waaa...bestnya cuti 4 hari lepas. duk rumah abang and berpoya-poya dengan anak-anak sedara.ok, nanti aku buat entry cuti 4 hati tu. sekarang nak cerita pasal g beijing tak habis lagi.
hari ke lima kita orang pergi panda zoo and stadium olimpik. masa dalam bas johan ada terang tentang 5 panggilan nama untuk mascots panda masa sukan olimpik iaitu:
Beibei - the blue one
Jingjing - the black one
Huanhuan - the red one
Yingying - the yellow one
and
Nini - the green one
kalau singkatannya adalah Bei Jing Huan Ying Ni yang membawa maksud "Welcome to Beijing". kalau tak salah pendengaran aku la, panda nie kebanyakkan berasal dari Sichuan sebab suhu lebih sesuai dengan panda di sana. aku masuk panda zoo tu dapat tengok 4,5 ekor je, tak banyak pon. dah pupus gamaknya.
then pergi stadium olimpik ambil gambar ramai-ramai.kawasan stadium tu luas and berangin, sesuai untuk main layang-layang. then dah puas bergambar semua, kita orang pergi permata center and jumpa dengan steven! hah! steven nieh orang malaysia tapi jadi manager kat permata center di beijing and steven sangat peramah, petah berbahasa malaysia, kelakar, pandai ambil hati, and bla bla bla. masa dia terang macam-macam tu kita orang tak kering gusi tau, ketawa jeh sebab dia banyak share pengalaman, antaranya dia cakap duk china tak best sebab "the biggest problem in China is SUP TELUR" ahaha! memang kelakar sebab ahli rombongan aku dah muak giler makan sup telur yang tawar! then dia cakap lagi masakan tak berasa, tawar je semua, tak seperti di malaysia. *betul-betul, sebab tu malaysia ramai obesiti ;p *kalau korang pergi china, memang susah giler nak nampak orang obesiti, jangankan obesiti, orang yang berisi macam aku pon*ehem susah nak jumpa! seriusly!
lepas dah habis jalan semua, pergi la bershoping dekat market apa tah namanya. bawah market tu ada saboi. ahaha! saboi tu hape?? ok,meh nak cerita, orang china nie cakap english slang dia orang memang susah sikit nak faham, johan sebut "subway"="saboi", mula-mula kita orang dengar memang tak faham, saboi tu sabun amoi ke, asam boi ke, haish! pastu bila johan sebut itu keretapi itu, okkkkk baru la faham subway.subway nie bawah tanah, teringin sangat nak naik tapi memandangkan keselamatan tidak terjamin maka hanya boleh memandang dari jauh saja la...hm...tak pa tak pa next time alia, next time! =)
ok, untuk entry nie, aku include sekali dengan hari keenam sebab hari keenam just shoping-shoping jeh. tapi banyak juga cerita shoping nieh. ok, orang china nie bijak berbisnes and bijak jugak kelentong orang. ok, contohnya handbag, dia letak 800yuen=rm400 then bila kita menggunakan skill untuk tawar-menawar nieh boleh dapat dalam 50yuen jeh=rm25. gila tak gila dia letak harga? ok, orang malaysia memang suka tawar-menawar kan, nak nak makcik-makcik yang tawar tapi biasanya kalau orang putih, dia akan cakap macam nie "if you give me cheaper, then i will buy" lebih kurang macam nie la bunyinya, apa lagi, amoi-amoi cina tu gelak sakan la, letak 800yuen, trun harga 400yuen=rm200, so orang putih tu terus beli.untung kan? hm, orang putih nie banyak duit, dia orang malas nak bising-bising. yang orang malaysia nieh dah tahu harga boleh murah lagi, so apa lagi sampai gaduh-gaduh la. yes! gaduh beb nak beli barang. siap makcik tu kene tumbuk lagi, nasib baik tak de aksi wrestling. actually johan dah pesan, harga boleh letak semurah-murahnya, then biasanya amoi-amoi tu akan buat-buat marah sebab dia orang nak untung lebih.memang garang weh amoi kat sana, ada yang kurang ajar tu siap cakap "you don't buy, don't touch". what the .....! tolong sambung! then bila kita dah tanya harga, kalau tak beli, dia punya maki hamun kita tak hengat weh then cakap "not nice not nice"..hey! duet haku kot, lantak la haku nak buat hape kan.*eh,eh emosi lak ;p hmmm...biasa la orang berniaga, lagipon amoi-amoi yang kerja kat situ biasanya orang susah, pity them jela...
ok, lastly, masa nak balik malaysia, *hm, aku hilang ingatan sekejap masa dr beijing-hk or hk-malaysia, atas flight*, kakak aku cerita la pasal dia kirim barang pada abang aku, souvenir la kiranya, masa transit kat india, barang-barang yang kakak aku kirim semua di curi. ok ok, mesti korang tak faham kan apa la kejadahnya nieh. ok, macam nie, bila cerita bab-bab souvenir nieh, kakak aku teringat masa dia and abang aku belajar dekat liverpool dulu *yes! abang sulung aku pon belajar dekat liverpool tapi lain university, kakak aku ada kirim souvenir untuk keluarga aku masa abang aku balik malaysia. then transit dekat bangladesh, barang-barang yang kakak aku kirim lesap! segala baju, pen-pen *mak bapak aku cikgu kot, tu kakak aku beli pen.hehe, segala apa tah lagi hilang macam tu jeh.kesiannya...aku yang dengar nieh yang rasa nak nangis tau. rugi-rugi! kakak aku cakap, sampai-sampai rumah, bapak aku buka kotak, dalam kosong jeh. sedih-sedih :'(
ok, cerita sikit pasal abang sulung aku. abang aku balik malaysia sebab nak kawin.haha! serius aku tak tipu. tak habis belajar lagi dah kawin kan, bestnya hidup! dah la di usia muda dapat pergi jalan-jalan oversea, pergi london la, india la, jepun la! jepun? masa diploma, abang aku dapat tawaran praktikal dekat jepun selama 3bulan, so dapat la duk jepun 3bulan. balik malaysia, dapat lak tawaran sambung belajar kat liverpool.see! abang kakak belajar oversea, adik belajar utem je??? hey alia, syukur la utem nak terima kau ohkey! kalau tak, tak merasa la jadi budak U.muahaha ;p yea2, adik kesayangan dia orang nie pemalas weh......! dah la pemalas then nak jeles-jeles lak kan. tak pe la, jadi la dapat bau-bau oversea pon kan. ^_^
muka cam panda dah.. :) bulat
ReplyDeleteahaha.panda comel =p
ReplyDeletebest nye...family aku pernah g tp aku x nak ikut sebab ad game futsal... hehe
ReplyDeletebest2 =)
ReplyDelete