNING, THEY ARE VERY HAPPY WITH THEIR NEW LIFE AND VIEWING THIS PROFILE WILL ONLY RENEW YOUR MISERY AND ANGUISH"  bla bla bla... haha! gelak yang kali keberapa pon tak tahu la dah nieh!

ok, kakak emo nieh selalu lah view profile ex dia sedangkan dia tahu ex dia nieh dah ada orang lain. ok, fine la kan kau nak view ke apa, lantak kau la. tapi yang kteorang pelik bin ajaibnya, buleh pulak dia contact ex dia nieh lepas tu cakap masih sayang? WHAT? *op op jap! nieh bukan berlaku kat aku ohkay, nieh berlaku kat kawan kepada kawan kepada kawan aku... 

serious, we all sangat kesian dengan kakak emo nieh tau. ex dia bagi tahu kat kteorang yang diorang tak declare putus pon(ok, nieh pon aku tahu last minit, kawan aku pon tahu last minit sebab laki tu cakap diorang dah putus tapi tak lagi rupanya), memasing senyap beberapa bulan. ok, fine la kan. tapi peliknya, 2,3 bulan masa ex kau takde sesiapa tak nak pulak cakap sayang ke hape?! tak nak pulak contact?! diam cenggitu jeh biar ex kau terkontang kanting meraih kasih sayang dari insan yang comel comel lagi baik hati kan. teeetttt.... then tup tup, bila dah ex kau tu happy, bahagia dengan orang lain kau buleh pulak cakap sayang la, tak buleh lupakan la, WHATTTTTTTTT! oh my GOD!

kesian la kat kau kakak emo! sedih pon ada! kau tahu tak kakak emo, yang sebenarnya masa tu kau sedang mengalami MISERY and ANGUISH sebab kau stalk ex kau yang tengah BAHAGIA dengan orang lain! kteorang kesian la kat kau nieh sebab loser! relax..... lelaki baik masih ramai ohkay! just kau perbaiki diri dulu. kesian la kot kat kawan kepada kawan kepada kawan aku tu, tak memasal kene makan hati and undur diri and lepaskan sebab we all nasihat, tak payah la berebut, kalau lelaki tu betul sayangkan mu, kenapa dia masih nak fikir-fikir lagi nak pilih mu ke or kakak emo tu walaupon mu tahu kakak emo tu memang emo. haha!

pehh gila lancang mulut aku nieh! ok, serius tak tujukan kat sesape pon, sape makan cili, ehem dia la rasa kelatnya! haha kelat?? apa apa jelah alia. neves gak aku kang anonymous serang aku. bukan buleh agak, ramai kot silent reader nieh! tup tup aritu dapat pangkat "karangan budak darjah satu" see! baca jugak blog aku karangan macam tadika pon kan. kesiannya kau kakak emo and kaum kerabat kau. oppp! apa da berlaku? kahkahkah gelak besar!

ok, pengajaran di sini. kalau korang nak PUTUS, ok, go ahead tapi bila tengok ex korang bahagia dengan orang lain, jangan la kacau babe. please la. please terima kenyataan yang ex korang memang BAHAGIA DENGAN ORAG LAIN tapi bukan dengan kau. kalau kau betul la cinta or sayangkan ex kau tu, kenapa kau tak boleh tengok dia bahagia dengan orang lain? kenapa? kenapa? kenapaaaaaaaaa??????? sebabnya, dalam hati tu masih ada perasaan DENGKI! sebab tu la aku cakap perbaiki diri dulu kawan....

ok, aku tak perfect ohkay. aku juga buat kesilapan. tapi.......... sepanjang perjalanan hidupku *cewah ayat drama lak. kalau aku tahu ex aku happy dengan orang lain, aku tak akan merayu untuk dia kembali pada aku unless dia masih single! haha! single sama single, apa ada hal..... serius, nieh aku tak tipu! dia dah bahagia, dia dah ada perempuan yang lebih sesuai dari aku, jadi aku tumpang gembira walaupon awal awal dalam hati "cis! kau dapat lagi cun yeeee??! xpe xpe, i will find someone like you!" muahahaha! ayat nak tajuk lagu jeh kan! 

so, kaum hawa sekalian, move on ohkay! jangan stalk dah ex ex korang tu! eh silap. nak stalk buleh but make sure hati korang strong enough! aku memang kaki stalk ohkay, serius aku stalk segala website ex ex aku, nasib baik diorang takde blog, kalau tak, aku la follower tegar. but........ aku stalk dari jauh jeh, aku stalk melalui adik beradik diorang. sebabnya facebook diorang semua aku remove!!! kahkahkah!

