Sunday, October 30, 2011

Quotes

I’m nowhere near perfect
I eat when I’m bored 
I fall for boys too easily
I’m vulnerable to their lies
I’m hoping that one day
someone can get to know me
without me getting into a long story
I live by quotes that explain exactly what I’m going through 
I make excuses for everything in my life
I’m not perfect
and I’m glad
because I think that would make me extremely boring

Saturday, October 29, 2011

Happy Deepavali to my Friends

Salam...

pic perasantan haruslah ada ^^
Hey hey hey… first of all, happy deepavali to my friends thina and mohan! Siang tadi jumpa diorang, Lama dowh tak jumpa diorang, ada la dalam 3tahun macam tu. Lama kan kan? Yela, aku belajar nun di selatan, mohan di utara and thina di Singapore. Cuti pon tak sama. And nak jumpa memang susah lah…

sangat YUMMYYY! 
 So, we met at jusco ipoh tercinta. Aku sampai agak awal so pusing pusing la jusco yang so boring tu and ternampak 1 dress wow! Cantik siottt.. memang nak beli tapi terpaksa fikir banyak kali jugak memandangkan my willing to meet my ehem ehem another 2weeks lebih tinggi so kena la simpan duit, kene jimat jimat sikit.

model tutti frutti :)

So, dah puas cuci mata, diorang pon sampai. Serius teruja beb jumpa kawan lama kan. And first impression diorang “whaaoo alia, u looks sopan dari dulu and dah berisi” and I was like “hah what?? Omg, yes memang berisi pon.” Lalalalala but “sopon” tu mabe style aku bertudung kot, dulu pakai tudung bawal jeh kan, sekarang dah pakai shawl la, pashmina la, hijab la. Tapi hari tu masa aku pakai style pashmina macam nieh, dania pon ada tegur “lain acu lia pakai shawl nie, Nampak alim” bhahaha alim la sahngat kan kan…

harrghh mamat poyos!
Ok, back to the story thina and mohan, we nonstop talking about current life masing masing. Thina sekarang kerja di Singapore, lama dah dia kerja sana, Tak sure kerja apa but under engineering juga. And mohan baru habis belajar and start bulan November nieh dia kerja di maybank KL.  We all lepak lepak dekat tutti frutti jeh.

Balik tu ada la pesan memesan suruh keep in touch kan and aku siap kene perli lagi “eleh u alia, kte anta chat bukan nak layan, sombong. Balas chat pon setengah jam lepas tu baru reply hye, sombong!” hahahahaha! See guys! Kawan sendiri pon aku malas nak balas, inikan pulak orang yang aku tak kenal. K, bukan tak nak balas, aku pakai broadband so line sangat lembab ohkey, jadinya malas la nak reply nanti line hang. Hope you all faham key J


For thina and mohan, thanks for your time. Ada gak masa kan nak layan member korang nieh time deepavali, until we meet agaian yeah… 


Thursday, October 27, 2011

Windmill ^^

salam...


ok, hari tu bawa dania makan dekat windmill dengan dua sahabat aku, fiza and cik moon. aku and diorang nak kata selalu lepak sini tak jugak la, sekali sekala je bila duit ada sikit kan.hehe.. sini kebanyakan makanan western food tapi nasi goreng pon ada juga :) makanan dia boleh tahan la. rasa standard jeh, nak kata sedap gila gila tu tak adalah kan... yang penting apa kawan kawan? view dia cantikkk.. muahaha! yes, aku suka sangat pergi tempat tempat yang cantik, snap pic banyak banyak buat muka tamalu. hehehe.. *jakun..ngeee... tapi pergi tempat tempat yang mampu jela, yang tak mampu tu tunggu kerja nanti boleh la kot nak pegi kan.. hehe...opp opp, ok ok, gerai, warung, mamak pon aku layan jugak. tadahal la beb! gua boleh jeh nak lepak lepak kedai kedai tepi jalan, yang penting bersih :) best lepak sini, so, u alls should try it <3











Tuesday, October 25, 2011

FullHouse ^^

Salam…



Yeah, semalam tercapai jugak impian aku nak makan dekat fullhouse. Memang da lama sangat mengidam nak makan kat fullhouse nieh. Bukan kisah sangat makanan dia sedap ke tak, yang penting view tempat dia cantik!!!

