Thursday, May 31, 2012

Dorayaki

assalamualaikum...

berita gembira, boss dari jepun dah masuk kerja hari ni =.=" jadi lepas nieh tak boleh balik sharp pukul5pm T_______T  lalalalala. aku memang "suka" sangat duk kat tempat kerja. aku kan "rajinnnnn" sangat. T_________T

aha, tadi lepas balik kerja buat "patrol audit" dekat jusco pulak. yehooo lompat katak dapat window shopping lagi...nak tahu tak aku jumpa apa? jumpa handbag pehhhh cantik menarik tertarik kau memang de bommm betul la handbag handbag sekarang! masa aku nak beli dulu, masa aku ke hulu ke hilir hangkut duit banyak banyak dalam poket, satu handbag pon aku tak berkenan! bila poket tinggal habuk jeh, belambak lambak pulak! geram tahap maximum! saboo jela, pandang pandang jeling jeling sambil telan air liur jela weyyy....

sekarang nieh ada baju lambak lambak sales kat jusco, 3kali masuk fitting room tau tadi, baju 15hinggit jeh kan, ligat la pilih. *kemain cakap window shopping tapi try jugak baju kan... dasar perempuan betul la kau alia.... muahahaha! try punya try semua tak kene kat hati. pastu jalan jalan la lagi.

then dah puas window shopping, konon kononnya window shopping la kan, terus pergi beli dorayaki!!! yummy!!! my favourite!! perisa coklat, strawberry & red bean :) kemain sampai tiga, makan dua pastu kenyang tapi tak nak membazir, sumbat jugak tiga tiga ketul, mana tak belon? eh?! haha!

dorayaki yummy!!!


oh! oh! tadi kan..... senior i olls tegur i tau... dia cakap "ninja ninja" then kali nieh aku pickup la sikit, dia baca post aku yang latest tu.. cecece rajin ea follow blog alia sekarang? kalau macam nieh kene puji lambung lambung r senior senior kat tempat kerja dalam blog nieh, senang sikit nak kautim apa apa nanti kat tempat kerja yedak???? muahahaha! anyway, thanks to senior senior yang membaca ea.. nak sebut nama kang senior senior tu malu malu tucing lak kang.. blog i olls ramai silent readers.. eceh, budget hot dowh! hahaha!

ok, thats all for today! sayonara....





Tuesday, May 29, 2012

Terapi minda...

tahu tak yang cik alia suka perkara perkara yang melibatkan kerehatan minda. *eh, betul ke bahasa malaysia aku nieh? abaikan...

oh!

assalamualaikum semua.... ehehe...

terapi minda di sini bermaksud, merehatkan minda dari perkara perkara yang serabut or dari perkara perkara yang kita tak nak fikir tapi terpaksa juga fikir.. faham? tak faham? lemmmm betul la kau nieh! ahaha!

ok... actually, tadi lepas kerja saja nak buat window shopping, cuci cuci mata tengok baju, tengok tudung... i loveeeee window shopping!!! sebenarnya, window shopping adalah terapi paling baik untuk orang stress.. opss aku tak stress pon just dah biasa dulu masa belajar, habis kelas jeh jalan jalan kat shopping mall usha usha baju, tengok kerenah orang ramai. best!

so, tadi jalan jalan kat Greentown mall... aku hangkut azra sekali, paksa dia follow aku. eh eh, tadi kan terbeli ohkay tudung 2helai rm13.. murah kotttttttt, so terbeli... lagi sekali aku ulang, terbeli.. bukan sengaja beli.

ok, nieh gaya terbaru cik alia... style gak kan pakai macam nieh. ahaha! aku tak penah beli warna merah tau, nieh 1st time nak try.. daring la kununnnn... 

and.......

makan cucuk seafood!!! yeay!!!


masa nieh memang dah kecorrr air liur weyyy, dah pegang plate dah nak ambil semua sekali..............

