Tuesday, July 5, 2011

The best things in life come in threes, like friends, dreams, and memories.

salam...

see! tajuk sekarang nak berfalsafah je kan? korang tertipu! aku copy paste google jeh.bukan fikir sendiri *patut otak karat, malas fikir sendiri..siapa suruh segala maklumat di hujung jari sekarang ye dak? so, search internet jeh ;p tapi kalau korang rajin cari, best quotes kat dr.google nieh, semua motivated, tak payah susah-susah cari buku motivasi lagi =)

ok ok, habis dah cerita falsafah bagai nieh.masa dalam kelas tadi tersempat lak teringat kat member aku dua orang nieh. tah angin apa tah teringat kat diorang. *sekarang nieh asyik rindu kawan-kawan lama jeh, al-maklum la orang tak ada bf *haish~~ tersebut lagi!~~ nak rindu siapa lagi kalau bukan kawan-kawan sejati kan.

ok, aku tak tahu la korang tahu ke tak or ingat ke tak, dulu aku pernah praktikal dekat sony bangi. time praktikal tu serius rasa semacam je, rasa macam homesick tapi tak tahu la apa yang homesicknye. setiap pagi bangun mesti terkeluar perkataan wajib "urghhh!! malasnyaaaa!" then rasa nak nangis jeh. mandi je temenung, temenung je mandi..ok, kerja kat sony bukan tak best or lebih sedap di dengar, environment dia seperti kilang-kilang lain cuma pressure kerja yang di beri. see! praktikal pon dah pressure, inikan pulak kerja betul-betul kan. nervous gila nak kerja nanti! kuatkan la diriku ini ya Allah...


masa praktikal, aku kene sambung 1 projek buat system kat production line. system beb system! aku tak pernah buat kerja-kerja gila nieh.haha! maksud aku, aku tak pernah pon buat system bagai nieh. aku belajar pasal bab-bab IT nieh masa diploma sem 1 jeh. mana la ceq ingat weh, lama dah kot. tapi sebelum dapat praktikal tu, boss department aku call then ada la sesi interview sikit. dia tanya la aku buat coding guna software apa semua. then dia tanya, tahu tak guna php, mySql and apache? sudaaaa aku tak tahu la masa tu aku pekak ke or nervous sangat ke, aku cakap aku tak pernah dengar tapi aku boleh belajar. cecece, time tu budget hebat la nak belajar bagai kan. so, dia pon cakap ok, anda di terima. memang time tu happy gila la, rasa nak loncat-loncat jeh tapi dalam kereta lak time tuh, so angkat-angkat bontot je la tanda gumbira! yehoooo dapat praktikal sony, sony beb! yang hepi sangat tu sebab praktikal sony ada elaun rm500, rm500 je kottt! hello rm500 tu kira banyak plus hebat la bagi seorang student! muahaha! poyo sekejap.

ok, masa first masuk sony, aku kenal la dengan budak praktikal yang sedang buat projek tu. nama dia fendi, budak IT ukm. sepatutnya dia dah habis dah tapi boss mintak dia extend 2minggu sebab kene ajar aku segala-gala pasal system, haha, padan muka ;p see again! 2minggu jeh aku belajar, 2minggu weh!! orang yang ambil IT pon belajar 2tahun setengah, haku nieh 2minggu?? what???! then, dengan ketekunan, aku belajar la segala php, mySql, and apache tu. bila fendi blah, aku glabah. glabah beb nk maintain system tu plus nak kene tambah macam-macam function lagi. so, apa lagi, kawan-kawan IT sangat la di perlukan! ada jugak aku mintak tolong fendi tapi dia pon busy dengan final projek dia, so aku malas kacau dia lebih-lebih.

hm...member-member aku yang sangat bertuah yang aku mintak tolong tu memang pakar la dalam bab-bab php + mySql nieh. even sekarang pon diorang jadi programmer and buat system-system nieh semua. seorang duk kat shah alam and seorang lagi duk kat bangi.fuhh!!! nasib baik dekat weh, nanti 1 hal pulak nak kene travel jauh-jauh sebab nak mintak tolong ajar buat system. so, most every weekend la aku pergi jumpa diorang bawa laptop and lepak burger king ke, mamak ke, berjam-jam. pernah jugak kitaorang lepak kat melaka, buat kat mamak sebab kebetulan masing-masing ada kat melaka. so, macam-macam la yang aku belajar pasal system nieh, kalau minat memang la senang tapi kalau dah tak minat tu, bancuh-bancuh coding-coding tu semua then makan pon tetap gak tak boleh buat! ke aku yang lembab? haish alia alia!

ni la dia member aku yang sengal: ahmad fariz, bawa kereta 40km/jam. haha ;p

ni member aku kurang sket kesengalan die: faizal, jalan tunduk je, fikir punya fikir nak buat coding sampai terhantuk pintu ;p

ok, kepada member aku:: fariz and pejal, terima kasih banyak-banyak yeh tolong member korang nieh! nanti kita hang out sesama ea. and semoga korang bertambah berjaya dalam kerjaya korang. pesanan: tak payah kerut dahi sangat buat coding tu, nanti jumpa dah botak kepala korang. ;p rindu korang! =)

*ehem, yup, aku agak ramai juga ea kawan lelaki. em, sebabnya berkawan dengan perempuan nieh leceh beb. nak nak yang ada bf, lagi-lagi la leceh. ops! aku tak cakap sesiapa, aku pon macam tu gak dulu masa ada bf.haha! lelaki nieh simple, tak perlu jaga hati sangat, cool, plus diaorang lebih mementingkan kawan dari kekasih hati. yeke? em, salah, diorang mementingkan kekasih diaorang tapi kawan juga penting. and for gurls, kekasih diorang la segala-galanya and terkadang melupakan kawan perempuan...ok ok, cakap kat diri sendiri nieh. ;p tacing juga terkadang! ops, cakap kat diri sendiri lagi =)

okbai!

nak jugak muka aku.haha! masa nieh beraya kat rumah fariz 2010. pesanan: fariz, sediakan makanan berat ea utk tahun nieh. tahun nie aku beraya rumah ko pakai baju kurung.haha! ;p

1 comment:

  1. salam. nak bertanya. dulu praktikal kat sony tu, department mana ea?

    ReplyDelete