Sebelum nieh berangan nak makan dengan future boyfriend la tapi tak jumpa jumpa lak boyfriend tu kan so paw la my close friend! Fariz! Haha! Plan asal nak ajak lagi seorang member kteorang, dah ajak dah pon tapi malangnya dia pulak tak ada cuti, so aku berdua jela dengan fariz. *ehem! Tolong jangan salah faham ea, fariz is my best friend jeh. Dah lama aku kenal anak professor nieh, 4,5 tahun jugak la kan fariz kan….  Budak nerd baik hati belanja makan..terima kasih fariz!!!!!  J



Lagipon dah 10 bulan dah dia kerja and asyik cakap nak belanja makan jeh kan, tapi tak ada masa, so alang alang dia amik cuti sempena konvo and aku pon free, masa untuk menuntut janji. Muahaha…

Fullhouse memang cantik tempatnya, sweet sangat. Aku syorkan la sesiapa yang nak propose makwe ke, isteri ke, boleh la bawa datang sini. Nak romantic romantic pon boleh, nak celebrate apa apa pon bole. So kteorang kire celebrate sempena habis belajar jela kan. Hehe..


Hm..makanan dia not bad, boleh tahan juga la. Aku makan ikang panggang and cendawan goreng jeh. Serius berbelit lidah nak sebut nama makanan tu  so aku translate dari apa aku makan jela ea? *orang kampong beb, mana tau nama makanan pelik pelik nieh! Haish! And fariz makan bbq ayam kot. Tah aku pon tak hengat la. Air papermint with coklat and fariz minum air bandung kot, kot la, tak sure la. Aku Nampak putih merah merah jambu jeh airnya, air sirap bandung la kot.










Harga… boleh tahan juga. Dua orang makan tak lebih dari rm100. Kira ok la tu kan kan? Hehehe.. mampu lagi la kot nak bayar. Hehehe


Ok, dekat fullhouse nieh ada jual baju baju and accessory perempuan, memang hysteria sekejap la tengok barang barang dia, bukan tak pernah jumpa just dia punya view cantikkk sangat! Ok, jom layan gambar J














Freedom of Expression : Alia Convocation

Salam…
TAHNIAH ALIA HASSAN

OK, SEMOGA LEBIH BERJAYA DARI ACU LIA. <3 DANIA

Wahhh… banyak sangat nak share cerita ngan korang nieh. Well as you olls dah tahu, sabtu lepas berlansunglah hari bersejarah aku.. *cewah, ayat nak skema jeh kan.. before tu, hari selasa aku dah turun Melaka, perhh excited kot. Nak amik jubah la, jumpa kawan kawan la, memang super duper best weh. So, dah settle amik jubah bagai, ada pulak orang panggil interview kat putrajaya, so kene la balik putrajaya balik. Then balik Melaka balik. P balik p balik macam tu jela.

PUTERA KATAK KU...

WITH YAN, ENA, YAT AND RAIHAN... diorang duk sebelah aku dalam dewan


Ok, sepanjang minggu tu aku memang sibok gile, sibok berpoya-poya jeh. Haha! Tiap-tiap hari keluar, jalan jalan, makan makan, tengok wayang. Perhh penat! Sekarang pon masih terasa kepenatannya.

Ok, boring la cerita pasal jalan jalan kan. Ok, aku nak cerita masa hari konvo tu. Malam sebelum konvo tu aku tidur lewat jugak la, dalam kul2 pagi cam tu, biasa la jumpa kawan kawan, jumpa pakwe pakwe..opp, special pakwe sorang jeh. Haha! Then balik jeh homestay, mak biasalah kan dengan tugasnya, memarahi anaknya jika melakukan kesilapan. Mau tak marah balik tengah tengah pagi buta kan. *padahal beliau tak tahu sepanjang I duk melaka selalu jeh balik pagi pagi buta.kahkah. InsyaAllah mak, anak mak nieh tahu jaga diri J masa mak marah marah tu, aku sengih sengih jela mampu tapi tacing jugak la. Hehe

MUMMY! I LOVE YOU SO MUCH!

ABANG!  LOVE ALL OF YOU!

Then, dah mandi, cuci muka semua, letak letak jeh kepala terus lena. Dalam kul430 pagi dah terjaga dah! Padahal memang penat gila, tapi tak tahu camne boleh terjaga kul430am then dah tak boleh tidur balik. So, lebih baik bangun siap siap. Pukul 650am aku dah gerak pegi dewan, semangat gila kan? So, sampai sampai sana call call member sambil gelabah gelabah tengok orang ramai kan. Then berkumpul kat khemah, masa tu biasa la semua kelam kabut.

