Saturday, March 3, 2012

Layan kot tengok cerita Jepun

assalamualaikum....

ingat lagi masa awal awal time diploma dulu, aku and member member layan kot tengok cerita korea. yang lagi best, kteorang selalu layan cerita korea time exam. esok ada paper, malam tu boleh layan lagi ceria korea bersama! tapi kes macam tu aku tak berani mati la nak buat, gila apa, aku dah la study last minute, pastu nak layan cerita sampai subuh tak study pastu nak pergi masuk dewan periksa, memang senak perut kot jawab! ni kes kawan kawan aku la, di sebabkan kteorang tak sama fakulti, so jadual exam tak sama. pastu bila aku takde exam esoknya, aku layan jela kan, and diorang sibuk jugak layan. esoknya lepas balik exam semua duk cakap "wehhh tadi masa jawab exam, aku asyik teringat bla bla bla jeh (hero cerita tu)!" gila ke hape? nasib baik otak diorang power, lulus gak exam kan? haha!

serius best kot layan tengok ramai ramai. memang dah banyak gila cerita korea kteorang layan, banyak jugak la membazir air mata kan. haha! dah 6tahun berlalu, serius aku rindu sangat time tu....dulu, selain cerita korea, kteorang layan jugak cerita dari taiwan, jepun. and lately nieh aku layan cerita jepun sensorang.

apa yang bezanya cerita jepun dari cerita korea or yang lain lain, cerita jepun nieh lebih kepada persahabatan, bukan percintaan. memang sangat best. cerita nieh cerita lama tapi serius layan...setakat nieh aku dah layan cerita :

1. bloody monday---> tentang satu kelompok manusia nak menguasai bumi dan diorang menggunakan virus/wabak untuk menghapuskan kerajaan, and ada seorang hacker yang sangat bijak and terro menghalang rancangan diorang tu. 

2. crows zero---> ha, yang nieh best. diorang nieh student. student sekolah bebudak jahat. then diorang selalu berlawan la sebab nak dapatkan pengikut and siapa yang lagi hebat kat sekolah tu.


dua character nieh paling aku SUKA!!! <3

3. hana kimi---> yang nieh best jugak. seorang budak perempuan yang bersekolah di sekolah lelaki. memang best gilak ohkay tengok bebudak laki sangat caring each other. and cerita nieh agak "bodo bodo" sket. haha!

4. prince of tennis---> em, nieh cerita lawan lawan tennis siapa lagi hebat. ok jela cerita nieh.

5. eito 8uppers---> nieh cerita 7orang samseng yang baik hati. one day tu ada seorang perempuan mintak tolong jaga anak dia, then diorang jaga dengan penuh prihatin ohkay! sweet......

see, semua cerita jepun yang aku tengok semua bukan mengisahkan percintaan, memang best kot tengok cerita yang lain dari yang lain. ni tak habis habis cerita cinta cinta cinta, pastu pola cerita dah tahu dah macam mana. cerita yang aku tengok nieh banyak kbkk. sangat kreatif. 


serizawa

 genji

and sudah terjatuh cinta! haha! gila macho habis rambut style macam nieh. *pengsan*

5 comments:

  1. cite jepun agak ganas cket dr korea kan..ada nilai pershbtn dan kekeluargaan yg tggi..dah tgk mr brain? best sgt

    ReplyDelete
  2. ha ah, ganas sket tapi best! ala, belum..nanti kte download kay :D

    ReplyDelete
  3. sama la kite..korea jepun taiwan, sume layan..hihi tapi list2 cite tadi, sy penah tgk hana kimi aje..hik3,

    ReplyDelete
  4. Alaa.. Tengok cerita sebab hero dia konon kacak lah kan? Macam gay adalah.. Hihi

    http://notadijari.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. crow zero terbaik lah..paling bodo masa genji pukul budak sekolah apa tah (episod I tau II pun tak ingat yang mana)..pastu terus declare perang..haha

    ReplyDelete