haaaaa nampak tak kegigihan nak share experiences nieh....
Jom sambung cerita... ok, lepas je aku dapat tahu aku pregnant, terus je terlintas "kena jaga makan nieh, kena beli buku study nieh, kena search internet pasal baby nieh, kena bagi tahu mak nieh"..... mula mula nak bagitahu kat mak aku, seriously tak tahu macam mana sebab rasa malu... fikir punya fikir, macam mana la nak bagitahu kat mak ni kan, jadinya aku balik kampung bawa sekali susu anmum. bila bangun pagi tu, mak aku selalu sediakan sarapan, siapkan minuman semua kan, masa tu la aku cakap kat mak aku... "orang minum ni sekarang (sambil tunjuk kotak susu anmum)..." and response mak aku "awat, hang mengandung ka?".... dengan tersipu sipu aku pon angkat angkat kening je sebab maluuuuuuuu.... haha! pastu mak aku faham la then mak pon start menasihati anak manjanya ni dengan macam macam nasihat and petua..... :) mak aku takde la teruja sangat sebab ni bakal cucu beliau yang ke 8 sudah, so beliau rilex rilex je,,, hihi
Ha.... bab susu ibu ibu mengandung nieh.. masa awal awal dulu, aku fikir, bila dah start mengandung, KENA, MESTI minum susu untuk perkembangan janin, and masa mula mula dulu aku tak tahu apa apa so aku minum la susu anmum. kawan kawan aku, diorang cakap susu anmum tinggi gula, boleh buat baby besar.. mungkin benar. aku stop minum anmum sebab perut and badan aku tak tahan. minum anmum badan aku panas gila and cirit birit. memang tak sesuai. lama jugak aku stop tak minum susu, lebih kurang sebulan. then aku tanya kawan aku, diorang minum apa, diorang suggest friso or dumex mamil. then aku try la minum dumex mamil. aha, susu nieh ok cuma tawar.... telan jela labu....sampai 5bulan minum mamil. bila masuk 6bulan, aku dah start minum susu kambing.
Susu Kambing nieh memang elok sangat minum time preggy sebab dari pengalaman pengalaman kawan kawan and kakak kakak yang minum susu kambing, baby inshaAllah tak kena kuning nanti. so harapan aku dengan mengamalkan susu kambing baby aku nanti tak kena kuning inshaAllah, tolong doakan sekali ea... aku cuma berusaha je.. aku minum susu kambing Wildan original(susu tepung). yang coklat punya boleh juga nak minum tapi member aku cakap kalau coklat ada kandungan gula, so minum je yang original, better. susu kambing Wildan nieh sedap! lemak kurang manis, tak bau kambing pon.. aku suka minum makan dengan kurma.. arghhh nikmat.. a mug susu kambing dengan 2biji kurma twice a day.
asam masin letak dalam limau nipis... pehhhh nikmat!!! ni bukan setakat aku je ngidam, sekali sekali dengan husband aku pon layan.. actually yang aku perasan, husband aku dulu tak suka masam masam tapi sejak aku pregnant dia pun suka, bila aku ngusik cakap dia yang mengidam, tak nak mengaku... erh lelaki ego........ -___- *ye aku tahu tak elok makan asam asin ni kang anak kene kuning.. aku makan macam ni sekali je sebab yelah alasan yang sama, takut harm baby.. hehe
Buah delima pun elok makan.. specific khasiat dia korang boleh search sebab aku tak sure sebab banyak sangat orang cakap baby bijak la, tambah darah la.. somehow pon, makanan sunnah pasti ada khasiat tersendiri. kita amalkan jela....
apa yang aku baca, kekacang juga elok untuk di makan. almond, pistachio, walnut.... tapi ada setengah yang aku baca, bergantung pada individu juga sebab kadang kadang kita tak tahu, badan kita alah pada apa, takut nanti effect baby. sebab aku ada sorang causin tu, anak dia alah pada kekacang. tak boleh makan langsung kacang, kalau tak, semput. penyebabnya tak pasti samada mak dia suka makan kacang ke masa pregnant. not so sure... mula mula dulu rajin juga makan pistachio tu...:)
Wanita mengandung nieh tekanan darah rendah.. aku punya tekanan darah pon semakin menurun.
bulan 6 HGB 13.2 ok lagi...
bulan 7 HGB 12.4 still ok...
bulan 9 HGB 11.1 masih belum tahap tekanan darah rendah tapi setiap bulan menurun... kalau bawah 11 yang bahaya and kena pantau....
