Saturday, October 11, 2014

Diari Mengandung : 2nd Chapter :)

Assalamualaikum...

haaaaa nampak tak kegigihan nak share experiences nieh....

Jom sambung cerita... ok, lepas je aku dapat tahu aku pregnant, terus je terlintas "kena jaga makan nieh, kena beli buku study nieh, kena search internet pasal baby nieh, kena bagi tahu mak nieh"..... mula mula nak bagitahu kat mak aku, seriously tak tahu macam mana sebab rasa malu... fikir punya fikir, macam mana la nak bagitahu kat mak ni kan, jadinya aku balik kampung bawa sekali susu anmum. bila bangun pagi tu, mak aku selalu sediakan sarapan, siapkan minuman semua kan, masa tu la aku cakap kat mak aku... "orang minum ni sekarang (sambil tunjuk kotak susu anmum)..." and response mak aku "awat, hang mengandung ka?".... dengan tersipu sipu aku pon angkat angkat kening je sebab maluuuuuuuu.... haha! pastu mak aku faham la then mak pon start menasihati anak manjanya ni dengan macam macam nasihat and petua..... :) mak aku takde la teruja sangat sebab ni bakal cucu beliau yang ke 8 sudah, so beliau rilex rilex je,,, hihi

Ha.... bab susu ibu ibu mengandung nieh.. masa awal awal dulu, aku fikir, bila dah start mengandung, KENA, MESTI minum susu untuk perkembangan janin, and masa mula mula dulu aku tak tahu apa apa so aku minum la susu anmum. kawan kawan aku, diorang cakap susu anmum tinggi gula, boleh buat baby besar.. mungkin benar. aku stop minum anmum sebab perut and badan aku tak tahan. minum anmum badan aku panas gila and cirit birit. memang tak sesuai. lama jugak aku stop tak minum susu, lebih kurang sebulan. then aku tanya kawan aku, diorang minum apa, diorang suggest friso or dumex mamil. then aku try la minum dumex mamil. aha, susu nieh ok cuma tawar.... telan jela labu....sampai 5bulan minum mamil. bila masuk 6bulan, aku dah start minum susu kambing.

Susu Kambing nieh memang elok sangat minum time preggy sebab dari pengalaman pengalaman kawan kawan and kakak kakak yang minum susu kambing, baby inshaAllah tak kena kuning nanti. so harapan aku dengan mengamalkan susu kambing baby aku nanti tak kena kuning inshaAllah, tolong doakan sekali ea... aku cuma berusaha je.. aku minum susu kambing Wildan original(susu tepung). yang coklat punya boleh juga nak minum tapi member aku cakap kalau coklat ada kandungan gula, so minum je yang original, better. susu kambing Wildan nieh sedap! lemak kurang manis, tak bau kambing pon.. aku suka minum makan dengan kurma.. arghhh nikmat.. a mug susu kambing dengan 2biji kurma twice a day.



Selain tu juga, aku banyakkan makan buah buahan. Kurma, Mangga, Orange, Kiwi, Jambu, Delima, Dragon fruit, Tembikai antara favorite aku la.... tembikai especially. kalau boleh hari hari pon nak makan, tembikai nieh makanan sunnah, lagipun suhu badan ibu mengandung nieh lebih tinggi dari orang tak mengandung, jadi kalau dapat tembikai sejuk sejuk fresh from peti ais, memang pehhhh layan sangat...... khasiat buah buahan yang lain pon banyak juga, korang boleh search. buah mangga/pelam muda memang jadi buruan la masa first first dulu. tekak memang nak masam masam je time tu. yang rajin melayan ibu mengandung mengidam nieh, mak ngan mak ayah mertua aku la. kalau ada pelam muda je simpan bagi aku makan.. mihmih... cayang diorang cangat cangat! hihi.. kalau tak dapat makan pelam muda, aku blasah yang ni...

asam masin letak dalam limau nipis... pehhhh nikmat!!! ni bukan setakat aku je ngidam, sekali sekali dengan husband aku pon layan.. actually yang aku perasan, husband aku dulu tak suka masam masam tapi sejak aku pregnant dia pun suka, bila aku ngusik cakap dia yang mengidam, tak nak mengaku... erh lelaki ego........ -___-  *ye aku tahu tak elok makan asam asin ni kang anak kene kuning.. aku makan macam ni sekali je sebab yelah alasan yang sama, takut harm baby.. hehe