HATI SENIPIS KULIT BAWANG ohkay! so, biar la sembuh betul betul baru add balik! eh?! muka tamalu! lantak la peduli hape! haha!


nieh anak sedara aku muka tak boleh blah happy semacam. aku cari muka aku yang kiut nampak happy macam nieh takde lak, letak jelah gambar anak sedara pon kan.






*ok, tadi chat dengan Malaysian Boy. wehooo.... Malaysian Boy cakap malu itu lagi comel, malu itu perisai orang beriman... tapi aku taip macam tak malu jeh nieh, adoi,  lantang jeh kan. err..... lantang menaip tak semestinya tak malu, tak malu tak semestinya iman tu nipis. yedak? ok, mekaseh Malaysian Boy, saya terima nasihat awak itu <3



Merajuk? err.........

assalamualaikum...

aku merajuk?

err..............ok, aku memang selalu merajuk pon dengan mak aku. anak bongsu la katakan. kekeke. em, bukan merajuk sebab manja or mengada-ngada tapi merajuk seperti orang err seperti em seperti........ seperti apa eh? ahh, wateva la kan tapi tadi mak aku tegur tau, beliau cakap macam nieh "sudah sudah la tu merajuk"....haha! time tu serious aku nak gelak tapi aku tahan jeh, terus masuk bilik dan berkurung lagi. lagi??? ok, hobi aku memang suka berkurung di dalam bilik! bilikku syurgaku!

owh, mak aku nieh garang ohkay! cikgu la katakan. serious garang ohkay, abang aku yang sulung pernah la cerita, dulu zaman dia bersekolah, mak bapak aku lagi garang, satu rotan kat ruang tamu, satu rotan dekat dapur. ohh scarynya aku dengar! memang parents aku garang ohkay, silap sikit jeh kena tibai woo..banyak la kejadian yang kelakar di sebabkan kegarangan mereka berdua. salah satunya, abang aku yang number 4 tu tak berani balik rumah, duk rumah guru besar time result UPSR keluar sebabnya abang aku just dapat 4B jeh... kahkahkah kelakar. ok, bukan kelakar sebab abang aku dapat 4B jeh, sebab abang abang and kakak aku yang lain straight A, pastu turn dia semua B, pastu tak berani balik rumah takut bapak aku pukul...guru besar tu siap call cikgu Hassan kot cakap jangan marah abang aku nieh, anak murid kesayangan betul lah.....and banyak lagi la kisah kelakar bab kegarangan mak bapak aku...... tapi itu dulu......sekarang mak aku pon da veteren kan, nak tibai tibai lagi memang thak la kan tapi kalau beliau buka mulut......peehhhhhhh menusuk jantung kot!

sebab tu la aku merajuk! ehem! yea, merajuk la sikit. aku merajuk bukan jenis mengada-ngada tak nak makan, tak nak buat itu ini, aku merajuk simple jeh, aku akan diiiiaaaammmmmmm jeh selama mana yang aku rasa nak diam. aku memang tak kisah sesiapa cakap dengan aku, aku buat bodo jeh. selama beberapa hari jugak la aku macam nieh kan. mak memang dah masak sangat dengan perangai aku, jadi kadang kadang aku merajuk, beliau akan tolong buatkan aku air minum masa tea time, kadang kadang dia bagi duit belanja. hehehe..... pujuk la katakan.....

muka aku time merajuk memang hodoh sangat. serius! semua orang cakap macam tu. (yang berani cakap la) haha! sebab aku memang akan buat muka ketat, muka serious, muka garang, muka mintak penampar, eh?! haha! tak tak, muka mintak penampar tu aku tak buat ohkay.

   time aku bad mood, aku akan mengadap laptop 24hours tanpa pandang or tegur sesiapa. sape tegur, aku akan bagi respon yang menyakitkan hati. contohnya, kalau orang tanya aku "eh al, mana remote tv eh?" then aku akan balas "try tgk kat dalam laci tu" tanpa memandang muka si yang bertanya mahupun memandang tempat di mana letaknya remote tu, ibarat kau cakap dengan dinding yang dah di set kan suaranya, tak bergerak walaupon seinci ohkay.... dah la tak bergerak, buat muka ketat lak tu....... dalam hati member aku tu mesti "eeeeee kau ni kan alia, lempang nak?!"  . aku susah gila nak merajuk dengan kawan kawan, cuma time aku perlukan masa sendiri untuk jangka masa tertentu, aku memang malas nak layan sesiapa pon. bukan merajuk ohkay!

