Monday, December 31, 2012

Aktivity last 31st December 2012

assalamualaikum.


taip laju laju takut kang tajuk entry tak sama dengan isi. muahahaha....

weh, tadi aku pergi maydin, rahmai gilak orang ohkay! parking penuh wa cakap sama lu. dah beribu kali aku pergi mydin ipoh, nieh first time parking penuh tau. amazing!

then jalan jalan la, nak kata mydin buat sale takde la mega sale sangat. kedai emas yang buat promotion pun takde la hebat sangat. jalan jalan beli bunga bunga sikit. *bunga?? oh my, minah bunga ohkay! haha! then masa balik tu aku perasan la ada stage area food court. saja boring boring jalan pergi kat stage tu.... pastu........ perhhh M DAUD KILAU ohkay buat persembahan. ahahaha! kelakar! adoi kemain orang tengok, aku pun join la kejap. haha! 

ok, bukan nak cerita pasal nieh. last week, kakak aku balik kampung, tempat kerja dia ada buat family day. and biasa lah, aku and mak kan penyibuk tegar, so, follow la family day dia tu. aktiviti takde lah best sangat pon, just kakak bawa mak dinner sedangkan aku hirup tomyam dalam bilik resort jeh. kasihan sungguh! 

next day nye, just jalan jalan tepi pantai and melawat tempat penetasan penyu. oh my!!! comel gila penyu penyu tu. geram, rasa nak culik seekor bela kat rumah. heeee..... jom tengok gambar jelah. lately nieh malas menaip weh, mood tak sabar nak tunggu 2013 je sebab........... 2013 something great will be happen in my life!!! Thank You ALLAH :) nak tahu apa..... nantikan berita seterusnya. eh?! haha

oh, nieh pic time jalan jalan takde kerja dengan diorang nieh! 

auwww

gaya tak berapa nak bebas :D



ok ok, jom layan gambar dekat pusat penetasan penyuuuuuuu 

korang kalau nak g, please makesure buka kul bape dulu eh... nah aku bagi guide. haha

pintu masuk :)

selamatkan penyu kita!!


penyu nieh tidooo je keje dia, ce active sket, kang gemok kang dah malas nak g jogging bagai! eh?

nieh bukan penyu yeh adik adik, nieh tuntung masak pon sodap! eh? haha


mak cakap pic nieh macam lukisan, cantik...


hey, dah hujung entry! yeay! di kesempatan ini saya dengan ini maka ini saya mengistiharkan..... eh...... saya mengucapkan, SELAMAT TAHUN BARU 2013!

2013 yeay kawin!!! eh? haha! ok, tipu :p



Wednesday, December 26, 2012

December : Bulan makan nasi minyak

assalamualaikum...

hallo hallo. lama dah tak menaip laju-laju kat blog ea? busy lah *cewah busy! ahaha! ok diam!

so so so, last two weeks and last week gigih ohkay pergi makan kenduri kawan kawan. *ceh, macam ramai jeh kawan kan? hehe. 15Dec kenduri kak madihah, 16Dec kenduri farah and 22Dec kenduri farah lagi. kenduri farah buat 2 kali. suppose nya dah pergi sekali udah ler kan tapi di sebabkan aku kan kepociiii, dua dua kenduri aku nak attend. haha! siap paksa hantar kad lagi.

so, mari lah mari, mari mencuci, cuci lah mata, mata lah cuci dengan gambar gambar kenduri + crazy friends :D
me and farah. oh, baju aku nieh baju emergency. aku dah iron dah baju kurung, warna pon sweet sweet jeh, skali span dia takde pulak. haish! terpaksa tukar baju :( dah tak cun dah. eh?! haha


nieh masa 16Dec. buat kat Dewan Changkat, Batu Gajah :) *sila abaikan pipi ku seperti pau kacang ^___^

Farah + Suami :) Congratulation

next wedding, dua pengapit sejoli nieh!!! sepadan sepadan :)
nieh buat dekat Dewan Bankuet, SUK. exclusive wedding, raja pun datang :) *aku jakun sket. haha!

the girls! :D

the boys! :D segak bersampin ok. gadis lain tengok boleh pengsan. :p

we are..........superstar! eh? haha!

oi mak, cantik betul pelamin nieh!! adore ^_____^







last
inilah gaya seorang lecturer bila di kelilingi gadis gadis. ayu gitew.... hahah!



