Tuesday, November 29, 2011

Status Facebook yang tengah Tiptop

salam...

lately nieh, status nieh asyik lalu jeh kat wall home aku, so aku copy paste jela kat blog... hehehehehe.... anyway,   apa yang di katakan adalah sangat benar ohkay!  jom baca !


Sahabat A: Aku dengar, lelaki yang kau sangat cintai itu tak balas cinta kau.



Sahabat B: Ya.

Sahabat A: Tapi kenapa aku tengok engkau tidak bersedih pun?


Sahabat B: Buat apa aku nak bersedih? Aku hanya kehilangan orang yang tidak cintakan aku. Tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya. Mungkin dia tak ditakdirkan untuk aku. Mungkin ada jodoh yang lebih baik dari aku untuknya.


Sahabat A: Ya betul tu. Dan Allah SWT sudah sediakan jodoh yang terbaik buat kau. Bersabarlah sahabatku.





hmm.... so, mari kita muhasabah diri sebaik-baiknya...kita kadang kadang alpa dengan keseronokan bercinta dan Allah tu sayang pada kita sebab tu DIA tak nak tengok kita sesat lagi. Allah dah tentukan dah siapa jodoh yang terbaik untuk kita. yeah, tulang rusuk tak akan bertukar :)





Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan,

supaya kamu mengingat kebesaran Allah” (Adz Dzariyaat

49)





“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)” (An-Nur 26)


Monday, November 28, 2011

My weekend supposed to be !

Salam…



Hey fellow… yeah ! akhirnya ada juga aktiviti weekend nieh. Ini baru di katakan kehidupan yang berkualiti, penuh dengan aktiviti berfaedah. Cecece faedah la sangat kan? yeah, ini la weekend yang aku mahukan, spent masa dengan kawan kawan. Dulu masa di Melaka, every week perkara wajib adalah menonton wayang. Hobi saya menonton wayang. Sekian terima kasih.


Sabtu ritu ikut mak pergi makan kenduri. Em, kenduri sedara sekampung merangkap anak murid mak merangkap kawan aku juga tapi aku tak rapat sangat la. Then lepas jeh makan kenduri terus shoot balik ipoh. Yeah ipoh!!!!! Terasa diri ini baru keluar dari tempurung. Wah, luasnya dunia. Baru Nampak cahaya cahaya kegembiraan. Ini la hidup. Sampai ipoh dalam kul5 ptg, pastu dapat message dari Tirah, another my best friend, tiket wayang pukul 810pm. Wehooo! Ada pon tiket, selalu sold out jeh. Pheeuww nasib baik kali nieh bernasib baik. Thanks to tirah kerana bersusah payah membeli tiket online.


That night we all layan movie Twilight Breaking dawn. Sangat terharu, sangat kagum, sangat teruja, sangat tersentuh dengan percintaan mereka. Masih ada kah cinta sejati seperti ini di dunia? Manusia susah untuk menghargai cinta? Yeah, mereka tu bukan manusia, puntianak dan serigala cuma bella swan jeh manusia. So, mungkin masih ada lagi cinta sejati sebegitu. Kalau diberi pilihan, aku juga menginginkan suami seperti Edward or Jacob. *berangan jela kau alia!

Lepas tonton movie yang banyak memberi impak pada diri ini, kteorang pon lepak restoren. Aku makan bihun goreng and air teh o ais limau. So, bual bual masalah negara sikit then around pukul11pm tu dah balik sebab dah janji dengan mak nak balik pukul11. Hehe..oh ye. Antara salah satu topic panas, we all bual pasal kawin. Omg! Hm… actually our best friend nak bertunang so masing masing macam “wah bestnya dia dah nak bertunang, bila turn aku”… pehh terasa gila kot bila best friend nak bertunang dan tak lama lagi nak kawin. Before this kawan kawan yang tak berapa rapat kawin,  biasa jeh tapi bila best friend nak kawin, feel dia lainnn sangat. Bukan terasa kecik hati ke hape tapi perasaan macam gelabah *alia.......orang lain glabah xde keje, ko glabah sebab xde bf?? kesiannya~~ haha! ....... hah! Tirah siap peril aku lagi, “ko alia, orang lain dah nak kawin, ko nieh macam macam masalah.”… aku mampu ketawa jela..memang itu realitinya pun. This is friend for, menyedarkan kita….