 Buah delima pun elok makan.. specific khasiat dia korang boleh search sebab aku tak sure sebab banyak sangat orang cakap baby bijak la, tambah darah la.. somehow pon, makanan sunnah pasti ada khasiat tersendiri. kita amalkan jela....

apa yang aku baca, kekacang juga elok untuk di makan. almond, pistachio, walnut.... tapi ada setengah yang aku baca, bergantung pada individu juga sebab kadang kadang kita tak tahu, badan kita alah pada apa, takut nanti effect baby. sebab aku ada sorang causin tu, anak dia alah pada kekacang. tak boleh makan langsung kacang, kalau tak, semput. penyebabnya tak pasti samada mak dia suka makan kacang ke masa pregnant. not so sure... mula mula dulu rajin juga makan pistachio tu...:)

Wanita mengandung nieh tekanan darah rendah.. aku punya tekanan darah pon semakin menurun. 

bulan 6 HGB 13.2 ok lagi...

bulan 7 HGB 12.4 still ok...

bulan 9 HGB 11.1 masih belum tahap tekanan darah rendah tapi setiap bulan menurun... kalau bawah 11 yang bahaya and kena pantau....

Now kandungan aku dah 6 bulan. alhamdulillah....... setakat nieh ummi baby & baby sihat. haritu checkup, heart beats baby normal. 153. Ummi baby rasanya terlampau sihat sebab sepanjang 2 bulan naik 9kg. tahniah! aku muntah muntah sampai awal 5months aritu tapi makan tetap makan. cuma elak makan benda benda berlemak sebab misi pesan, kalau tak nak muntah muntah sangat, jangan makan benda berlemak sebab nanti acid perut bertindak dengan masakan berlemak yang kita makan tu, lagi nak buat kita muntah loya bagai. so aku ikut la nasihat misi. tapi bila dah tak muntah, pehhh nafsu makan.......... setiap jam lapar kot! 

see........ nampak tak? bulan Jul 56kg, bulan Aug 60kg, Sept 65kg........ maka di isyhtiharkan anda di paksa meminum air gula untuk memastikan tiada kencing manis and diabetis. sekian. Supposely, berat normal pregnancy women every month naik 1kg je for 1st and 2nd trimester. for 3rd trimester every week, naik 0.5kg je which mean 2kg per month. eh betul ke? tapi something like that la pengiraannye... lupa boleh T_______T


Hurm.......... 

Bila aku dapat tahu "yeay, i'm pregnant!"... terus pergi beli buku buku kat atas nieh sebab nak study perkembangan janin every week. like seriosly memang banyak gila lah info dalam buku nieh, dari kau start awal pregnant sampai baby dah keluar, apa yang elok di makan, apa yang patut elak di makan, senaman, macam mana persedian mental and fizikal, semua complete. cumanya banyak perkataan perkataan yang fancy fancy yang kena google search jugak la... hehe... actually aku pon tak habis khatam lagi.... hihi.. 


antara buku buku lain yang aku baca untuk menambahkan ilmu di dada dan minda. cewah! 

haaaaa... ni majalah 2007-2008 kakak ipar aku beli dulu. nasib baik simpan lagi kan, boleh jadi sumber bacaan... best ok tengok gambar gambar baby comel comel di samping tambah ilmu pasal nak jadi mak nieh..... anak first kan.........................


TIPS :

Masa mengandung boleh amalkan.......

