Thursday, January 5, 2012

Pencuri rumah sendiri

assalamualaikum...

hari nieh ada buat perkara yang tak best sikit. TERPAKSA buat, bukan suka suki nak buat yea adik adik. pagi tadi nak keluar la beli sarapan kan memandangkan duk rumah sensorang jadinya tak koser haku nak masak bagai. hehe. pastu dengan keadaan yang selekeh tahap babun tak pakai baju tapi aku pakai baju la, sweet lagi gitew, dengan shawl senget senget then dengan spectacles nerdy aku *owh, aku rabun yeah pakcik makcik sekalian, so terpaksa pakai spectacles, kalau nak keluar rumah beli barang hantaran eh silap, beli barang dapur, tak kan nak beli telur 2 bijik depan rumah kat kedai cik kiah tu pon kau nak melaram pakai lens mata biru sinar silau bagai or skirt ropol ropol or baju warna warni persis badut masuk universiti sarkas? no no no. pakai simple jeh, jeans, tshirt, slipar jepun ke korea je or wateva then spectacles tanpa makeup! yeah, cukup pakej untuk di tolak mentah mentah untuk mak mentua kau. haha! ok, pendek cerita, aku memang selekeh la time tu.

ok, dah siap mandi pakai kemas kemas, start la enjin kereta. duk dalam kereta seminit baru teringat sampah nak kene buang, so terpaksa la buka kunci, mangga, slide rumah tu balik. sementara ingat, baik buang terus, nanti tangguh tangguh lupa lagi kan. dah buang tu masuk lepak dalam kereta balik. then aku pon tekan la remote nak buka gate rumah aku tu. teeettt bunyi remote. ok tipu, remote tak bunyi pon. tekan punya tekan gate tak bukak bukak jugak. haish! nieh konpem battery dah habis or solder tak touch memane nieh, so connection putus. selalu jeh remote rumah aku jadi macam tu.. tensi tensi tensi betulllll. cuma 1 jeh penyelesaiannya, guna manual. guna manual means aku terpaksa masuk rumah balik then tekan button buka gate kat dalam rumah. inilah masalahnya kalau guna remote nak buka gate.

then dah buka gate, aku keluarkan la kereta aku tu kan. pastu nak tutup gate pon ofkos la kene guna manual jugak kan. so, agak agak apa korang fikir? yeah! pandai pon, aku terpaksa PANJAT GATE tu untuk keluar rumah. nasib baik lahai aku pakai seluar. kalau pakai skirt then makeup kemain lagi ke kan, tak ke haru, budak comel panjat pagar?? hadoi... tak pon tak ke lagi haru kalau pakai baju kurung then panjat pagar? hadoi lagi... malu beb malu. nasib baik la jiran jiran aku cina so takde la banyak bising sangat. i mean, takde la diorang kisah sangat kan. lagipon takde sesiapa pon nampak. 

dan akibat daripada perkara tak senonoh yang aku terpaksa lakukan itu, tangan, jeans and baju aku comot momot sebab gate tu hitam plus tajam kot. nasib baik la tak tercucuk apa apa kan, kalau tak nahas nahas!! nak pakai lama kot badan aku nieh! ehem!

ok, nieh jeh nak cerita. 



bai


No comments:

Post a Comment