err... tadi mak tegur "amboi, nak p buat persembahan opera kat mana nieh?" hehehehe mampu gelak jela.... dah lama kot tak makeup, nieh lepas geram namanya. neway, thanks mak sebab menjadi pengkritik yang setia dan sangat jujur sepanjang perjalanan hidup saya. nanti orang makeup light light jeh ea. ni trial jeh nak buat smokey eyes tp tak jadi lak. hehe


Then ahad pula, paginya menghabiskan masa melayari internet jeh..petang baru keluar dengan tirah again. Memandangkan kteorang susah sangat nak jumpa sejak aku habis belajar nieh, so bila ada kesempatan macam nieh kteorang guna la sebaik mungkin. Tak buat apa apa aktiviti pun just jumpa, gossip gossip, makan makan then balik la. Tadi aku cerita la sikit about problem aku baru baru nieh. Then sekali lagi tirah perli “hot sangat ke si “I” tu korang duk rebut rebut.”  Kahkahkah serius nieh aku pon tergelak besar. So, dah puas gelak membahan bagai, so aku bagi reason yang kukuh “dia tu baik”. Ok, itu jeh jawapan yang aku rasa dapat memuaskan hati aku and tirah J yeah, aku suka sangat tirah sebab dia cakap kadang kadang takde selindung. Cakap main lepas jeh but aku boleh terima, kawan macam nieh yang aku suka and sayang… sebab they all jujur, tak main tikam belakang.



Well…hidup nieh bukan hanya mengejar keseronokan sahaja. Yea aku sedar tu. Hidup kena struggle. Ada masa aku happy, ada masa aku sedih, ada masa aku stress. Banyak dugaan hidup ini. Bukan setakat dugaan bercinta tetapi dugaan belajar, dugaan kerja, dugaan kawan kawan, dugaan keluarga, dugaan wang ringgit, macam macam tapi tak kan kita nak buka pekung kita sendiri. Pijak di bumi yang nyata. Manusia rambut sama hitam hati lain lain. Manusia selalu fikir hidup orang lain lebih baik dari hidupnya tapi cuba fikir balik, ada orang yang lebih susah dari kita, lebih merana, jadi tolong bersyukur dengan apa yang ada dalam kehidupan kita ni. Jangan ada sifat dengki pon. Aku tahu ada orang kadang kadang tak senang tengok aku update pergi sini pergi sana, buat ini buat itu tapi this is my life. Aku bersyukur dan aku happy. Sesiapa yang nak happy seperti aku, buang sifat buruk dan tanamkan sifat baik, insyaAllah, happiness tu milik korang.




Balik tadi beli burger untuk mak J kesian mak duk rumah sorang sorang. I ajak jeh beliau ikut I jumpa kawan tapi mak I segan, so tak kan nak paksa ye dak? So, beli jela burger kat mak…



Tuesday, November 22, 2011

Hebatnya HARIMAU MELAYA !

salam...


yeah, di ucapkan TAHNIAH & SYABAS pasukan bola sepak kita kerana memenangi piala emas untuk sukan sea dan tidak menghampakan rakyat-rakyat Malaysia. dah macam pembaca berita or penulis artikel surat khabar dah aku nieh. so, aku yakin semalam semua duk depan tv menyaksikan perlawanaan bola sepak antara Malaysia vs Indonesia kan. semua excited. aku tahu tu, aku faham sangat sangat perasaan korang.





ramai yang update status facebook "jantung nak tercabut" la, "bulu hidong nak terkeluar" la, "fakri bla bla bla" la *owh, tapi dia memang hampeh! @@ err~~ nanti ada orang terasa. ok minta maaf. *cakap kat orang lain, orang lain terasa. @@




owh, saya terjatuh cinta dengan dia ---> BADDROL BAKHTIAR

hensome kan?

aaa hatiku cair~~~



see! sangat BERGAYA kan?

ok, aku suka dia ofkos sebab dia wira kita kan tapi tapi reason paling kuat aku suka dia sebab muka dia nampak baik, tenang, macam alim ulama @@ lol.....






