Wednesday, May 21, 2014

Tips to Penang

Assalamualaikum...

As promised, meh nak share tips pergi Penang.. cheaaa.. blog ada tips sekarang! bahaha!

Memandangkan aku baru je balik dari Penang semalam, so semangat nak update tu berkobar kobar sikit.

1st tips, pastikan duit anda mencukupi. *eh cop! adakah itu salah satu tips? haha! em, kalau dari putrajaya, tol RM48.20 pergi sahaja. minyak dalam RM70-80 la cenggitu. kalau korang naik bus dalam RM50(+ -) la cenggitu. kalau naik flight dalam RM68(+ -),  penang-klia-penang, KL Transit dalam RM9.80 kot ke Putajaya. see, betapa duit memainkan peranan penting dalam tips tips seharian. haha!

ok, aku malas nak cerita lebih, semua benda pun nak kena ada duit yedak.. untuk penginapan.. hurm... kalau nak selesa, of course la hotel mahal sikit. aku haritu penah sekali je pun tidur kat krystal suite dekat bayan lepas. suite nieh dia lebih kurang macam apartment la, besar, ada dapur, ruang tamu, bilik and bilik air. 1night dalam RM180(+ -) exclude breakfast. pendapat aku, ok la, not bad. siap ada kolam renang atas bumbung lagi. fuyoooo 1 kali.. mihmihmih....

ok, di sebabkan dah kahwin nieh, selalu la turun penang, dah tu kalau tiap tiap minggu nak bayar RM180, botak weh kepala laki bini nak sara hidup, so menginap jela kat hotel seri malaysia kat bayan lepas, RM120 per night include breakfast.tapi lately nieh kteorang jumpa 1 lagi hotel budget, not bad. hari biasa RM99 per night je. ok la, sebab hotel agak baru, katil baru semua pun baru. Ni kes tetiap minggu nak jumpa kan, so tidur jela hotel budget, janji selesa dan selamat. kalau korang mood mood nak bercuti berhoneymoon tu, tak yah la kedekut sangat nak tidur kat hotel mahal mahal sikit. belanja jela isteri tidur kat hotel best best kan. kes haku nieh dah tetiap minggu pun mood bercuti, ate terpaksa la berjimat. hehe

and and, kalau korang nak jimat lagi, boleh tempah hotel kat agoda, memang jimat habis la. mcm krystal suite tu kalau tempah kat agoda baru RM140.. hehe.. *nieh aku bagi tips untuk orang yang tak berapa nak tahu sangat la macam aku dulu. hehe. walaupun korang lebih terro bab bab pergi bercuti kennn..... kemain kau pergi korea, australia, rome, jepun, uk bagai, haku melancong penang je. pon boleh! haha!

nieh dekat Krystal Suite. View mengancam :)

talk bout food dia... biasa la penang. apa lagi nasi kandaq la wey... tapi aku jarang pegi nasi kandaq. penah sekali je makan kat nasi kandaq kayu. ok, not bad. then Syafiq suggest Kari Kepala Ikan kat 1 tempat nieh, relau kot. ahh ikan bawal goreng dia memang fresh giler lah. susah weh nak dapat bawal goreng fresh macam kat kedai tu. makanan yang lain... ha..... pasemboq. kat George Town, err kat mana eh haritu pergi? aku lupa boleh tak? haha! korang google jelah... gambar ada amik tapi, malas nak transfer. hehe.. yang lain lain korang google jela sebab biasanya aku pergi penang bukan jalan jalan cari makan, just sekadar nak pergi jumpa suami minum minum bual bual then balik ke cyberjaya balik. that's all? yes, that's all.. :)


aku pun tak tahu sangat tempat tempat menarik kat Penang nieh, tapi paling attractive dia punya street art la. aku memang sukew gilew bab bab art nieh. street art dekat George Town. specific area, em, dekat dekat dengan jeti. sebab haritu aku kayuh kayuh basikal sampai ke jeti weh. so aku assume dekat dengan jeti jela. haha! em, street art nieh kalau jalan penat jugak la. so aku decided naik basikal jela. 1 basikal RM10. suka hati nak berapa lama janji hantar balik. aku kan, dah lama gila kot tak naik basikal. pastu boleh pulak terasa kebodohan sebab pilih basikal yang roda die runcing je tu. giler ah gelong gelong bawa sebab tak reti nak balancekan. but at last, boleh je kalau nak ajak race! kahkah, sonang je, siap lepas tangan hokay! ceaaaa bongkak! haha!


weh...... haaaaa aku lupa nak share pasal jambatan baru tu kan..... hehe... sebenarnya, aku pun tak tahu berapa sebenarnya harga jambatan baru tu sebab dia bayar sekaligus kan. tapi syafiq cakap RM8.50. jambatan lama RM7.50 eh? sebab syafiq pakai touch n go jambatan penang punya RM5.60 je.. hehe...

banyak lak bebel kan.. hehe.. jom layan gambar :) *padahal gambar sama je dalam facebook.. huhu


ala, ni jela gambar yang ada. rasa macam tak syiok weh nak share gambar yang dah upload kat media sosial. ceaaa media sosial. haha!

kang kalau aku rajin, next entry aku up gambar yang tak pernah korang tengok such as, si suami tolong iron kan baju i olls ke, haha! gambar tu aku amik curik curik. 

well, nama pun suami isteri, bila si isteri basuh baju sidai baju, si suami lah iron baju pulak ken. apa yang penting? KERJASAMA! wonderpet wonderpet kami datang... haha! thanks si suami. i lap u. thehehe