Saturday, September 29, 2012

Hari Sabtu

salam :)

kecoh jeh nak announce hari nieh hari Sabtu. orang lain pon tahu la hari nieh hari apa. kecoh r kau alia...

oh, bagun pagi pagi rasa nak sarapan kat luar tapi tak de siapa pon ajak T_____T nak keluar seorang memang thakk la kan.. aaaa i miss Melaka sooooooo much. bangun pagi jeh ada orang ajak sarapan, siap ambil depan depan rumah lagi. ok tipu. hehe... sarapan dengan housemate je. diorang kalau bangun lewat, sengaja aku pasang tv kuat kuat, motip nak suruh diorang bangun nak pergi sarapan sama sama. kehkeh... pecah rahsia aku. ops!

today tengah hari nanti nak teman Mahirah ambil jubah kat keyyelll... yeeppeeee berjalan! aku kan kaki jalan. hehe... next week pon turun putrajaya lagi, jalan jalan lagi. best best. duduk ipoh seperti katak yang tinggal di bawah botol transparent jeh. *eh, macam pernah aku cakap ayat nieh pada someone. siapa ya? fikir fikir. haha! ok sangat POYO! *eh, member aku cakap, dalam kamus dewan bahasa hape tah, maksud poyo tu cantik. betul ke?? kalau betul boleh la selalu cakap aku poyo. -_____-" muntah pelangi please! haha!


hm... lepas nieh nak try lah update blog tiap tiap hari. rasa semangat jeh baca blog orang lain update tiap tiap hari. rasa tercabar beb! haish! tak boleh jadi nieh alia. mengikut orang lak kau alia. hehehe... wateva lah...


jom siap siap nak pergi bayar bil internet. TM nieh pon satu, aku dah bayar bulan lepas punya bil, cakap aku tak bayar lagi. grrrr~~~ buat orang bengang gelabah jeh....

ok adios.. :)

Monday, September 24, 2012

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG PADA KITA

assalamualaikum...

terbaca status seorang sahabat nieh,  lantas meminta izin nak share! renung renungkan :)

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG PADA KITA

Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyembut namaNya.

Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.

Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

Diberikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.

Diberikan penderitaan.
Kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.

Diberikan kemiskinan.
Kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.

Diberi kehinaan.
Kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.

Oleh itu...
JANGAN terlalu banyak ketawa.
JANGAN terlalu bersuka ria.
Kerana Allah akan jauh dari kita..

Thursday, September 20, 2012

Tuntutan Hidup

assalamualaikum...

dah menjadi rutin harian aku, balik kerja jeh ngadap laptop, ngadap laptop jeh balik kerja. sampai mak bebel bebel la pasal nieh tapi aku buat dekkkk jeh. hehe...

laptop, internet, ibarat nyawa kedua aku, kalau tak ada, aku sanggup pergi online kat cyber cafe tau. haha! so, first thing first aku on laptop mesti terus buka facebook walaupon tak ada notification pon. *ok, tipu, ada notification tapi invite main game T______T aku tak main game laaaaaa weyyy.... hish pok kang!

ok, second, aku akan buka blog aku usha usha kalau kalau ada orang meninggalkan jejak ke. hehe.. and surprise!!! hari ini buka rasa happy sebab tiba tiba kat ruangan komen ada orang taip something. jom cekidaut.



tadaaaaa.............


oh, ingat time sekolah jeh ada secret admirer. rupanya sekarang pon masih ada.. haha!

ceh gila perasan la kau alia. tah hape hape lah orang hantar komen <3 <3 pon nak kecoh. eh? suka hati aku lah.  hahaha!  tak de lah, bukan kecoh, saja share cerita sampingan dengan korang. to my secret admirer, ehem! haha! thanks la komen. aku pon tak tahu la sape kau kan. yang aku tahu, close friends jeh yang duk baca aku merepek merepek nieh. hihi! anyway, awak berjaya buat saya senyum senyum kambing gurun kat sini, walaupun nampak macam perasan kan tapi sokayyy lah, perasan pon boleyy. haha! lantakkkkk :p

hm... lately nieh banyak sangat fikir nak buat itu nak buat ini sampai tak tahu yang mana sepatutnya jadi priority. maybe aku memang tak sesuai kerja kilang. bila tak suka or tak minat, dah macam macam alasan la keluar. haish! alia alia. mungkin aku lebih sesuai ikut jejak kakak aku, sambung belajar sampai PhD jadi professor then jadi lecturer. cehhh berangan kau alia! dulu tak sedar diri time belajar duk haruk "bila la nak habis belajar, tak tahan dah, stress belajar, nak quit bagai". haha! sekarang nak sambung belajar? apa kes??

haha! booo kat diri sendiri.. booooo.. haha! weh weh, relax ar weh... aku sememangnya tak minat ohkay engineering field, tu yang haruk takde hati time belajar. so, this time, nak sambung belajar, bukan dalam engineering field. tolong la.... aku suka art!!! or design, or management event, etc lah..something yang kita love to do, ikhlas nak buat, insyaAllah berjaya. :) 

amin....


