Wednesday, December 14, 2011

Singapore Trip - Bahagian 2

assalamualaikum...

meh aku belanja korang dulu dengan muka budget kiut kteorang. ehem! nieh pengaruh kuat faiz ngan acik lah nieh guna perkataan "belanja". aku pon tak tahu apa maksud sebenar belanja nieh. kekeke

nak tahu trip budget ke singapore? jom baca sampai habis. budget tak sampai $30 dolar ohkay!

wehoo hari kedua sudaaa... masa untuk berjimba-jimba. lalala... ok, pagi sabtu tu lepas bangun solat subuh jeh kteorang terus siap siap. iron baju, mandi, sarapan, gosip. lol sempat lagi gosip? hehe.. perkara wajib kot gosip tu ^^ then around pukul9am gerak dari rumah pak long fiza. at first janji nak jumpa di Larkin tapi faiz cakap, jumpa di JB sentral jelah. 

di JB sentral tu aku tunggu faiz dengan acik sejam lebih kot. and time tunggu tu kteorang ada la amik pic perasan sendiri. hehe... ok, meh nak story sket... actually, aku dengan faiz and acik nieh first time jumpa. kahkahkah. ok, tak kelakar. yeah, aku dah kenal faiz lama dah, setahun lebih macam tu. kenal sebab aku nak nak mintak tolong dia tentang final year project. macam mana kenal? ok, aku tanya halim then halim cakap maybe kawan dia boleh tolong, so halim bagi la number fon faiz kat aku. first, segan tahap maximum nak message, nak tanya bagai sebab ehem, tanya budak excellent nieh kang aku tak tahu pape lansung, buat malu jeh kan. 

ok, bila dah kawan tu rupa rupanya faiz nieh weng weng jugak budak nya. ok friends, orang yang bijak pandai bukan seorang yang skema ea. diorang pon otak masuk air jugak tapi bila nak cakap dengan diorang just beware sebab diorang tahu nak kenekan korang balik. haha! 

ok ok, apa kejadahnya cerita pasal faiz nieh ok, actually masa tunggu tu agak neves sebab aku tak ingat muka faiz... sudaaa... memang gelabah weh takut salah orang. then nak di jadikan cerita, ada la seorang mamat nieh, muka tak boleh blah pakai selendang palestin kat tengkuk dia and aku fikir itu faiz! then aku cakap la kat fiza, then reaksi fiza.... " alia! jom balik! tak jadi la pegi.." haha! kau kejam fiz....kejam..... haha! ok, ce bayangkan muka mamat nieh macam mana. hahaha! memang lawak gila time tu. fiza siap paling muka kat tempat lain and kteorang debar gila kot kot betul faiz kan.... kesian faiz....haha! and THANK GOD tu bukan faiz. (hey alia berapa kali nak "haha" ? LOL)

well, tunggu punya tunggu diorang pon sampai. at first memang tak tahu faiz nak bawa member, last minit baru tau. kteorang sangat tak kisah pon nak bawa sesiapa janji boleh ngam.. aku? yeah, maybe senang kot nak ngam. first jumpa pon dah banyak gila cakap, ok diorang laaaggggiiiii banyak cakap ! . aku  ketawa macam pontianak. cakap main lepas jeh. ok, itulah alia.senang jeh nak get close dengan aku, sebab maybe err aku seorang yang peramah and tak tahu malu kot? kot la? ye dak faiz? kehkeh....but................just selected person jeh yang boleh get close with me! kahkahkah memilih! yeah haruslah pilih beb!

dah habis sesi berkenalan, kteorang pon gerak la menuju kebahagiaan. cewah...masa beratur kat imigresen tu maakkkaaiiihhh ramai betol orang. beratur kemain panjang, kemain lama tunggu and masa beratur tu sempat la berkenalan dengan dua orang cik adik manis dari UTHM. fiza la rajin melayan budak budak tu and aku? buat muka sombong! haha! alia alia, sombong gila kau. ok, ikut mood actually, kalau malas layan tu, memang malas, tapi kalau ada mood nak layan, bedal jeh sesiapa pon aku tegur :)

then dah lepas imigresen, jalan laju laju sebab nak kejar bus ke Kranji..owh, lupeh nak cerita. dari Malaysia nak ke imigresen Singapore tu naik bus, bayar seorang rm1. faiz tolong bayarkan. mekaseh faiz ! and dari imigresen tu naik bus jugak bayar $0.80 per person and faiz jugak bayarkan! mekaseh again faiz! sampai jeh di stesen MRT, kteorang beli ez-link kad. ez-link kad nieh boleh pakai kemana sahaja korang suka ohkay. KEMANA SAHAJA dalam singapore. untuk naik monorail ke sentosa island pon boleh pakai ez-link kad. korang beli kad tu $12 tapi isi ada $7... $7 tu pon korang boleh pakai banyak kali!