*owh, saya minta maaf sangat sangat pada awak. saya tahu awak tunggu saya dah lama. yeah, memang lama. awak selalu bagi peluang pada saya untuk suka orang lain then bila saya ada masalah dan kembali single, awak muncul kembali dalam hidup saya. saya hargai awak. hargai sangat tapi tolong faham, cinta tak boleh dipaksa. awak baik, ada rupa, kerjaya bagus malah lebih bagus dari seorang jurutera tapi saya tak mampu menyintai awak :'( cinta tak boleh di paksa!!! 


Friday, November 18, 2011

Man : I broke up with her.

Boy:
I broke up with her.

His Best Friend:
What happened?

Boy:
She’s just too much for me.

His Best Friend:
What makes you say that? What did she do wrong?

Boy:
Well,...for one.. She only cared about her appearance. Always had to look good,
always took forever to get dressed! So insecure..

His Best Friend:
So, you broke her heart because she wanted to keep your eyes locked on her?
She wanted you to see that you have the prettiest girl under your sleeve and not think otherwise? I see..

Boy:
Oh.. Well.. She’d often call me or text me asking where I am, who I’m with, telling
me not to smoke, not to drink. She’s so clingy!

His Best Friend:
So,you broke her heart because she cares about your well being? Because she
cares about you a lot? And her greatest fear is losing you. I see..

Boy:
But.. Uhh.. Well, she’d always cry when I say something slightly mean.
She can’t handle anything. She’s a crybaby!

His Best Friend:
So, you broke her heart because she has feelings? And because she just
wanted to hear you say you love her? I see..

Boy:
I.. Well! You know,
she’d get jealous easily. I could barely talk to other girls! She’s so
annoying! I had to hide it from her.

His Best Friend:
So, you broke her heart because she just wanted you to commit to her?
She thought you
were faithful, but you lied so she could find out later and hurt even
more? She just wanted the guy she loves the most to love only her. I see..

Boy:
Well, she..

His Best Friend:
You broke up with her because she’s good for you?
She just wanted the best for you? She’s broken now because you were selfish.
Are you proud?

Boy:
I broke her heart.. Because I couldn’t see what was happening..
What happened to me?

His Best Friend:
You lost the girl that loved you like no one else could.
You see? You didn’t want her when all she ever wanted was you.
THAT’S what happened..

Thursday, November 17, 2011

Top 10 Reasons You'r My BEST Friend

salam...



hehe...ari nieh dapat picture wall post from my BEST friend and feeling like nak melompat-lompat jeh sebab rasa best baca reasons tu. all the reasons tu sebijik kene dengan kteorang!


10. Seems like we're known each other forever.- yeah...aku sangat kenal dia, kenal family dia, kenal siapa lagi kawan dia, kenal sikap dia, kenal bila time dia marah, bila time dia happy, bila time dia bla bla bla lah.

9. You tell me I don't  look fat.- haha! ok, masa first-first dia cakap dia gemuk, aku macam "hek ele dia nieh, badan keding macam nieh dia cakap da gemuk? dia xtengok lagi lemak aku macam mana lagi"...so, aku cakap la, "eh, xpe, cantik apa badan berisi sikit, ni keding je, xmantop la." haha! so just love your self babe <3

8. You laugh at my jokes.- ok, kadang-kadang bila aku dengan best fren aku, aku tak pandai sangat nak buat jokes.so, kalau aku or dia buat lawak, gelak je.haha! tapi kalau kene bahan tu, hah! memang best la kan, memang gelak sampai berair mata la kan...

7. We like the same junk food.- yes! ini sangat betul! biasanya fiza la yang memperkenalkan junk food yang aku tak pernah try. "eh, cuba ko try biskut nieh, best, macam cheww die pny jem". "eh, coklat nieh best tau, luar die milk coklat then mix dengan biskut coklat". so tanpa lengah lagi, aku memang akan pergi cari junk food tu and ummm sedapppp sangat!

6. Long phone conversation with no silent places.- yes, kteorang suka bergayut. sejam, sejam 30minit, 2jam. and a lots of story nak cerita. macam macam! kadang kadang tu sampai terlupa gayut lama, rasa macam baru gayut 10 minit tapi apa kan daya kredit tiada. huk huk...