1. Makan banyak buah buahan.

2. Minum banyak air masak.

3. Minum susu kambing.

4. Mandi awal.. (elakkan mandi malam, mandi petang pukul 6-630-7pm)

5. Elakkan makanan mentah, sushi, telur separuh masak, salmon, ikan ikan berduri, makanan makanan tajam... etc...

6. Boleh amalkan surah surah al Quran... (bab nieh aku pun sekali sekala je buat, nasihat orang je pandai kan.. mihmihmih)

7. Jangan stress sebab baby pon akan rasa stress juga.

8. Selalu la bergurau senda dengan suami :)


haaaaaa kan.......... konon konon tahu sangat la pasal pregnancy... ya, aku tahu, banyakkkkkk lagi kena belajar. apa yang aku tahu, aku share. kalau nak share details lagi memang esok lusa tulat tahun depan pon tak habis menaip... kalau ada sesiapa yang nak bertanya, boleh je inbox aku. cewah! budget! puiii! haha! aku pon banyak tanya kawan kawan, mak, mak mertua, kakak kakak ipar semua. apa yang boleh share kita share la yedak?



till then..... banyak lagi chapter nieh weh.....




salam.....














Diari Mengandung : 1st Chapter :)

Assalamualaikum...

*Peringatan:ada unsur unsur hal hal wanita, harap membaca dengan minda yang terbuka*

Kan.... lama tak update. tetiba update pasal mengandung. sesuatu sangat.. mihmihmih.. sejak kahwin, malas gilak weh nak hadap laptop taip pepanjang, layan suami lagi syok. eh! haha! dapat pahala kot.. kekekekeh... *definisi "layan" tu which mean sama sama tengok tv ke, goreng cucur bagi suami makan ke, layan sama sama main candy crush ke.. bukan "layan" yang 18x tu ye.. itu kita simpan diam diam... hahah!

Tanpa membuang masa dengan mukadimah yang panjang, saja nak share ngan korang my first pregnancy experiences. cewah! ok, tahu, ramai je dah jadi ibu, mommy, mama, ummi, mak, bonda, semua, kecoh je nak share jugak kan. hehe.. anyway, semua wanita pon teruja kot anak pertama. kalau boleh nak share 1 dunia berita gembira kan?

Aku story dari awal la ek, tu pon kalau korang tak muntah la nak baca sebab rasanya macam banyak je nak share sebab dah lama tak asah bakat mengarang kan...

Ok, first aku dapat tahu mengandung 5 June 2014. seakan Allah kurniakan hadiah yag paling bermakna dan berharga dalam hidupku sebab 3 June adalah tarikh lahirku... *ayat novel sangat... hahah! Last aku period 30 March - 5 April. so supposely, kalau ikut cycle period aku, 1 May dah period for bulan seterusnya. Tapi tak period period. Time yang sepatutnya aku period tu memang ada rasa senggugut and a bit frust sebab memang aku dengan husband hope dapat baby. Masa tu tak cek lagi UPT terus message husband minta maaf bagai sebab usaha tak bejaya. orang tengah frust, macam macam la rasa...

Lepas 2minggu still period tak keluar keluar, aku pon decided nak cek UPT tu walaupun was was sebab simptom simptom nak period tu ada, senggugut, breast sakit, sakit pinggang, jerawat sebutir dua. masa tu husband tak tahu pon aku nak cek UPT sebab tak nak la bagi harapan pelsu kat dia kan. kang takde, keciwa kali kedua pulak. ok, bila cek, negative. sadis.

Senggugut semakin kuat. masa tu dah 3minggu tak period lagi. husband cakap, jom lah cek kat klinik. then pergi la cek kat klinik Maxwell Ipoh atas suggestion Tirah sebab doktor dia memang superb best super friendly! second cek dekat klinik pon negative tapi masa cek dekat klinik nampak jalur ke dua tu kabur sangat. maybe doktor taknak bagi harapan juga kot.

Sebulan dah berlalu. dah masuk bulan June! sebulan skip period. dulu masa sebelum kahwin, memang period aku tak menentu. kadang kadang 2bulan sekali baru period. tapi dengan izin Allah, lebih kurang 5-6 bulan sebelum kahwin, period normal, cycle 26-28hari sampai la last aku period March-April tahun ni, period alhamdullilah ok. ha, dah bulan June, memang tak senang duduk la kan, dengan senggugutnya tak hilang hilang, sakit breast lagi, so aku nekad nak buat third UPT......

 and alhamdullilah UPT positive! Bahagianya lahai masa tu.. masa tu husband ada sekali, dia pon teruja... hehe.. pastu cepat cepat kteorang pergi klinik Maxwell sahkan... *apa yang aku study, setiap wanita mengandung, tahap hormon hCG tak sama, tu yang awal awal kabur tu. 