*to fellow friends, you are the bestest friends that i have! thanks a lot makes me laugh and smile! till we meet again!  i love you

Saturday, December 8, 2012

Amalina's Wedding

assalamualaikum...

miss me much? haha! motip ketawa? ok abaikan.

saje nak menyepi seketika, SEKETIKA ok, bukan selamanya, tu pun ramai yang tanya kenapa private blog la, kenapa menyepi la, budget retiss ohkay, podahhh alia. hahaha!

actually menyepi sebab tak ada aktivity best pon nak share dengan korang. duk rumah dohpulohpatjam jeh ohkay. ohkay tipuuu. haha!

so, last week attended amalina's wedding, one of my best friend masa sekolah dulu then habis sekolah masih rapat bila mana masing masing masih lagi student, lepas kerja jeh, langsung tak update update hal masing masing. tup tup tau dia nak bertunang, tup tup dia nak kahwin.. haku juga alone forever. choyyyyyy!!! haha!

nak membebel panjang kau jugak bosan kan, jom layan gambar jela. gambar nieh aku cilok kat facebook amalina, al maklum la aku kan kaya.....p handphone rosak, camera tak mampu beli so kelip kelip mata jela mintak abang hansome snap gambar i olls yang cute nieh. eh?! haha :p

see? sipi sipi je gambar aku. ni pun the only one picture yang ada muka aku. jadi lah alia. syukur... haha!

amalina : selamat pengantin baru!! <3 you




cantik kan view??? siap amik gambar atas boat ohkay! kau ada? ada? ok duk diam kalau ada. eh? haha!



Wednesday, November 7, 2012

Caranya: Pasir dan Batu

Dikisahkan bahwa ada dua orang sahabat sedang melakukan perjalanan menyeberangi padang pasir. Pada suatu tempat, mereka terlibat dalam perdebatan sengit, sahabat yang satu menampar muka sahabat yang lain.Sahabat yang ditampar merasa terluka hatinya.
Tanpa mengucapkan sepatah kata, ia menulis di pasir :

“HARI INI SAHABAT BAIKKU MENAMPARKU”
Mereka lalu melanjutkan perjalanan.
Dan dalam perjalanan berikutnya, mereka menemukan danau lalu mandi di danau tersebut.
Orang yang ditampar tadi terjebak dalam lumpur hisap dan mulai tenggelam.

Sahabatnya pun datang menolong.
Setelah berhasil diselamatkan ia menulis di atas batu :

“HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKANKU”
Temannya berkata, “Tadi kau menulis di pasir, sekarang kau menulis di atas batu, mengapa ?”

Ia pun menjawab,

“Jika seseorang melukai hati kita, sebaiknya kita menulis kejadian itu di atas pasir agar angin pengampunan dapat menghapusnya. Namun, bila seseorang berbuat baik kepada kita, hendaknya kita mengukir peristiwa itu di batu sehingga angin takkan pernah dapat menghapusnya.”

Saudaraku…..
Jadilah pribadi yang mudah untuk memaafkan kesalahan-kesalahan seseorang kepada kita sebagaimana Allah SWT berfirman :

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)

... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)

Adapun berbuat baik Allah SWT berfirman :

"Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri...(QS.Al Isra' : 7)

Saudaraku Tanamkanlah sifat-sifat ini pada diri kita…mulailah dari sekarang

Sumber: Blog teh secawan

Tuesday, October 23, 2012

Kehidupan Pelajar Kejuruteraan

assalamualaikum...

sejak rajin melayan facebook nieh, aku suka tengok post post 1 page nieh which is Trust Me, I'm an "Engineer".   eceh, budget engineer larh sahngat aku nieh! haha!

kelakar oke wall wall picture dia, kadang kadang terasa kena betul betul kat batang hidung sendiri. aduh! cakit cakit hidung! eh?  but yet, jadi student engineering memang best oke! nak nak kalau kau berkawan dengan budak budak nakal, memang banyak kerja kerja tak senonoh we all buat contoh paling simple "toyol" lah! haha! ohoi, pepaham sendiri jela toyol tu apa, memang femes kot kat universiti. agaga!

salah satu cara la, banyak lagi skill nih babe! gila lah kau alia expert! eh, aku tak buat la!!! #ok tipu -___________-

ok fine, student lain pun femes gak la toyol toyol bagai, ingat student engineering je ke yang panjang akal bawa toyol masuk exam? ok fine! haha! ok, yang nieh mungkin korang tak pernah buat tapi we all penah buat tau! memang kelakar gila lah bila teringat. tak di nafikan la, subjects engineering memang susah ok kalau orang agak lampi macam aku nieh *eh? terkutuk diri sendiri! ok tak lampi. haha! so ada la one day tu senior aku nieh tension dengan satu subject yang memang killer subject lah. time tu final exam lah. exam paper killer subject tu keesokkan petangnya, so guess what senior aku buat apa? malam tu dia ajak aku tengok wayang. aku pun macam pehhh gila kentang budak nieh, bijak sangat nieh esok paper ajak aku tengok wayang bagai kan. aku pun layankan aje la memandangkan paper exam aku pun gab 3,4 hari lagi. haha! then tau apa dia bawa masa tengok wayang tu? dia bawa segala note,buku dan seangkatannya. 


student engineering memang tak suka gila baca buku ok. beli buku sekadar nak sedapkan hati or nak buat references jeh masa buat lab report. dalam 479pages tu, pecaya la, tak sampai 100pages pon kteorang mentelaah. hehe! gila malas, but yet, dah habis study, dah habis konvo bagai, jadi juga engineer yedak??? rilex... :) 
aha, lagi satu time exam, memang sebijik la macam picture bawah nieh!