5. You'd share your last piece of chocolate.- we're both loveee chocolate and kalau tinggal sikit tu, sangat tak kisah nak share. nanti beli la lain, apa susahnya kan kan :)

4. You always understand.- ok, nieh susah sikit nak describe. ok, kita masing masing ada masalah tersendiri. itu masalah, ini masalah, itu tension, ini tension and susah kita nak cari orang yang faham keadaan kita. but kteorang sangat memahami sebab masing masing mempunyai masalah yang seakan akan sama, so bila bagi nasihat or kata kata semangat, kita boleh terima sebab kita yakin dengan nasihat yang dia beri sebab degan nasihat itu juga kteorang mampu untuk hadapi segala dugaan :)

3. You're have seen me without make-up, and you didn't scream.- muahaha! yeah, ini sangat betol! bila tidur sama sama satu bilik *ok, tolong jangan salah faham* then bila bangun pagi terus tengok sahabat kita yang serabai gila, kita pon serabai gila, we all just give a smile...and biasanya akan cakap "awal bangun, da sarapan?"....sweet kan? sungguh, ini tak tipu!

2. You give bad hair day sympathy.- yeah, kalau we all ada problem, dialah tempat untuk menangis :'(

1. "You're My Best Friend", is "If  I Was Lost, You'd Find Me".- yeah, this is friend for...membawa kita ke jalan kebaikan, membimbing kita, menghargai kita, memberi kasih sayang pada kita and bla bla bla...




Nur Hafizah Hassan : Top 10 Reasons You'r My BEST Friend

10. We shared most everything.- yeah, terima kasih sebab shared everything! share makan, share minum walaupon botol busuk *ehem* teringat kes "kawan baik" ko. muahahaha! shared yang tak sepatutnya di shared tapi tershared lak *ehem* ingat tak ko letak "baju kecik" dekat penyangkut aku, then aku ingat aku punya so bedal jela, rupa rupanya ko punya! cis malu giler korang gelak kat aku. sama saiz yea? muahaha...but sorry again, serius aku tak perasan sebab warna sama! haha!

9. We holding on each other when difficult time.-ok, nie maksud mendalam sikit tapi aku malas nak elaborate. just teringat masa kita tengok wayang midnight berdua then balik dalam pukul230-300 pagi macam tu, kita parking jauh giler so kene redah malam berdua then kita jalan sambil pegang erat tangan and masing-masing pesan beware, sedia nak lari la, sedia nak buat apa la. hehe.. kelakar time tu...

8.  We both alert about our sense.- hm...ini memang penting dalam persahabatan. ingat tak masa kita sama sama praktikal kat sony, bila aku ajak ko pergi main skate kat sunway pyramid then suddenly aku pergi dengan maria dulu. time tu memang aku rasa bersalah sangat sangat then ko merajuk dengan aku *ko patut merajuk pon.hehe. time tu aku rapat ngan pakcik, so aku ajak pakcik keluar malam tu semata mata nak beli kad sorry untuk ko..hehe..serius rasa bersalah sangat sangat. neway, thanks sebab tak merajuk lama lama ;p

7. Sometimes you make me realize, what i have made was wrong.- hehe...ingat tak masa kita tengok traveler wife, cerita tu kan sedih then suddenly aku tercakap kuat "fiz! ko nangis?!" peeehhh celupar betol la mulut haku nieh kan, dah la time tu sume orang duk feeling feeling semua, semua diam je kan, tetiba aku cakap macam tu pulak. nasib baik ko tak lempang aku kan fiz. muahaha! aku kan suka keluarkan bunyi bunyi pelik time semua diam. haish!

6. You have a lot of time for me.-yeah, bila aku message ko reply, bila aku call nak gayut lama lama, ko layan kan aje. bila aku nak luahkan apa apa, ko tadah je telinga dengar. bila aku perlukan pertolongan ko, ko sentiasa tolong aku. "fiz, ce ko tengok jap budak nieh, die ok x". ko pon tanpa lengah cari la budak yang aku cakap nieh and yeah, ko bagi nasihat yang best :)

5. We go shopping together.- hmm...bukan senang nak layan member yang kaki shopping and cerewet lak tu. terima kasih sebab ko sabar je kan dengan aku selama nieh, pergi shoping try baju berjam jam, hehe...and ko banyak bagi pendapat, itu ini, and aku tahu, taste kite about fesyen kadang kadang tak sama, kadang kadang minat benda yang sama :) aku suka ko punya style :)