Masa di klinik Maxwell, doktor scan nak tengok baby sebab doktor cakap kalau ikutkan perkiraan period aku, baby dah 9weeks, so baby dah nampak. so scan la... 

ni pic 1st scan aku. nampak "belon" je... tapi date scan dengan kiraan period tak sama. scan punya bacaan lewat 3minggu. so doktor suggest, lagi sebulan datang scan lagi, kalau still kiraan scan sama, kita ikut scan punya EDD je. and...

yup, EDD scan masih sama. so ikut EDD scan, tak ikut kiraan period aku. kenapa lewat, jangan tanya aku sebab aku pon tak tahu sangat... *eh, EDD tepat tepat tarikh nikah kteorang oke! hadiah anniversary!!! tapi yelah kan, tak tahu bila baby nak keluar nanti, kalau baby nak keluar 24/1/2015, syukur alhamdullilah, hari anniversary & hari baby di lahirkan di dunia, i'm the happiest mommy in this world. cewah! 

Lepas dah buat pengesahan kat klinik Maxwell, so second step kena buka buku pink. buku pink ni kat klinik swasta pon boleh buat, kat klinik kerajaan pon boleh buat. Mula mula aku decided nak buat klinik swasta je sebab dapat layanan yang superb and tak perlu tunggu lama lama kan. tapi bila aku bagitahu bff, diorang semua suggest buat kat klinik kerajaan sebab nanti kalau pregnancy kita problem, kebanyakkan swasta tak nak ambil risiko so diorang pass pada kerajaan, tapi kalau kita takde rekod kat kerajaan, tak ke misi misi nanti hangin je nak kena study balik apa masalah kita. *aku pun tak sure betul ke tak sebab takde pengalaman lagi bab ni......so, di atas nasihat rakan rakan, aku pun buat kat klinik kerajaan. aha, kat klinik kerajaan tak lah seteruk mana pon, tak perlu pon tunggu lama lama, and misi misi semua baik.

tadaaaaaaa..... buku pink 1st baby. alolololololo.......

First buat buku pink nieh, dia akan ambil darah, cek urin albumin&sugar, HGB and so on lah, banyak sangat kene cek pon, aku hulurkan tangan jela ambil darah, hantar makmal. and dapat result bagi misi, misi cakap "ok" tak ada apa apa masalah. aku pon "phewww lega" hahaha! masa first ni, kena cek gigi juga sebab maybe nak cek kalsium dalam badan la kot and nak cek condition gigi elok ke tak elok sebab muntah muntah asid boleh menghakis gigi. *kot la, aku tak tahu. haha!

ni pic scan kat klinik kerajaan, clear sikit gambar baby. masa nieh 11weeks, dah nampak heart beats baby. berair air mata oke... *over* 


ha........... bab alahan....! fuh! *lap peluh jap, panjang lagi nieh nak bebel... hehe

Bab alahan nieh, nak kata semua wanita mengadung alaminya pon tak jugak sebab ada je kawan aku, kakak kawan aku tak berapa nak alah sangat kan. kalau tanya pengalaman aku, herm.. alah teruk juga la. paling teruk bila perut kembung, awal pregnancy dulu, memang perut tiap tiap malam kembung, sampai merekot-rekot tidur. peluk bantal kuat-kuat, urut sendiri, suami urut, mak urut, mak mertua urut semua tak jalan, jadi tahan jela nak buat macam mana, letak juga minyak panas tapi sikit sikit je sebab takut harm baby. 

Dizzy, vomit, tu semua normal sebab perubahan hormon dalam badan. aku pening and muntah muntah teruk juga. makan je muntah. tapi paksa juga makan. paling best bangun pagi lari lari masuk bilik air muntah. walaupun perut kosong, muntah kuning kuning asid yang pahit tu.. perghhhh memang syiokkk wooo.. lepas muntah, pening tu kurang and rasa lega sangat... kalau nak pergi jalan jalan pon sama, standby plastik dalam kereta and handbag sebab muntah nieh tak tentu, kang ko jalan jalan tetbe jeh wek wek.... aku biasanya lari lari la cari toilet nak wek wek sebab malu weh wek wek depan orang ramai. setakat nieh tak pernah la lagi terlepas wek wek kat public. dalam kereta aku dah siap siap buang semua, pastu baru yakin nak jalan jalan kat public.. hehe..