ini la kisah merajuk ku. jap yea mak, anak mak nieh tak habis merajuk lagi la.... kahkahkah... kelakar la.... adoi..... boring duduk rumah pastu kisah merajuk pon nak cerita? tah hape hape tah.....

suka hati la sesiapa nak kondem pape pon, ada aku kisah?



Monday, January 9, 2012

How to lose 5kg in 5weeks

assalamualaikum...

di mulakan dengan bacaan hahahahaha. ok, serius kelakar kot nak buat entry bagi tips kuruskan badan sedangkan empunya blog asamgaramhalia yang masam tapi manis nieh pon ala ala obesiti gitew. ehem! cough hard! sebab takde la obesiti ohkay, tembam bambam sikit jew.. euw! 

lebih kurang lima-enam jam yang lalu, sedang aku syok syok baca status update member member dekat facebook, sambil usha usha blog blog artis, sambil hantar resume bagai, cop! resume?? hurghhh dah berpuluh dah hantar wey (baru puluh, belum ratus. haha!).... relax alia relax, rezekhi tak sampai lagi tu... keep on praying. amin... eh terlari tajuk sudah... ok sambung.... plopp bunyi ym aku. dah.......... dia datang dah... nie yang malas layan nieh, aku ngah syok syok stalk blog retiss nieh la dia nak ajak chat. muahahaha! jangan marah yea bang. BANG? bang takde, lemPANG ada.. haha! 

ok, member aku yang comel hati pink wink wink nieh hantar chat. dengan kekuatan mental yang ada, aku pon layankan aje la mamat poyo sorang nieh. haha! chat punya chat, masuk la bab diet. ehem! abang kita nieh TAF kot. tapi dia cakap dia dah gemok. aku pon serius tak paham jugak gemoknya kat mana? rasa nak sepak jeh perut dia yang boroi berbinti kan buncit tu laju laju. haha! ooo perut BUNCIT rupanya. kahkahkah, jom gelak ramai ramai. ceh! cakap orang kau alia, tengok sket perot kau berapa lapis? oh, baru 3-4 lapis, relax r bro.... haha! 

member aku nieh cerita la yang dia seminggu tak makan nasi turun 7kg. WHAT???! SEMINGGU = 7kg! gila ke hape?! aku tak makan nasi sebulan baru turun 3-4kg jeh tau! tu pon malam tak makan, breakfast makan biskut 2keping jeh, tengah hari ratah lauk, and malam minum milo. exercise? memang TAK lah kan. haha! dah tu lagi mau compare ke alia? hadoi... ok, ok cop! aku exercise jeh tapi itu dulu, pergi jog, pergi gym tapi now memang tak ohkay. ok, sambung sikit lagi kisah member aku nieh. dia nie diet karbo jugak lah kiranya, tak makan nasi kan. tapi dia pergi jog tetiap hari lah kot and pergi gym, tu badan taf semacam jeh. so, seminggu turun la 7kg. masalahnya sekarang. SAMPAI BILA?? sampai bila tak nak makan nasi? sampai bila kene tahan lapar? susah kan? yeah, aku pernah mengalami sitasi macam tu. meh nak share sikit tips. haha!

tips nieh aku amik dari abang aku. dulu beliau serius GEMUK ohkay, pastu beberapa bulan kurus macam zaman dia bujang bujang dulu, hensome gitew. euw! so, aku tanya la dia macam mana dia buleh kurus. rupa-rupanya, dia mengamalkan kiraan Calories yang badan kita perlukan.

jom adik adik belajar tentang kesihatan sikit hari nieh.

apa itu Calories?
-Calories can be defined as a pre-SI metric unit of energy. 
-Calories as an energy that our body needs.



berapa banyak Calories yang perlu kita bakar?
1kg = 7,700 Calories
5kg = 5x7,700= 38,500 calories




pastu kita kira Base Metabolic Rate (BMR)?
  BMR is the calories needed by our body to live.