4. You are my shoulder to cry.- ehem. ingat tak kes aku pergi rumah ko menagis gile bagai tu. pehh time tu serius aku rasa aku ada ko seorang jeh time tu. malu memang la malu, meraung kat rumah orang. hehe..sorry tau buat family ko risau lak. huhu...tapi that time memang tak boleh blah langsung, aahhh malas fikir!. ;p

3. Only you and me know know our secret code.- kxbposk and *bullshit* haha! just two of us know whats its means :)

2. You guide me on my study.- yeah, aku tahu aku nieh pemalas gileeee time study tapi ko layan kan aje kan. "fiz, pinjam note ko nak photostat", "fiz, ko ada tak tutorial bla bla bla, emel aku","fiz, assignment nieh ko dah buat lum", "fiz, fiz, fiz"..semua nak tanya ko kan even kita lain lain kelas.thanks sebab ko tak pernah mengadu hal nieh.. huhu...alia alia...

1. "You're My Best Friend", is "If  I Was Lost, You'd Find Me".

hmm...actually banyak lagi kenangan kita bersama tapi ini yang aku ingat nak share. yang aku tak ingat, aku simpan baik baik dalam fikiran and hati aku. . terima kasih sahabat :)




















*saya memang bengang orang DELETE wall post yang saya bagi, rasa nak geget geget jeh, tak tahu hargai ke hape? tapi takpe, orang blagak selalu rugi*

Hello

salam...

hello. terasa rindu dekat budak nieh....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-






yeah, this all my feveret pics!!! and i love it. lalala~~

Friday, November 11, 2011

11.11.11 itu indah :)

salam...


hey fellows... huh nak jugak buat entry 11.11.11... indah la, tarikh cantik la, ada luck la, tah hape hape lagi la kan... tapi memang tarikh nieh best pon.muahahaa *ok, tak kelakar...

today aku rasa happy sangat because aku dapat banyak berita gumbira dari teman teman rapat. ada yang nak bertunang la, kawin la, dapat kerja la, sambung blajar la, bla bla bla la...bestnya!!! gembira, bahagia, terharu... *aku lak yang lebih lebih kan? yes, aku memang excited gila kalau dengar berita best best macam nieh..phewww rasa nak cium cium jeh korang kalau ada depan aku *see! melampau sungguh ke"excited"an aku...

anyway, for my friends, TAHNIAH! aku tumpang gembira and bahagia! tak sabar nak jadi auntie Alia. alolololo so sweet!! *see! melampau lagi! kawan baru nak tunang kau dah fikir jauh da kan? pheeuuuww alia alia...

so babes, aku doakan korang semua di permudahkan urusan, bahagia selamanya. amin...

owh, sejak dua tiga hari lepas aku mengalami suatu keadaan yang sangat kritikal. tapi yes, aku pernah lalui yang lagi teruk dari itu so, CHILL jeh alia..lalalala... alia ada kawan yang sangat setia mendengar segala masalah. time sedih dia selalu bersama, time happy pon selalu bersama, time susah lagi dia selalu bersama. best sangat and aku sangat sangat hargai korang!

thanks to FIZA (ololololohhhh ayuuunyeee, pinjam spek. ;p )


thanks to MARIA (ini paling comel skali pic alien dari planet namek *dragonball)


thanks to TIRAH (makcik nieh lagi xbole blah, nak yg kiut kiut jeh, jom tgk die buat pic aku camne lak)


thanks to FARAH (makcik nieh bernasib baik sebab takde pic horror die kan, nie plg horror kot. haha! )


and myself ( TOLONG JANGAN MENTERTAWAKAN DAKU!) -ok, tak berkesan. gelak la puas puas. gelak!




I LOVE YOU SAHABAT! <3

Wednesday, November 9, 2011

Dugaan Allah itu sama hebat dengan NikmatNYA

salam...

pehh tajuk... *ok petik dari drama Saffiya jeh bro.. hehe.. dah pukul 2.53am tak boleh tidur..penat aku golek golek still tak boleh tidur. so buka la fesbuk and boring~ tak ada apa pun yang menarik. apsal intro nieh macam tak kene jeh dengan tajuk nieh alia?

ok ok.. actually kata kata yang di petik dari drama saffiya nieh agak terkesan juga dengan diri gua nieh. err...bukan nak cerita sedih but saja nak share. tonite tiba tiba teringat and rindu sangat pada allahyarham my dad. *eh jap, sebelum nieh pon sentiasa ingat but still boleh control...

