Wednesday, June 22, 2011

Beijing China "Great Wall of China"

slm...

weeehooo!! hari keempat pergi ke tembok besar china.banyak sangat la nak share ngan korang masa pergi china nieh, so aku ringkaskan jela.*tapi tak teringkas pon.haha..ok, 1st nak share, satu-satunya tempat kat bumi yang nampak dari bulan adalah tembok besar china. panjang tembok nie 6700km, menurut johan ada jeh orang yang jalan dari awal sampai ke hujung tembok nieh and ambil masa selama setengah tahun.hamik kau! setengah tahun tak mandi, kalah kambing weh. tembok besar china nie ada banyak pintu and pintu yang paling tinggi nama Ju Yang Guan, ada dalam 3 hingga 5 ribu tangga (ada yang rendah, ada yang tinggi). tembok besar nieh di bina atas sebab nak jaga keamanan, since ada 7buah negeri tak bersatu lagi, so banyak la musuh, jadi tembok nie di bina supaya senang pantau musuh.





ok, kat tembok besar china nieh ada banyak mangga kat tepi-tepi tangga tu, orang china percaya, kalau pasangan suami isteri ke pasangan bercinta ke yang kuncikan mangga dia orang kat sini, hubungan tu berkekalan. aku tak tahu la betul ke tak, aku pon tak percaya sangat tapi kalau aku ada bf *ehem, aku pon akan ajak dia pergi tembok besar china nieh and kuncikan mangga kita orang *cecece berangan (+_+) .

selain mempertahankan negara daripada musuh, ada juga sejarah tentang tembok besar dan hubungan yang berkekalan nieh. menurut cerita johan, pada zaman dahulu kala ada maharaja yang berkenan pada seorang perempuan nieh tetapi perempuan tu dah berkahwin. jadi si suami seperti menjauhkan diri pada si isteri kerana kekecewaanya dan melarikan diri.so si isteri nie pon bertekad nak mencari suaminya. dengan kaki yang kecil *yeah2, orang perempuan china zaman dahulu ikat kaki bagi kecil, lagi kecil, lagi cantik and bila kaki dah kecil so jalan pon tak stabil lah kan. so, berbekalkan kaki yang kecil itu, si isteri pergi mencari suaminya. tapi masa dalam perjalanan tu si isteri tengok banyak sangat tulang-tulang manusia *yes, kat bawah tembok tu sebenarnya ada berjuta-juta tulang manusia tapi kita tak nampak lah, johan yang cerita. so, back to the story, bila si isteri confuse mana satu tulang suaminya, berlaku keajaiban dunia di mana si isteri menitiskan darahnya ke setiap tulang dan kalau darah tu tak tembus tulang itu, maka itu bukan suaminya. jadi setelah titis punya titis, maka terjumpahlah satu tulang yang darah si isteri ini tembus maka si isteri pon menangis kesedihan.maharaja dapat tahu hal itu dan dia suruh tangkap perempuan tu untuk di jadikan pemaisuri tetapi perempuan itu mengenakan syarat, dia suruh maharaja buat tembok dari rumah dia ke istana.*dah macam cerita puteri gunung ledang lak kan..nie yang aku dengar la, kalau salah, marah johan.haha! so maharaja pon tunaikan permintaan perempuan tu.akan tetapi selepas tembok besar tu siap, perempuan tu bunuh diri.haish! see! perempuan nieh selalu complicatedkan keadaan kan, nak tembok dah bagi pastu p bunuh diri lak, entah apa-apa tah! kalau aku, terima jeh, haha! konon-konon setia pada yang satu lah kot kan..





then, pergi jed center. nak tahu jed tu asli ke tak, kita tengok dari sinaran yang terpancar dari jed tu. kalau berkilau and bersilau mata anda, itu jed asli. then kalau kita ketuk-ketuk jed tu and bunyinya sangat lah nyaring, itu pon jed asli. lagi kalau kita pakai jed warna hijau, semakin lama kita pakai, warna hijaunya semakin pekat, itu jed asli. jed yang asli ada akar, jadi kalau kita pakai, akar tu merayap. jed nie khasiatnya adalah blood circulation, so elok di pakai di sebelah kiri sebab urat di tangan sebelah kiri dekat dengan jantung.




selepas tu pergi ke kristal center. ada 7 jenis kristal, antaranya Ming Tombs crystal untuk wisdom and strength "setting rich today" dia punya kepercayaan. lain, ada Quartz means power. Rutile for wealth. Tourmaline for love.and others aku tak sempat salin masa tengok video-video crystal nieh.haha! laju sangat la slide tu, aku nak tulis lagi, nak fokus lagi, tak sempat la. tapi seriusly kagum sangat sebab banyak giler pengutahuannya. lagi yang aku ingat, ruby yang paling bagus adalah dari thailand, best jed from myanmar.em, Quartz dari burma kot yang best. tak ingat tak ingat. haish! banyak goreng semut buat kerepek la u olls!!




ok, lepas sesi kuliah jed and crystal, kita orang pergi pusat pembuatan ubat-ubatan tradisional china lak. kat sini dengar kuliah lagi."lecturer" perempuan orang china tapi boleh cakap indonesia, so dia terang la ubat-ubat yang sesuai untuk macam-macam penyakit. pas tu dia buat demo, panaskan rantai besi yang besar tu then dia tampar skali, kita orang nieh tengok terpegun seketika la. then dia sapu la ubat melecur. conclusinya, dia nak buktikan yang ubat tu mujarab.hadoi la! tak payah susah-susah kot buat macam tu, kita orang bukan nak beli pon, muahaha. tapi apa-apa pon tahniah and hebat persembahan lecturer tu. terima kasih sebab membahayakan diri untuk tatapan orang-orang malaysia. sangat terhibur! =)




then, pergi market murah. barang-barang dia letak mahal tapi boleh bargain. seperti biasa, aku and my sister tak beli apa-apa pon, makcik makcik yang sibuk berbelanja sakan =) malam tu pergi hard rock cafe beijing. and aku ada beli t-shirt hard rock cafe sehelai.yeeeehoooo!! dah lama ngidam t-shirt hard rock cafe oversea! ahaha! dapat gak akhirnya! bravo alia bravo and sejuta terima kasih kepada kakak tersayang sebab beli baju tu untukku..bestnya bestnya, rasa nak menari-nari jeh masa tu..









ok, pastu pergi dinner dekat restoren muslim yang ada tampal duit rm1 *RM ohkey. kat dinding restoren tu. masa tu makcik-makcik nieh bual-bual la sebelum makanan sampai, "nanti kome kalau kawin jangan lupeh jemput makcik-makcik nieh" then makcik bedah cakap "jemput apanya, tengok-tengok jadi menantu sendiri" haish! haish! berkenan la sangat-sangat mama bedah kat aku nieh kan.ahahaha! perasan tahap maximum dah masa nieh. malu! malu! *sambil tutup muka.



and that nite kakak aku ada beli album kita orang. actually masa kita orang jalan-jalan nieh ada tukang ambil gambar and tukang amik video, at the end, dia jual kat kita orang. kakak aku jeh yang beli album tu and aku pon dapat la sekeping gambar aku yang comel masa kat grat wall.hehehe...

No comments:

Post a Comment