BMR for Men
BMR = 66 + (13.7 x weight in kg) + (5 x height in cm) - (6.8 x years of age)

BMR for Women
                BMR = 655 + (9.6 x weight in kg) + (1.8 x height in cm) - (4.7 x years of age)



dah dapat BMR kita kene kira Daily Calories Requirement (DCR) 
DCR is the amount of Calories needed for your body per day. Determine how much you need to eat/exercise everyday. 

Relax = BMR x 1.2 (no exercise at all, working 8 hours in front of computer)          
Light Exercise = BMR x 1.375 (1-3 times of exercise/week)            
Medium Exercise = BMR x 1.55 (3-5 times of exercise/week)          
Active = BMR x 1.725 (6-7 times of exercise/week)
Over Active = BMR x 1.9 (heavy exercise everyday)



How to lose 5kg in 5weeks??
       1 kg = 7,700 calories
     1 week = 7 days
                      1 day = 7,700 calories / 7days
                        = 1,100 calories need to burn




EXAMPLE:
Eat 550 calories less than DCR
DCR 1642
Alia need to eat in a day :- 
= 1,642 – 550
= 1,092

Burn 550 calories more than DCR
Alia need to exercise in a day :-
= 1,642 + 550
= 2,192

Eat 550 + Burn/Exercise 550 = 1,100



PENING?!

serius yang pengiraan last skali tu pon aku tak paham. muahahaha! aku just copy paste jeh nieh. muahahaha lagi skali...ok ok, aku bukan tipu korang, no no no, aku just tak ingat jeh apa abang aku terangkan dulu. ke ada pakar kesihatan yang buleh tolong terangkan kat sini? anyone?? actually pengiraan tu kira berapa badan kita perlukan calories and berapa calories yang kita perlu singkirkan. jadi pasni takde lah kita pening pening nak diet tahan lapar, itu tak boleh makan ini tak boleh makan yedak. just makan seberapa banyak yang badan kita perlukan jeh. nak makan banyak tu NAFSU semata. nafsu wey nafsu. so control yourself yeah alia. *cakap kat diri sendiri. haha!

ok, for more info, refer this Nutri Strategy

ok paipai


and for mamat poyo tu, selamat berdiet! kahkahkah! ok, tak poyo. belanja Grill chicken satu!




This is for YOU ! -----------> is it YOU?


I'm looking for a lover not a friend
Somebody who can be there when I need someone to talk to
I'm looking for someone who won't pretend
Somebody not afraid to say the way they feel about you

And I'm looking for someone who understands how I feel,
Someone who can keep me real and who knows always
Baby I like to have you in my way
And I'm looking for someone who takes me there,
Wants to share, shows he cares
Thinking on the one that I've been waiting for

Is it you? is it you?
Maybe you're the one I've been waiting for
Could you be the one for me?
Could you be the one I need?

Is it you? is it you?
Maybe you're the one I've been waiting for
Could you be the one for me? (Could you be?)
Could you be the one I need?

I'm looking for someone to share my pain (Uh)
Someone who I can run to, who would stay with me when it rains
Someone who I can cry with trough the night
Someone who I can trust who's hardest right
And I'm looking for someone

And I'm looking for someone who understands how I feel,
Someone who can keep me real and who knows always
Baby I like to have you in my way
And I'm looking for someone who takes me there,
Want to share, shows he cares
Thinking on the one that I've been waiting for

Is it you? is it you?
Maybe you're the one I've been waiting for
Could you be the one for me?
Could you be the one I need?

Is it you? is it you?
Maybe you're the one I've been waiting for
Could you be the one for me?
Could you be this one I need?

Take for grant
How much I care (How much I care)
And appreciates that I'm there
Someone who listens
And someone I can call who isn't afraid of thought to share

Is it you? is it you?
Maybe you're the one I've been waiting for
Could you be the one for me?
Could you be the one I need?

Is it you? is it you?
Maybe you're the one I've been waiting for
Could you be the one for me?
Could you be the one I need?

