Salam…
Yeah, semalam tercapai jugak impian aku nak makan dekat fullhouse. Memang da lama sangat mengidam nak makan kat fullhouse nieh. Bukan kisah sangat makanan dia sedap ke tak, yang penting view tempat dia cantik!!!
Sebelum nieh berangan nak makan dengan future boyfriend la tapi tak jumpa jumpa lak boyfriend tu kan so paw la my close friend! Fariz! Haha! Plan asal nak ajak lagi seorang member kteorang, dah ajak dah pon tapi malangnya dia pulak tak ada cuti, so aku berdua jela dengan fariz. *ehem! Tolong jangan salah faham ea, fariz is my best friend jeh. Dah lama aku kenal anak professor nieh, 4,5 tahun jugak la kan fariz kan…. Budak nerd baik hati belanja makan..terima kasih fariz!!!!! J
Lagipon dah 10 bulan dah dia kerja and asyik cakap nak belanja makan jeh kan, tapi tak ada masa, so alang alang dia amik cuti sempena konvo and aku pon free, masa untuk menuntut janji. Muahaha…
Fullhouse memang cantik tempatnya, sweet sangat. Aku syorkan la sesiapa yang nak propose makwe ke, isteri ke, boleh la bawa datang sini. Nak romantic romantic pon boleh, nak celebrate apa apa pon bole. So kteorang kire celebrate sempena habis belajar jela kan. Hehe..
Hm..makanan dia not bad, boleh tahan juga la. Aku makan ikang panggang and cendawan goreng jeh. Serius berbelit lidah nak sebut nama makanan tu so aku translate dari apa aku makan jela ea? *orang kampong beb, mana tau nama makanan pelik pelik nieh! Haish! And fariz makan bbq ayam kot. Tah aku pon tak hengat la. Air papermint with coklat and fariz minum air bandung kot, kot la, tak sure la. Aku Nampak putih merah merah jambu jeh airnya, air sirap bandung la kot.
Harga… boleh tahan juga. Dua orang makan tak lebih dari rm100. Kira ok la tu kan kan? Hehehe.. mampu lagi la kot nak bayar. Hehehe
Ok, dekat fullhouse nieh ada jual baju baju and accessory perempuan, memang hysteria sekejap la tengok barang barang dia, bukan tak pernah jumpa just dia punya view cantikkk sangat! Ok, jom layan gambar J
wah bestnya dapat makan kat situ.nanti nak ajak en boyfie jugakla..hehehe
ReplyDelete