BEFORE EXAM

DURING EXAM


AFTER EXAM

ahahaha! yeah, ini la life student engineering. cool kan???

and yeah, ada beberapa lagi picture aku nak share ngan korang.

monolog dalaman. seriously,  aku selalu terfikir, bila la nak pakai fomula fomula serabut bagai nieh dalam real life T______________T noob


ok, memandangkan friends aku raaaamaaaaaiiiii engineering student, korang dari golongan yang mana?? cecece yang ketiga lerrtewwww! haha! mine yang first! hahahaha!

oh! student electrical&computer engineering takde perempuan ke or student perempuan dia dah botak?? no wonder la rambut aku astik luruh jeh....! eh? *bangga sekejap jadi student computer engineering, nampak sket study hard sampai botak! ahahah! ops!

percaya la, ada equation yang lebih dasyattttttt dari equation kat atas nieh!!!!


ehehehe, ini biasa! assignment paling hebat adalah dari internet!!! oh, aku pernah buat assignment 10kali kene reject ok sampai tak tahan nak drop subject tu lagi tapi tarikh nak drop dah tutup! nasib baik lulus! haha! 

oh, ni bukan student engineering jeh ok, nieh aku rasa semua orang pemalas macam nieh! and aku kekadang terbuat jugak cenggini! TERKADANG oke, bukan selalu! hahaha! peace :)




Monday, October 15, 2012

Kehidupan ini di teruskan

assalamualaikum...

hehe...post sebelum sebelum nieh kemain islamic ye alia? hehe... Perubahan itu harus memiliki hati yang kental. ok, malas nak hurai panjang panjang. tapi macam macam fikir. nak share dengan korang apa yang aku dah pelajari dalam kehidupan ni, apa yang di lalui, tapi hati masih tak kuat. masih rasa ragu ragu. kenapa ragu ragu? kerana hati tak kuat. eh? tadi kan dan cakap? haha! banyak faktor. kawan kawan terutama. tak bersedia nak dapat kritikan mungkin. mungkin! tapi tak baik berprasangka buruk yedak? tapi in sha Allah, perubahan itu tetap ada dalam mencari ketenangan dan keredhaan dari Allah. cuba untuk berubah, dan akan berubah!

ok, dah cukup mukadimahnya. yang aku nak share nieh last week punya cerita la.. hehe.. tetiba cerita pasal nak berubah la bagai, apa kes? hehe, saja peringatan untuk diri sendiri. manusia nieh mudah alpa.

last week teman kakak aku menghadiri majlis convocation unikl. oh, kakak aku mengajar kat sana. so, aku and mak aku saja menyibuk. hehe. saja la nak join aktivity aktivity formal macam tu. boleh jumpa sultan. kekeke.. boleh tanam rasa suatu hari nanti, aku akan duduk sebaris dengan canselor atas pentas ke.. *eh, kenapa tak cakap "suatu hari nanti aku ke jadi canselor?"...oh alia, berangan tak hengat kau! haha! ok, sila abaikan.

i loveee this dress. sangat selesa dan sopan!!! 



Prof. Madya Datuk Dr. Siti Aminah. eceh! haha!!!! 

hari jumaat malam sabtu tu kteorang pergi makan dekat Tasik Idaman. oh, seafood, ikan besar besar. makan sampai kenyang gila. alhamdullah...rezekhi  Allah... :)




Then hari sabtu malam ahad pergi "bercuti" di Hotel Equatorial Bangi. bercuti lah sangat kan! haha! saje jeh kakak aku nak bawa mak merasa rilex rilex kan, kteorang tumpang jeh. hehe!

makanan kat hotel nieh pehhh terbaik! *orang kampung jakun sekejap. haha! tapi memang best la, sedap, menarik tertarik lah! :)




nie jeh yang sempat snap. yang len tak ambil gambar, dah licin. haha! ni pun ambil gambar sebab deserts dia menarik sangat. *jakun! haha!

Pukul 12pm macam tu, tamat lah "percutian" di hotel nieh. on the way balik ke rumah abang aku kat cyberjaya, kteorang singgah kat Symphony Hills tengok rumah. showhouse. mak aihhhh rumah RM1.4juta ok? kau mampu? ok, kau mampu, aku tak mampu. boleh tengok meleleh air liur telan balik. euw! haha! tapi memang cantik gila la rumah. cuma..... aku rasa kalau RM1.4juta tu kalau bina rumah kat kampung aku, 3kali ganda besar kot dari rumah kat cyberjaya tu.

Symphony Hills :)