Tuesday, October 25, 2011

Freedom of Expression : Alia Convocation

Salam…
TAHNIAH ALIA HASSAN

OK, SEMOGA LEBIH BERJAYA DARI ACU LIA. <3 DANIA

Wahhh… banyak sangat nak share cerita ngan korang nieh. Well as you olls dah tahu, sabtu lepas berlansunglah hari bersejarah aku.. *cewah, ayat nak skema jeh kan.. before tu, hari selasa aku dah turun Melaka, perhh excited kot. Nak amik jubah la, jumpa kawan kawan la, memang super duper best weh. So, dah settle amik jubah bagai, ada pulak orang panggil interview kat putrajaya, so kene la balik putrajaya balik. Then balik Melaka balik. P balik p balik macam tu jela.

PUTERA KATAK KU...

WITH YAN, ENA, YAT AND RAIHAN... diorang duk sebelah aku dalam dewan


Ok, sepanjang minggu tu aku memang sibok gile, sibok berpoya-poya jeh. Haha! Tiap-tiap hari keluar, jalan jalan, makan makan, tengok wayang. Perhh penat! Sekarang pon masih terasa kepenatannya.

Ok, boring la cerita pasal jalan jalan kan. Ok, aku nak cerita masa hari konvo tu. Malam sebelum konvo tu aku tidur lewat jugak la, dalam kul2 pagi cam tu, biasa la jumpa kawan kawan, jumpa pakwe pakwe..opp, special pakwe sorang jeh. Haha! Then balik jeh homestay, mak biasalah kan dengan tugasnya, memarahi anaknya jika melakukan kesilapan. Mau tak marah balik tengah tengah pagi buta kan. *padahal beliau tak tahu sepanjang I duk melaka selalu jeh balik pagi pagi buta.kahkah. InsyaAllah mak, anak mak nieh tahu jaga diri J masa mak marah marah tu, aku sengih sengih jela mampu tapi tacing jugak la. Hehe

MUMMY! I LOVE YOU SO MUCH!

ABANG!  LOVE ALL OF YOU!

Then, dah mandi, cuci muka semua, letak letak jeh kepala terus lena. Dalam kul430 pagi dah terjaga dah! Padahal memang penat gila, tapi tak tahu camne boleh terjaga kul430am then dah tak boleh tidur balik. So, lebih baik bangun siap siap. Pukul 650am aku dah gerak pegi dewan, semangat gila kan? So, sampai sampai sana call call member sambil gelabah gelabah tengok orang ramai kan. Then berkumpul kat khemah, masa tu biasa la semua kelam kabut.

MY BEST FRIEND, MY GOSSIP GIRL XOXO FIZA. LOVE YOU FIZ...

 IZZAT... CONGRAT  :)

Dah masuk dewan memang neves gila tunggu turn, bukan neves nak naik stage, neves terjatuh jeh sebab tumit kasut perhhh tinggi n runcing kot *nak meletops punya pasal. Haha! Tapi alhamdullilah semua ok kan, TYT pon senyum jeh masa bagi tu, maybe dia berkenan kot nak buat menantu. Kahkah.. *perasan..

FARIZ :) 

FAHMI :)

Ok, dah settle semuanya, keluar jeh dewan sibok cari mak, abang and dania. Siap call bengang bengang lagi tak jumpa. Panas kot masa tu and perut nieh memang mengada pulak time tu nak lapar sangat. So, jumpa jeh mak, salam salam, amik gambar sekeping then terus ajak makan. Haha! Da malas sangat nak amik gambar dengan kawan kawan. Then pergi la makan. Dah habis makan pergi balik dewan dengan dania, ingatkan dapat la jumpa member member tapi semua pon dah lesap. Memang takde rezekhi la nak amik pics sama sama kan. Petang tu pergi jumpa kawan yang konvo sesi petang pulak, petang rileks sikit sebab redup sikit kan.

MARIA, ADAH, SABA, DILA, TIKAH N RAIHAN :)

Ok, malam sabtu tu, aktiviti wajib, jumpa member lagi. Kuar makan makan, bual bual dalam kul 11 malam baru balik homestay. Hah, malam tu bawa dania pergi jonker walk! Aku dah agak dah dia memang rambang mata punya tengok barang barang kat situ sebab acu lia dia pon tak tahan nafsu kot tengok barang barang kat situ, semua cantik cantik and murah la dari barang barang kat putrajaya nieh.

bergambar depan our fakulti :)

Esoknya, aku siap siap nak pergi konvo member sesi ahad lak. Ahad tu lagi la perghhh panas terik! So terpaksa la pakai shade, Nampak la hidung jambu aku kan. Jambu pon jambu la, panas punya pasal. Hah! Actually aku ada la macam terserempak member member yang pernah tegur kat fesbuk tapi aku nieh pemalu la, segan sangat nak tegur. Hehe..and yang aku tak perasan tu, aku mintak maaf sangat sangat. Serius tak perasan, satu sebab rabun, power lens nieh tak cukup power sangat, 2nd aku tak berapa nak cam sangat muka muka korang. Hehehe. So, kalau korang tegur, insyaAllah aku bual bual kejap ngan korang kan. Hehe.. mintak maaf ea kawan kawan.

1 2 3 lompat!

Petang tu before balik putrajaya, nasib baik la maria ajak amik gambar sama sama kat fakulti, walaupon dah pulangkan jubah tapi jadila ada jugak gambar dengan kawan kawan kan. So dah puas bergambar balik la putrajaya. Sampai rumah, mandi dan tidur…


Owh……… bebel panjang panjang lupa nak dedicate ucapan ribuan terima kasih. First of all setinggi-tinggi terima kasih pada mak, mak yang banyak bagi tunjuk ajar, banyak menegur segala kesalan yang alia pernah buat, banyak buat pengorbanan, supply duit belanja *hehe, and untuk segala-galanya. I love you mom very much! Pada allahyarham En Hassan, my dad sebab sebelum meninggal ada pesan sambung degree and banyak support masa beliau di dunia nie. I love and miss you a lot bapak!! Alia dah ada degree!! Terima kasih jugak pada abang-abang, kakak-kakak, anak-anak buah yang datang masa konvo tu. I love you all with all my heart. Pada kawan kawan, maria, fiza, tirah, farah, adah and sape sape lagi yang aku tak sebut yang banyak support time belajar, menangis sama sama, ketawa sama sama, terima kasih korang. Aku sayang sangat dengan korang :’) . pada close friend fariz, classmate, schoolmate, thanks a lot key. Pada UTeM! Terima kasih UTeM melahirkan graduan berkaliber seperti aku! Kahkahkah. And lastly pada ehem Izzat Azmi. Thanks for your attention, thanks for your love, thanks for your fresh flowers and putera katak, thanks for everything lah :)






Ok, panjang nau speech aku kan. Mekaseh pada korang gak yang sudi membaca! J

3 comments:

  1. ok dah konvo..dah habis belajar..maknanya dah boleh kahwin..haha :p

    ReplyDelete
  2. hahaha! insyaAllah.. tunggu cukup duit dulu la.. :)

    ReplyDelete
  3. yes,pic yan ade..tp yan nk pic yg laen2 bleh??heehe

    ReplyDelete