Now kandungan aku dah 6 bulan. alhamdulillah....... setakat nieh ummi baby & baby sihat. haritu checkup, heart beats baby normal. 153. Ummi baby rasanya terlampau sihat sebab sepanjang 2 bulan naik 9kg. tahniah! aku muntah muntah sampai awal 5months aritu tapi makan tetap makan. cuma elak makan benda benda berlemak sebab misi pesan, kalau tak nak muntah muntah sangat, jangan makan benda berlemak sebab nanti acid perut bertindak dengan masakan berlemak yang kita makan tu, lagi nak buat kita muntah loya bagai. so aku ikut la nasihat misi. tapi bila dah tak muntah, pehhh nafsu makan.......... setiap jam lapar kot!
see........ nampak tak? bulan Jul 56kg, bulan Aug 60kg, Sept 65kg........ maka di isyhtiharkan anda di paksa meminum air gula untuk memastikan tiada kencing manis and diabetis. sekian. Supposely, berat normal pregnancy women every month naik 1kg je for 1st and 2nd trimester. for 3rd trimester every week, naik 0.5kg je which mean 2kg per month. eh betul ke? tapi something like that la pengiraannye... lupa boleh T_______T
Hurm..........
Bila aku dapat tahu "yeay, i'm pregnant!"... terus pergi beli buku buku kat atas nieh sebab nak study perkembangan janin every week. like seriosly memang banyak gila lah info dalam buku nieh, dari kau start awal pregnant sampai baby dah keluar, apa yang elok di makan, apa yang patut elak di makan, senaman, macam mana persedian mental and fizikal, semua complete. cumanya banyak perkataan perkataan yang fancy fancy yang kena google search jugak la... hehe... actually aku pon tak habis khatam lagi.... hihi..
antara buku buku lain yang aku baca untuk menambahkan ilmu di dada dan minda. cewah!
haaaaa... ni majalah 2007-2008 kakak ipar aku beli dulu. nasib baik simpan lagi kan, boleh jadi sumber bacaan... best ok tengok gambar gambar baby comel comel di samping tambah ilmu pasal nak jadi mak nieh..... anak first kan.........................
TIPS :
Masa mengandung boleh amalkan.......
1. Makan banyak buah buahan.
2. Minum banyak air masak.
3. Minum susu kambing.
4. Mandi awal.. (elakkan mandi malam, mandi petang pukul 6-630-7pm)
5. Elakkan makanan mentah, sushi, telur separuh masak, salmon, ikan ikan berduri, makanan makanan tajam... etc...
6. Boleh amalkan surah surah al Quran... (bab nieh aku pun sekali sekala je buat, nasihat orang je pandai kan.. mihmihmih)
7. Jangan stress sebab baby pon akan rasa stress juga.
8. Selalu la bergurau senda dengan suami :)
haaaaaa kan.......... konon konon tahu sangat la pasal pregnancy... ya, aku tahu, banyakkkkkk lagi kena belajar. apa yang aku tahu, aku share. kalau nak share details lagi memang esok lusa tulat tahun depan pon tak habis menaip... kalau ada sesiapa yang nak bertanya, boleh je inbox aku. cewah! budget! puiii! haha! aku pon banyak tanya kawan kawan, mak, mak mertua, kakak kakak ipar semua. apa yang boleh share kita share la yedak?
till then..... banyak lagi chapter nieh weh.....
salam.....
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. kepentingan kalsium memudahkan ibu bersalin meneran.
ReplyDeletePanjang lebar diari sis ni. moga dapat jadi panduan kepada kawan kawan lain yang sedang berbadan dua. Nak senang, minum susu dari trimester 1 lagi.
ReplyDeleteDan teruskan sampai nak bersalin. Pastikan susu yang kurang gula lah kan. Tak manis
Fifi first pregnant dah 5 week,,minum susu Anmum..setiap lepas minum tak lama tu mesti cirit birit...hmmmm kena tukar susu lah mcm ni kan?
ReplyDeletemakan nasi dulu tak sebelum minum susu? sy masa kali pertama tu minum susu sebelum makan nasi..mmg cirit birit la..lpstu minum lps makan nasi alhamdulillah ok
ReplyDelete