Artist: Cassie



-sumber : copy paste-






untuk... ehem! 'RAHSIA'? ce you luangkan sikit masa baca setiap perkataan dan ayat dalam lyrics tu. owh, itu semua untuk you. yeah untuk you!




tetiba gedik jap memalam buta nieh.



okbai





Saturday, January 7, 2012

Gedik behtul la wey !

assalamualaikum...

ok, tajuk entry bukan nak marah sesapa or nak em nak mengata sesapa oohkay. sila baca sambil tutup mata entry nieh sampai habis. eh, bodo ke hape haku nieh? ok tak bodo, sape yang ikut cakap aku p tutup mata jeh bodo. muahahaha tak lawak. 

serius tak de keje hari nieh, pastu edit edit gambar sambil chatting dengan Malaysian Boy. muahaha. eh apsal aku gelak. hepy kot. arghh lantak ko la alia nak gelak ke hape. abaikan baris ayat nieh, ke korang da baca? da baca ea?! adoi mekaseh la buat susah susah jeh. muahaha lagi. 

err... tetbe aku terfikir, sebenarnya aku nieh gedik ke tak eh di pandangan mata korang?? especially member member boys. apa eh pandangan korang kat aku? gedik ke haku, sopan ke haku, sempoi kah, lemah lembut kah? LEMAH LEMBUT mungkin la kan. kahkahkah. TIDAK MUNGKIN ada la. kahkahkah lagi. eh perlu ke??

tetbe terfikir lagi... andai la suatu hari nanti aku berkahwin... ANDAI?? omg! ayat tak sesuai langsung, andai tu macam jadi tak jadi kahwin lak kan, aku nak kahwin weyyyyyy tapi bukan sekarang la (hehe), katakan la aku kahwin suatu hari nanti, then mak mentua aku baca setiap entry dalam blog aku nieh, then tengok gambar gambar aku yang tak berapa nak senonoh nieh, agak agak apa la tanggapan dia kat aku eh? aah peduli apa aku, aku da kawin pon dengan anaknya. kahkahkah. gelak jahat! 


oh tidak!!! 


malu beb malu. and lagi satu, aku nak hidup lama kot dengan anak beliau, jadi reputasi baik harus di kekalkan yedak? kehkehkeh... em.... ok, jap. boleh tak nak bagi pandangan pada diri sendiri? muahaha! anda akan membaca ayat ayat perasan nieh, sudah bersediakah???

ok, aku rasa aku nieh takde lah gedik sangat kot. kot la. tapi manja tu ada jugak la time time nak mengawan ke. eh! hahaha syielap pulak. time time tertentu la kan, harus lah manja manja sikit, baru perempuan... tak kan setiap masa nak cool....jeh....keras jeh kan.... jadi mungkin sometimes tu terlebih manja atau sama dengan gedik lah kot. KOT lah. 

em, about mak mentua tu.... em lambat lagi ye dak.. special boy friend pon takde lagi. ehem! so, enjoy jela dulu. dah serious nanti kita fikir lain macam mana. laa.... nak fikir apa lagi? err.... fikir nak berubah la kot eh? ke be yourself jeh? be yourself jela. kakak ipar aku anak tunggal, manja tapi bila kahwin ngan abang aku, relax jeh, mak aku sayang jeh kat dia... hope mak mentua aku pon sporting la yea mama. cecece.... dah panggil mama dah sekarang. ke ummi? ke mak? ke ibu? 

ok, serious nak tunjuk kat korang pic gedik aku. korang fikir la sendiri aku gedik ke tak eh. and and and..... sape yang baca tuh boleh drop your komen. aku banyak gila masa nak layan korang nieh. muahahaha!


pic gedik 1. tangan tuh budget diva habis larh khau alia? kesian~


pic gedik 2. thehehe... teringin doo nak main benda alah nieh. blasah jela labu...


kesian aku. aku sedar jeh diri aku nieh childish tapi why why why rasa best jeh jadi childish nieh. rasa syomel sangat sangat and rasa LEMAH LEMBUT lah sangat.  muahahaha! (dasar anak bongsu)   opppp tapi aku sangat berdikari ohkay. tak caya tanya mak kite... haha!


pic gedik 3. yuckkksss bibir....

keke. nieh sahabat baik aku. kteorang seusia.... kahkahkah

yezzaaaa..... ce teka ce teka sape yang gedik plus poyo tuh? ofkos bukan haku! muahaha! yeah, aku juga memiliki kawan kawan yang gedik setara or setaraf dengan empunya asamgaramhalia blog. cecece hari nieh macam nak promote blog sket. ke korang buleh tolong promotekan? perlu ker??? pheuuuww...




