Friday, July 8, 2011

Monte Carlo plus Roti ke Topi ^_^

salam...

tadi baru habis berperang. berperang? saja buat gempak, baru habis test. ok, test kali nieh berlainan. aku sorang jeh yang ambil and jawab depan lecturer! what! depan-depan ohkey! berpeluh kot, dah la study cincai jeh. ok, study macam orang confident jeh boleh jawab, usha-usha note sikit-sikit then tidur. pemalas! yes, malas. pastu jawab exam buat muka belagak macam dah khatam semua nota, buku rujukan, tutorial and bla bla bla. dah habis jawab pon keluar dengan muka belagak, confident jawab semua, kertas memang full lah, tak ada 1 pon tertinggal....~~~ bila dapat result......................................C+ okbai. takat hidung je beb! fuh fuh, nasib baik ada tanda +, sedap sikit mata memandang kan.*ok, tak kelakar. wa bukan macam lu beb, wa tak suka ini bidang, wa cincai-cincai lorh jawab. tapi aku serius bangga dengan sahabat aku nieh, dia pon tak minat bidang nieh, bila exam je mula la gelabah "weh, tak tahu nieh nak jawab ape" and bla bla bla la dia membebel, aku? rilek je, buat muka tenang.  bila keluar result, almost every sem dia dean's list. DEAN's LIST oohkey.. ingat senang nak dapat dean's list almost every sem? siapa dia? ok, yang paling rapat dengan aku sekarang, korang fikir sendiri la ea ^_^

nie gambar semalam pergi teman fiza and tanem deal dengan hotel.

ok, semalam lepas pergi deal tu, aku and fiza decide tengok wayang tapi tak plan pun wayang apa. sebelum tengok wayang tu, pergi makan dulu kat A&W, dah lama tak makan situ. *lama keh alia? wateva! 

tak senonoh betul la buat gaya macam nieh. alia alia. kesian~~

ok, lepas pergi makan terus ke panggung wayang, masa tu pukul 515pm, decide punya decide, tengok cerita monte carlo pukul 520pm. layankan aje, sebab tiket murah price student~~ tapi layan punya layan, best dowh cerita nieh. cerita tentang romance. meh aku buat konklusi ceritanya sikit. ada 3orang sahabat nieh, grace, meg and emma, baru lepas grad pergi bercuti ke paris. masa kat paris tu diorang terlepas bas pelancongan then diorang pergi hotel mewah nak tumpang toilet. ada pulak perempuan kaya, anak sapa tah sama muka sebijik macam grace. then wartawan pun ingat grace tu anak orang kaya tu. so, sejak tu la grace and kawan-kawan dia menyammar jadi anak orang kaya. anak orang kaya tu mana tah pergi, aku pon tak tahu.dalam cerita nie ada la cintan cintun semua, memang suweeet betul la. and cerita-cerita macam nieh memang best layan bersama besties =) *nak tahu lebih lanjut, google key rakan-rakan ;p

 
lagi yang bestnya cerita nieh sebab buat kat paris. OMG! aku dengan fiza memang wish sangat-sangat dapat pergi sana suatu hari nanti. amin...bestnya!hah! nak share sikit, masa dalam panggung tu, ada la scene yang kelakar tau, dalam lift, aku and the rest ketawa la tapi aku tak sedar lak, bila semua orang dah behenti ketawa, aku sorang je yang tak berhenti lagi, so memang dengar 1 panggung. dah la duduk paling depan sekali.  malu weh malu! sorok muka dalam beg. 


then malam tu aku pergi lepak mamak dengan maria. mamak jela yang yang mampu beb! ada benda nak bincang pasal rumah, so aku rasa lebih baik bincang santai-santai, minum-minum supaya tak ada sapa yang akan keluar api or asap dari telinga bila aku cerita what is the problem. cara nieh lebih berkesan untuk kawal keadaan and lebih mengeratkan persahabatan. amin... yang bestnya, roti tisu kat mamak nieh unik! tinggi beb! macam topi dah aku tengok. tapi menyelerakan. yum yum ...


ok, sebut pasal mamak, aku teringat sorang brader nie makan kat sebelah meja aku. then bila dia dah habis makan, dia panggil la macha tu kira, sebelum dia suruh macha tu kira, dia complaint macam-macam beb, aku tak dengar la dia cakap apa tapi aku dengar nada dia marah-marah sambil tunjuk-tunjuk pinggan yang dia makan. dalam hati aku kata "eleh, nak murah la teww". masalahnya beb, pakaian, gadget, gaya semua macam orang kaya dah bro tapi sengket rupanya. kesian~~ kalau ko tak puas hati makan kat kedai mamak, ko kaya sangat p la makan kat hotel 10bintang, tak payah complaint-complaint dah. hish! hangin lak aku! kalau betul la ada lipas ke, tikus ke dalam makanan dia, logik la jugak nak complaint, nie, licin! licin wa cakap sama lu! lagi mau bising ka ane?

7 comments:

  1. tinggi gila roti tissue , Ali Maju pendek jea T_T

    ReplyDelete
  2. tinggi kan! jom dtg mlaka makan roti tisu tinggi ;p

    ReplyDelete
  3. teringat aku pengalaman tgk wayang... mamat sebelah aku x habis2 ketawa wlaupun x layak... samalah mcm ko kot. haha

    ReplyDelete
  4. aku sopan sket la kot.haha ;p

    ReplyDelete