baru tersedar............ aku allergy seafood!!!! :'( 

yeah! dua minggu sudah allergy seafood, 2kali sudah pergi klinik.. selama 25tahun nieh, ini first time allergy seafood... bukan setakat seafood, ayam and daging pon tak boleh makan. makan jeh naik merah merah... sedih sangat... tak tahu sampai bila kene pantang, sampai bila nak makan ikannnn and telurrr jeh.. haish...

tapii tadi, aku tibai jeh makan. muahahaha! budak degil... tapi aku amik ikan dengan telur puyuh dengan sayur jeh...

nyummy!!



and azra makan laksa tak sedap katanya. tapi aku punya yong tau fuu sedappp woooo... bhahaha!


aha! mak aku kan, ada bekalkan ini....

makan! kene paksa makan! pahit gila weyyy tapi kene paksa! yang nieh aku tak degil sebabnya melibatkan kesihatan kan.. so pejam mata, telan jela walaupon pahit gila! lagipun mak cakap elok untuk orang yang nak kahwin nieh! ehem! ahaha! pandai mak pancing aku suruh makan kan.. tapi bagus makan herba nieh..

sedikit info: khasiat raja herba:

1. Memberi tenaga luaran dan dalaman.
2. Melancarkan perjalanan darah.
3. Membuang toksik/ racun melalui perkhumuhan.
4. Seimbangkan gula dan garam dalam darah.


beli kat mana? tu kene tanya mak aku. rasanya dia beli kat sepupu dia kot...
ok nieh jeh untuk hari ni..

sekian... <3 






Sunday, May 27, 2012

aloha! There goes my weekend!!!

assalamualaikum...

Sunday evening already meh???!!!  mannnnn....... my weekend went  fast! feeling like...err semalam baru tengok jam kat dinding surau kat tempat kerja tunggu pukul5pm sebab nak blah awal that friday! muahaha! so,  i went home to Pantai Remis this weekend. got schoolmate's wedding, jadinya i olls pon tidak melepaskan peluang menyibukkan dan menghadirkan diri serta memeriahkan majlis rakan rakan dan taulan...

here are the pictures.. Congratulation to Suraya anak Nizam :)


tahniah u olls...

they're my schoolmates. amalina, noraini, suraya, me and riduan :)

ok.. ini celita hali saturday punya lorrr....jumpa kawan kawan lama, sembang sembang pasal kerja semua... 



esok kerja! sekian...



oh oh oh!!!

satu lagi!!!



tadi masa first2 aku buka blog, aku baca ruang chat, hampir pengsan ohkay baca abang sahab komen kat blog aku! rasanya aku tak friend dengan dia nieh kat fb, macam mana dia tau blog aku nieh? owh, abang sahab nieh senior kat tempat kerja aku which is selaluuuuu kenakan aku! but yet, aku tak kisah pon.... aku tau dia sengaja mengusik.... gua bukan hati sensitip beb.. cuma memang time meeting gua blurr sebab gua tak minat beb... haha! :p

ni komen dia "salam, ko skrg blh senyum2 kan. xpe.....tunggu Genji sampai k"

Genji yang di maksudkan boss dari Jepun nak datang june nieh... ada gua kisah? dia marah marah gua, gua blah rrrrr.. haha!!! :p




Thursday, May 24, 2012

Achieve something real

assalamualaikum...

everyday i think the same thing..... what i have achieved in this life so far? hm.... fikir punya fikir punya fikir... nothing pon??! but yet, alhamdulillah... di lahirkan dalam keluarga yang sederhana, supportive, penuh kasih sayang and bla bla bla... ehe! apsal tetbe macam skema jeh alia oi...

ok, tak best taip skema skema nieh kan... sebenarnya lately nieh asyik berfikir jeh nak pakai kereta baru. *owhhh.. ceritanya nak share pasal berangan nak angkat kereta baru, kemain title "achieve" la bagai kan alia??? haha!

well, dulu asyik harapkan duit mak bapak jeh kan, sekarang dah kerja boleh la verangan lebih sikit... sooooo ini list kereta kereta yang mampu nak beli. kalau cakap kereta idaman, aku rasa sampai umur 40 pon tak terbeli kot. tapi mana tau kan, rezekhi tu datang dari Allah, jangan putus untuk memohon... but sekarang, berangan nak pakai kereta ini!!!

yeaahhhh! ini 1st choice!!!!

