Thursday, June 30, 2011

Transformer Free, Makan pon Free \(^_^)/

salam...

yesterday aku ada buat status macam nie kat fesbuk  "xde sape keh yg sudi nk belanja tgk cite transformer? nk g tgk sendiri mcm dah xmampu jeh nieh. dlm purse juz ada slip segala bank yg tertulis "Harap maaf, urusniaga tidak dapat dijalankan"~~ kesian~~ :(" then, biasala orang budget comel, so budget mesti la ada orang yang sudi nak belanja kan kan.ahaha! ok, actually, aku saja jeh buat status tu, bukan sebab nak mintak simpati ke, nk mengorat sesiapa ke, serius tak, saja bosan, tak tahu nak buat status apa untuk komen-komen bila bosan kan. jadi, komen punya komen dengan kawan, ada la junior aku nieh offer nak belanja! yehooo! serius, meloncat beb dengar dia nak belanja. *sebenar-benarnya, aku memang dah kering-kontang dah nie, duit nak makan pon tengah catu-catu je nie, sikit hari lagi memang makan kayu la, pasir tak sedap ;p

me, ain and suha

suha and kawan-kawan sekolah dia

ok, junior junior....aku senior yang baik tau, cool plus comel.haha! puji puji diri sendiri, sayangilah diri anda *tetiba! sebab ke'cool'an aku nie la, ada gak junior yang ajak tengok cerita transformer.ok, meh nak cerita junior aku yang sangat la kiut miut and cool macam senior dia nieh! dulu, masa aku tahun dua, dia tahun satu. aku duk 1 bilik dengan dia. nama ain atiqa,yes, manis namanya, semanisnya kurma ini aaaaaaa seemmmppuuutttt...dua sem duk 1 bilik and memang banyak la benda yang di sharing is caring kan. dari hal keluarga, pelajaran, kawan, boyfren, scandal *ops, and bla bla bla la..petang-petang je kita orang mesti duk kat tingkap sambil tengok pemandangan kat luar yang tak berapa nak cantik, yang boleh menyebabkan kornea mata anda kejulingan sekejapan sambil cerita kisah-kisah yang menyeronokkan, menyedihkan, gosip-gosip panas,ngumpat orang yang lalu-lalang,ni perkara wajib! muahaha...bukan megumpat sebarangan tau! then sambil-sambil cuci mata tengok abang-abang super senior main bola *ops, pecah rahsia!
nie la ain atiqa, junior yang sweet jee

aku and ain dah lama tak hang out sama-sama sebab naik jeh tahun tiga, aku duk rumah sewa, sampai la sekarang. nak spent masa sama-sama memang jarang la.so, semalam ain ajak aku pergi tengok transformer dengan kawan dia. yang bestnya, dia cakap nak belanja! yeepeee!! thankz ain, serius sayang kat ain! budak-budak yang nak ngorat orang pon tak penah offer tau nak belanja tengok wayang, tak gentle langsung kan, nampak nau kedekutnya, tapi nak ngorat, tak malu tol.haha! see, kita nie cool jeh, ain lagi-lagi la cool! kalau hati ikhlas, kita pun ikhlas jeh nak kawan..anyway terima kasih banyak-banyak sebab lanje orang semalam =) happy sangat.

ok, lepas tengok transformer tu *aku malas nak ulas cerita transforrmer panjang-panjang, korang pergi tengok sendiri la key :) tapi cerita dia ada sedikit kepeningan or aku yang lampi eh? entah, korang tengok sendira la! ok, lepas tengok transformer tu *berapa kali nk ulang ayat nieh? , ok, lepas tengok transformer tu kita orang nak pergi la makan, kat tempat biasa, kedai merah. masa on the way tu, ada pulak road block! ok fine, aku tak ada buat salah apa-apa pon, so cool jela kan. sampai je kat tempat pemeriksaan tu, abang polis nak tengok lesen, ok, dengan bangganya aku bagi la, then dia suruh aku berhenti tepi, sudaaaaa apa la yang abang polis nieh nak lagi, neves neves tapi tetap cool. dia suruh aku turun kereta and dia amik la segala information pasal lesen and kereta aku, *owh, tak ada apa-apa pon sebenarnya, dia jeh nak buat report untuk boss dia jeh nanti. so, aku pon sempat la sembang-sembang dengan abang polis nieh. *nasib baik muda beb, boleh la nak kenyit-kenyit mata kalau kene saman kan, KALAU ohkey, bukan kene saman pon, so tak payah kenyit mata ;p



nak tahu apa aku bualkan?

abang polis: dari mana nak ke mana nieh (dengan muka serius tak boleh blahnye. masa tu pukul 1230am)

aku : owh, dari tgk cite transformer nak p makan kat kedai depan tu ha (sambil tunjuk kedai merah yang tak jauh dari situ). apesal saya yang kene tahan eh, kete orang lain lepas jeh..?ehem, dah tengok ke cerita transformer? best!

abang polis: mm..(tak ada jawapan untuk soalan "apesal saya yang kene tahan eh, kete orang lain lepas jeh?") kerja ke belajar? belum lagi. sedap ke makan kat kedai tu? eh,dia orang cakap cerita penunggu istana tu betul ea?

aku : (*dalam hati, ada chance nieh nak pancing! haha!) belajar.pununggu istana? owh, tak tengok pon cerita tu. sedap jugak makan kat situ. kat sini selalu eh buat road block?

abang polis: belajar kat mana? saya baru je kerja hari ni kat sini, ganti orang lain. awak nieh banyak tanya la, saya ngah buat kerja nieh!

aku : (dah tuuuuu, yang ko pergi tahan aku yang banyak mulut nie apa kes, hengat aku takut la ea?banyak lagi kot kete yang orang macam perompak je, haku yang comel gak yang ko tahan, so layan jela kerenah aku, tau pon kerja kan, so buat la kerja betul-betul) ooo...ala, baru je nak roger-roger awak kalau ada road block kat mana-mana. (sambil blink-blink mata buat muka paling comel). belajar kat utem.

abang polis: haaa....boleh-boleh, nanti contact la saya...kereta siapa nieh? awak punya?

aku : macam mana nak contact?? (buat-buat tak paham). ha ah, kereta saya.

abang polis: bagi la number phone. ayah awak ke yang bagi kereta nieh?

aku :  yea, ayah bagi. (buat-buat tak dengar) dah siap ke salin? nak cepat nieh, esok member kerja, dia practical.

abang polis: dah. nah (bagi lesen). tak ada ke number phone ke, nanti boleh bagi tahu tempat-tempat road block.

aku : owh, tak pa lah, tak jadi la. fesbuk jela k. ok bai!

abang polis: fesbuk nama apa?

aku : (bagi senyuman yang paling manisnya kurma ini aaaaaa semmmmppppuuutttt dan berlalu pergi).......


haiiiiii laaaa abang polis abang polis... baru test sikit je.....muahahaha....haaa...lupa nak mention, makan malam tadi, kawan suha yang belanja. ya Allah, murahnya rezekhi aku malam tadi, terima kasih ya Allah... pada kawan suha, Along (aku tak tahu nama sebenar, baru kenal malam tadi), terima kasih ea belanja orang makan. *dah la dia orang nieh lagi muda dari aku, sogan den sogan!. nanti bila-bila kita hang out sama-sama lagi ea. korang memang best =)

suha and along =) tq along....

2 comments:

  1. merah? ni dah dekat dengan umah aku nih..haha

    ReplyDelete
  2. em em..bley la lepak skli. aku rajin lepak cni.haha ;p

    ReplyDelete