em, actually tadi ada la bual-bual dengan my friend, dia cakap dia rindu parents dia g Mekah, dia sambut raya dengan adik beradik and saudara mara jeh and terasa sangat bila tak ada mak and ayah. trust me, i faham sangat apa yang u rasa tu.

mengimbau balik 5tahun yang lepas, time raya haji, aku sambut raya dekat melaka, sambut dengan family kawan aku. so tak balik la kampung. then memang aku ingat and melekat lagi kt kepala aku nieh, my dad call tanya kenapa tak balik raya then i said, orang nak try beraya di melaka and cuti pon tak panjang and my dad very upset that time, aku tau dari nada suara dia. rupa rupanya itu adalah hari raya terakhir dia dengan kteorang. sangat menyedihkan kan... maafkan alia bapak.. alia memang tak sangka semua nieh. masa tu aku baru 19 tahun so biasa la darah muda nieh suka sangat ikut suka hati jeh kan. and yes, aku sangat sangat menyesal sebab tak balik beraya bersama :'(

yeup, that time umur aku 19. sejak 19 tahun tanpa kasih sayang seorang ayah *pehh ayat sedih lagi...ok, tak nak sedih. sejak tu aku mula la hidup berdikari, drive kereta dari perak ke melaka sorang sorang, kereta rosak kat highway sorang sorang, pergi bengkel kereta sorang sorang, urus itu, urus ini semua buat sendiri lah. and now aku boleh berdiri di atas kaki sendiri.. cewah... *kerja pon belum.. haha!

so, alia yang korang kenal nieh bukan la seorang yang tanpa masalah, happy jeh selalu, ceria jeh everytime. aku jugak punya masalah, punya rasa sedih, kecewa semua la tapi pengalaman dan dugaan tu membuatkan kita lebih matang. ok, aku tak cakap aku matang ke hape just as a human being kita kene banyak muhasabah diri.

Monday, November 7, 2011

Aidiladha :)

Salam…

Hello gadis comel and jejaka tampan… *ini memang trend blogger kot nak reader dia kembang kan? Hehe… selamat hari raya aidiladha. So, amacam raya korang? Best? Banyak berjalan? Well, kalau Tanya aku, jawapan biasa la, duk rumah duapulohempatjam. Quite BORING ohkey but its ok la dah biasa… *cecece biasa la sangat, padahal kat kg memang takde entertainment. Kahkah *ok, tak kelakar, apsal aku gelak nieh..


Buat persiapan pon ala kadar jeh. Sehari before raya dah buat ketupat. Mak yang masak pulut and aku tukang balut jeh. Yes, aku pandai tau balut ketupat. *cecece tak pernah terlepas dari puji diri sendiri yeh kau alia..hehe… dulu masa allahyarham bapak aku ada, dia yang buat, aku tolong tolong jeh, so bila dia dah takde, aku la amik alih tugas dia nieh time raya..jom tengok ketupat yang aku balut. *dengan muka bangga..pehhh ;p

pulut yang di masak oleh ibu tercinta

daun palas kene gulung gulung macam nieh dulu

first step lipat macam nieh.

second, pusing pusing sampai jadi mcm nih. 

third step patutnya ikat kat bawah ketupat tu tapi aku malas sbb sakit kot nak tarik tarik daun palas tu *manja @@


Ok, mak ada buat rendang udang and kari daging. And kakak ada bawa balik lemang,rendang tok and rendang ayam…wah, lengkap. But rendang rendang nieh tak sempat amik gambar dah licin. Haha!

Semalam my uncle ada datang rumah with his new family. Ehem! New? Ok, malas cite. Yang pasti aku first time jumpa his new family nieh. Lama dah tak jumpa my uncle nieh, setiap kali jumpa, kereta and family mesti dah lain.. *lain macam pulak bunyinya kan. Haha! And yang tak boleh blah my uncle tanya “sapa kawan hang sekarang?” then aku pon malu malu sipu la cakap “I’m single, cari sorang” haha! Then yang lagi lagi tak boleh blah, dia tanya “dengan yang Terengganu tu lagi ke?” pehhh itu cerita 3-4tahun lepas kot, masih segar di ingatan dia ea. *ayat skema J sekarang, i'm truly single ;)

opp...abaikan keseksian abang aku..hehehe