2nd... preve!! tapi mak tak berminat pulak... haish~~

emm... yang nieh... macam suka juga tapi still 50-50% lagi...

ok, yang nieh memang minat gila dulu tapi sekarang tahap keghairahan terhadap kereta ni sudah menurun la... maybe dulu darah muda kan, nak yang nampak sporty sikit ke kan. *ok sekarang dah tua? fine fine fineeeeeeee..... eh? haha!  but yet, still suka lagi kereta comel ini! 

mari kita lihat kereta yang dah berjasa kepada tuan comel dia nieh. lama ohkay dia berjasa kat aku, 7TAHUN! tak pernah kan dia masuk blog aku.. kesian dia... selama ini susah senang bersama, berpanas berhujan berembun bersama... kene hentam belakang pon sama sama. sama sama sakit, sama sama pergi jalan jalan. dia lah yang paling banyak berjasa.. oh sayangku....


ahahaha siap ada tampal P lagi..  picture lama nieh, 6tahun yang lepas..

TERIMA KASIH AEU... kau banyak berjasa!!! I LOVE YOU SO MUCH! 






Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru



&




assalamualaikum....

hye rakan rakan dan taulan... post ini khas buat untuk emak tercinta.

 SELAMAT HARI IBU & SELAMAT HARI GURU!!!

err.... semalam kan, aku buat surprise ohkay dekat mak aku. actually, masa hari ibu 13 May tu tak sempat nak beli apa apa pon. then petang tu minum minum petang la dengan mak then mak cerita la, jiran kteorang tu, anak dia beli macam macam sempena hari ibu. masa tu terasa gila kot... rasa sedih pon ada sebabnya mesti mak fikir anak dia nieh tak ingat, tak menghargai. but seriously aku tak sempat nak beli apa apa pun hari ahad tu... 

so, hari isnin, lepas kerja jeh terus aku pergi beli dominos pizza. hehe.. 

 sampai jeh rumah, dengan kendong pizza yang banyak itu, terus aku say "HAPPY MOTHER'S DAY!!!" sambil hulurkan pizza. dalam plastic tu ada kad.. masa mak baca kad tu, aku cium pipi beliau and masa tu suara mak bergetar said terima kasih  tanda terharu and aku turut terharu skali... hati tacing kot.. alahai anak mak.... haha!

and for my mom , also selamat hari guru.. mesti mak rindu zaman zaman mengajar dulu but for me, you're my salute teacher forever!!! 

&

I LOVE YOU SO MUCH!!!






Monday, May 14, 2012

Marina Island : Happy Birthday to you!!

assalamualaikum...

Hye awak dan awak dan awak juge...

sihat?

last saturday kan, kitew kan balik kampung you know... *menggedik gilew weyy... dah kau kenapa alia? eh?! haha! ok, saje jeh balik kampung, boring boring duk ipoh balik la kampung. and kebetulan hari ahad tu my bff, mahirah punya birthday! so, bawa la dia makan makan makan...


takde lah makan special sangat pon kan..






ok, ini cerita sabtu lepas.. hari ibu.. err... later aku update lain... ^___^

Saturday, May 5, 2012

Activities extreme!

assalamualaikum...

weekends weekends weekends. hello my weekend, we meet again! activity? duduk rumah sepanjang hari. *eh, tipu, malam nanti pergi tengok wayang! yeay! tak sabar!