Masak ke bau orang masak ke pon tak boleh tahan. rasa macam euuuuwwwwwwwwww... ah, normal la tu.. tu pon nak celita ka amoi? eh ke nyonya? haha!

TIPS :

Kalau nak ceritakan pengalaman mengandung nieh memang banyakkkkkkkkk sangat nak share tapi aku rasa dah panjang lebar cerita masa awal awal pregnant dulu. so, untuk pengisian bersama, aku share apa yang aku tahu sikit sikit tentang sebelum kita dapat baby *untuk kawan kawan yang rancang nak baby :) ... Next entry aku share lagi tips lain yang aku study sepanjang pregnancy aku ok?

1. Pemakanan sangat penting kalau kita rancang untuk dapat baby. aku dulu pun tak tahu makan apa yang baik untuk dapat baby, sama macam korang fikir, rezekhi baby nieh Allah yang tentukan, kalau Allah nak bagi, bila bila masa sahaja kan. Yup Betul! tapi kita juga mesti berusaha. aku nak kata berusaha sangat pun tak juga tapi bila aku baca baca buku semua, baru aku terfikir balik. so, aku share dengan korang. kalau yang rancang nak baby, elok lah rasanya ambil folic acid sebelum pregnant pon boleh ambil. aku dulu tak tahu. dah mengandung baru tahu boleh makan folic acid tu... tapi aku ada makan supplement vitamin C and vco sebelum pregnant. kalau korang tak nak bergantung pada ubat ubatan/supplement, korang boleh ambil secara natural. makan buah markisa untuk jaga telur (ovum) and sperma supaya telur n sperma tu dalam keadaan yang baik untuk di senyawakan. aku dulu memang hantu markisa sebab mak mertua aku ada tanam.. rasa dia msam masam..

2. Elakkan minum air berkafien, nescafe, teh and air bergas. sebab apa yang aku baca, kafien nieh dia akan serap vitamin vitamin yang badan kita perlu. elakkan makanan makanan yang tajam seperti nanas, cuka, etc. elakkan minum air kelapa, air tebu.

3. Elakkan dari terkena asap rokok or asap asap kenderaan or kilang... husband aku tak merokok.. hehe..

4. Jangan stress!!! ni penting! kene relax je... masa "bersama" suami pun tak boleh stress, jangan fikir apa apa pun masa tu, just "enjoy".. haha! *sila buat buat faham... and please minta suami "stay" for a while supaya "sampai"... teknik lain "ko bawah aku atas ke or aku bawah ko atas ke (monolog dalaman)"... sila study sendiri... kahkahkah...

5. Berat badan yang ideal.. :)

6. Melawat baby baru lahir. haaaa yang nieh memang feveret aku lah.. ehehehe... kalau ada je baby kawan baru lahir, suka la pergi melawat and bisik kat telinga baby tu "tolong doakan aunty dapat baby juga tau, nanti awak dapat kawan"... inshaAllah dengan izin Allah...

7. Selalu berdoa pada Allah s.w.t.



-korang boleh search petua kesuburan etc kalau nak tahu lebih lanjut.... aku share base on pengalaman, sebenarnya banyak lagi info info kalau kita rajin mencari ilmu.... ikutkan rasa nak menaip, banyak lagi rasayan nak share.. tapi dah 2jam mengadap laptop. next entry aku share lagi ye.... :)

-again, apa apa pun kuasa Allah s.w.t.... entry nih bukan untuk menunjuk aku pandai hebat or whateva sebab bagi sesetengah orang isu isu macam nieh sensitif. ada pasangan yang dah lama berkahwin masih tak di kurniakan anak. kalau ada yang tersinggung or sedih, maafkan aku.. aku berdoa gar kalian dapat merasakan apa yang aku rasa sekarang suatu hari nanti.. inshaAllah.... amin....


salam....