MY BEST FRIEND, MY GOSSIP GIRL XOXO FIZA. LOVE YOU FIZ...

 IZZAT... CONGRAT  :)

Dah masuk dewan memang neves gila tunggu turn, bukan neves nak naik stage, neves terjatuh jeh sebab tumit kasut perhhh tinggi n runcing kot *nak meletops punya pasal. Haha! Tapi alhamdullilah semua ok kan, TYT pon senyum jeh masa bagi tu, maybe dia berkenan kot nak buat menantu. Kahkah.. *perasan..

FARIZ :) 

FAHMI :)

Ok, dah settle semuanya, keluar jeh dewan sibok cari mak, abang and dania. Siap call bengang bengang lagi tak jumpa. Panas kot masa tu and perut nieh memang mengada pulak time tu nak lapar sangat. So, jumpa jeh mak, salam salam, amik gambar sekeping then terus ajak makan. Haha! Da malas sangat nak amik gambar dengan kawan kawan. Then pergi la makan. Dah habis makan pergi balik dewan dengan dania, ingatkan dapat la jumpa member member tapi semua pon dah lesap. Memang takde rezekhi la nak amik pics sama sama kan. Petang tu pergi jumpa kawan yang konvo sesi petang pulak, petang rileks sikit sebab redup sikit kan.

MARIA, ADAH, SABA, DILA, TIKAH N RAIHAN :)

Ok, malam sabtu tu, aktiviti wajib, jumpa member lagi. Kuar makan makan, bual bual dalam kul 11 malam baru balik homestay. Hah, malam tu bawa dania pergi jonker walk! Aku dah agak dah dia memang rambang mata punya tengok barang barang kat situ sebab acu lia dia pon tak tahan nafsu kot tengok barang barang kat situ, semua cantik cantik and murah la dari barang barang kat putrajaya nieh.

bergambar depan our fakulti :)

Esoknya, aku siap siap nak pergi konvo member sesi ahad lak. Ahad tu lagi la perghhh panas terik! So terpaksa la pakai shade, Nampak la hidung jambu aku kan. Jambu pon jambu la, panas punya pasal. Hah! Actually aku ada la macam terserempak member member yang pernah tegur kat fesbuk tapi aku nieh pemalu la, segan sangat nak tegur. Hehe..and yang aku tak perasan tu, aku mintak maaf sangat sangat. Serius tak perasan, satu sebab rabun, power lens nieh tak cukup power sangat, 2nd aku tak berapa nak cam sangat muka muka korang. Hehehe. So, kalau korang tegur, insyaAllah aku bual bual kejap ngan korang kan. Hehe.. mintak maaf ea kawan kawan.

1 2 3 lompat!

Petang tu before balik putrajaya, nasib baik la maria ajak amik gambar sama sama kat fakulti, walaupon dah pulangkan jubah tapi jadila ada jugak gambar dengan kawan kawan kan. So dah puas bergambar balik la putrajaya. Sampai rumah, mandi dan tidur…


Owh……… bebel panjang panjang lupa nak dedicate ucapan ribuan terima kasih. First of all setinggi-tinggi terima kasih pada mak, mak yang banyak bagi tunjuk ajar, banyak menegur segala kesalan yang alia pernah buat, banyak buat pengorbanan, supply duit belanja *hehe, and untuk segala-galanya. I love you mom very much! Pada allahyarham En Hassan, my dad sebab sebelum meninggal ada pesan sambung degree and banyak support masa beliau di dunia nie. I love and miss you a lot bapak!! Alia dah ada degree!! Terima kasih jugak pada abang-abang, kakak-kakak, anak-anak buah yang datang masa konvo tu. I love you all with all my heart. Pada kawan kawan, maria, fiza, tirah, farah, adah and sape sape lagi yang aku tak sebut yang banyak support time belajar, menangis sama sama, ketawa sama sama, terima kasih korang. Aku sayang sangat dengan korang :’) . pada close friend fariz, classmate, schoolmate, thanks a lot key. Pada UTeM! Terima kasih UTeM melahirkan graduan berkaliber seperti aku! Kahkahkah. And lastly pada ehem Izzat Azmi. Thanks for your attention, thanks for your love, thanks for your fresh flowers and putera katak, thanks for everything lah :)






Ok, panjang nau speech aku kan. Mekaseh pada korang gak yang sudi membaca! J