*to bakal mak mentua ku... ehem! err... alia akan cuba jadi yang terbaik. insyaAllah alia tak gedik dah selepas berkahwin dengan anak mama. haha! salam sayang dari alia........  :p





Thursday, January 5, 2012

Pencuri rumah sendiri

assalamualaikum...

hari nieh ada buat perkara yang tak best sikit. TERPAKSA buat, bukan suka suki nak buat yea adik adik. pagi tadi nak keluar la beli sarapan kan memandangkan duk rumah sensorang jadinya tak koser haku nak masak bagai. hehe. pastu dengan keadaan yang selekeh tahap babun tak pakai baju tapi aku pakai baju la, sweet lagi gitew, dengan shawl senget senget then dengan spectacles nerdy aku *owh, aku rabun yeah pakcik makcik sekalian, so terpaksa pakai spectacles, kalau nak keluar rumah beli barang hantaran eh silap, beli barang dapur, tak kan nak beli telur 2 bijik depan rumah kat kedai cik kiah tu pon kau nak melaram pakai lens mata biru sinar silau bagai or skirt ropol ropol or baju warna warni persis badut masuk universiti sarkas? no no no. pakai simple jeh, jeans, tshirt, slipar jepun ke korea je or wateva then spectacles tanpa makeup! yeah, cukup pakej untuk di tolak mentah mentah untuk mak mentua kau. haha! ok, pendek cerita, aku memang selekeh la time tu.

ok, dah siap mandi pakai kemas kemas, start la enjin kereta. duk dalam kereta seminit baru teringat sampah nak kene buang, so terpaksa la buka kunci, mangga, slide rumah tu balik. sementara ingat, baik buang terus, nanti tangguh tangguh lupa lagi kan. dah buang tu masuk lepak dalam kereta balik. then aku pon tekan la remote nak buka gate rumah aku tu. teeettt bunyi remote. ok tipu, remote tak bunyi pon. tekan punya tekan gate tak bukak bukak jugak. haish! nieh konpem battery dah habis or solder tak touch memane nieh, so connection putus. selalu jeh remote rumah aku jadi macam tu.. tensi tensi tensi betulllll. cuma 1 jeh penyelesaiannya, guna manual. guna manual means aku terpaksa masuk rumah balik then tekan button buka gate kat dalam rumah. inilah masalahnya kalau guna remote nak buka gate.

then dah buka gate, aku keluarkan la kereta aku tu kan. pastu nak tutup gate pon ofkos la kene guna manual jugak kan. so, agak agak apa korang fikir? yeah! pandai pon, aku terpaksa PANJAT GATE tu untuk keluar rumah. nasib baik lahai aku pakai seluar. kalau pakai skirt then makeup kemain lagi ke kan, tak ke haru, budak comel panjat pagar?? hadoi... tak pon tak ke lagi haru kalau pakai baju kurung then panjat pagar? hadoi lagi... malu beb malu. nasib baik la jiran jiran aku cina so takde la banyak bising sangat. i mean, takde la diorang kisah sangat kan. lagipon takde sesiapa pon nampak. 

dan akibat daripada perkara tak senonoh yang aku terpaksa lakukan itu, tangan, jeans and baju aku comot momot sebab gate tu hitam plus tajam kot. nasib baik la tak tercucuk apa apa kan, kalau tak nahas nahas!! nak pakai lama kot badan aku nieh! ehem!

ok, nieh jeh nak cerita. 



bai


Monday, January 2, 2012

Pullman ^^

assalamualaikum...

ok, hari nieh belajar explore software baru dari dania. software edit gambar.  hehe. tapi yang mencabarnya, software nieh dalam bahasa cina, so main tekan tekan sesuka hati jela kan. owh, aku dengan dania memang suka edit gambar ohkay! 

contoh hasilan nya...


 hari nieh merayau area pullman, hang out dengan dania and dina sambil makan ice cream sambil lepak tepi tasik sambil usha orang couple bermesra mesraan sambil tengok wedding photoshoot sambil menikmati pemandangan dan angin sepoi sepoi bahasa sambil bla bla bla lah....

owh, putrajaya nieh banyak port berdating kot. cantik tempat tempatnya dan redup dan berangin. best best. i love putrajaya. hewhew....

see cantik kan pemandangan pullman nieh.

"wheuwww , Pullman lagi - so like .. err , sekolah dah nak bukak , muka pun dah jadi tak semangat , kan ? :P * pasrah gila" - dania 2012. aku copy status dia tadi. haha!



main main air lagi......


US!















