Monday, January 20, 2014

Posto! Posto! *Penting*



Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

First entry 2014...

1st : kad korang aku dah pos rabu lepas... harap bersabar ye... dalam minggu nieh inshaAllah sampai kat korang... kalau dah sampai pun, sila inform aku supaya aku takde la risau sgt kad tak sampai sampai... hehe.... thanks korang!  kalau tak sampai sila contact aku untuk gambar map or sebarang pertanyaan no phone refer facebook ye. hehe :)



ok, entry ni bertujuan nak menjemput kalian kalian semua datang majlis aku nanti pada 25 January 2014 (Sabtu) di Multimedia University Cyberjaya (MMU). sebelum nieh dah buat event kat facebook tapi saje jeh nak kecoh kecoh lagi dalam blog. hehe.

pada yang bertanya tentang persiapan.. alhamdullillah setakat nieh semua berjalan dengan lancar. tapi biasa lah kalau ada yang kita plan tapi tak seperti yang kita jangkakan or nak, of course memang ada. mengamuk la kejap. kejap je oke.

bagi yang bertanya dah ready ke belum.... err aku sendiri pon tak pasti sebenarnya dah betul betul ready ke belum. kadang kadang rasa macam dah ready sangat sangat dah nieh, macam esok pon dah boleh nikah. tapi sometimes rasa macam, eh betul ke nak kahwin dah nieh, kang kene bangun pagi masak lah, itu lah ini lah..ready ke? mihmihmih... anyway, whatever pon, aku dah nak kahwin pon....

untuk kawan kawan yang menyampaikan rasa tidak percaya aku nak kahwin tu, well guys...... aku pon tak percaya..!  maybe sebab sebelum kahwin nieh active je jumpa kawan lepak lepak. *oh my* lepak lepak? remaja sangat! haha!  lepas nieh tak boleh nak melepak sangat lah kan. kang cakap menderhaka suami pulak... -__-"

................................................................................................................................
PESANAN DARI PENGANTIN....eh silap! BAKAL PENGANTIN... cea.... haha!

ok, pada yang boleh datang kenduri aku nanti, aku sangat sangat berbesar hati kalau korang datang. happy tak terkira lah.. datang & meraikan pon aku rasa terharu sangat... so harapan nye korang dapat lah datang ye... :)

nanti kalau korang datang, kalau boleh jumpa aku, sila lah datang berjumpa, serius nak jumpa semua yang hadir! kalau aku tengah bersanding ke, tengah makan ke, datang je, jangan malu malu. takde sesiapa pon nak marah kan. kalau korang boleh tunggu untuk bergambar lagi lah aku hargai sangat.            

ok, next. make sure korang balik tak tangan kosong. inshaAllah goodies cukup untuk semua jemputan. tapi jangan expect lebih lah. hehe... aku kerja kuli kuli je. tak mampu nak kasi grand grand. hehe. so sesiapa yang tak dapat tu boleh mintak pada ahli keluarga aku. mak aku ke, anak anak sedara aku ke.

third, inshaAllah aku ada sediakan photobooth. tapi tak berapa nak janji sangat. kalau sempat, aku buat, kalau macam pemalas sangat, korang boleh ambil je gambar kat mana mana pon. kalau kat pelamin lagi bagus kan. and gambar korang tu sila tag aku ye.. heheh.. tag kat facebook boleh, instagram pon boleh. tolong search instagram aku aliahassan7 and add friends :)


owh, guest book. ha guest book, hehe.. gelak dulu.. guest book aku buat sendiri. handmade konon.. tapi aku pakai buku lama je pun. memunggah stor kat kampung haritu terjumpa lak buku kosong lama. masih elok. cuma dah kena hujan, so ada la bekas bekas air tu. anyway, sudilah kiranya korang tinggalkan ucapan di dalam buku yang tak seberapa itu. hehe... cea.... kemain suruh orang tinggalkan ucapan lak. eh, mesti la.. nanti tua tua nak tunjuk kat cucu kot, "ha.... ni lah kawan grandma yang paling coolest, tinggalkan ucapan dalam guest book grandma dulu".... cool kan? hahah!

aha, kepada sesiapa yang sampai sampai tu tapi tak tahu arah tuju, tak tahu nak jumpa sape, korang boleh jumpa ahli keluarga aku.  biasanya aku kalau tak kenal pon, menonong jeh pergi makan.. lepas makan baru jumpa pengantin. burrpp! haha!

...........................................................................................................

Kepada sahabat, saudara, teman, pendidik, rakan & taulan, TERIMA KASIH yang tak terhingga di atas ucapan, doa, nasihat, kata-kata hikmah anda semua. aku sangat menghargainya.


oh! TERIMA KASIH juga pada keluarga yang bersusah payah menolong itu ini, kehulu kehilir settle hal dewan, goodies, etc... thanks sebab effort tempah baju semua. and a lot of love and big thank you pada anak anak sedara aku, dania dini sebab rajin melayan acu lia dia nieh teman kesana kesini.

TERIMA KASIH untuk tunang/bakal husbeng *ehem* sebab turun jauh jauh dari penang tolong settlekan apa apa yang perlu. thanks juga banyak bersabar. hehe. and and thanks sangat sangat untuk perbelanjaan untuk majlis nieh.

TERIMA KASIH untuk kawan kawan yang banyak kasi pendapat, yang bertanya khabar, yang tolong teman beli barang, yang hadap jeh luahan aku kalau ada masalah *hehe* thanks a lot..

Aku minta maaf awal awal kalau di majlis aku nanti kalau ada yang terlepas pandang, or korang hi hi kat aku dari jauh tapi aku tak nampak ke, al maklum lah aku rabun tahap juling mata tenung orang. Maaf sekiranya ada yang terkurang or ada yang tak berpuas hati.

oh oh! di kesempatan ini juga, aku nak minta maaf banyak banyak kepada sesiapa sahaja yang terasa hati, atau tersinggung perasaan, or aku ada buat salah pada korang selama aku di bumi Allah nieh. sesungguhnya aku manusia biasa, banyak kesalahan. maafkan aku k? 0-0? hehehe....

and and halalkan makan minum yang korang belanja aku tu semua. hehe! lain kali boleh belanja lagi yedak? haha!

thanks sudi menelaah entry nieh sampai habis. love all of you <3




till then.....

Wassalam...