ok, malas nak merapu makan ikan kerapu. i seorang yang sangat suka extreme activity! but satu benda alah pon tak pernah try. haha! just pergi genting naik benda benda alah tu, pergi sunway lagoon naik benda benda alah itu, and pergi bercuti jalan jalan pulau jeh. boring~~ haha! eh?! suka lak @@

so, this time i nak list activity activity extreme yang akan i cuba (insyaAllah) penuhi impian di hati ini! and of course la pergi dengan orang tersayang. eh?! haha! tapi dia macam tak minat jeh activity activity extreme nieh, macam suka duduk rumah jeh dia tu. so how??! err tapi tak pernah tanya pon lagi sebenarnya. *chop! apsal aku menggedik guna "i" nieh? euw! haha!

first nak try:

Water Rafting


\
whoaoo mencabar mencabar!

 Bungy Jump


style! style!

Tandem Skydiving


this is sooooo cool!

Paragliding


oh my....can't wait to try this!!

Quad Biking


wehuuuuu. best best!


actually banyak lagi activity activity extreme yang teringin sangat nak try but... nantilah fikir lain. yang nieh pon masih pending jeh lagi kan... and for my garfield *EH* haha!, awak suka tak activity extreme nieh? jom nak nanti kita buat sama-sama. ke awak nak simpan duit untuk EHEM?! eh??!   lalalalalalala..... haha!

okbai

Wednesday, May 2, 2012

Ini yang di katakan MENGHARGAI

assalamualaikum...

nak cakap sikit bab MENGHARGAI.

bila orang dah suka, sayang kita, tolong la hargai beliau. kerana bila beliau dah malas nak tunggu, malas nak bagi harapan lagi dan beliau pon berlalu pergi, mula la rasa sepi.

dan semasa sepi, boleh pulak mencari beliau kembali and simply cakap just nak test, tengok setia ke tidak and berharap beliau sayang anda seperti sebelumnya? really? hey, kita dah dewasa, tak ada masa test or menunggu benda yang tak pasti.

ok, cerita nieh dah basi cuma hope tak jadi untuk kesekian kalinya. kita ada limit untuk menunggu and limit itu kadang kadang merugikan empunya badan. yang hendak dekat dengan diri ini di korbankan sebab kadang kadang diri ini bodoh menuggu benda yang bukan ketahui penghujungnya.

tolonglah hargai...

tolong...





Tuesday, May 1, 2012

Berangan...

assalamualaikum...& happy labor day!!!

lama tak post apa-apa. boring kan... lately nieh like seriously aku kuat gile berangan ohkay!

situasi :

1. bawa kerata
yes, ini feveret aku time berangan. best gila berangan time bawa kereta sebabnya perjalanan tak akan rasa jauh. tup tup dah sampai. walaupon tempat kerja aku ambil masa 30minit tapi aku rasa macam 5minit jeh. bagus bukan?

2. sebelum tidur
nie lagi satu feveret time. sebelum tidur tu baring baring pandang siling pastu berangan. kadang kadang berangan tu sampai masuk mimpi. mimpi mimpi indah gitew...hehe.

3. tonton cerita korea/jepun
yang nieh aku rasa semua orang pon berangan kot time tengok. nak dapat bf/gf yang sweet la, apa la kan. serious memang sangat kuat berangan time nieh.

4. masa menunggu
hah! masa nak tunggu sesiapa datang ambil kat rumah nak hang out, time nieh sempat lagi aku berangan. see, kuat berangan kan..

5. time ehem! time dalam bilik air
ok, tak kira la mandi ke, buang apa apa yang patut ke kan, aku suka berangan dalam bilik air. time mandi kadang kadang ambil masa sejam sebab syok sangat berangan sambil disirami air suam suam kuku kan. pehhh best gila ohkay time nieh..


apa yang aku berangan???! ok, aku berangan pasal... ehem... pasal KAHWIN! hahahaha!

okbai