-serius aku tak tau nak taip apa wey, tengok jela gambar yea-





A Drink From Paradise.... Available On Earth: Black Canyon ^^


assalamualaikum...


ohoooo hari nieh tak bijak berbelanja ea murid murid. ok, sambungan daripada entry tutti frutti. well, hari nieh macam nak makan benda benda baru, makan dekat TGI Friday ke, The Garden ke tapi ehem purse macam berbunyi "harap maaf, kredit anda tidak mencukupi bla bla bla..." di petik dari ayat operator fon sesiapa jelah yang kredit hampeh kan. *owh TGI Friday aku tak pernah try tapi Garden pernah la skali. so, paham paham jela time nieh. makan ikut kemampuan... nak masuk black canyon pon fikir banyak kali kot. owh, nieh first time kat canyon. NOOB 





siap check purse kot takut tak cukup duit, tak kan aku nak jual anak sedara aku plak kan, potong jari kuku manis la kalau aku sanggup buat camtuh, aku lagi sanggup jadi tukang tumbuk sambal ke kat situ kalau tak cukup duit nak bayar. jap, sini ada buat sambal ke? entah, tibai jeh taip nieh. so, check punya check, ehem cukup la kot ek. blasah jela masuk canyon nieh. 

masa tengok menu tu, fuhh lega mak nox... takde la mahal sangat. boleh la belagak sikit. ceh! dasar kekampungan behtull larh khau ahliah. mueheuheu... so, dengan bangga order la nasik hape tah, dia bagi peha 2ketul kot, mau meletop aku makan nasi ayam 2ketul plus sayur sayuran. rezeki jangan di tolak yedak? makan jela selagi mampu. 

order

waiting

enjoy your meal bak kata orang nepal tu...


nasi apa tah namanya nieh tapi sedap ^^


gambar pon nak ikut turutan.... ^^





and dania makan udon tom yam mee. ooooo macam nieh rupanya mee udon yang aku sebut sebut kan masa oral jepun ari tu.. sedap mee and kauhnya, lemak lemak spicy gitew... 







blurppp alhamdulillah syukur nikmat Tuhan berikan... sedap makan di black canyon nieh and harga affordable. 


serious jakun nak mam*** bila kopi dia kacau dengan kulit kayu manis ! or in English sweet wood! eh silap cinnamon ! *itula pentingnya english education bak kata usop wilcha.


licin............. cuma biskut tu dah full tank nak telan :)



-A Drink From Paradise.... Available On Earth-
nieh slogan Black Canyon. bukan aku sengaja reka. harap maklum ^^


Tutti Frutti ^^

assalamualaikum...



"dania, kita nak lepak mana nieh?"

"mana lagi, alam jela..."

"hadoi boringnya...acu lia ingat nak g ice room tapi macam tak sempat jeh kang nak tengok wayang lagi. sini ada tutti frutti tak?"

"ala, takde..."

"ala........."

"hah! orang baru teringat, ada tutti frutti dekat mydin!"

"yeay!! jom jom"

entah la kenapa aku mulakan dengan dialog di atas, mungkin kehabisan idea, oh itu tidak mungkin. kemungkinan di sini aku malas nak fikir nak intro macam mana so aku gtau jela situasi petang tadi. hari nieh memang plan nak keluar dengan dania. nak pergi tengok wayang. hewhew...sebelum tengok wayang, pergi isi perut dengan frozen yogurt dulu, yogurt ohkay bukan ice cream, ice cream gemok. kehkeh, padahal selalu jeh melantak ice cream sehinggit tuh. hewhew lagi. so, mari lah mari, mari angkat kerusi tengok pictures kami. haha! *perlukehaha? lantaklah

cantik tempat tutti frutti dekat sini, sangat selesa. kalau dekat ipoh tu, open sangat and lighting dia tak best. sini tiptop, rasa nak duduk lama lama.jakun jap   :)





duta tutti frutti. kami sedia mengambil tempahan model kuli makan untuk tutti frutti. haha!



my feveret, chocolate and vanilla <3 yang lain masam !!! 



ok.. dah habis makan, rasa nak lagi ohkay tapi.....ehem....budget wey budget! muahaha.. dekut betul la...

then habis makan, membawa perut yang kesejukan ke alamanda. first tempat yang di tuju GSC, dapat tiket.... then perut kriookkk krrriiiioookkk lagi.. apa kes?! kuat gila beb makan lately nieh. lapar la wey... so cari cari tempat makan lagi... and...... kteorang makan dekat..................................




*sambung next entry!