Monday, December 19, 2011

Mak... Aku Nak Kahwin !

assalamualaikum...

gambar budgettt comel wajib ada... kat rumah nenek....(owh, nie feveret baju kurung ea) perlu ke bagi tahu? blurgh~~

cop! tajuk entry saja buat gempak jeh ^^ haha #ok tak kelakar

hye kakak-kakak yang cantik, adik-adik yang manis... sihat? macam jual minyak pulak aku rasa intro aku nieh... ok, malas merepek. semalam aku pergi makan kenduri rumah uncle aku, paklang. anak bongsu dia kahwin- sepupu aku la kan... dekat mana? dekat penang, specific seberang prai selatan, specific lagi tasik cempedak, kampung sebelah ayah aku.. yeah, di sini lah lahirnya insan bernama Hassan Bin Don, tapi ayah aku dah meninggal 2006. ok, meh nak briefing sikit background allahyarham En. Hassan. Pak Lang aku abang kepada allahyarham, memandangkan keluarga aku tak berapa rapat sangat dengan keluarga sebelah ayah, so kteorang just pergi balik hari jeh. allahyarham ayah aku adalah anak lelaki bongsu, jadi aku antara sepupu yang paling muda la. eceh... muda la sangat... diorang ada 6 adik beradik, Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang, Allahyarham ayah, Makcik Bakyah and Maksu. semua adik-beradik ayah aku masih ada cuma ayah aku jeh dah meninggal...al-fatihah... Allah lebih sayangkan beliau kan..ok, taknak sedih!  (and nenek pon masih ada ^^ )

nie lah satu satunya nenek ku yang masih tinggal... nenek sangat manja, setiap kali jumpa, dia mesti cium sroottt srrooott cucu cucu dia. now, kakak aku yang jaga nenek. owh, kakak aku masa kecik kecik nenek yang jaga, so bila kakak dah besar, turn dia pulak. aku? aku masa kecik MakLong (kakak mak yang jaga, well parents aku dulu sibuk mencari rezekhi, so anak anak terpaksa bagi orang jaga masa kecik kecik ^^)... neway, time nieh kakak aku sedang bagi ubat untuk nenek aku ^^. owh, umur nenek around 90-100. tak sure. hehe...

and nieh pak ngah. aku snap pic dia curi curi time dia tidur... hehe.. nie jeh sempat snap, adik beradik ayah yang lain tak sempat. ^^


ok, story kenduri pulak... pukul 920am dah gerak dari rumah. as usually, aku la supir kat rumah nieh. mak bukan tak boleh drive, beliau lagi otai kemain tau dari aku tapi memandangkan aku nieh pon ala ala otai macam mak aku jugak bawa kete (ceh, budgettt) so, kemana sahaja memang aku la akan jadi driver tak di iktiraf. lagipun mak aku dah veteren kan, so nak drive jauh jauh beliau dah tak berapa nak kuat lagi, so aku nieh tenaga muda bersemangat waja nieh la yang ke hulur ke hilir bawa kereta. 

ini lah cinta kite... beliau lah pendidik, pendorong, pendengar yang setia, pemberi nasihat, pengkritik, penawar, pakar motivasi, segalanya lah... THANK YOU ALLAH kurniakan mummy yang AWESOME pada hambamu ini... yeah, aku tahu korang pon ada mummy yang awesome juga.  ^^ (ololoh mummy sangat chomel)

ok, kenduri... then sampai la rumah kenduri pukul11am macam tu, laju gak kan aku bawa? naik highway laju la, kalau jalan dalam, 2jam jugak... so, sampai sampai tak ramai orang pon lagi. lepak lepak rumah nenek dulu (owh, rumah nenek dengan rumah paklang, kentut pon dongar) dalam pukul 12pm baru pergi makan makan makan.... menu, dalca, daging masak kari, daging masak rendang, acar limau, ayam masak merah, nasi minyak ofkos, tembikai, laksa, roti jala kuah durian, roti canai telur. wow! banyak kan! aku pon teruja beb ! pelik juga ada menu roti canai telur... tapi memang puas gilak kot makan! serius kenyang macam nak meletop perot. ALHAMDULLILAH... rezekhi Allah tu jangan di tolak ye dak?

laksa


femes ahkak nieh tau masuk dalam blog i ^^

yeah, roti jala dengan roti canai di buat masa kenduri tu berlansung, panas panas beb.. mau tak macam ular sawa kekenyangan. sedap sedap. lazat lazat.

mula mula makan nieh...... then.....

makan nieh pulak.... ok, fokus on scrambler yang nampak sipi sipi kat belakang aku tuh. scrambler nieh causin aku punya, kalau aku balik kampung, aku ride keliling kampung sambil rambut berterbangan seperti hantu kak limah. #ok tipu dan tak kelakar. then....

jadi macam nieh..... perut kenyang senang hati then mengantuk, aktiviti wajib selepas makan. mana tak bhuncet perut. ohh.....

ok, sembang punya sembang kencang, gambar pengantin takde lak kan. 


kazen aku yang lelaki tu.. umur...unknown... haha! around 28-30 kot.


nieh antara goodies yang ada dalam kotak tu. tak sampai rumah dah habis.. lately nieh kuat makan woooo.... demok demok...


ok, area pukul 3 macam tu dah bertolak balik rumah balik.. balik kampung mak pulak.. wehooo.... and ada satu situasi di dalam kereta di mana......................... ok, jom baca kat bawah nieh dulu...

"mak, tolong sat amik cekelat dalam beg orang tu....mengantuk la bawa keta..."

mak pun korek korek la beg aku yang macam tong sampah tu...
"nak nieh, uncang nieh jangan buang tau....."

"hah, mak nak buat pa?"

"simpan p la......"

"la, nak buat pa, buat semak qumah ja..."

"simpan ja la, kut kut masa kenduri hang kawin nanti nanti sesak sesak buleh jugak guna uncang nieh"

@@
omg! mummy..... kenapakah ayat terakhir mummy membuatkan jantungku lobang seketika... mummy, ceq nieh calon pon tak dak lagi tau. nak buat kenduri ceq tu bila? bunyi macam dah dekat, kalau mummy ada calon untuk ceq, baguih jugak. kahkahkah.... robek hatiku oi....

ok, habis cerita. bai



No comments:

Post a Comment