Wednesday, September 19, 2012

Hidup kewl

assalamualaikum...

ohoiiiii..... kewl keh???

lama weh fikir nak taip apa. nak buat ayat mukadimah memang tak reti. tapi kang dah start taip kang tak reti nak berhenti lak sampai korang pon rasa bosan nak baca kan?


ok, aku start dari picture atas nieh lah yang aku curi curi dari facebook member aku. haha! LIVE SIMPLY! ok live simply. tolong la faham. memang la tak ada kerja yang senang dalam dunia nieh, at least give me a chance untuk buat apa yang aku minat. tolong la faham. 

susah nak faham kan orang lain apa yang kita nak buat. susah nak faham kan apa yang kita hadapi. ok, aku boleh fikir semua apa yang orang nasihat, aku faham, aku tahu, aku sedar, tapi hidup tak happy. sampai bila nak hadap perasaan tiap tiap pagi bangun hati tak ikhlas. hari hari tidur mimpi ngeri. ohoiiii mimpi ngeri ohkay sekarang! 

haish! rasa nak luah macam macam kat blog tapi tulah.... tak elok lah kan kan.... nieh jela mampu share degan korang. hehe...

till then :)


Sunday, September 16, 2012

Berangan Candy Buffet






assalamualaikum...

hi awak awak dan awak. eh awak juga, hi you.. you and you and you and you. eh, hi semua lah.... haha! *syok sendiri -___________-"

hari ini ahad, ahad ini cuti, cuti jeh orang mesti tanya "tak keluar jalan jalan ke?" or "hari ni buat apa? tak keluar ke?" or "keluar tak hari ni?" or or or or lah..... so, ni jawapan untuk korang yang sudi bertanya, ambil berat, "saya mungkin akan keluar hari ini dengan kawan baik saya, tirah. keluar selepas solat zohor jam berapa tidak kepastian lagi. pergi mana jua pun tidak di plan kan lagi. sekian berita terkini." haha! nieh ayat perli beb! muahahaha... ok ok, aku memang nak keluar hari nieh jumpa tirah. nak mengadu sket kat dia pasal keje, life, and so on lah...

sebelum keluar hari nieh saja nak share dengan korang, lately nieh aku kuat berangan ok. berangan nak kawin. eh? haha! berangan jeh ok. i olls kan kuat berangan, kuat makan, kuat tidur. *eh, kuat tidur tu bukan i olls, tu orang lain.. haha!

alia nieh kan suka benda benda yang shomelll.. kitew sukew ngat tau awak! contohnya, alia suka benda benda art design, benda benda creative, buat card ke, decorate something comel comel ke. so bila suka, mula la berangan masa tunang nak buat itu nak buat ini walaupon entah bila pn tak tahu la kan. jadi lately nieh rajin la cari pictures benda benda comel kat internet. ingat nak buat candy buffet, ha macam nieh......















































 haaaaaaaa kauuuuu juling mata tengok kan....

berangan macam nieh la..... angan angan mat jenin.... T____________T"



Saturday, September 15, 2012

Pagi!

assalamualaikum...

pagi kawan kawan!

bagun pagi buka laptop, itu standard rutin harian weekend aku. mak ajak pergi pasar pon malas, tak mandi tak gosok gigi, baju serabai terus ajak pergi pasar, pastu bila kite lambat dia pin pin pin pin pin, haduiiiii bingit telinga bunyi hon tu. dah tu darah muda darah panas kan, "mak pergi la, orang tak larat" haha! kan dah merajuk???  alia alia....

entah la nak taip apa weh. rasa macam tak ada benda best jeh nak share. nak upload gambar pon semua gambar gambar dah basi kan. sebenarnya, sejak akhir akhir nieh emosi tak berapa nak stabil. kejap kejap STRESS GILA kejap kejap gelak gelak kejap kejap nangis nangis kejap kejap rindu rindu. eh? haha! see dah macam orang gila dah weh, kesian la member korang nieh! tolong la tolong! tolong la kesian.... haha! :p

ok bye.



tu je? -_________________________________-"


Wednesday, September 12, 2012

Sedih

assalamualaikum...

sedih la tengok blog sendiri tak update update. sedih la bila tak de aktiviti nak cerita share dengan korang. sedih la sedihhhh.... eh? emo lak. :p

nak cerita pergi member kawin, member tunang, haishhh tacing jeh i olls ohkay.. bila turn i olls pon tak tahu....so cerita dah pun basi, korang pon dah tengok gambar gambar dalam facebook aku kan, so malas dah nak sembang kencang dah. eh? emo lagi... :p

the good news.... sekarang bff aku dari sekolah rendah dah tinggal sekali, lagi kencang la bergosip ohkay! haha! tapi time sekolah rendah kteorang tak rapat, dia sombong. haha! *si tuan badan jangan marah ok? :p actually masa sekolah rendah kteorang tak bertegur sape, memasing memalu kan, lagipun aku sekolah lain, kenal pun sebab arwah bapak aku mengajar kat sekolah dia. hehe.. so bila sekolah menengah kebetulan satu class, so rapat la lepas tu, gaduh gaduh bagai tapi masih rapat. haha!

sekarang nieh dia kerja area area tempat aku kerja juga and position pon sama, so senang la nak mengadu pape kan. thehehe...

ok, malas nak taip, esok pulak. promise! eh? *tak tunaikan berdosa tau alia! ok ok tak promise. kerja penat la, balik kerja jeh tergolek depan laptop sambil mata duk terkebil kebil tengok facebook. oh!!! what a life!!!

sekian terima kasih daun keladi, lain kali baca lagi. eh? haha! -_________-"