nila rupa ez-link kad


dalam MRT pon sempat amik pic tau. see muka bapak-bapak budak kene berdiri...


ok, masa tunggu MRT sampai tu, faiz ada la explain macam mana nak tengok, nak naik MRT nieh. terang punya terang, aku masih tak faham tapi buat buat faham.. hehe and faiz tak perasan lagi kot aku nieh memang lampi lambat lembab bagai kan, so dia pon layankan jela member dia yang lam segala lam nieh....

first destination, kteorang lepak Orchard! orchard nieh tempat shopping shopping. semua branded branded wehh. tak mampu mak nieh nak beli nox.. tengok sambil melopong jela mampu.. apa boleh buat.. insyaAllah, ada rezekhi lebih nanti buleh la kot nak merasa kan kan suatu hari nanti.. amin... 


pokok krismas depan orchard. santekkk sangat!


yeah, dalam pokok krismas tu cantik, blink blink ! 


hah! masa jalan jalan kat orchad tu ada la terjadi satu insiden. tetbe jeh aku terdengar ada orang bagi salam kat aku then aku pon berpaling la. masa tu faiz and acik dah jauh ke depan sudaa.. so, aku panggil fiza jela. and orang tu muslim. sepasang suami isteri and seorang anak. diorang dari India. so, si suami terangkan la yang dompet dia kene rompak ke ragut ke hilang ke, aku dah tak ingat la wey. dah dua hari, dah report polis, dah report duta sume dah tapi takde apa apa tindakan? so, i'm speechless time tu. dia mintak kat kteorang seorang $10 tapi hati aku berbelah bagi. masa tu faiz and acik dah sampai kat kteorang. then faiz jea yang bual bual. aku and fiza diam jeh. then masa nak bagi tu, just faiz and fiza jeh bagi. aku?? err............................... 

ok, fiza memang seorang yang baik. pernah satu hari tu teman dia pergi  bank and depan bank tu ada anak yatim mintak derma and fiza hulur rm10... kemana mana saja fiza akan derma or sedekah kalau orang mintak. baik kan.. and aku? hehe ikut keikhlasan hati. kalau tak ikhlas, memang aku tak bagi. haha! kedekut gila! ok, think, dah dua hari, tak kan takde pape tindakan lagi??! so, aku was was di situ. 



owh cerianya kawan kawan aku... 



ok, dah habis jalan jalan dekat orchard, kita menuju ke Bugis pula. wehooo... ada apa kat sini ea? owh, kat bugis street nieh tempat shopping shopping juga... so, jalan jalan jalan jeh. and hari pon dah lewat, masa untuk makan makan makan ! wehooo... so, faiz bawa kteorang makan dekat arab street. on the way ke arab street tu kebetulan ada orang buat show atas pentas, so, sempat la tengok la diorang menari-nari tarian zapin kot.




kat sini boleh la nak beli souvenir apa apa but aku and fiza memang hati kering tak beli apa apa pon. malas. malas nak fikir, malas nak tengok, sume malas sebabnya duk fikir, will be next time. haha! yeah, kteorang nak pergi lagi. sape nak ikot? sape nak ikot?

ok, kteorang makan dekat arab street . 



sepanjang perjalanan ke arab street...

owh, tour guide terlupa jalan ke arab street so terpaksa ask someone and awek chumil jugak dia pilih untuk bertanya.. haish! lelaki lelaki :p tapi this girl friendly habis.. suka la kat dia... ^^



view arab street ^^


tadaaaaa makan kat Kampong Glam Cafe

aku and fiza makan Gado gado, faiz makan lontong and acik makan mee rebus kot. lupeh la @@ ok, aku makan nieh berdua dengan fiza kene $8.40

pas makan.....
then solat kat masjid sultan...


haaaa kebetulan masa nak sembahyang kat masjid nieh ada orang akad nikah.... yeah, syukur dapat tengok adat diorang kan ! sangat best and teruja... macam keluarga mewah jeh diorang diorang nieh.

and then selesai solat, naik MRT menuju ke Harbor Front...



jom kire budget setakat nieh.... naik bus dari jb rm1 + bus dari imigresen $0.80 + ez-link card $12 + makan $4.20... total $17 + rm1...



jimat kan kan kan???      ^________________^



ok, sambung bahagian 3 nanti..... daaaa



No comments:

Post a Comment